nuffy

Thursday, April 22, 2010

Rindu Bertandang Sepi... Sepi Memujuk Hati

Fira menjadi rindu pada saat – saat manis bersama Rusdi.. Fira benar – benar rindukan Rusdi terlalu rindu…!!!.

Menafsir pengertian rindu ini…. Benarlah rindu itu suatu beban yang menyulitkan dan rindu itu juga seperti duri menikam hati, Fira menjadi takut,… takut kehilangannya kerana terlalu mencintainya, cinta dan rindu itu telah bersarang dilubuk hati dan ia terus bergetar seperti nadi, seolah bersemadi dalam diri bagaikan degup jantung tiada henti yang senantiasa mengegarkan setiap saat dan ketika selagi hayat masih ada.

Sememangnya dunia ini tidak pernah adil. Fira akur dengan nasib diri, wang bukanlah segalanya cinta itu hanyalah mainan bibir. Cinta abadi hanyalah pada yang Esa yang kekal abadi iaitu Allah. Cinta dunia hanyalah kelalailan dan kealpaan.. tidak ramai manusia yang benar - benar menemui cinta sejati sesama manusia di dunia yang fana ini.

2 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

i like.......
tajuk apa novel nie eik?

ain said...

lom ada tajuk sebb takde kat pasaran.. :)