Tuesday, June 29, 2010

June 2010 POD order....

Terima Order lagi dari Petronas Operation Division untuk June 2010

Mula2 mmg nak letak fresh cream dan fresh fruit tp hubby kata nak coklat gak atasnyerr so ikutkanlahh... bila dah siap, "bang dah siap" sambil2 baring sebelah dia yg dok tgk bola yg sebenarnya aku dah nak guling2 gelak dok teringat ayat cinta kawan2 dalam fb dalam "hati ada tamanlah, taman bungalah, dalam hati ada pelangi.. " wakakaka
 ni baru betul dalam hati ada taman, atas kek ada kebun buah buahan yg penuh berwarna warni bagai pelangi hulalalaalalala.....

korang layan lorr gambar ni ek.. ahaks


Serabut lak aku tengok cake ni...

Monday, June 28, 2010

Cake untuk Kak Ah dan Kak Yah

2 biji cake untuk jiran saya kAh dan kak Yah.. sempena kenduri dan bacaan yassin di rumah mereka...  :)

Happy Birthday Danish..

Happy Birthday Danish...


Sedih jerr suara Ezan masa i terima order ni... dia nak order 'edible image' i tunggu2 jugak dia 4ward gambar... ingatkan beday date July... hmmm...  faktor kesibukan dia boleh terlupa birthday Danish... nak celebrate kat Tadika, cikgu kelas Danish xcident pulak.. (danish ni sebaya dengan Naqiuddin dan tadika yg sama cuma lain kelas) so dia order cake yg biasa jerr utk Danish...

Sunday, June 27, 2010

Pasta Goreng ala - ala carbonara

Pasta goreng yang senang dan simple untuk sarapan...




meh kita cek apa bahan2nya

Setengah paket pasta (tak kisahlaa apa2 pon...) - rebus hingga lembut
2 ulas bawang putih - di cincang
1 biji bawang besar - di dadu
3 sudu minyak zaitun
setengah tin susu cair
1 biji telur
lada bengala merah dan hijau - di potong dadu
5 - 7 hirisan pepperoni - di siat2
serbuk thyme
parsley
parmesan cheese
garam n serbuk lada hitam

cara2nya

masukkan minyak zaitun tak payah tunggu panas terus masukkan bawang putih goreng sebentar dan masukkan bawang besar goreng hingga layu dan masukkan pepperoni masak lagi hingga agak garing, masukkan susus cair dan telur kacau hingga pekat masukkan serbuk thyme dan parsley, garam dan lada hitam serbuk, lada bengala dan pasta yg telah direbus.. gaul rata.... matikan api dan taburkan parmesan cheese.. sedia untuk dihidangkan...

Thursday, June 24, 2010

Gulai Kari ayam kampung salai...

On the way balik dari kampung ke Terengganu beli ayam kampung salai ni n masak kari


Ayam kampung salai mmg beri kelainan dari segi rasa dan aromanya... meh layann recipe... setiap kali memasak adakalanya cara memasak berbeza2 dari yg sebelumnya.

1 ekor ayam kampung salai (me beli yg dah siap! kalau nak salai sendiri ok jugak!)
  
Bahan yg di tumbuk / kisar
5 ulas bawang kecil merah
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering (buang biji,rendam air panas)
1 biji buah keras
3 - 5 sudu besar rempah kari babas (bancuh dgn air)

Penumis
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
setengah biji bawang besar (hiris)
minyak masak / planta / minyak sapi (optional)

Bahan sampingan
2 biji ubi kentang - belah 4
1 biji tomato - belah 2
1 paket santan segera / susu ideal
garam n gula
air / pes asam jawa
2 biji cili merah - di belah 2
2 biji cili hijau  - di belah 2
1 sudu besar bawang goreng

Cara2nya
panaskan minyak.. tumiskan bahan penumis hingga naik aroma, selepas itu masukkan bahan tumbuk hingga pecah minyak dan masukkan rempah kari yg telah di bancuh dengan air biarkan sekejap.. masukkan ayam dan bawang goreng serta 1 cawan air, tutup tudung periuk kecilkan api... (biarkan ayam dan rempah ratus mesra), kemudian masukkan santan (santan paket yg di bancuh dgn air) agak2 kalau nak kuah agak cair bolehlah tambahkan air... biarkan mendidih atau hingga kentang empuk... masukkan bahan perisa garam/gula/ air asam jawa (bila masak ayam jangan terlalu masam berbeza kalau kita masak ikan) masukkan tomato, cili merah dan hijau matikan api dan bolehlah dihidangkan...

Monday, June 21, 2010

SlimWORLD DIET menu after 10 days..

Dah lama aku tak citer pasal dietttttttt aku ek... aku masih diet mcm biasa... cuma aku tak berapa ikut sangat saranan SlimWORLD tu badan aku tak tahan... so atas sebab itu plus aku mmg sekarang ni tengah mengamalkan perancang keluarga nak turun mendadak amatlah susah... sebulan aku hanya berjaya turunkan berat 0.5 sahaja menyebabkan aku jadi malas ko nak updated entry bab2 diett nih... kwang kwang kwang.......
dan lagi sepanjang 2 bulan ni aku mmg jarang betul g treatment dia ada2 jer hal... anak tak sihatlah, along ada kelas tambahanlah, hubby tak dapat cutilah... sabor jerlaa... 
nak wat cemana kannn....

tp hubby kata penurunan yg slow sebenarnya lebih bagus... drpada drastik.. yerlahhh tu..!!!


After 10 hari diet high protein dah boleh amik karbohidrat tau..! cuma after 10 days kena AVOID SUGAR ONLY cemana pon if korang tak tahan nak amik gula jugak memadailaa secawan air panas (nescafe / teh / milo) setiap hari dengan 1 sudu teh gula... rotatela kalau dah amik gula pagi... tengahhari, petang n malam takyahlaa amik lg...

ok here's the Menu...

Break fast
Low Fat Milk or Skim Milk with Whole meal Bread or Biscuits or Oats

In Between
Drink 1 large glass of water

Lunch
Chicken / Fish porridege / fishball soup/ wantan - mee hoon soup/ no limits of Vegetables / Yong Tau Foo DAN sebiji epal / jambu batu / papaya

In Between
Drink 1 large glass of water

Dinner
HALF BOWL OF RICE, NO LIMIT OF VEGETABLES, CHICKEN OR FISH GRILL / STEAM WITH ONE APPLE OR GUAVA OR PAPAYA
Kesimpulannya dah boleh makan buah tp buah buahan diatas sahaja yg dibenarkan... buah seperti pisang, mangga dan durian adalah dilarang sama sekali... ( sebab kandungan gula yg tinggi pada pisang dan mangga, lemak pulak khas utk buah durian) so after 10 hari diett high protein dah bolehlaa makan nasi dalam 1 cawan setiap hari selain yg lain2nya..
SELAMAT BERDIETTTTTTTT...

Daging Black Pepper

Alahaiii gambar.. ni jerr yg ada... jom lihat bahan2nya

1kg daging - potong nipis
15 - 20 biji lada hitam - di tumbuk
seketul bawang putih  7/ 8 ulas - di tumbuk
daun bawang - potong panjang
1 biji bawang besar - potong bulat
5 sudu besar sos tiram
2 batang serai - di titik
air secukupnya
garam n gula secukup rasa
minyak utk menumis
1 biji cili hijau belah 2
1 biji cili merah belah 2

cara2nya.. tumbuk lumat biji lada hitam selepas tu masukkan bawang putih tumbuk bersama.. panaskan minyak dalam kuali yg ada penutup masukkan bahan tumbuk (lada hitam dan bawang putih) goreng hingga naik aroma masukkan serai titik dan daging yg telah di basuh bersih... kacau sebentar hingga warna daging bertukar masukkan sos tiram dan bahan perasa, kemudian masukkan air sehingga paras daging tutup hingga air kering atau hingga kuah menjadi pekat (tujuan ni utk empukkan daging). Bila kuah dah mula pekat bolehlaa masukkan bawang besar, cili merah dan hijau dan daun bawang kacau sekejap, matikan api dan bolehlaa di hidangkan... daging ni sesuai juga di makan dgn ketupat atau capati... selamat mencuba...

Marble Cheese Cake

Gara2 teringin sangat nak makan cheese cake, tp yerlaa anak2 suruh letak coco lebih...




jom layann recipe baked marble cheese cake ni... recipe yg sama dgn kek nur dini tempohhari..


bahan2nya

150g gram buttercup (suhu bilik)
2 biji telur
250g Philadelphia cream cheese (suhu bilik)
1 cup plain yogurt
1 cup gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder (tak letak pon ok sbb kek ni mmg tak naik sgt..)
1 sudu besar coco powder
1 sudu teh esen vanilla
setengah biji lemon perah dan parut kulitnya...

cara2nya

putar keju krim hingga lembut, masukkan butter n telur putar lagi hingga gebu dan masukkan gula kastor dan yogurt.. putar hingga betul2 ringan tanpa berbintil2, masukkan esen vanilla dan perahan lemon putar sekejap..  cara kaup balik masukkan tepung yang telah di ayak dgn baking powder dan asingkan adunan kepada 2 bahagian 1 bahagian di campurkan dgn serbuk koko dan gaul sebati (kalau nak banyak tambahkan koko dan adunan) masukkan dalam loyang berselang seli, adunan yg ada koko dan yg plain setelah siap bolehla di bakar... panaskan oven suhu 160 untuk 30 minit pertama kepanasan atas dan bawah selepas 30 minit tukar kepada kepanasan bawah sahaja sehingga masak, kek ni tempoh masak dia dalam 1 jam. bila dah masak biarkan dalam oven (buka sedikit) hingga sejuk...

Saturday, June 19, 2010

Simple Breakfast


Senangkan breakfast camni... anak2 den suko... tengok gambar pon dah taukan nak wat cemana...

;)

Thursday, June 17, 2010

Ikan Keli Salai Lomak Cili Padi

Salam... semasa balik ke kampung tempohhari terpandang ikan keli salai tergantung2 kat area kuala pilah tu...sebenarnya dah beberapa kali terpandang tp asyik2 terlepas jerr tak pernah beli... n hari tu aku n hubby beli itik salai, masa kat kampung daging itik ni mak masak lomak cili api, peh tulak ayah masak kari, den tak amik gambarlaa.. tp budak2 mmg suka makan... itik tu pon besar saiznyer... sbb famili aku mmg tak makan ikan sungai.. so on the way balik ke Terengganu barulah kami beli ayam kampung salai n keli salai ni... apa lagi masak lomak cili api laaa....

meh layann recipes...
Kali ni masak tgk apa ajer barang2 yg ada kat dalam rumah n peti sejuk tu entah kenapalaa akhir2 ni aku mmg malas betul g pasar...
6 ekor ikan keli salai medium size

Bahan2 yg di tumbuk lumat
Segenggam Cili Padi
1.5 inci kunyit hidup

1 batang serai di titik / ketuk
1 biji perahan limau kasturi
1 keping kecil asam gelugur

Gaul sebati...
2 paket santan segera RASAKU
2 cawan air 

garam secukup rasa

Cara2nya
masak lemak n9 ni mmg mudah kalau ikut resepi ni, campurkan semua bahan masak atas api sederhana kacau selalu bg mengelakkan santan bergentel, bila dah mendidih matikan api dah siap untuk hidangan..

Wednesday, June 16, 2010

Udang Goreng Avocado

Lauk ni antara yg xpress dan senang, bukak peti sejuk tengok apa yang ada bak kata Mat Gebu 'tanpa sempadan' so ni edisi hantam dan meneroka kelainan dalam masakan tradisi famili aku.. hehehe..


biasalah nak masak udang ni mmg mudah dan ringkas...

Bahan2nya

2 ulas bawang putih - ketuk dan hiris
2 biji cili padi - hiris
1 biji avocado - belah 2 dan potong dadu
2 helai daun limau purut - koyak 2
1 batang serai di titik
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - belah 4 dan hiris
2 sudu minyak masak
garam n gula

Cara2nya

Bersihkan udang buang kulit tinggalkan ekor sahaja basuh bersih dan toskan, panaskan minyak tumiskan bawang putih hingga naik bau masukkan tomato dan cili padi kacau hingga layu masukkan serai, daun limau purut, dan bawang besar, kacau sekejap terus masukkan udang dan avocado masukkan bahan perisa (garam & gula) kecilkan api dan tutup kuali, biarkan sebentar kacau sebati dan bolehlaa di hidangkan...ia agak berkuah sebab air yg keluar dari udang dan tomato.. 

Cucur Jagung


cucur jagung.. hmmm aku terliur tengok cucur jagung Dhill... ni  try bukak peti sejuk tengok apa yg ada jerlaa.. sbb takde carrot, dalam recipe Dhill ada letak carrot so bantai jerlaa...

bahan2nya semua pon main agak2 jerr... ikut rasa dan citarasa..

2 biji jagung - buang kulit dan potong isinya
1 biji bawang besar - di hiris nipis
garam n lada sulah 
1/2 kg tepung gandum
1 biji cili merah - di hiris nipis
1 biji cili hijau - di hiris nipis
1 cawan ikan bilis n udang kering - blend hingga halus
sedikit serbuk kunyit bagik colour sket..
air secukupnya
minyak masak untuk menggoreng

cara2nya... 
campurkan semua bahan gaul rata... panaskan minyak goreng hingga masak atau garing... siap sedia utk di makan dengan sos cili... hmmmmmmmmm

Tuesday, June 15, 2010

Super Camp Excel


Pada 6, 7 n 8 June 2010 yang lalu kami hantar Syahmi hadir kursus anjuran Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ia dikenali sebagai 'kem bijak periksa' aku n hubby nekad hantar dia sebab masalah utama anak sulung aku ni bila kita ajar n tanya dia boleh jawab tp bila masuk dewan periksa semua benda yg dia dah belajar habis semua hilang benda yg mudah pun dia boleh buat salah heran betul, tambahan pulak dia nak UPSR tahun ni...



NAMA PROGRAM : SUPERCAMP "KEM BIJAK PERIKSA"
TARIKH : 6-8 JUN 2010 (AHAD- SELASA)    

PENDAFTARAN : 8:30 PAGI - 10:30 PAGI
TEMPAT : EXCEL TRAINING & COUNTRY RESORTS, LENGGENG N.SEMBILAN.


masa ni mmg agak kepenatan, kami dari Terengganu ke Seremban the next day pergi pulak ke Felda Palong 2 sepupu aku kawen, esoknya ke program ni kami pilih kat Lenggeng Negeri Sembilan, mmg solok laa tempat ni.. sesuai untuk motivasi.... muka Syahmi dah pucat gak bila aku cakap 'ibu n ayah nak hantar Along masuk hutan belajar cemana nak hidup dalam hutan....' kebetulan pulak jalan nak sampai ke tempat ni mmg merempuh bukit, cam nak g cameron highland tu... kampung orang asli dan kebun getah.. hehehehe kelakar la jugak tgk dia asik check coverage jerr... atlast bila dah sampai dia tersengihh jerlaa...

3 hari 2 malam dia disana... setakat ni aku tgk dia hepi n byk jugaklaa ilmu yg dia perolehi dari segi percakapan dan pertuturan bahasa dapatla aku lihat dia byk amik yg positive n the best things is semalam dia bg aku small note 
"Ibu... Terima Kasih sebab lahirkan Along..."



4 keping gambar di atas ni sekitar majlis penutup dan peyampaian sijil n DVD, sepanjang program, masa ni dewan tu mmg penuh aku pon tengah takde mood nak snap photo... hmmm....

Syukur ke hadrat Ilahi.. aku pun tumpang gembira n terima kasih jugak kepada yang memperkenalkan program ni En Khairul Salleh <----- TQ...

Monday, June 14, 2010

Kemalangan Di Muadzam Jumaat 11 June 2010


Masa On the way balik kg N9 11hb aritu terserempak dgn kemalangan ni.. jammed laa jugak sekejap... entah kenapa den rajin lak nak amik gambar..


ada sorang makciklaa aku tak pasti tgh meraung kat situ maybe sebab terperanjat sangat.. entah cemana kemalangan tu berlaku kami tak tahu terlibat dgn jammed jerr..


tersiat kulit kereta ni.. tgk pon dah ngeri...


masa ni nak amik gambar belakang lori tu kulit kereta tu melekat kat belakang lori tu tp sebab byk kenderaan dihalang pulak oleh kereta tu.. tak tau lee apa jadi kat pemandu lori tu...

Grilled Chicken Chop????????!!!!!!!! lain yg order lain pulak yg dapat...


Cuba korang perhatikan betul2 menu ni... apa yg korang nampak..?? ni bukan my homecook ttp ni kami makan kat salah satu restoran yg agak terkenal laa, takyahlaa aku sebut kat sini... gaya boleh tahan laa ala2 hotel punya service.. tapi... hancur! maybe sesetengah individu mmg suka jenis chicken chop deep fry camni.. but anak2 aku kurang suka so bila order mmg kami betul2 makesure 'grill' chicken chop n not deep fry chicken chop si tukang amik order muka confident 'yes',  kami pon takdelaa nak agak leh dapat camni... since kat dalam menu mmg derang letak grilled... tunggu punya tunggu dahlaa lambat gilerr, byk lalat lak tuh! alih2 sampai rupa camni pastu lain sauce yg kita mintak lain yg dapat.. sgt sakit hati... so kita komplen laa.. kami order grilled not deep fry plus sos pon salah... kena tunggu lagi... atlast we dapat this.. dgn muka sgt2 confident... korang leh agak tak pemende yg derang ni buat... depa dah goreng pastu dia grilled pulak... so aku ckp ngan anak2 aku jgn byk songeh lagi makan jerlaa...


apa ek perasaan bila lain yg kita order lain pulak yg kita dapat...

Wayang Movie..

Aku bukanlah kaki wayang.. seingat aku, masa umur 10thn kot, aku pernah tgk wayang dgn makcik2 aku dulu... tahun 80an citer Luncai dan citer badul.. tajuk dah lupa dah.. panggung wayang kat pokan Somban tu... with acik cham, mak uda n acik ajai sambil makan kuaci hitam.. hahahaha, tak taulaa derang baca kerr blog aku ni...

Masa dating dgn En suami masa tu zaman 'pakto' lagilaaa, pon boleh kiralaa sekali kot tgk wayang bersama... citer apa tah masa tu  oo citer 'Demolition Man' dah zaman 90an... masa tu kat bandar JB, yerlaa aku n bakal suami masa tu bercinta antara benua.. jauh n jarang dapat jumpa... hubby kat Kuala Terengganu n aku lak kat Seremban... masa tu surat jerlaa jadi penghubung, henfon pon tarakk pastu dia pon masih belajar tak cukup nafas nak calling2 selalu, cuma mampu beli stem jerr, surat2 mmg byk gilerr ada yg masih dalam simpanan aku hingga sekarang! yg aku hantar kat dia entah mana dia sumbat entah! adalaa few yg aku jumpa satu fail gak laa... bila ada masa aku baca2 balik kelakar gilerr... malu kat diri sendiri...

selebihnya aku rasa sekarang nilaa aku tgk wayang masa anak2 kecik aku tinggalkan kat umah mak, kami glaa tgk wayang midnight berdua jerr, korang taukan aku dok terengganu mana ada panggung wayang kat sini, paling dekat pon kena g kuantan... bila anak2 dah besar sikit ajak sekali adik beradik n mak n ayah aku sekali g tgk wayang... mcm2 tulaa asal ada masa jerr...

Sekarang ni sejak anak2 dah mula nak meningkat remaja ni.. aku rasa cam masa bercinta pulak... yelah dulu2 mana ada masa dating2 camni... sekarang mau dating mmg boleh kopakk... yerlahh dgn anak2 bederet makan2 jer dah berapa... pop corn dah berapa wayang lagi.. hahaha tp aku rasa best! walaupon dulu (time bercinta tak pernah dapat mcm ni) sekarang walaupon belanja ada up sket but we hepi...

sejak last month antara citer2 yg aku ingat lerr yg lain2 tu aku dah lupa.. Avatar, iron man, shrek, dan yg terbaru 'kecoh betul' (hampehhhhh) sakit ati ek bila tgk citer melayu... aku yg sebenarnya nak tgk citer 'Lagenda Budak Setan' tp hubby aku mmg tanak layan citer jiwang campur dia tak suka tgk muka farid kamil huhuhu anak2 pulak sokong dia sabor jerlaa... pasni aku nak hasut budak2 ni tgk citer toy story3 sure budak2 sokong ibu kan kan kan...

Saturday, June 12, 2010

Ikan Cermin Masak Taucoo

salad telur tu cuma lauk sampingan jerr... tomato, salad n telur rebus dgn kuah kacang bersos..

meh kita layannn recipe Ikan Cermin Masak Taucoo

4 ekor Ikan Cermin sederhana besar (bersihkan gaul garam n kunyit dan goreng hingga garing)
sebatang serai - dititik
2 biji cili merah - potong panjang
2 biji cili hijau - potong panjang
1/2 biji bawang besar - di mayang

bahan tumbuk
1inci halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
2 sudu taucoo - kepada yg suka taucoo berbiji tak payah tumbuk, saya suka hancurkan kalau tak anak2 byk tanya mcm2 pastu derang ingat tu kacang yg dah basi... :(
2 biji cili padi - nak pedas tambah lagi

minyak masak
air asam jawa
garam n gula secukupnya

cara2nya

panaskan minyak tumiskan bahan tumbuk, masukkan serai dan cili merah dan hijau biarkan sehingga agak layu masukkan air asam jawa serta bahan perisa.. biarkan mendidih bolehla masukkan ikan yg telah di goreng bersama2 dgn bawang besar, masakkan sekejap dan bolehlaa di angkat.

Friday, June 11, 2010

Piala Dunia 2010

Salam...
malam ni bermulalah piala dunia bola sepak thn 2010... entry ni cam tak patut ada dalam blog aku.. hehehe sebabnya aku bukanlah seorang peminat bola sepak cuma ada pengalaman dan ingatan aku terhadap benda bulat nih...BOLA.. ya apa yg aku ingat bola zaman awal 80an dulu adalaa mak n ayah duduk depan tv tgk bola masa tu tv kami hitam putih.. aku mmg tak kenal sapa2 pon pemain bola sepak tanahair ni yg aku ingat Mokhtar Dahari tu jerlaa...tapi ni kita nak citer pasal piala dunia ok..



aku kawen tahun 1997, tahun 1998lah tahun pertama aku tgk piala dunia sebabnya hubby aku ni peminat bola.. masanila aku barulaa kenal si rompong gigi jarang dan kepala botak tu namanya RONALDO <---- mamat ni idola hubby aku... selain tu aku kenal Rivaldo, Roberto Charlos, Romario semuanya pemain Brazil.... masa tu mmg boring gilerr sebab hubby kongker channel nak tak nak aku tgk gaklaa... kebetulan pulak aku ada penyakit takleh tido malam masa tu (mengandungkan anak sulung Hani Syahmi) masa tu main kat Peranchis. mmg betul2 boring tau! internet takde harapkan radio jerlaa... aku layan jerlaa radio muzik masa tu... dan yg lebih kelakar pulak lagi.. anak sulung aku langsung tak minat bola hehehehe n tak pandai main bola...
n lagu piala dunia masa tu mmg best!



Dalam pada aku boring2 tu.. masa Final aku tengok... masa tu Brazil n Peranchis (tuan rumah) oleh kerana mmg bengang tahap dewa jingga aku sokong peranchis..., sajerrrr... leh gak aku tgk muka hubby bengang kehkehkeh tp 30 minit terakhir perlawanan tu aku tertido... nak jadi citer masin mulut aku Brazil kalah sapa2 yg ingat lagilaa aku pun dah ingat2 lupalaa tp aku tau mmg Brazil kalah dan pemain terbaik dunia masa tu Zinadine Zidan.... frus tonggeng hubby aku.. sebab dia mmg mengharapkan Ronaldo..., tak di nafikan Ronaldo mmg best samba dia gelecek bola mmg aku kagum! tp nak wat cemana masa tulaa zaman dia merundum selepas injured...
setiap kali tibanya demam bola ni aku akan teringat citer ni.. dan tahun ni aku tak tau nak sokong mana.. yg pasti mmg kontra dgn hubby (sengaja carik pasal nak gaduh :D)

moist chocolate cake

lagi order dari Ezan.. 2 biji cake chocolate...

enjoy your view.. n thanx..

chocolate cup cake

salam dah lama tak update blog ni order ni pon dah lama 3rd June yg lalu 35 biji cup cake dapat order dari Ezan biasa lerrr. meh layan gambar...

dalam oven

just a simple deco.. thanx Ezan...

Thursday, June 3, 2010

Hani Nur Dini Birthday 10years (marble cheese cake)


Celebrating Hani Nur Dini Birthday on 31 Mei 2010, we celebrate among famili members... entah salah teknik apa menyebabkan edible image tu berkedut........... mujurlah untuk makan sendiri,  uwaaaa.. saya sangat frust...


my girl 'Angah'
Edible image ni i order at edible utara boleh tgk at my link


Slice of marble cheese cake... kek ni sgt lembut dan sedap tapi tak boleh makan banyak2 rasanya sangat mewah...