Thursday, April 29, 2010

Kangkung Goreng Dgn Udang

Senang jerr masak kali ini sayur goreng simple saper2 pon leh buat...



Bahan2nya
2 biji bawang merah - di hiris
1 ulas bawang putih - di hiris
1 biji cili merah - dihiris
2 sudu sos tiram
10 ekor udang sederhana besar - buang kulit
1 sudu maggie cukup rasa
seikat kangkung
minyak jagung

Cara2nya

Sianglah sayur kangkung tu cam biasa, panas minyak jagung dlm kuali, masukkan bwg putih dan bawang merah, bila dah naik aroma masukkan cili dan udang terus masukkan sos tiram n maggie cukup rasa, masukkan sedikit air ini jika perlu shj, sebab udang basah td mengeluarkan air.. didihkan sebentar dan masukkan kangkung layu jer kangkung matikan api... jgn masak lama2 nnt sayur lembik ... siap!

Wednesday, April 28, 2010

Kari Kepala Ikan




Hari ini kita makan kari yer.. meh cek resipinya...


seekor ikan merah sederhana besar - siang dah bersihkan

bahan A
6 ulas bawang merah - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
2 batang serai - ketuk
1 kuntum bunga lawang
2 bj buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
sedikit biji sawi
setengah sudu teh halba biji
sedikit halia di ketuk atau hiris nipis
2 tangkai daun curry
minyak masak utk menumis

bahan B
semangkuk rempah curry IKAN BABAS - kacau dgn sedikit air
sepeket santan / susu cair
garam dan gula utk perasa
air asam jawa secukupnya

bahan C
1 biji tomato - belah 4
1 btg cili hijau - belah dua
1 btg cili merah -belah dua

cara2nya
panaskan minyak dalam periuk.. tumiskan semua bahan A hingga naik aroma, kemudian masukkan rempah kari goreng sebentar... n masukkan bahan B.. bila dah mendidih masukkan ikan rasalah lepas tu ek.. bila dah mendidih kali ke2 masukkan bahan C dan bolehlah dihidangkan. Bahan C boleh juga ditambah terung atau bendi kepada yg suka.


TIPS N 'MENU DIETTT'


Salam Pagi Rabu sekelian....
Hari ni nak share satu benda yg mungkin berguna utk semua.. MENU DIET
Menu ni aku dapat dari seorang teman masa aku kerja kat CUF dulu Sazyla
menurutnya bila dia betul2 ikut menu ni dia dapat turunkan 
berat dalam sekilo selama seminggu
aku dulu ponn.. ada try tp aku takdelaa ikut betol2 hahaha dapat 
turunlaa dalam 0.5 seminggu 
tak lama aku diet badan dah kurus sket.. aku terpregnant...
langsung ko BOBOT balik.. hihihihi
ok dr membebel meh kita tengok apa yg ada...

BREAK FAST
Day 1
  • Black Tea / Coffee (no sugar)
  • 1 Grapefruit
  • 1 slice Toast Bread (wholemeal)
  • 2 tbs Peanut Butter
Day 2
  • Black Tea / Coffee (no sugar)
  • 1 egg (half boiled)
  • 1/2 Banana (medium size)
Day 3
  • Black Tea / Coffee (no sugar)
  • 1 egg (hardboiled)
  • 1 slice Bread (whole meal)
LUNCH
 Day 1
  • 4 oz TUNA Fish (in water)
  • 1 slice Bread
  • 1 ltr plain water
Day 2
  • 4oz Cottage Cheese
  • 5 pcs Ritz Biscuits
  • 1 ltr plain water / black coffee / tea without sugar
Day 3
  • 1 slice Cheddar Cheese
  • 5 pcs Ritz Biscuits
  • 1 small apple
  • 1 litr plain water / 1 cup low fat milk

DINNER
 Day 1
  • 1slice cold meat - leh la ganti dgn 1 ketul ayam sederhana besar
  • 1 cup Long Beans - mangkuk kecik jerr tau
  • 4 oz ice cream vanilla
  • 1 small apple
Day 2
  • 2 chicken sausage
  • 4oz Brocolli (steam / boil)
  • 2oz carrot (steam / boil)
  • 1/2 Banana - medium size, bukan pisang tanduk okeyyyyy..!!!
  • 4oz vanilla ice cream
Day 3
  • 4oz Tuna Fish
  • 4oz Beefroot - ni kalau tak tau amiklaa 2 btg sosej
  • 4oz cauliflower
  • 1 slice Melon
  • 4oz vanilla ice cream
TIPS
  1. In between breakfast, lunch n dinner kena minum air yg banyak...
  2. Kalau pisang emas kan size dia kecikkan lehlaa makan sebiji
  3. menu diett ni cuma ada utk 3 hari jerr hari yg ke4 bolehla merdekakan diri tapi masih kena control makan avoidlaa minyak n manis
  4. hari ke 5 start balik cam day1 kat dalam menu dan continue selagi termampu
  5. jangan paksa diri kalau tak tahan buat setakat yang mampu
  6. Perlu diingatkan TIADA JALAN MUDAH untuk kuruskan badan melainkan displin yg kuat. Kalau badan dah terlampau berat amik masa utk turun so kenalaa mendisplinkan diri..

Tuesday, April 27, 2010

My First Award

Award pertama saya...  ada jugak yg sudi bg award....  terfikir jugak layakkah saya...??? sangat2 berterimakasih kepada
yang sudi bg award ini kpd saya, salam perkenalan juga..

1. Buat entry tentang award nie - sudah!
2. Copy badge "Beautiful Blogger Award" - dah!
3. Ucapan terima kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut- Dah jugak!
4. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima award- makkk aii ramainya... aci tak kalau tak carik.. :D (hmm saper ekk... sambil garu2 kepala)

  1. azrulzaidi - perihalku bersuara
  2. Midori Day's
  3. Yo! It's Me
  4. MEmorialISme_HO...
  5. **caLLed me Nourul**
  6. PeNgembara
  7. cik aiLebiu's
  8. Mineblogwebsite
  9. KAMIKAZE
  10. papankekunciku
  11. AKU TETAP AKU
  12. Tentang Hidup
  13. APA KATA HATI
  14. The comings and goings on my life
  15. nomborsebelas
Adehhh pening kepala gak nak mencarik ni.. anyway untuk semua salam perkenalan dan terima kasih..

AEINIO DI 'TAGG' HOHOHOHO

Aduhhhh.. tak tau rasa mcm mana... suka kerr.. seronok.. 
gabra dan gelabah......  suspen pon ye jugak.. maklumlaa siapalah aku dalam dunia blog ni... 
ini adalah kali pertama aku di tagg oleh saudara syukur kat AKU TETAP AKU
nilaa syarat2nya.. adehhh gua suspen gilor nih....

1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story.
4. Then challenge 8 blogging friend to do the same.
Resultnya tadaaa.....


inilah hasilnya.. gambar dari folder ke 8 dan no 8 untuk soalan pertama dan kedua
nak tau tak gambar tu gambar aku dgn saper.. sah2 gambar aku dgn ~sesuci kaseh ibu~ 
lerr hodohnya time ni dengan tudung 3 segi pesen dolu2 ( syarat nasyid... aku pakai tudung mak aku tu..) wakaka.... masa ni seingat aku ada sambutan maulidur rasul kat sekolah... aku kena pakai baju putih dgn songket merah,  sbb terlibat dengan persembahan nasyid kat pentas sekolah.
dan kali ini giliran aku pula nak tagg korang.. hehehehe kena jujur tau!
  • puanxcomei - sesuci kaseh ibu
  • WoNdErFuLL LiFE
  • Faizaharis
  • RESEPI NANNIE
  • citarasawan
  • food MANIA
  • Dapur Tanpa Sempadan - Mat Gebu
  • BEN ASHAARI - jangan bagi aku membebel
rasanya dah cukup 8 ini bukan paksaan ya.. sekadar suka2 thanx again kepada yg mengeTAGG dan tq juga kalau 8 blog ni sudi meneruskan permainan ini..

Tumis Air Pucuk Paku dan Cendawan

Kali ini sayur laa pulak...
hubby teringin makan masak pucuk paku ala2 tumis air..




Ok meh tgk resipi..

Bahan2nya

Seikat pucuk paku
half packet cendawan (org Ganu kata Kulat)
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 sudu udang kering - ditumbuk
setangkai cili merah - di hiris
1 sudu sos tiram
garam
minyak utk menumis
air secukupnya

Cara2nya

siang dan basuh bersih cendawan dan pucuk paku n toskan, bawang merah n udang kering ditumbuk halus... panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk hingga wangi, masukkan air dan sos tiram bila dah mendidih perasakan dgn garam dan bolehlah masukkan semua sayur bersama hirisan cili merah.. hmm dah siap!
menu ni tak pedas so kalau ada anak2 yg kecik tu mmg sesuailaa...

Pakaian Ketika Berbasikal

Takde apa2 cerita sebenarnya... 
sekarang ni cuaca kat pantai timur ni panas lerr sesangat... 
pakai cream UV SPF50 ponn masih membuatkan muka ku berbelang! 
so i limitkanla aktiviti berbasikal sepanjang musim panas ni seminggu sekali.. 
sgat2 tak tahan..


 korang layann la gambar aku ketika masih bobot ni ekk...


Entry kali ni cuma nak bagitahu 
kepada yg tak tahu atau pon istilah tak pandai cakap..
ataupon cakap melulu n  tak fikir.. apa2 jerlaah ek..!
Mmg aku berbasikal baju lengan panjang, topi, sarung tangan n cermin mata 
selain cream yg berlapis2 kat muka semua tu bersebab 
bukan nak bergaya okeyyy...
baju lengan panjang supaya halang panas direct n lagi satu 
mmg patut ponn tutup aurat.. seluar getah ketat pulak 
bg elakkan suar zaman sekarang nikan yg kombang kek bawah tu 
selalu sgt terselit kat rantai basikal... 
itupun hubby aku kena pk 18 kali nak bg aku pakai suar ketat tuh!
cermin mata... selain panas... nak elakkan mata kena habuk dan sebagainya
helmet ofcoz utk keselamatan kepala 
tu pon masih tak complete lagik.. sarung siku n lutut aku tak pakai..

Monday, April 26, 2010

Sambal Ikan Talapia..

Ikan Talapia atau ikan sungai setengah orang panggil ikan darat.. 
kalau korang nak tau.. aku n famili mmg tak makan ikan sungai.. 
sebab famili aku mmg tak pernah masak ikan sungai.. 
bila dah kerja aku rasa mmg aku ada termakan ikan2 ni kat canteen tempat kerja, 
yerlaa sbb aku bukan kenal ponn...
ikan sungai ke ikan laut kerr hantammm asal ikan.. hehehe
Ni sebenarnya kali kedua aku masak ikan ni 1st time jiran bagik.. 
tp kalini aku n hubby p beli kat pasar tani.. famili hubby mmg makan ikan sungai ni.. me yg tak pernah masak..
yang menjadikan kesoronokan berganda ialah anak2 aku suka makan siap order suruh masak camni lagi... walllaaa mak sukerrr....plus plus..


Tanpa membuang masa meh kita jengah recipenya..


Bahan2nya

4 ekor ikan Talapia Merah sederhana besar - basuh bersihkan dan kerat dua, gaulkan garam n kunyit goreng hingga masak.
3 bj bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit belacan  - di tumbuk
pes cili - agak2 lerr (cili kering yg dibuang biji dan dikisar)
1 biji bawang besar - dipotong bulat
air asam jawa
garam n gula
minyak utk menumis

Cara2nya

panaskan minyak dalam kuali masukkan bahan2 tumbuk, bila dah naik bau masukkan pes cili kacau hingga cili masak garing (pecah minyak), masukkan gula dan garam, air asam jawa dan ikan yg telah di goreng td akhir sekali masukkan bawang yg di potong bulat.. sedia utk di hidang... sangat sedap bila dimakan dengan nasi..

Sunday, April 25, 2010

ALAM GHAIB, HANTUUUUU.. atau MATA yg SALAH..???

SALAM 1 MALAYSIA....

Tajuk kat atas mmg ada kene mngena dgn citer nih.... 
korang pernah tak nampak 'hantu' (bahasa kasar, ataupon sebenarnya makhluk Allah yg sifatnya camtu umpama jin atau syaitan), terus terang aku takdelaa nampak direct tp hint2 tu aderlaa... mimpi hantu pon jaranggg... seingat aku masa umo 7 atau 10thn dulu aku pernah nampak benda2 ghaib ni kat umah lama ampangan block C dulu.. 
malam tu aku nampak mak aku cantik sangat..
'awat lerr cantik sgt mak den malam2 ni makeup sanggul lintang, baju kebaya nyonya kaler hitam ada kilat2 lagik' senyum meleret jerrr.... aku tgk sekali imbas jerr...
bila aku tgk sekali lg sah2 aku nampak mak aku tgh tido kroh2 
eh saperlak yg aku tgk tadi.. uwaaaa... 
tp tu citer dulu2 masa aku belom baligh..


tp ni ada cerita terbaru masa menaip ni sensiang yerr ...tu yg cam beranilaa... 
untuk pengetahuan semua i mmg jarang edit utk entry2 
sebab asal ada idea nak menulis itulaa dia.. terus post takdelaa nak simpan2 sbb tu kalau tgk balik ada byk kesilapan ayat mahupun ejaan.. 
gua spontan beb!
aku tak ingat tarikh bila tp yg aku tau tahun ni.. maybe 2 atau 3 bulan lepas.. 
biasaklaa tido lewat.. sbelum2 ni mmg pernah dengar mcm2 citer hantu ni from jiran2..
tp aku maleh nak amik pot even anak2 pon sukalaa citer2 camnih.. 
lgilaa maleh baik buat bodo jerr.. yelah bukan kita yg carik dia.. 
tambahan pulak skang ni terlalu byk citer2 camni kuar kat tv...
@#@%@#%^^% <----- no komen!
malam tu aku leka mengadap pc.. upload gambar kalau tak salah.. 
atau dlm blog.. mlm tu line slow ya amat... 
entah kenapa aku nak gak siapkan mlm tu jugak, cam dah takde masa lain... 
heran gak...
masa loading gambar.. aku terlelap.. terlayang atas kerusi depan pc.. 
dalam masa aku terlayang sesaat dua tu aku ternampak kelibat makhluk yg sedang merenung tajam arah aku.. 
rambut panjang semua hitam cam hanguss.. mata sebelah dah tak serupa mata.. 
wooo aku terjaga terus aku toleh tempat yg aku nampak benda tu.. 
tp takde.. oklaa tak nampak life.. 
tp gua seram.... seriau.. bulu tengkuk tegak.... rambut pon cam tegak semacam... 
pehhhhhh... tak pernah seram camtu sekali.. terus malam tu aku takleh tido bilik terang benderang baca majalah ponnn padahal aku ngantuk giler wehhh... 
bila aku baca ayat kursi n mcm2 ayat lg barulaa aku dapat tido dlm bilik 
yg terang sampai pagi tu..
Hubby keje mlm masa tu.. esoknya aku bgtau dia masa bekpas... 
mmg sebelum2 ni kami.. hubby pon ada perasan cam ada kelibat kdg2 just lalu or ada bunyi kat dapo.. time aku sidai baju pon pernah aku terasa cam ada yg sedang memerhatikan aku...
tp mmg buat bodo jerlaa...
as long dia tak ganggu.. ni dah main tunjuk2 muka dah ni apa ce..??? kannn...
so hubby p laa jumpa ustaz Darul Syifaq... kami buatlaa apa2 yg patut.. 
buat pendinding buat pagar dgn ayat Quran... ustaz tulaa yg watkan... 
Ustaz tu kata cam ada rasa lain kat tempat yg aku nampak tu... means betullaa kott... sebb kami tak citer lokasi mana yg aku nampak cuma bgtau ada ternampak jerlerr...
sekarang ni alhamdulillah.. legaa takdelaa jd penakut cam haritu... bila anak2 g sekolah atau kuar main basikal petang2 aku takott dok dlm umah sorang2... pehh.. 
siang2 hari pon leh seramm.....

Hati Ayam Goreng Kicap



Hmm... mmg pemaleh sejak akhir2 ni nak masak yg senang2 jerr...
kalini recipe hati ayam goreng kicap.. 
(kesudahannyerr me n hubby jerr yg makan anak2 tak suka) 
mmg amat jarang masak lauk ni... 
pertamanya dalam hadis pon dah sebut tak elok makan organ dalaman nak2 pulak hati sungguhpun dalam sains mengatakan hati untuk tambah darah...
i suka makan... cuma dah umur2 camni sedor diri kena kurangkan makanan jenis2 camni.. sekali dua dalam setahun oklaa... lg pun kajian mengatakan hati mmg tak elok utk kesihatan..

apa2 pon meh layann recipe mudah ini!


 


hati ayam - me beli 2hengget jerr nak lepaskan ketagih mamat kek pasar tu bg byk ler pulak dapat semangkuk fuhhhh
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis cap kipas udang
pes asam jawa - guna sikit jerr nak ganti dgn cuka pon boley..
minyak masak utk menumis
garam n gula penyedap rasa - tak letak pon takpe sbb sos tiram n kicap manis sudah memberi rasa..

mula2 basuh bersih hati n pedal tu gaul garam n kunyit dan digoreng (awas yerrr malatoppppp tak kesian weyyy... harap jaga diri sendiri ok!) angkat n toskan.. dalam kuali lain panaskan minyak utk menumis, i guna minyak jagung tumiskan bahan2 hiris td, bila dah garing masukkan sos tiram n kicap serta air asam jawa bila dah agak2 nak mendidih tu masukkan hati n pedal goreng td gaul rata n siap utk dihidang..

Saturday, April 24, 2010

gambar ni jerlaaaaa yeaaaa!!!!


cake coklat lah lagi.... order from 
Puan Pariza again khas utk kawan adiknya.... tq...
mehhh layannnnnnnnnnnnn gambarrrrrrrrrrrrr

yang ni dihias oleh Syahmi..

ni derang lerr perabihkannnn....

Agar2 Strawberry berhias peach

Hmmm.. saksikanlah.. jeng jeng jeng.. inilah hasil air tangan anak daraku Hani Nur Dini..
ni dia punya 1st agar - agar.. layannnn gambar lorr...
sesiapa pon pandai wat ini agar2


She used

1 paket serbuk agar2
6 sudu besar gula pasir
2 penutup perisa strawberry
sehelai daun pandan
1 tin buah peach - ambil airnya
1 liter air

caranya..

masukkan semua bahan2 kecuali isi buah peach masak atas api sederhana sehingga mendidih.. angkat tapis dalam acuan.. sejukkan dalam peti ais, hiaskan dengan buah pic dan tuangkan sedikit susu dah siap!!!

Ikan Cencaru Goreng Bercili sos

Layannn gambar.... takyah nak melalut meh tengok recipenya...


Bahan2nya..

4 ekor ikan cencaru - siang buang kulit garam kunyit dan di goreng
1 biji bawang besar - potong bulat
air asam jawa
3 ulas bawang kecil - di tumbuk
3 ulas bawang putih di tumbuk
3 sudu sos cili Thai
3 sudu cili pes - cili kering yg dikisar
1 sudu sos tiram
garam n gula - penyedap rasa
minyak utk mengoreng n menumis

cara2nya...

panaskan minyak tumis bawang putih dan bawang merah yg ditumbuk hingga garing, masukkan pes cili goreng garing... n masukkan pula sos cili dan sos tiram sedikit air asam jawa masukkan ikan yg di goreng td biarkan merenih perasakan dgn garam n gula. akhir sekali masukkan bawang besar.. boleh laa di hidangkan bersama dengan nasi..

Wednesday, April 21, 2010

Setelah penantian setahun lebih akhirnya terjawab..

Tajuk telah menceritakan segalanya...
Akhirnya projek ni berjalan jua setelah setahun lebih penantian...
InsyaAllah kalau ada rezeki adalahh...

Zasssssss layann gambar...

Tuesday, April 20, 2010

dalam banyak2 nasi minyak, nasi ibu paling sedappp..

hmmm itulah kata2 syahmi....
syahmi adalah anak sulung yg bukanlah pemakan orangnya... rasa cam seronok bila dia kuarkan ayat mcm tu.. sebab dia seorang yg amat cerewet dan memilih makanan... sejak kecik dia mmg mudah sahaja keluarkan apa2 makanan yg tak kena dengan seleranya... bukannya kembang dengan pujian anak sendiri but... i'm happy kesukaran membesarkannya sejak kecil, menjadikan kata2nya itu menyentuh hati... atlast.. pandai jugak dia makan n mengenali pelbagai makanan.. alhamdulillah...

recipe kali ini ialah nasi beriani sebenarnya tp taklah spesel mana ponn.. biasa2 jerr

6pot beras basmathi -  basuh n toskan
(takde pulak stock beras tu kat umah so guna beras wangi tu yg tak berapa cantik nasi tu jadinya..)

 bahan A

6 ulas bawang kecil - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
2 batang kulit kayu manis
2 bj buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - di dadu halus
1 tin kecil ghee (minyak sapi)

Bahan B

1 paket rempah beriani - bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan / esen pandan
1 tin susu cair
2 kiub daging - hancurkan terlebih dulu
1 biji limau nipis di perah jusnya
Air secukupnya

Bahan C

garam n gula secukup rasa
sepohon daun ketumbar
kismis hitam
biji gajus

caranya
panaskan Ghee tumiskan bahan A sehingga naik bau, kemudian masukkan bahan B bermula dengan rempah beriani kacau hingga rempah keluarkan aroma... masukkan beras gorengkan sebentar.. dan masukkan semua bahan B, kacau rata bila dah mendidih bolehla masukkan semua bahan C pula.. tanak hingga masak..

*nasi beriani ni sedap dimakan dengan kuah dalca tp kali ini kami makan dengan kari ayam dan daging kambing goreng dengan sos tiram.. psst me tak makan ok..!! DIETTT

Saturday, April 17, 2010

TQ friend...

salam..
Seronok ingin berkongsi suatu penghargaan dari seorang teman lama
(teman antik katanya).. hehehehe..:P
make me smile bak kata seorang lg teman 'kau masih ada kami...'
glad to be your friend...:)
 It is madness 
to hate all roses because you got strached with one thorn, 
to give up on your dreams because one didn't come tru
to lose faith in prayers
because one was not answered..
to give up on your efforts...
because one of  them failed...
To condemn all your friends ...
because one betrayed u
not to beleived in love
because someone was unfaithful or didn't love u back..
to throw away all your chances to be happy
because u did not succeed on the first attempt...
I hope that...
as you go on your way...
You don't give in to madness
Remembering always ...
Another chance may come up..
Another friend 
A new Love
A renewed strenght 
Be persistent
Look for happiness in everyday..
the sure path...
to failure is to give up!
It is often through failure that future success come..
KEEP TRYING
God bless U.

tq my friend....

Friday, April 16, 2010

garlic bread

my homemade garlic bread.. 
masih ingat lagi tak recipe garlic butter 
kali ini i buat menggunakan roti burger...
layannn gambar jer eh....
dah banyak kali jugak buat.. dengan roti perancis cuma tak menang tangan takdelaa snap gambar..  butter ni tahan lama kalau kita simpan dalam peti sejuk...
sebenarnya kalau kita pandai nak ubah suai recipe garlic butter ni sesuai juga untuk scramble egg dan bermacam kegunaan lain nasi goreng pon boleh!

Thursday, April 15, 2010

mushroom pizza n sausages pizza

 Petang td menyiapkan tempahan 2 jenis pizza
mushroom pizza ni untuk Puan Rjunawati
ni pulak sausages pizza untuk Puan Norizan
yang beser rrr sausages, pepperoni n mushroom split topping utk KITA2 AJER..

1st OFF ROAD

Salam.. dah lama tak citer pasal basikal kan..
i tetap mcm biasa berkayuh cuma setelah lebih 4 kali lalu jalan yg sama dah mula rasa boring... pernah juga cycling dari rumah ke air port kertih lagilaa seramm ngan kereta yg teramat laju takut tertinggal flight kott, pastu di sepanjang jalan airport ni ada sekumpulan keluarga monyet.. hahaha.... 
buatnya dia pon bergayut atas basikal den reramai cemana..??? 
n lately ni mmg mlas nak snap gambar lebih nak excersise jerr.. ni pon gambar hp, 
tak bawak camera... berat badan dah turun 5kg tp masih nampak bobot lagik, yerlahh belum capai berat badan ideal lg... nak diet ni pon kena ikut kemampuan badan gak...
sebab cuaca panas ajak hubby masuk hutan laa.. sebelum ni mmg tak berani... tp hutan yg dia biasa lalu ni sudah terang.. nak tanam semula.. hohoho.. 
tp masih tak sepanas atas jalan raya...
kebaikan 'off road' ni redup n tak panas selain more adventure sbb jalan mmg tak rata mcm2 bentuk bukit, lobang n batu kecik batu besar..., beberapa kali gak nak terjatuh tayar berpusing tp tak jalan hehehe.. teknikal problem!
takut gak.. takut ada ular n mcm2 lerr... yerlorr bahaya ada di mana2 kalau atas jalan mmg jalan rata tp seriau dengan kereta n lori yg laju2, panas terik n peragut2
setakat ini alhamdulillah semoga usaha nak jaga kesihatan ni berjalan dengan lancar...

Wednesday, April 14, 2010

aini oh aini

Hari ni mmg terkejut bila tertengok entry Tentang Hidup 
bukan apa.. masa masuk GB terpandang akan gambar cake... 
eh eh cam kenal jerr kek ni... masa bila pulak wat citer pasal kek arini... 
hohohoho TQ to her yg promote my blog..
thanks again...
Akak doakan adik berjaya dlm exam KPLI tu.. insyaAllah
semoga berjaya menjadi seorang guru

Monday, April 12, 2010

chocolate moist cake

Ramai betul yang minta recipe..

sorilaa lambat update... recipe ni i dah modified untuk kesenangan diri sendiri... 
asalnya i dapat recipe from kawan lama masa kerja kat samsung dulu... shila namanya... 
masa makan cake yg dibawanya kat tempat kerja.. i rasa tak penah makan cake coklat sedapp sgt masa tu.. 
then... i masuk bilik payroll menyorok suh dia bg recipe.. merengus jugak dia time tu.. 
yerlaaa sibuk gilerr maaa.... kira gaji olang... aku pulakk dok kaco.... but then dia tuliskan recipe yg mmg dah ada dlm kepalanya..
bila balik umah siap aku selongkar brg2 mak nak wat demo.. geleng kepala jer mak aku... yg sedihnya 1st time buat kek ni tak jd.. huhuhu sedih... tp yerlaa dah kata minat n semangat tak henti mencuba hinggalah sampai kawen i mmg rajin wat cake ni sambil sedekah kat jiran2 
majuk2 ngan hubby suh beli gak oven masa baru2 kawen dulu..
everytime buat cake ni teringat kat shila... atlast jumpa dlm FB hehehe dia pon da tau i jual cake hasil recipenya...
i try nak amik gambar tekstur cake tu tp tak berapa clear laa  
n cake ni mmg semulajadinya hitam... ni 1st day bila masuk peti sejuk on second day dia lebih padat macam potong bar coklat..
ok.. lets share the recipe

bahan2nya

  • 250grm buttercup  (suhu bilik)
  • 6 bj telur
  • semangkuk tepung gandum - recipe asal guna tepung cake
  • semangkuk gula castor
  • 1 cawan serbuk koko - pior koko tau jgn mengada2 nak letak nescafe or cofee
  • 1 cawan air suam - boleh tukar kepada susu segar
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 sudu teh esen vanilla
note = i dah modified byk perkara sebenarnya recipe asal timbang but i sukat menggunakan mangkuk bekas air tahu .. (mangkuk bekas air tahu tu sangat berharga buat diriku ini) =
mangkuk air taufufaa tau.. yg ada gula putih n merah yg beser ada jual kat pasar2 malam tu.. (size 10)

cara2nya....

masukkan butter putar kembang, gula kastor putar kembang pada kelajuan high ketika ini masukkan sebiji telur putar dlm 1 minit dan masukkan lg sebiji telur ulang proses yg sama sehingga telur habis (recipe asal asingkan putih n kuning.. i maleh nak kotorkan byk bekas) masukkan juga esen vanilla...bila dah kembang putar kelajuan minima n masukkan tepung yg telah diayak bersama2 baking powder n baking soda sedikit demi sedikit berselang seli dgn serbuk koko bila habis masukkan sedikit demi sedikit sehingga secawan air ni habis (air ni boleh diganti dengan susu segar lebih sedap tp sbb i berniaga i guna air jerr). lastly masukkan dalam acuan kalau boleh yg ada lubang di tengah sbb recipe ni dapat cake yg agak besar 1.7kg without icing, ganache or wat ever lorr..
bakar pada suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 45 minit atau 1 jam

tadaaa dah siap meh layan gambar...

ica tengah jilat jari dah habis dah sepotong cake sebelum g sekolah agama din possing baikkk punya...
pasan betul anak bujang sorang ni.. second slice.. hmm bila sebiji cake tu  dah habis.. dia leh kata " cake ibu ni mcm tak berapa sedap laa...." pirahhhhhhhhhhhh... sabo jerlaaa

ok yang ni i type recipe asal cake tu...

250gram buttercup
10 auns tepung cake - diayak dengan baking powder
8 auns castor sugar
1ts baking powder
6bj telur gred yg besar
1 cup koko powder
1 cup hot water
1ts vanilla

cara2nya

bancuhkan koko dgn air panas hingga betul2 larut biarkan sehingga sejuk..  dalam bekas lain putarkan putih telur hingga jadi buih sabun... biarkan n sementara tu dalam bekas lain putarkan butter hingga kembang add castor sugar kembang, add esen vanilla n masukkan sebiji demi sebiji kuning telur putar kelajuan high hingga betul2 kembang, bila dah kembang masukkan tepung berselang seli dengan koko (pastikan koko dah suam atau sejuk) dan putih telur.. lakukan manually sehingga habis... pastu bakar pada suhu 180 (panaskan oven dulu ek) kepanasan atas dan bawah selama 45 minit atau 1 jam..
selamatlah mencuba....

cake coklat..

tempahan cake chocolate moist kali ini datangnya dari pariza again...
kali ni untuk dia dan untuk kawan adiknya..
cake yg sebelum ni semua bilang ok n sedap...
alhamdulillah...
malas nak citer panjang2 meh layannn gambar...
lastly tq mamahawa

aeinio roti telur

sesiapa pun dah pandai wat roti telur kan... tp kali ini nak share cemana i wat roti telur utk my kids..

Roti gardenia atau apa2 brand pon ok..
3 atau 4 bj telur
3 sudu susu segar / susu cair
garam n lada sulah
setengah sudu kecil oregano kering

* pukul telur n campur semua bahan.. panaskan non stick pan, lengserkan sedikit butter (nak guna garlic butter lg best) celupkan telur dan masak dalam kuali balik2kan dah hidang with cili sos atau mayonis..

Thursday, April 8, 2010

pizza

Hari ini menyiapkan 7keping tempahan pizza...3 jenis. 
sausage pizza, pepperoni pizza n tuna pizza..

zasssssssssssss layannnn gambar....


semuanya dari regular customer... sosej pizza ni ada dlm 4 keping untuk Kak Na n Kak Gayah 2 keping lagi untuk kawan2 Kak Na.. i tak tau nama.. TQ..



TUNA PIZZA ni untuk AYU..



PEPPERONI PIZZA ni untuk kawan Kak Na sori tak tau nama dan 1 lagi utk Kak Aida



yang ni beser rr 4 my kids... ada sosej, pepperoni n smoke chicken... wallaaaaaaa