Thursday, September 2, 2010

Daging Masak Kicap


yang ini juga antara juadah berbuka ramadhan 2010 akan tetapi tak ingat hari yang ke berapa..??? ni pon anak2 yg sempat snap gambar.. aku bzzz....
ok meh layan resepi ni.... ni pon senang jugak.. hehehehehe

bahan2nya
1 kg daging lembu - di hiris nipis
1 cawan kicap manis cap kipas udang
2 batang serai  - di titik
3 sudu makan sos tiram
1 cawan air
minyak masak

bahan2 yang ditumbuk
10 biji lada hitam
10 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar - guna serbuk pon boleh
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih

bahan penumis
 1 btg kecil kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji bawang merah kecil -di hiris

cara2nya
panas minyak, tumiskan bahan penumis bila dah naik bau masukkan bahan tumbuk goreng hingga wangi masukkan pula serai dan daging goreng hingga daging bertukar warna, masukkan lebih kurang 1 cawan air (agak2 ya), tutup kuali biarkan daging empuk tunggu hingga air agak kering kacau2 selalu. bila daging dah lembut masukkan kicap dan sos tiram gaul rata bila kuah dah mula pekat mcm dalam gambar tu boleh matikan api. saya tak guna sedikit pon garam n gula dalam resepi ni sebab kicap dan sos tiram sudah memberikan rasa.

3 comments:

FloEllen said...

aduu..ni la yang buat terliur ni dik..hehhehe..akak copy ya resipi ni..nanti nak try..thks

indahhouse said...

Salam kak aeni,
Sedapnya daging masak kicap. Penuh ngan rempah tu. mesti harum dan manis dagingnya.

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam aeni..

ala cunnya daging kicap dia.
ayu suka makanan yang berkicap..tapi susah ati bila termakan daging....
sure pening lalat lepas tu....heheheh

salam ziarah yer