Sunday, December 13, 2009

din part 2

DIN

 Atuk bolayann jerr sebenar eh.. yerlaa letihhh.. n leka tengok berita kat tv3. Dalam pada dia terselit dok dekat2 ngan atuk rupa2nya ada makna.. bersuaralah din..."atuk.. atuk jerlahh yg beli din tuk..." subhanallah... sicilik ni benar2 buat hati i tersentuh..i ngatkan dia tak memikirkan lagi hal tu rupa2nya dia susah hati.. alahaiii siann dierr...
ayah pulak dok picit2 isi dagingnya " cemana atuk nak beli ni takde isi ponn" seloroh ayah kpdnya.... tiba2 dia senyum lebar..."Padan muka ibu din tak laku" terkedu aku di buatnya.. mana mungkinlaa nak jual anak sendiri..atlast terburai gelak tawa kami semua.. sambung gurauan lagik "ibu nak jual din dgn india belakang bukan ngan atuk" kembali dia susah hati puas dia pujuk suruh atuk jer yg beli dia.. hehehehe
keesokan hari raya kami ke Bangi rumah alin sbb dia kena chicken pox mak hantarkan ketupat dan rendang utknya.. lepastu terus shj kami gerak balik ke kg di PD. berceritalah akan cerita cermin pecah ni kat kg.. kepada nenek, dan makcik2 semua.. tak lama kami di kampung 2 jam jer kott pastu nak balik semula ke seremban lepakkk...
masa nak balik tu.. acik Ros bersuara "din.. acik beli din nak tak... meh duduk ngan nenek ros nak tak" pastu acik cam pulak bunyi.." nenek acik laa beli meh duduk nenek cham.. nak tak din?" "azri meh acik yg beli si din ni..."hubby sengihhh jerr... pastu pulak mak uda " meh nenek uda laa yang beli... mari sini din..." hubby yg dok pegang din bersuara gak.."masuk tender.." hehehe... i pulak dok dekat ngan din n bgtau dia " saper ckap din tak laku..., ramai tau yang nak beli din, ibu jerr yang tanak jual..." mak pulak menyampuk.."cubalah jgn disakat lagi budak tu..." din terus tak bersalam dengan semua makcik2 kes takut kena jual.. dan malam tu dia duduk berimpitjerrr  atas riba, supaya dia tak jauh dr ibunya.. itulahhhh dia walaupun dia masih kecil dia juga ada perasaan... i love my famili... tak pernah terlintas nak jual or serahkan mereka kepada sesiapa pun.. nauzubillahhhh...  ini semua gurauan sahaja..
apapun semuanya telah selesai.. hari raya ke dua cermin kereta dapat di ganti, kami pun dapat pulang ke jb... at the same time ayun dan suaminya pun dapat balik ke Pilah, walaupun lewat sehari..
Alhamdulillahhhh

Din part 1

 
Hmm masih lagi bercerita tentang hari Raya Aidiladha 2009 yang lalu.. biarlaa kenangan ini jd satu benda yg boleh dikongsi utk anak cucu nnt...
bila diingatkan semula banyak pengajaran yg boleh diambil dr peristiwa ini selain lucu pun ada..
Kami pulang ke kampung 5 hari awal sebelum tibanya hari raya, hubby janji dengan kawannya tuk tukar barang kereta apabila sampai di kg nnt nak tukar 2 btg absober mpv kami yg telah bocor.. on the way back.. whylerr aircond ni tak sejuk2 luckily musim hujan but hari kami balik tu dah tak hujan cuaca pon sedang2 elok mendung jerr sepanjang perjalanan from kertih to seremban, sampai Kuantan kami cek hal aircond nak demam dengar compessor lak yg kena tukar makan ribu2 nih...oleh kerana hubby tau serba sedikit hal aircond ni n dia tau kerja nak menukar compressor ni bukan sekejap so we redah jerrlaa balik kg tanpa aircond.. sianlaa kat budak2 hehehe bior diaa belajau susah sket selalunya balik kg selesa ya amattt... taklaa macam kami dulu2.
hubby kata nnt sampai kg dia cek balik betulka kena tukar compressor takut kena tipu ngan cina jerr.. dalam kereta tu i bunyi.. kalau betul2 compressor yg rosak cemana bang..??? i gelak2 jerr hubby sound balik "mulutt....."i dah nampak dah duit dia bakal terbang.........hehehe
2 hari berlalu di kampung hal absober settled, compressor pon settled pendek kata rabakklaaa 3k lebih, hubby sengih jerlerrr i pon tak kisah sgt.. sbb letih tolong mak n ayah kat dapor..yang penting masalah tu dah selesai so masa nak balik jb n kertih nnt takdelaah lg masalah hopefully..
bila dah bersantai2 petang tu yelahhh.. ketupat atas dapor rendang pon da siap, wajik dah ready kek dah siap cuma tunggu ketupat jerr masak, i pulak tengah masak kuah kacang kat dapur dalam rumah.. tiba - tiba....
pranggggggggggggg kedebus terkejut jugakkk dalam hati dok ingat cucu jiran depan rumah yg dok tengah main bola kot2 termasuk dalam rumah... when i tinjau ke depan nampak adik ipar tengah geleng2 kepala, mundar mandir keluar masuk  sambil mendukung anaknya daniel yg kurang sihat masa tu... (demam campak) i tanya kenapa..? dia diamm jeerrr... i pon p depan.. tgk cermin kereta belakang toyota harier yg dibawanya telah pecah berderai...  ayun adik i bersuara "din dah baling batu kena cermin sampai pecah.. dia nak baling angah.. angah mengelak kena kereta.." i tgk muka hubby yg baru jerr kuar dr bilik air tgh ambil wudhuk nak solat asar 'kenapa yang..??' i pulak terus g tgk kuah kacang kat atas dapor then..." abg tgk laa kat depan..."
hubby tak byk cerita terus jerr kemas cermin yang pecah berderai tu.. takut pulak anak2 kena kaca.. dia amik vacumm n settled lerrr bila kuah kacang ready.. dia panggil i, tuk tolong dia.., masa tu dia bunyilaa "betul2 raya korban kita ni yang" i dgn dia berpandangan masa tu terus sahaja muhasabah diri inilah dia kot dugaan kecil yg sepatutnya kita sedar dr mula lagi.. sebenarnya i n hubby berniat nak wat korban seekor lembu pada hari raya tahun ini entah cemana last minute rasa mcm tak ckp pula, nilah akibat lalai dan tak bulat hati pada Allah swt bahawa rezeki semuanya kerjaNYA.. malam sebelum pulang ke kg kami cuma buat sebahagian korban sahaja yg diserahkan semuanya kpd imam masjid di kertih.
masa tu i panggil din.. 'betul din yg baling batu..  kena keta pakngah sampai pecah..?' sikecil bersuara 'betull...' tangan mana? "tngan ni' berapa batu yg din baling..? "satu" petah aje dia jawab mukanya pon dah kelat2 takut kami marah.. hubby diamm jerr... i tau dia memikirkan cemana nak dapatkan stok cermin tu.. mujurlah hubby mmg byk contact. entah kenapa tercetus dr mulut i .. "din tau tak ibu n ayah takde duit nak ganti cermin tu.. nnt ibu jual din kat india belakang rumah..." din terdiam "taknakkk ibuuu.. tanakkkk"
masa makan malam semua tu berlalu begitu sahaja i tak pernah niat pon nak jual anak saja2 takutkan dia jerr selesai menyuap din n ica makan dia terselit celah ketiak atuknya.. din mmg manja dgn atuk cuma wat masa sekarang ni atuk lebih jaga daniel anak ayun adik i so dia pun jarang nak berkepit dgn atuk..
k.. sambung next  part ekkk


aidiladha 2009

 kelonsong ketupat
dan kami sekeluarga menganyam ketupat

Sebenarnya ada sedikit omelan disini... hehehe bukannya apa just utk diri sendiri.. tiap kali tibanya hari raya i sgt taksub dengan orang tua sebab mereka ni semangat tinggi menyiapkan juadah utk pg raya.. 4 me i penattt sangat... gambar2 ni pon angah yg snap 2 malam sebelum hari mantai.. i tak larattt wooo 3 hari sebelum raya haji dah penat siapkan segalanya.. walaupun i ambil upah memasak rasa2nya taklahh penat sgt sampai camni.. apa yg membuatkan kepenatan yg berganda ialah 100% semuanya buat sendiri kalau nak dapatkan santan semuanya from atas pokok, same utk anyaman ketupat semuanya atas pucuk pokok kelapa
bayangkanlahhhhhh
alkisahhh.... berlakulaa insiden pada hari itu.. masa nak wat wajik.. santan kelapa dr 8bj kelapa yg telah diperah telah tertumpah sbb tangan mak tak begitu kuat nak pegang.. makanya we start from A balik laahhh buang sabut kelapa, mesin n perah santannya semula.... tu belum perah santan tuk rendang lagik..tuu
hihihihihihi nak kematu tangan wooo
tp apa pon wajik mak mmg best in the world..
actually bukan nak marah atau apa but.. my mom bukanlah sihat sangat sebenarnya tp tulaa semangatnya yg lebih... (mak kena stroke awal 2008... 4 hari juga kat hospital masa tu semua goes down.. dia semakin ok tetapi dia tetap tak begitu sihat spt sebelumnya namun disebabkan telah biasa dia mmg jenis tak reti duduk diam) dokter pun dah pesan mak dah tak boleh buat kerja2 berat lagi kami adik beradik dah penat nak cakp sampai malas nak cakap lagi to me....asal dia hepi sudahlaa.. yelahh orang tua..
menu tuk aidiladha ialah rendang daging, ketupat nasi dan pulut, kek kukus buah, kek kukus span, wajik, kuah kacang ( yg semuanya disediakan sendiri mengunakan kayu api lagi penyediaannya terorr...) sayang begitu sayang i tak abadikan photo ketika itu,... yolaahhh dah pegang sudip, senduk campur ngan kepedihan asap kayu api wakaka good xperience actually.... semuanya disediakan pd hari mantai tu...
itupun cekononnya nak wat lemang terpaksa cancel ada hati tu.. nak wat lemang sendiri.. hiiiiii cam nak pengsan di buatnya...

Untuk mak n ayah i love u so much...

Saturday, December 12, 2009

kuih bengkang / bingka

kuih bingka atau bengkang kot.. apa2 jerlaaahhh.. i suka makan kuih ni...
kat sini meh kita share recipe ni..

ikut sukalaa nak guna mangkuk apa  - untuk 3 bj telur i guna mangkuk sedang mangkuk bekas air tahu (kalau kecik mangkuk maka keciklaa kuihnya kalau besar..... tambahkanlah kuantiti telur.. hmmm agak2 lorrr...)

3bj telur
1 mangkuk gula
3 paket santan segera (rasaku)
1 mangkuk air
1 mangkuk tepung
1 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau pandan
sedikit planta

ni mmg i punyer recipe rekaan.. hahaha leceh nak ikut cara tradisional, kita cuba guna apa yg ada tak perlu nak carik daun pandan kisar n perah airnya sma jugaklaa kelapa utk dapatkan santannya.. ok caranya mudah jerr..campurkan semua bahan kacau sebati kalau tak suka manis boleh kurangkan gula, apabila sudah sebati dan gula dah mula mencair bolehlaa  ditapis dalam loyang yg telah disapukan planta kemudian bakar dgn suhu 160 atau 170 kepanasan bawah sahaja hingga masak (1jam).. selamat mencuba...