Sunday, May 30, 2010

Ketam Berempah


dah lama tak masak ketam...  meh kita tgk apa bahan2nya

1kg ketam
3 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
daun kari
2 sudu rempah kari - gaul dgn sedikit air
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili thai
minyak utk menumis
sedikit air (optional)
garam n gula sebagai perasa
5 biji lada hitam di tumbuk halus

panaskan minyak tumis bahan penumis buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan daun kari lepas tu masukkan mahan tumbuk halia, bawang putih dan bawang merah kacau hinga pecah minyak dan bau wangi.. masukkan rempah kari kacau sekejap masukkan ketam yg telah disiang bersih... masukkan air kalau terlalu kering tutup biarkan sebentar.. bila ketam dah separuh masak dan mula keluarkan air masukkan sos tiram, sos cili, lada hitam n bahan perasa... tutup lagi biarkan hingga ketam masak.. dan bolehlaa di hidangkan..

Saturday, May 29, 2010

Sambal Goreng

Menu yg menjadi kesukaan saya... tp yg lain2 dalam keluarga biasa2 jerr..


Versi ni mungkin agak berbeza daripada sambal goreng yg pior tp ala2 simple dan kira bolehlaa...

bahan2nya

1 keping tempe
1 keping tahu
1 biji ubi kentang
(semua bahan diatas hiris nipis dan digoreng)

bahan tumbuk
2 biji bawang merah
2 sudu kecil udang kering
1 ulas bawang putih
1 biji cili padi - nak pedas tambah lagi..

-tauhu fucuk
-soh on
(bahan kat atas tu agak2 lerr rendam hingga lembut)

3 sudu besar kicap pekat
garam n gula
sebatang cili merah hiris
setengah biji hirisan bawang besar

caranya

tumiskan bahan tumbuk hingga garing masukkan bahan hiris (cili merah dan bawang besar) masukan sohon dan fucuk.. kacau sebati, masukkan kicap dan bahan perisa, akhir sekali masukkan semua bahan yg di goreng td, gaul rata... siap utk dihidangkan..

Puding Roti

Salam... dah agak lama tak update entry.. hmm al sibukkk...  mehlaa kita share recipe ni... puding ni sedap dimakan sejuk kalau suka makan panas2 pon ok.. makan dengan vanilla ice cream lgilaaa ok.. :)
 
Bahan2nya

15kpg roti gardenia potong 4
1 tin susu ideal
2 sudu kecil vanilla
1 biji epal hijau (potong 4 hiris nipis/dadu, hancurkan pon ok)
setengah cawan kismis
setengah cawan gula
2 biji telur
100gram buttercup

cara2nya

basahkan roti dgn susu (rendam sekejap) tos asingkan
pukul telur dan gula sampai sebati (pukul guna garfu jerr) campurkan vanila kemudian campurkan dgn baki susu td, celupkan roti pada bancuhan td dan susun dlm loyan yg di sapu butter, buat 3 lapisan n letakkan butter sket atas roti taburkan kismis dan apple, susun roti lg hingga habis bhgian atas sekali letak kismis dan apple habiskan butter letak jerr atas roti tu..tak rata pon takpe nnt butter tu mencair.. panaskan oven 180 / 170 ikut kesesuaian oven masing2 bakar selama 45minit (alas loyang dlm dulang yg berisi air - puding ni naik pastikan jgn penuh sgt nnt berlaku lelehan ketika proses memasak)

Monday, May 24, 2010

Karipap BESARRRRRRR Punyerrr

Hehehehe.. tak ada apa yg menarik sebenarnya.. aku buat benda ni hujung minggu yg lalu.. sekarang ni pastri puff tu dah ada jual yg dah siap senang jerr kerja...

Puff Sardine


makanya setelah siap sardine puff tu adalaa plak lebihan inti... dengan itu terjadilah benda ni.... 'Karipap BESARRR punyerrr' buat sambil lewa n campur dgn vitamin M... tp anak2 suka lak yg bawah dr yg atas tu.. 


inti yg berlebih tu... i tambahkan parmesan cheese utk bg kelainan pada rasa... layannn gambar ek..!!!

Sunday, May 23, 2010

Ada hadis tentang SANGGUL TINGGI dah jd trend akhir zaman..


I copy paste info ni dalam facebook kawan lama elok untuk kita kongsikan bersama... thank to haslinda..




It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all.I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab.However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar. I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.

Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.


Thursday, May 20, 2010

Naqiuddin Birthday cake!

Tercabar dan mencabar.. me rasa tercabar dan yg mencabar pulak anak sendiri.. huh!! tensen...!!!! sejak February lg dia dah sibuk nak cake ben10 dan yg paling utama ibu kena datang ke tadika untuk celebrate his beday with his friends aduihhh... aku tepuk dahi!! 4 org anak... tadika yg sama tak pernah camni... tp anak yg sorang ni.. mcm2 lah! yang buatkan aku bengang sangat dia cakap berulang2 

 Kerana berasa tercabar... aku berjaya jugak hasilkan cake ni...

'ibu din nak cake ben10 yg ada gambar din... din tanak ibu buat kek din.. din nak ibu order atau beli jerr kat secret recipe sebab kek ibu mana ada gambar ben10..?' dalam hati aku.. secret recipe... umanggg aihh.. mahal tu.... apalah yg budak ni tau... tau nak jerr...
"ya nanti ibu buatlaa..." kataku.... 
' ibu tak payah buat ibu beli jee... din tau... kedai yg kita beli roti tu ibu, dia ada jual cake ben10 yg din nak'  
'nnt ibu buatkanlah cake yg din nak tu...' janjiku.. sambil merenung matanya... dia tunduk muka dan lirikan matanya menunjukkan dia ingin katakan sesuatu dengan ekoran mata yg agak takut2 nak bertentang dgn mataku dia bersuara
'ibukan.... tak pandai buat kek ben10...'  dari matanya aku tau dia tak yakin dgnku... aduhhhhh ini anak... bikin aku gerammm.. 
'yelah2 ibu tak pandai... nnt ibu beli jerrlaaah...' mcm tulaa tiap2 minggu dah berbulan he's keep remining me about ben10 cakenya ituss... serabut weyy... sepanjang dia mengINGATkan aku tentang cakenya itu sepanjang itulah aku rasa tercabar dan bg menenangkan perasaannya aku just anggukkan kepala tanda setuju... dalam hati uwaaaa wa cakaplu... bengang!

Oleh kerana harilahirnya jatuh pada hari jumaat 21hb Mei 2010 so aku celebratelaa harini... kat sini jumaat cuti.. menurut ticernya ramai yg tak hadir harini.. tp takpelaah yg sgt2 penting hati Naqiuddin dipuaskan... Hmmm layanlah gambar cake tu ek.. jangan tak tau aku yg buat cake tu... edible image tu aku order kat sini
harini mmg pakaian bebas mmg mcm tu setiap minggu, kalau tak budak2 ni dgn uniform rasmi.. hehehe

mmg malas betul nak bermain dgn icing nih.. tp kuatjugak semangat nak buat masih not gud in deco... kembang gak sekejap dengar budak2 tu kata sedapp untie... tq untie.. bye2 untie..
"sekarang ni Din percaya tak ibu boleh buatkan cake BEN10 utk Din..?" dia angguk sambil senyum meleret... aku puas!

Ezan Teachers Day order

Biasalah mek tengelam timbul ni.. hehehe sekarang dia dah dok kemaman so jauhla dah..  tp yerlah dah namanya pelanggan dia senang berurusan dgn aku samalaa jugak dgn aku senang dgn dia... ni mmg antara cake peberet dialorr... dia order kali ini untuk sambutan hari guru sekolah anaknya cake ni just a give utk cikgu kelas anaknya..
photo dan gambaran yg biasa.. layannn jerlaaa ek!

Sambal Sardin

Hahahaha macam dah takde lauk lain ek... bukan masalah lauk sebenarnya nak share sedikit info mungkin ramai yg dah tau.... Tahukah anda sardin antara sumber kalsium tertinggi yg diperlukan badan kita, selain ikan bilis dah tentulah susu. Kalau dulu2 mmglaa makan sardin kira lauk hujung2 bulan.. tp sebenarnya kita memerlukan kalsium dr sardin sekurang2nya 2 minggu sekali... lebih2 lagi kepada yg tak minum susu... tapi tahutak dimana yg sepatutnya kita makan untuk dapatkan kalsium itu? pastikan kita memakan tulang ikan sardin kerana disitulah sumber kalsiumnya.. kalau makan tak makan tulangnya takdelaa kalsiumnya.. sama jugalah dengan ikan bilis...

Meh jengah apa yg ada kalau dah malas sangat nak masak... ni adalah lauk malas saya Naqiuddin anak yg bongsu tu mmg suka makan sardin samalah judak dengan ibunya anak2 yg lain no hal belasah apa2 jerr yg ibu masak.. yg paling sadis dan kesian ialah hubby dialah org yg akan tensen bila tgk lauk sardin.. selalunya i masak time dia keje pagi so dia tak jumpalaa... lauk tu.. huhuhuhu

Bahan2nya
1tin sardin cap ayam size besar
1biji bawang besar - potong bulat
1biji kentang - kupas potong baji dan goreng
air asam jawa / jus limau nipis
 garam & gula

bahan2 tumbuk
3biji bawang merah
3biji bawang putih
5tangkai cili kering
5 biji cili padi - nak bg pedas
sedikit halia - tanak pon takpe

cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga pecah minyak...masukkan sardin perasakan garam n gula dan air asam biarkan mendidih boleh masukkan kentang goreng dan siap untuk dihidangkan

Tuesday, May 18, 2010

POD monthly celebration (April n Mei 2010)


Selepas ada masalah komunikasi hari tu barulaa kali ni depa order... actually thn ni budget macam kurang firasat saya dah takde budget kot thn ni... tp rupa2nya ada.. mereka celebrate 2bulan sekali... Kali ini mereka order 2biji cake! hmm... takde idea jd cake yg biasa jerlah... lagipun under budget so tak dapatlah nak bg yg kaw2...


This is chocolate moist cake 1.8kg



Orange butter moist cake 2.8kg  (fresh cream n orange filling)

masih lagi tak berapa pandai on deco... n masih takde masa nak p belajar... anyway.. me percaya practise make perfect!

Sunday, May 16, 2010

UMI, IBU. EMAK. MAMA, MUMMY, MAA

Dua tiga hari ni aku lebih banyak membaca, menonton.. akibat daripada kepala yg asik pening jerr... cuaca panas.. tgklaa byk betul kebakaran yg terjadi pada musim panas camni... sebenarnya dah banyak kali jumpa ada sekali tu balik dr kuantan tgh malam lalu kat jalan depan mesra mall tu jerebu dgn asap... merisaukan betul... ni pon terdetik nak amik gambar.... tak ingat masa bila...



Aku baca n copy paste kisah dibawah dari http://shuhmy.multiply.com/
teringat masa mak sakit aritu... harap dengan artikel ni dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada kita semua.. kadang kala kita tak sedar apa yg sepatutnya kita perlu lakukan terhadap ibu kita..
Renung2kanlah
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Saturday, May 15, 2010

award ke3 saya...


Ini merupakan award ke 3 saya..... sebenarnya mmg berkenan kat award nih..
tp rasa cam diri tak layak... masak pro untuk diri sendiri aje..
award impian ini dapat daripada Puan Faizah
Terima Kasih yg tak terhingga...

SOALAN:
  1. 3 jenis Lauk pauk yang suka dimasak
  2. 3 Jenis Pencuci Mulut yang Paling Best Penah Buat
  3. 3 Jenis Biskut Kegemaran Time Raya
  4. Bagi Award Ni Pada 3 Orang Rakan Anda yang Juga Rajin Memasak
JAWAPAN:
  • Asam Pedas
  • sup
  • Ikan Masak Taucu
  • Fruit Koktel
  • puding karemel
  • Dadih
  • TArt nENAs
  • Tart Nenas
  • TART NenaS === hehehehe

Thursday, May 13, 2010

Sauna Sendiri Dirumah atau di SPA

Apa bezanya sauna sendiri di rumah atau sauna di SPA... pada aku sama jerr...  cuma kalau dirumah more privacy nak kata privacy tak jugak kadang2 org dtg rumah, pos lajulaa.. aku selalu sgt kena naik tensen!..  kadang2 tu wat bodo jerr kat dalam... tpkan satu jerlaa kalau sauna kat SPA kita disiplin, kalau 30 minit tu tahanlaa dok dalam tu tak keluar2 (sebab berbayarkan) tp kalau sauna sendiri kat rumah mmg tak disiplin sbb takde sape nak pantau n tak segan dengan sapa2 so suka2 hati boleh keluar masuk sendiri.. cemana tu? ni cerita ttg diri sendiri.. hmm..

ni diva sauna boleh beli online  dah dekat 3thn aku guna.. tp skang ni dok tersadai jerr tu...

Antara Kebaikan dan kelebihan bersauna:-

1) Menggantikan aktiviti bersenam.
2) Membakar Lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
3) Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin. 
4) Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
5) Mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis & dll.
6) Menyegarkan tubuh badan anda selepas penat bekerja.
7) Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat.
8) Membersihkan kulit dan kelihatan segar, halus dan licin. 
(1 -8 kat atas tu melalui en google)

byk cara kita nak bersauna ni... byk herba2 khas utk bersauna ada dijual  sekarang ni.. ataupun kita boleh dapatkan sendiri bahan n tumbuhan semulajadi... terpulang pada individu.. aku nak kongsi tips aku sendiri bersauna

aku selalu guna herba dr sendayu tinggi
yg dalam botol kecik tu minyak serai wangi...
 herba n minyak ni dimasukkan dalam periuk tau! bukan sapu kat badan

sebelum bersauna aku selalu sapu minyak herbanika dari Nona Roguy ataupun cream halia seluruh badan (cream halia ni leceh sikit kena sapu sampai betul2 rata kalau minyak senang) kalau tak tahan dgn mcm2 cream ni tak payah letak apa2 pon ok sbb herba tu dah cukup sebenarnya. Kalau ada set baju sliming lepas sapu minyak ni elok 
pakai pakaian dalam membentuk badan tu
(beautiful, croni, avon, iv6- mcm2 jenama skang kat pasaran yg murah, yg mahal ...) 
tu untuk lebih dapatkan kesan ketara... apa2 pon kita kena rajinkan..  aku ni malas yg sebenarnya... itulaa byk gangguan dan tak pandai bahagikan masa. :(

  
bersauna salah satu cara jugak utk diet, untuk buang toksik, pecah lemak.. aku pernah praktikkan selama sebulan dgn bersauna setiap hari atau 2 hari sekali tak perlu lama 20 - 30 minit dah memadai mmg kulit nampak fresh...  tidak dinafikan, sampaikan tumit kaki aku yg kasar sbb pecah2 hilang camtu jerr.. terkejut aku.. masalah eh aku kurang rajin sekarang ni.. tula dehh!!

Tuesday, May 11, 2010

Gulai Udang dan Labu


Meh makan Gulai Lemak udang dengan Labu.. biasanya org makan gulai udang dengan nenaskan... ni dah modify sket yelah asik menu yg sama jeerr.. ni ala2 sama tp di'lain'kan sket... meh kita tgk apa yg ada

Bahan2nya

1kg udang
cili padi - ikut suka yg nak pedas letaklaa lebih
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 batang serai
kunyit hidup - ni pun agak2lah kang terlebih kuning pulak
2 cawan santan pekat
garam
setengah biji labu yg dipotong besar

Cara2nya

Cili padi, bawang putih, bawang merah dan kunyit hidup di kisar atau ditumbuk halus, masukkan dalam periuk dan direneh seketika.. masukkan serai dan santan biarkan mendidih (jaga kuah kacau2 selalu) masukkan labu dan udang serta bahan perisa. bila udang masak siap untuk dihidang.. sedap dimakan bersama nasi panas dgn sambal belacan..

Sup Ikan Merah..


Masak yg simple2 jerr.. sup ikan merah ni makan time2 hujan best laa.. tp ni masa panas.. pantai timur sekarang ni mmg panas... berpeluh2 hehehe

meh layan recipenya kang membebel cam Ben lak kang...
(jgn marah ek Ben!)

setengah ekor ikan merah - i amik part ekor... boleh tahan gak laa sizenya
2 biji ubi kentang - belah 4
daun sup
daun bawang
2 biji tomato belah 4
bawang goreng

bahan tumbuk
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 biji buah keras
2 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
1 inci halia
sedikit kunyit (utk warna shj)

1 sup bunjut
1 sudu kecil sos ikan
garam n gula
air secukupnya
minyak utk menumis

panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk hingga wangi, masukkan sup bunjut masukkan air secukupnya sementara tunggu mendidih masukkan kentang, sos ikan, garam n gula bila mendidih masukkan pula ikan biarkan mendidih utk kali kedua dan ikan masak bolehlah masukkan tomato beserta daun sup dan daun bawang... matikan api sedia untuk dihidang...  (taburkan bawang goreng) kalau belah2 Johor sup ikan sedap dimakan dengan sambal kicap.

Sunday, May 9, 2010

Udang Goreng Slumber

salam...
actually nama masakan ni spontan ajer tersebut terlintas masa anak tanya 'ibu masak apa ibu..?' ibu masak udang goreng slumber... masa bg jawapan pon muka selamba gok!  yerlah hari2 masak ada kalanya pening weh nak masak apa..? yg seronoknya anak2 suka...
meh layann recipe..


2 biji cili merah
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
* semua bahan2 diatas dihiris nipis
minyak utk menumis
1 sudu makan rempah kari 
garam n gula
1 cawan susu cair
sedikit daun sup dan daun bawang - dipotong panjang
setengah kg udang - buang kulit dan dibersihkan

panaskan minyak.. tumiskan bahan2 hiris bila dah naik aroma dan layu masukkan rempah kari, kacau sekejap masukkan pula susu bila dah mendidih masukkan udang beserta daun bawang dan daun sup tambahkan perasa garam dan gula, bila udang dah masak matikan api bolehla dihidangkan...

against order from Ezan

mcm biasalaa mek ni tenggelam timbul... 
alih2 kang muncul jerlaa order.. i paham sangat dia busy dgn umah barunya.. 
maklum jerlaa baru pindah.. mcm2 yg nak kena buat... 
i pulak meniaga entah hapa2 boleh bungkus kalo selalu mcm ni.. 

masa dia order tu i mengalami sakit kepala yg teruk gak laa 
sebab musim panas sekarang ni.. panas woo air paip ponn panas.. 
nak basuh tgn kat sinki pon panas... 
dapat sms tgh mamai.. 2 hari kepala berdenyut2 bantai tido jerlaa..
bertambah pening bila tgk bil letrik boleh pengsan! rm 533.. berapa sen tah... 
hampes TNB! TAKDE TUNGGAKAN TAU!

dia order 2 bj cake den buek 1 jerr.. mujurlaa dah menjadi kebiasaan buat xtra utk anak2 yg sama jerr saiz.. n mujur jugak Ezan ni the only one customer yg boleh give n take.. 
mudah berurusan dgnnya... 
alhamdulillah dikurniakan kawan camni.. so legaaa...

layannler yerr gambar cake yg similar.. kalau boring tutup mata ek.. hehehe


Saturday, May 8, 2010

SlimWORLD

Salam..
ada sebahagian komen yg saya terima tak begitu paham ttg menu diet tersebut.. 
 saya beri ulasan lagi utk entry kali ini..

diet high protein dr SlimWORLD ni selama 10hari sahaja sepanjang 10 hari ni kena perpantang dr GULA, MINYAK, KARBOHIDRAT
(no kuih muih, cakes, soft drink, nasi, biskut n buah buahan sbb buah ada gula)
b/fast = 2 btg sosej rebus ATAU 1 bj telur rebus keras WITH low fat milk atau cofee/ milo with no SUGAR

lunch = sepotong kecil ikan ATAU ayam ATAU daging - semuanya kukus atau rebus tanpa lemak n minyak

malam = sup mangkuk kecil bebola ikan atau ayam

TIADA LIMIT SAYURAN so boleh makan byk sayur sayuran hijau dan minum byk air kosong

DIET DIET JUGA kesihatan pon penting! so selamat berdiet

Friday, May 7, 2010

SlimWORLD diettt MENU


Aku bermurah hati nak share menu diet dr SlimWORLD.. nampak tak gambar tu.. 
i tampal kat dinding umah.. kwang kwang kwang.... 
tp kalau ikut menu ni tak berkesan atau sekiranya korang pengsan... 
sila jangan salahkan saya sebabnya bila ikut diet ni korang kena ikut treatment dia... barulaa lebih berkesan..

Diet SlimWORLD ni 10 hari jeer... diet high protein 
selama 10 hari ni mmg korang kena AVOID sugar, karbohidrat dan minyak.. 
so perasan tak berapa banyak benda yg kita tak boleh makan... 
sebagai contoh.. nasi, biskut, roti, buah buahan dan segala macam kuih muih... paham2 jerlaakan...

yang boleh makan selama 10 hari ni semata2 protein dan tiada limit sayuran sebaik2nya sayuran hijau sebagai contoh, sosej rebus, telur rebus, ayam panggang tanpa kulit atau daging tanpa lemak, susu low fat milk dibenarkan, dan semua jenis sayur selain kena kurangkan garam...

untuk pengetahuan aku tak ikut sgt gak... 1st week aku ikut menu tu selama 5hari...
  badan cam tak bermaya..  masa wat treatment rapping sauna aku hampir pitam... 
tapi amoi2 kat slimworld ni mmg profesional dia pantau n sangat2 perihatin... 
depa bg aku sebiji kecil gula2 ginseng... 
dari situ aku taulaa tahap kebolehan badan aku.. 
so aku amik keputusan biarlah lambat asal selamat... maksud aku diet tp ikut kemampuan badan! jangan paksa...

okies nantikan menu selanjutnya pula selepas 10 hari...

Wednesday, May 5, 2010

Baked Cheese Cake


Here is my baked cheese cake recipe... selongkar peti sejuk ada banyak lebihan 
barang2 cake so.. dapatlaa cake ni.. 4 makan2. Actually ni resipi hantam... 
tp notbad tau! so saya kongsikan resipi disini...
kepada sesiapa yg dah tau buat cake sure dah tau asas buat cake so i guna yg basic2 jerr.. kurangkan yg itu tambahkan yg ini...

masa nak start buat cake ni.. saya terima 1 panggilan telephone... 
yg sgt mengejutkan nak tau tak saper yg kol... ?  dari seorang chef tau yg dah banyak terbitkan buku2 resipi... boleh tgk blog chef hanieliza sgt2 tak sangka dia call... 
yerlahh hanya dengan berblog kami boleh kenal.. agak lama juga bersembang dengannya.. 
dia tau saya melalui blog Mat Gebu dari Dapur Tanpa Sempadan  

Bahan2nya

125 gram butter  - room temperature
400 gram cream cheese - room tempt
3 eggs
1/2 cup castor sugar
1 ts vanilla
2 cups Tepung Gandum / Tepung cake
1 ts baking powder (diayak bersama tepung gandum)
1 biji limau sunquick - parut dan perah airnya
blueberry filling utk hiasan (tak ada pun takpe)

Cara2nya

Putar butter dan gula kastor hingga kembang, masukkan vanilla, cream cheese dan telur sebiji2 putar hingga jadi putih... masukkan tepung sedikit demi sedikit pada kelajuan perlahan sehingga habis akhir sekali masukkan jus limau sunquick dan parutan kulitnya. lengserkan mentega dalam loyang 9" alas dengan kertas minyak, semasa membakar letakan loyang atas dulang yg berisi air bakar pada suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 45minit.

Tuesday, May 4, 2010

SlimWORLD 1st treatment



 Entry kali ini nak share sedikit sebanyak pengalaman aku dengan slimworld... 

Alkisah sebenarnya... gatal2 kol sebab aku terbaca 
dlm mingguan wanita bahawa ada branch baru akan dibuka di Terengganu... 
bila aku kol nak tanya lokasi.. derang bgtau kat Kuala Terengganu.. 
aku kat Kerteh dok tengah2 yg ada cuma kat Kuantan n Kuala Terengganu..
cemano tu..??? dua2 tempat ni sama jerr jaraknya lebih kurang... 
hubby mmg dah tau aku jakun ngan slimworld ni...

asal lalu depan slimworld ni dia cuit2 aku tak ponn Marrie France kes aku pernah
g terjah dululaa kat senawang tu.. hehehe 
sebabnya dia nampak akan kesusahan wifenya ini berdiet 
tp badan susah betul nak turun so aku kira bertuahlaa dapat suami yg memahami 
walaupun pada mulanya kami agak keberatan nak 
keluarkan sejumlah wang utk tujuan itu...

sebelum2 ni mmg aku dah byk berhabis pergi ke SPA2 kat sekitar kertih ni.. 
tp takde kesan, rm habis gak... ubat tak payah cakaplaa...
senang cakap bukan nak kutuk melayu tp tulaa kebanyakan tuan kedai mmg ok 
yg jadi masalah pekerja2 mereka, kebanyakannya tidak terlatih... tapi tak semualaaa...
atas persetujuan hubby, kami amik keputusan berulang ke Kuantan
aku tak dapatlaa wat treatment seminggu 3x sebagaimana yg sepatutnya 
sebab faktor jarak so aku wat treatment seminggu sekali atau 2 minggu sekali.. 
bergantung pada masa n keadaan.

Aku amik 100 sessi mcm2 ada... buang toksik, pecah lemak, sauna, raping sauna, 
pecah lemak degil, body toning dan ampoule oil, 
mula2 diberi rawatan menggunakan mesin buang toksik tampal2 kat badan pastu ada gegaran2 kecil mmg best! korang leh relax jerr siap boleh tido lg.. ataupun baca majalah... pastu guna mesin yg sama tp ada getaran yg berbeza utk rawatan pecah lemak.. pastu aku sauna biasa tulerr 1st treatment aku yg pada aku sgt2 besh...
pastu aku diberi senarai menu diet dan dikehendaki mengikutnya 
start malam tu.. huhuhuhu

Asam Pedas

sorilaa ek masa snap gambar ni batery kong! tu yg blurr tu.. dah takde photo lain.. hmmm...
En suami yg siang ikan tu.. tu laa pasal kat ekor tu masih ada jaketnya.. hihihi kalau i yg wat tak mcmtu.. tp... oklaaa dia nak tolongg...

meh layan resipi

Bahan A

6-7 biji bawang merah kecil - ditumbuk
4 ulas bawang putih - ditumbuk
setengah inci kunyit hidup - ditumbuk
3 tangkai daun kari
setengah inci belacan - ditumbuk
setengah inci halia - di ketuk shj
setengah sudu kecil halba
*
pes cili - yg ni agak2 kalau nak pekat letak lebih kalau nak cair n kurang pedas letaklaa sikit..
minyak masak utk menumis

Bahan B

Ikan tak kisah ikan apa yg ni i masak ikan cencaru (kegemaran hubby)
 2 kpg asam gelugor
bendi / terung / tomato
garam
air secukupnya

cara2nya

panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga naik aroma, kemudian masukkan pes cili masak hingga pecah minyak. masukkan air secukupnya bila dah mendidih utk kali pertama masukkan ikan biarkan mendidih masukkan garam n asam keping, akhir sekali bolehlaa masukkan kacang bendi / tomato jika suka.. kalau terung masukkan bersama ikan sbb terung lambat sikit nak empuk. matikan api dan siap utk hidangan..


Monday, May 3, 2010

SLIMWORLD - TERJEBAK SUDAHHH


Nampak tak gambar apa tu.. ya... me <---- dah terjebak dengan SLIMWORLD..
itu my appointment card


nampak tak tarikh bila tu.... aku dah start wat rawatan pada 13/2/2010 setakat ni baru dapat jalani 5 rawatan... nnt i bgtau apa treatment yg dah pernah aku wat dengan 
slimworld ni...

MY 2nd AWARD

Terima Kasih... buat kechixx
ni award kedua yg saya dapat sepanjang berblog...
hehehe.... dapat gak award


Biasalaa bila dah dapatt.... adalahhh tugasannya ye tak...!!!???

1. Thank and link the person that give you the award

Terima kasih berjuta- juta- jutaaaa... kpd   kechixx 

2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover

10 orang yg terpilih....

3. Contact said blogs and let them know they've won this award

yeszaaaaa

4. State 7 things about yourself
  1. simple wife
  2. sekarang ni amat suka berblog
  3. rajin bawak kamera p mana2 tp jarang bergambar
  4. tak suka make up
  5. suka masak
  6. anti pada manusia yg tak pandai hargai kawan
  7. anti si pengambil kesempatan