Saturday, February 27, 2010

against order from syazline (pepperoni pizza)



Khamis yang lepas terima sms dr syazline dia nak pepperoni pizza 2 kpg.. 
tp... tak snap gambar.. 
tak excited nak snap gambar... sbb gambar yg similar jerr... 
( sebenarnya dia dah tunggu kat umah masa tgh bakar pizza yg kedua hehehe)


yang ni.. biasalahhh 4 my kids..
kalau perasan i letak cendawan atas tu so yummy... 

hari yang dijanjikan syaz sms me again..

 
ya... tengah buat ni ada dalam oven....

 
adala dalam 10 minit jugak dia tunggu... sori syaz.. anyway tq.. dah banyak kali jugak dia order harap dia berpuas hati....
what else can i say.. a big...
to her...


Tuesday, February 23, 2010

aeinio lamb chop

Pada hari yang sama (jumaat lepas) aritu i masak lamb chop ni utk hubby n me...lainlaa pulak cara nak merinadenyer..
 

bahan2nya 
  • 2 keping slice daging kambing (beli kat Giant)
  • 1 batang serai -ketuk dan siat2kan
  • 2bj bawang putih
  • 2bj bawang merah kecil
  • half tea spoon serbuk rosemarry,thyme,kayu manis,basil,parsley & nutmeg
  • garam, kunyit serbuk n lada hitam (agak2)
  • half lemon perah (leh jugak amik kulit dia sket. parut)
  • 1 sudu besar sos tiram
kasi chop2 (i guna anak lesung batu) perap 1 atau 2 jam semalaman pon ok, bila dah perap patutnya goreng sket kat atas pan sebelum bakar dlm oven.. kaedah malas i sapu butter jerr kat pan dan terus bakar dlm oven 180 bih kurang 30 minit...with kentang yg dipotong wedges! DONE


Dhill... cuba tengok saya dah bakar itu bawang putih.. musyi2 
mmg sedap..... hubby pon suka..


yang ni salad kentang (kentang yg dibakar td) campur2 dgn sayur brokoli dicelur dgn sedikit garam, yg lain2 tu timun, tomato, carrot, cili merah n epal hijau potong baji gaulkan dengan mayones ladies choice.. kalau suka boleh tambah dgn plain yogurt - i letak mayo jerr dah HEAVEN!
Hepi trying..




Monday, February 22, 2010

aeinio chicken chop

my homemade chicken chop

last friday wat mende ni.. hmm..... dah lama - lama ni mula laa semakin terlupa cemana ek buat benda ni ni aritu.. adehhhh.... jap ek ..


beli 4 ketul peha ayam kasi buang tulang (terhengeh2 sebab tak biasa buat.. mula2
rasa cam susah pastu berehhh).
Nur Dini komplen.. dia tak berapa suka beef steak tempohari sebab.....
dia lebih suka makan ayam so ibu wat kerjalaa kat dapor..
  • 4ketul ayam
  • 4 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 bj bawang merah - tumbuk
  • kunyit serbuk
  • 1sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu besar basil serbuk
  • 1sudu teh tyhme serbuk
  • lada hitam serbuk
  • 1 btg serai - ketuk
  • 1/2 sudu teh serbuk nutmeg
  • garam
  • sos tiram
  • sedikit sesame oil
caranya
bersihkan ayam yg ditelah dibuang tulang campurkan semua bahan serai tu kasi koyak2 dan letak perantaraan daging ayam. semua herb serbuk i guna McCormick brand yg mudah di cari dia pasaraya.. biarkan dalam 1 jam lepastu tumbuk2 ayam (kaedah chop2 gunakan lesung batu) bakar dalam oven kepanasan atas dan bawah dgn suhu 180/ 200 hingga masak.... hidangkan dgn salad atau ikut citarasa anda!





Friday, February 19, 2010

pizza... all about aeinio pizza

 
ramai sgt yg mintak recipe.. bukan kedekut tp takde gambar menarik yg ada dapat di post utk entry ni.. 
yelah sbb bila tgh buat pizza mmg tak menang tangan... camera... lupakannlaaa... amik gambo masa dah nak delivery order jer....
huhuhuhuhuu... itupun mujur!
saya tak belajar kat mana2 utk buat dough mahupun sos dan topping pizza.. semuanya saya buat sendiri ikut yg teragak dlm kepala pastu demo lerr kat dapor saya tu.. mula2 mmg mcm2 taste.. 
macam apam pon pernah.. hehehe
tp yelah anak2 no komen derang makan jerr apa yg ibu buat semuanya sedap.. oraitlerr 
kerana mereka mcm tu minat nak mencuba tak pernah padam.. hubby jer yg selalu komen..
firstly saya ikut recipe kat mauripan yg saya beli.. pastu ubah suai recipe donut juga dr pamplet kecil mauripan tu.. atlast saya riki dlm internet metacafe maka nilahh hasilnya... 
alhamdulillah.. so oleh kerana tak byk komen saya maintain recipe yg ni jerlahhh...

utk sos pon camtu mudah sgt sebenarnya.. cuma kdg2 terlupa tabur oregano ketika nak bakar maklum jerlaa mcm2 benda yang kena letak atas pizza nih.. so i modified...

daging cincang pon camtu.. selalu sgt bila kita makan daging liat.... boringkan..!! so i masak jugak utk penuhi selera my tekak..

ok kita mulakan dengan sos pizza recipe...

  • sebotol sos tomato - tak kisah brand apa2 pon ok.. i guna 'life'
  • sebotol sos cili
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
  • 1 sudu teh oregano
  • 1 sudu teh basil
  • garam & gula
caranya...

campurkan semua bahan... dalam periuk besar.. dan 1 botol sos air (kaedah goncang2 ek mcm tak biasalah pulak) kalau suka sgt akan rasa tomato boleh letak satu tin kecil tomato puree (i tak letak pon).... almaklum tekak melayu suka akan rasa itu sos cili.. masakkan hingga mendidih kacau2 lerr selalu biar tak hangit bahagian bawah.. bila dah mendidih rasa kdg2 jenis2 sos ni dah tak perlu garam n gula kdg2 perlu so rasa2lah yer.. dah siap mendidih dah rasa bolehla kita sejukkan.. masukkan dlm bekas kedap udara simpan dalam peti sejuk.... sos ni tahan lama..

p/s ; ni semua i wat sbb selalu terlupa tabur oregano..(pincang sungguh jika pizza tanpa oregano) yg sgt2 pasti bila dah letak sos pizza ni... masalah itu tak berulang lg..


PIZZA DOUGH

  • 1kg tepung gandum
  • 1 paket mauripan (kalau beli yg paket besar letak dlm 1 sudu besar shj)
  • garam (agak2 yorr)
  • secubit gula
  • 5 sudu besar olive oil
  • air secukupnya
campurnya semua bahan kecuali air dan minyak zaitun. kacau rata2 dalam 1 hingga 2 minit kemudian masukkan minyak zaitun dan air (bila nak masukkan air ni agak2 tau! takut doh terlembik pulak) uli sehingga setengah jam bahagikan kepada 2 bhgian dan uli lg.. lepas tu biarkan dia kembang sekali ganda.. bila dah kembang bolehlah di bahagi2kan kepada saiz yg di kehendaki dan uli dlm 3/4 minit setiap bhagian.. canai laa dough tu (i guna dulang jerr tak pandai buat yg macam kat dalam tv tu melayang2... pheww....!! tu xpert wooo) letak minyak jagung sikit kat dlam dulang utk mudahkan kita bentuk dough td...

p/s: minta maaf ek saya kalau masak mmg tak bersukat main hantam n agak2 jerr kecualilah buat kek... tu mmg kena ikut recipe laa..... tupon suka folow recipe mak yg lama2 sbb lebih mudah dan senang!

dalam gambar diatas khas untuk hiasan sekarang ni ditambah pula dgn hirisan buah zaitun hitam... sebaik2nya gunakan nenas dlm tin sebab lebih sedap dan manis compared nenas biasa (melainkan kita masak buah nenas dgn gula ataupun buah nenas yg mmg dah manis)

TOPPING DAGINGsori no picture..
  • 1 paket daging cincang ramly
  • 1 paket daging ayam cincang ramly - ikutlaa nak guna brand lain pon boleh..
  • 5 labu bawang besar kuning - di dadu
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1sudu teh rosemarry
  • 1sudu teh tyhme
  • setegah sudu bay leaf / sehelai
  • minyak masak utk menumis
  • garam
  • gula
  • 1 cawan mixed vege
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air secukupnya (khas utk empukkan daging)
caranya..
tumiskan bawang putih dan bawang besar kuning sehingga layu masukkan kedua2 daging n ayam cincang kacau rata agak2 dlm 5 minit pastu masukkan air secukupnya utk empukkan daging bersama dgn rempah ratus yg lain kecilkan api masak sehingga air kering.. akhir sekali masukkan mixed vegi- kalau taknak letak pon takpe...

saya simpan ni dalam freezer defrost bila nak gunakannya...
note to linda alwi... -  now u know y my pizza look watery... hehehe


lastly...jangan lupa mencubanya...








    Monday, February 15, 2010

    sambal goreng bilis


    ada ketikanya tekak ni tak berselera betul nak makan.. blank nak masak apa nak makan apa.. ni lauk kegemaran saya bukan kegemaran keluarga..
    meh kita share recipe mudah dan simple ni..
    bahan2nya
    • ikan bilis - di goreng garing
    • 2bj bawang merah kecil -dihiris
    • 1ulas bawang putih - dihiris
    • 1 biji cili merah
    • 1 biji cili hijau
    • 10 - 15 biji cili padi
    • asam jawa pekat adabi
    • minyak utk menumis
    caranya

    panaskan minyak tumis bawang putih, bawang merah bila dah layu masukkan semua jenis cili goreng hingga layu dan garing pastu masukkan pes asam jawa dlm 1 sudu teh kacau rata bolehla masukkan sikit air dlm satu sudu besar utk senang disebatikan.. akhir sekali masukkan ikan bilis goreng garing td kacau rata dan boleh dihidangkan.. (boleh letakkan sedikit garam ketika mengoreng bawang n cili ikut suka.. saya tak letak sbb ikan bilis dah cukup masin)..




    Wednesday, February 10, 2010

    chocolate moist cake n 2 pepperoni pizza

    Yesterday.. received sms from syazline, dah few time juga syaz ordered this moist chocolate cake, n dia nak try pepperoni pizza 2 keping! so petang td bersilatlah buat 2 benda ni 
    2 hari berturut2..
    masa lepak2 kat luar rumah ptg td...,
    wann new costumer nak order pizza lg... 
    dgn perasaan yg tak boleh nak cakap.... :-{{
    i bgtau next week lerr... boleh tak.. 
    lgpon wann ni jiran baru pindah kat depan rumah jerr... postponed laa dulu.. 
    sib baik dia kata ok... :))
    bukan apa... byk sgt received order dlm minggu ni i rasa cam muak nak masuk dapor.. 
    lgpon bila dah hadap benda ni.. semua kerja rumah yg lain agak terganggu...
    i takde pembantu semua pon buat sendiri sebab tulaa... 
    bisnes mcm ni bukan menentu ada masa ada byk order kdg2 takde...
    bukan nak menolak rezeki cuma minta tangguh.. jiran2 yg lain dah paham sangat dah... 
    sebab tu bila nak buat mereka semua minta i sms 
    informed bila i free nak baked..

      
    salah satu syaz pizza


    syaz moist cake


    and................


    yang ni cake utk anak2 kat umah.. saper yg deco tu.....

    -
    -
    -
    -
    -

    nak
    tau
    saper...

    ?

    ?

    ?

    ?




    ni Naqiuddin punya kerja... 
    lantaklaa......... suka hati nak...
    watler cemana pon.. 
    ibu tak kisah.. 
    suka sangatttt dierr..@@




    lastly.. TQ syazline...







    Tuesday, February 9, 2010

    chocolate cup cakes/ pepperoni pizza

    cupcakes n pepperoni pizza ni ditempah oleh Yusliza.. 
    i kenal yus ni masa kerja kat PGB/CUF dulu... 
    dia ordered ni melalui facebook .1st time ada order dr FB...
    dah bgtau awal2 lagi kat dia bab2 deco ni akak fail.. 
    kalau nak yg pelik2 cariklaa org lain.. dia kata takpe. anak2 dia tak kisah.. asalkan coklat n letak fresh cream jerr topping atas.. mmg feberet.. dia takde masa nak buat sendiri..
    sangat2 berbesar hati sebenarnya.. terima kasih yus sbb beri kepercayaan pada akak..
    tq so much... 

     

     
    yang ni pulak pepperoni pizza dia order sekeping ajer sbb anak2 dia tak makan... pizza ni untuk dia ngan hubby jerr..
     
     
    tq again.. yus..

    my homemade black pepper steak

     
     my black pepper steak..


    layan gambar jer dulu ek... nnt i type the recipe.. sudah mengantukk..


    dinner masa tu.. along n angah yg siapkan table tu.. konon2 masa derang dok siapkan meja dengar2 jugak "kalau letak lilin ni kat sini padam semua lampu mesti bestni.." angah lak ckp "mengadalah along ni.. ikut dalam tv lah tu..." din... " laparrrr bila ayah nak balik ni.." ica.. gelak2 jer yg lebih...


    mari kita share recipe ni....

    • daging lembu dalam 8 keping (i beli kat giant jer yg dah siap slice tu)
    • 3 ulas bawang putih, 7ulas bwg merah, 1 inci halia, serai - ditumbuk
    • kunyit serbuk, rosemarry, basil, thyme, lada sulah >< 1 sudu besar lebihkan rosemarry takpe..
    • garam n gula
    • 2 sudu sos tiram
    • 1 sudu olive oil / butter
    caranya...

    basuh daging.. tumbuk2kan dgn lesung batu ke.. apa2 jerlaa bg daging tu kemek n lembut, gaulkan semua bahan sapu rata pada daging td.. perapkan 1 hari.. simpan kat frozen...
    esoknya.. panaskan oven... panaskan kuali letak sket olive oil masak daging sekeping demi sekeping dlm kuali dalam 3 - 5 minit.. hingga habis.., angkat susun dlm tray.. n bakar dlm oven dgn suhu 180 selama 20/30 minit agak2 tgk sampai masak.. bila dah masak leh hidangkan dgn brown sauce n black pepper sauce tu td.. p/s:cadangan tambahan ikut citarasa anda..