Friday, January 29, 2010

Pandan Butter cake

 
before
 
after 
Pandan Cake with Fresh Cream n Kiwi filling ni against order from POD


before


after
Seperti biasalaa sekeping cake utk customer dan sekeping lg small size utk putera n puteri ku.. oleh kerana mereka semua g sekolah.. so hias cemana pon takde siapa yg complain..balik sekolah semua berebut2 makan yerlah ibu dah lama tak baking.. bila nampak gambar cake tuk pelanggan barulerr derang complain.. ayat2 biasa.. 'ooo yg tu cantikkkkk...' alasan ibu..'tu tuk org tua2 mana ada coklat tuk anak ibu ada coklat n colouful lagik...oklaakannn'


 
  
 
 kebetulan shift hubby masa tu so dialah yg snap gambar2 ni.... sbb tulaa gambar camtu.. kali ini i orderkan satey jerr .. hmm rupa2nya begitu keadaannya majlis yang simple itu... 
anyway fokuslaa kat cake tu yerr.. hehehe..

Thursday, January 28, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat

early this year my hubby buy this book...
satu permulaan yg baik untuk 2010 ni..
katanya ...'kalau baca novel leh habis paling lewat 2 hari cemana kalau baca buku ni bila agaknya leh habis....' kata2nya cam menyindir i jerr (den pulak yg terasa.. hahahaha).. actually dia tujukan kata2 itu utk dirinya juga.. 'abg jerlaa yg baca dulu..' berkerut keningnya sambil menatap mataku...(cewah2) dan dia tau yg vininya ini terasa...
hmm lupakan citer itu.. let's go n c inside the book..
it's really a gud book to us.. infact to all muslim.. really good... go n buy this book sebagai collection anda..tak rugi membelinya.. percayalah..
 
 

blueberry muffin


sajer jerr baked this muffin for makan2 my kids love it...
sesajer nak cuba amik gambar luar biasa sket.. oklaa utk permulaan.. atleast leh laa tgk jarak dekat.. walaupun tak berapa cantik...
anyway.. enjoy your view.. n tq


 
this is blueberry muffin with strawberry fresh cream

Monday, January 25, 2010

garlic butter

mushroom soup & garlic bread


garlic butter

hmm mmg sedapkan roti bawang putih.. i suka kalau g pizza hut wajib order benda ni.. last week rasanya i try wat sendiri benda ni.. sebenarnya dah lama dok berlegar2 dalam kepala ni tp masih tak mencubanya.. n i tak pernah pulak beli yg dah siap tu.. batrisyia suka sangat makan mushroom soup tu.. so i wat demo laa kat umah..  guna apa yg ada jerlaa roti gardenia, instant mushroom soup yg di beli kat kedai cake.
i wat sikit jerr..meh kita share recipe mentega bawang putih ni...

Bahan2nya

100grm buttercup
10grm planta
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus canot blend sbb taknak campo2 air tau kalau blend without air ok
secubit nutmeg
half tea spoon oregano
1 tea spoon parsley

cara2nya

tumbuk lumat bawang putih sampai halus campurkan kesemua bahan dan kacau rata, nutmeg, parsley n oregano tu i guna yg kering jerr lebih mudah.. dah sebati masukkan dalam bekas kedap udara n simpan dalam peti sejuk.. hmmm senangkan!

Saturday, January 23, 2010

Akhirnya....


Finaly.. dapat jugak i beli benda ni .. itupon sebab mixer lama dah terbakar masa wat beday anak2 tempohari.. pastu stock brg2 pon habih... di landa musim hujan.... dengan masalah rumah dapur bocor yg lambat nak selesai.. (laa ni dah ok alhamdulillah)  i pon balik kg lama.... (2kg balik JB jugak) plus ngan cuti raya haji pastu balik ke Trg semula anak2 duduk kg! after 2 weeks balik semula ke kg.... dalam masa yg sama semua order selisih jalan asik kena time kita takde di sini...langsung cutilaa weyy..... bila dah cuti bertambah ligat main game dlm facebook...
dah lama idam2kannya.. dulu hubby taknak belikan sbb menurutnya kena carik yg branded.. baru ok, yg quality.... mmglah betul kot.. bila ada jenama mmg ok tp......... "mahall gilerr tu.....!!! bila nak balik modal???" 'org nak meniaga ni...' takat kitchen aid tu baik takyah.. tu senang nak wat cake jerr  nak uli2 ni takleh... so better amik yg ini  2 in 1 uli boleh cake pon boleh harga pon bolehlaaa tahann tak la mahal sgt.. mintak2 tahan lama sampai 7 keturunan..... hahahaha ..AMINNNNN ni laa yg baru tak baru gak last year lg dah beli tp masih dok tersadai jerr lagik tu, lom guna lg hujung bulan ni mulalaa kembali beroperasi setelah cuti lama ohoooo seronoknyaaa cuti... sampai.. i kena marah ngan costumer... dah tak tahan mau makan pizza..
i pulak sedap cuti lagik....

daftar haji 2010


Akhirnya tahun ini termakbul juga perkara yg selama ini asyik tertangguh ajer.. daftar hj
hehehe (baru daftar jerr nak pergi tak tau lg bila yg penting saya sudah pon mendaftar)
walaupun tahun terdekat lembaga hj beri ialah thn....2029..... masa tu rasa2nya umur Nqdin dah 25thn i pon dah 50an....yg penting dah daftar... nak p awal kenalah wat surat rayuan.. INSYAALLAH masanya akan tiba kelak.. minta2 dapatlah tunaikan awal drpd itu ..aminnnn
permulaan yg agak baik untuk tahun 2010 ini..

Friday, January 22, 2010

Ikan Duri masak Asam Tumis


Along yg snap gambo ni..sbb tu camtu dahler dlm periuk sekeping jerlak yg ada.. post gak lerr.. mungkin ramai yg tak makan ikan ni.. tapi i sukaa... p pasar tani dgn hubby dia tgk ikan tu dia tanakk.. maklum jerlaa tak cun... aparaaa (ada ke muka ikan yg cun) masa tu baru lepas hujan so jalan kat pasar tani tu lecak.. i nak beli jugak ikan tu walaupon kena patah balik ke kedai tu.. hehehehe hubby tu dia nampak udang jerr... bila balik n masak mmg puas hati sebab ikan seekor ni ada telur... hmm tak terkata laah...

dari membebel tak sudah ni meh layan resepi... sementara masih ingat lagik ni..

bahan2nya
1 ekor ikan duri
7 ulas bawang merah - ditumbuk
5 ulas bawang putih - ditumbuk
seinci kunyit hidup - tumbuk lumat
sedikit belacan - tumbuk
pes cili (cili kering yg direbus n kisar halus)
daun kesum
air secukupnya
asam jawa
setengah sudu teh halba
serbuk jintan putih - campur dgn bahan2 tumbuk td
serbuk jintan manis - campur dgn bahan tumbuk
sebatang serai - ketuk
2 inci halia - ketuk
2 bj buah pelaga
sekuntum bunga lawang
sebatang kecil kulit kayu manis
minyak masak utk menumis..


caranya...
(sebenarnya recipe ni agak berbeza drpd asam pedas biasa, ni pon main redah jerr dok ingat2 cemana nenek mertua n mak masak nak call maleh + malu.. so bantai alhamdulillah rasanya mmg SEDAP)


bersihkan ikan basuh dgn air limau kasturi, panaskan minyak tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga n halba, masukkan semua bahan tumbuk td masak hingga layu dan sedikit garing masukan pes cili bersama 2 dgn halia dan serai yg di ketuk, tumis hingga garing masukkan ikan dan air asam jawa, tambahkan air secukupnya agak2 sampai ikan tenggelam (agak2 lor kalau suka pekat kurangkan air) bila sudah mendidih perasakan dgn garam masukkan daun kesum didihkan sampai ikan betul2 masak n mesra.. hmm dah siap! (kalau suka boleh letakkan kacang bendi atau terung)

Wednesday, January 13, 2010

macaroni cheese, ayam masak merah n udang lomak cili padi


baked macaronni cheese
for makan2 with family during school holiday

250 gram daging cincang ramly
2 biji kentang
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 labu bawang besar (di dadu)
sepeket macaronni alamak..tak pasan brp pulak gram (rebus hingga lembut)
olive oil
garam, lada sulah secukup rasa
setengah sudu kecil oregano
setengah sudu kecil thyme
1 sudu kecil rosemary
lada benggala merah & hijau
cheddar cheese n mozarella cheese

panaskan olive oil, tumis bawang putih hingga garing, masukkan bawang besar, masak hingga lembut masukkan ubi kentang yang di dadu, masuk daging cincang kacau rata, lehlaa masuk sikit air rebusan macaronni (dalam setengah cawan) kemudian tutup, tunggu hingga daging empuk sket. bila air dah kering daging dah masak masukkan bahan perisa n semua herba kacau rata matikan api.
toskan macaronni gaul rata bersama bahan yg di masak td, lengserkan planta dalam loyang, masukkan kesemuanya last sekali parutkan kedua2 cheese (suka hati nak byk atau sikit) bakar suhu 180 selama setengah jam atau sehingga masak..
hmm berehhhhh...




ayam masak merah adehhh menyala2 warnanya..

 1 ekor ayam (boleh di goreng atau dibakar)
3ulas bawang puting
1/2 inchi halia
6 sudu besar cili pes
setengah botol kecil sos cili
3 sudu sos tomato
garam & gula
minyak masak


tumiskan bawang putih dan halia yg ditumbuk halus hingga garing, masukkan cili pes agak2 suka pedas letak lebih atau sebaliknya... tumis cili hingga garing masukkan sos cili (tak kisah apa brand), sos tomato kacau rata hingga masak masukkan perisa last sekali masukkan ayam bakar or ayam goreng gaul rata
tadaaa siap!

udang lemak cili padi

hubby mmg takleh p pasar lari budget.. masa jenjalan g kuala kemaman dia ternampak ini udang dah tengahhari masa tu kononnya udang baru naik mmg logiklaa sbb kat sini time tghari mmg leh dapat ikan2 segar nelayan baru jerr balik dr laut.. bila dah siap masak hubby kata cam kurang manislak udang tu tak macam sebelum ni yg pernah kami beli.. hmm terkenakerr??? entahlaah!!!
masa beli tu sekilo jerr sekali hadapp jer arr angah jer makan 2 ekor cemana tu.. hehehehe baru dia tau cemana keadaan duit pasar!! mmg haritu i sengaja jerr wat bodo.. bior dia beli semuanya sendiri.

bersihkan udang buang urat belakang n belah laa belakang udang tu supaya senang nak memasaknya nnt
15bj cili padi kg -ikut suka nak pedas tambah
santan pekat
1 btg serai diketuk
1/2 inci kunyit hidup
garam & asam keping
hmm ni mmg recipe pior negeri sembilan no bawang2
tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup, campurkan semua bahan dalam periuk (santan, bahan tumbuk, garam, serai dan udang) lepastu jaga api sederhana dan sentiasa kacau santan supaya tidak bergentel kacaulah ye.. sampai mendidih lepas tu dah siap! boleh juga masakkan santan dahulu kemudian masukkan udang lepastu masak hingga mendidih ( depends size udang.)

Tuesday, January 12, 2010

ayam panggang

ayam panggang hujung tahun.. hehehe

Syahmi yg snap photo2 ni ok sket kann  dgn new digital camera gambar2 sebelum ni semuanya dr hp camera, sebab digital camera yg lama tak tahan nak bawak peluru byk2 (battery) atlast doklaa dlm laci tu... maleh aku layann wat berat hbang jerr.... rasa2nya leh jual lelong dalam mudah.com.. hmmmm... (sambil garu dagu).
kami makan2 ni kat pantai cherating cuti sekolah yg lalu, bersama dengan keluarga mertua adik2 ipar n kakak ipar sekeluarga leh tgk gambar lam facebook. cekononnya nak pergi ke gambang atlast cancel sbb crowded gilerr ... so nilaa plan terakhir yerlahh musim tengkujuh camni pantai sekitar terengganu mmg takleh mandi langsung ombak besar bahaya....

recipe ayam ni mudah bangetttt.. ayah mertua sibuk nak wat ayam goreng tepung berempah sedap jugak! tp tulerr yg ruginya tak sempat intai apa yg dia bubuh dalam perapannya itu..

hmm ni dierr recipe perapan ayam ala aeinio

anggaran dalam 2 ekor ayam.. tanpa kaki, leher dan seumpamanya.. basuh dan bersihkan
4 sudu besar sos tiram
sedikit garam
sedikit kunyit
1 sudu besar oregano
1 sudu besar basil
1 sudu besar thyme
secubit parsley
secubit serbuk kulit kayu manis
gaul rata biarkan..
perap laa lama2 sket.. 15 - 30 minit pon dah cukup actually ayam tak perlu lama berbeza dgn daging. kalau perap daging dapat semalaman lebih sedapp..
akhir sekali panggang atas bara api hingga masak leh makan dgn sos ataupun black pepper sauce yg dibuat sendiri..(nnt ada masa i put the recipe)

Thursday, January 7, 2010

Welcome 2010 Sayonara 2009





Seminggu berlalu kita dalam tahun 2010
hari ini sudah 7hb January 2010 masih belum terlambat kiranya mengucapkan
selamat tahun baru
dalam calendar cina.. nak ikutkan bulan hijrah dah pon berlalu...
agak lama juga tidak mengupdate apa - apa sibuk sangat melayan kehendak anak2 bercuti..
dah 3 bulan rasanya tidak menerima tempahan hampir semuanya selisih jalan langsung tutup kedai hehehe bila dah lama tak membaking ni.. perasaan malas mulalaa tersembul.. apa2 pun moga tahun ini
JANGAN MALAS..
dan lebih mendatangkan kebaikan insyaAllah...