Saturday, July 31, 2010

Hani Nur Dini Kemah Ibadah 22~24 July 2010

zasss layan gambar jerlerrr.. entry ni pon dah terlambat.. tp takperlaa untuk kenangan diri sendiri dan keluarga sebelum habih bulan July thn ni...

8 keping tempahan sausages pizza


Khamis yg lepas terima order dari Ani Mirul, 7 keping pizza peh tu adalak tambahan sekeping lagi so semuanya ada 8, lembik aku... nak snap photo pon tak larattt... ni jerlaa yg ada... rasa2nya nilaa minggu terakhir wat pizza be4 masuk bulan ramadhan aku cutilaa 2bulan ni kot... lagipun isu minyak naik harga ni cheese naik harga lagi.. iskh mmg peninglaa kalo pk hal2 membabitkan harga barang2 ni...


dah yang kat bawah ni mcm biasa pepperoni pizza untuk kiter2 ajerr sebelum dan selepas bakar bezanya sendiri punya ada parmesan cheese sebab stok cheese dah habih...

Lastly tq to Ani...

Friday, July 30, 2010

Pengat Tepung Pulut


Terliur tengok bubur ni kat sajian ibu manja makanya dah dekat2 nak puasa ni.. jelajah dapur laa buat benda2 manis ni asah bakat hehehe meh tgk resepinya..

bahan2nya
1/2 paket tepung pulut
1 paket santan pekat dari 1 biji kelapa
air secukupnya
gula melaka - ikut rasa
gula putih
sedikit garam
1 helai daun pandan - di simpul
sedikit cha cha warna warni atau sago
pewarna (optional)

cara2nya
rebus air, sementara tunggu air mendidih bancuhkan tepung pulut dgn sedikit garam dan air hingga sebati dan boleh di bulat2kan. letakkan pewarna kat sini saya guna 3 pewarna ungu, hijau dan kuning. buat bulat2 dan rebus dalam air rebusan hingga timbul angkat dan toskan (mcm buat buah melaka) buat sehingga habis. Dalam periuk lain, masukkan santan, daun pandan dan gula kacau hingga sebati dan bolehlaa masukka bebola tepung pulut tadi biarkan mendidih dan bolehlaa dihidangkan sejuk atau panas...

SPF BLA BLA


Ni adalah antara product yg diguna pakai selama ni, yg biasa2 jerr dan senang nak cari kat mana2 pon... sunblock dari cossway yg ada spf 50 tu guna bila panas n ketika cycling n dah setahun lebih juga guna bedak 2 way cake Myami tu mmg sesuai lerr...tapi yang herannya muka den masih yo berbelang.. sobab eh.. aku ni jenis berpeluh kek muko.. tu laa dehhh.. kalau make up pon habis cair.. tu yg maleh nak makeup2 tu... aku suka pakai Olay whitening tu yg tu mmg pakai hari yg olay total effect tu tak suka sgt pakai..... apesal tah aku g beli... tgk cuacalaa bila agak2 cuma nak kuar masuk amik anak balik sekolah aku pakailaa total effect tu...
Ada tak sesiapa yg nak suggest product yg lebih baik dari yg ni sebabnya aku ni bab2 ni mmg fail nak makeup lagilaaa... hubby lak mmg tak suka aku makeup2 ni... percaya tak aku cuma ada lipstik dan celak jerr... tulaa make up aku hehehhehe

Thursday, July 29, 2010

Pemergian Nenek Mertua

Salam...
Baru2 ni nenek mertua meninggal dunia, 25.07.2010 (Ahad) kerana sakit tua...dalam pukul >< 10 pagi.. aku masih di Terengganu... Along pulak nak percubaan UPSR hari selasa.. nak tak nak kena balik Melaka juga.. sepanjang perjalanan nak ke Melaka hujan selebat2nya


bawak kereta mmg slow 40 ke 50 jerr mmg tak nampak jalan elok masuk negeri Melaka jer tak hujan... atlast lewat jugak majlis tahlil pon dah selesai lepas asar nenek dah pon dikebumikan... esoknya pagi2 sempatlah ziarah kubur nenek dan tengahhari tu bergerak pula balik ke Terengganu. Kenangan bersama nenek, mmglaa tak lama namun begitu aku tetap bersedih... seingat aku masa baru2 kawen dulu 4hari juga aku duduk rumah nenek  masa tu arwah atuk dan nenek masih ada... hari2 arwah atuk beli mee kuning suruh aku goreng hari2 juga aku menyibuk2 dgn nenek kat dapur tgk n tolong dia masak... Bila malam, rumah arwah nenek & Atuk dipenuhi oleh budak2 yang belajar mengaji, arwah mmg tak penah meminta bayaran, hubbylaa yg tolong angkatkan beras atau apa sahaja barangan yg disedekahkan.... Kami pernah berjalan bersama ke Tangkak membeli keperluan untuk majlis perkahwinan kami dulu (masa tu aku dgn hubby masih bertunang) aku dapat rasakan yg nenek senang dgn aku... 'alhamdulillah' biarpun kami dah jauh tetapi setiap tahun aku pasti balik Melaka singgah rumah nenek dan setiap kali raya ada jerrr kuih raya tradisional dari nenek utk aku... 'kuih karas' dan 'bahulu' sejak 3 & 4thn 

kebelakangan ni jer yg takde sebab nenek dah nampak uzur dia mengadu kat aku 'nek beli kuih tunjuk jerr ain....' dan bila aku balik dia mesti pakai kain batik pemberian aku... alfatihah semoga roh nenek di tempatkan dikalangan orang yg beriman dan dicucuri rahmat... aminnn
sepanjang hayatnya dia ada datang ke teratak aku ni 3 / 4 kali aku tak pasti, dia suka shopping kat pasar payang tersengihhh jerr dia kalau dapat beli apa yg dia nak... rajin jugak aku mengusik nenek... 'nenek duduk sorang2 nenek tak teringat ke kat arwah atuk?' di geleng dia kata 'buat apa nak ingat...' aku usik lagi 'takkanlaah nenek tak ingat langsung hehehe ' dia pulak bersuara 'nek ingat jugak' dia jeling kat aku sambil cubit lengan aku  hihihihihi... arwah atuk meninggal tahun 2000 masa tu aku tengah sarat mengandungkan Dini (angah) arwah nenek pula 2010, 10 tahun jaraknya dia hidup seorang tanpa arwah Atuk.....

Apa yg pasti tahun ni nenek dah takde... semoga kedua2 arwah di cucuri rahmat... aku pun tak pasti lagi akan singgah lagi ke Melaka ke lepas ni.. entahlaa... walaupun makcik2 yg lain masih ada tapi mana nak sama dengan arwah nenek...

Wednesday, July 28, 2010

POD Monthly Order (July 2010)

This cake ordered by PGB for the month of July 2010.. kek ni berat dlm 2.8kg chocolate moist cake with fresh cream n peach, parutan coklat bar dan hirisan badam bakar...

enjoy your view....

Sambal Tumis Ikan Bilis

 sambal tumis ikan bilis sesiapa pon mmg taulerr sambal nikan.. selalunya nak makan dgn nasi lemak makan dengan nasi biasa pon ok celur pulak pucuk ubi... hmmmm

Bahan2nya
1 cawan ikan bilis - di kopek dan goreng hingga garing
2 biji bawang merah besar- di potong bulat
minyak masak
air asam jawa
garam n gula secukup rasa

bahan kisar
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering - kerat dan rendam dgn air panas
1 biji tomato
sedikit belacan

cara2nya
panaskan minyak tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak masukkan sedikit gula boleh juga gantikan gula halus dengan gula merah / gula melaka, kacau lagi masukkan bawang besar dan asam jawa perasakan dengan garam, akhir sekali bila cili dah betul2 garing dan masak masukkan ikan bilis goreng gaul rata dan siap untuk dihidangkan...

Tuesday, July 27, 2010

Chocolate cips n walnut muffin

hmmm atas permintaan anak mestilaa suka yg coklat2 kan... hmmm makanya terhasillaah chocolate cips n walnut muffin ni.. resepi yg sama dgn blueberry muffin.. cuma ejas sket....
malas nak type resepi tp kang takde resepi pulak.... meh kita intai apa bahan2nya..

Bahan2nya
2 cawan tepung serbaguna - tepung biasa biasa pon ok
1 sudu teh vanilla
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan susu cair
6 sudu besar mentega
1 sudu besar baking powder (serbuk penaik)
1/2 cawan walnut di cincang kasar
 1/2 cawan chocolate chips

Cara2nya 
Dalam mangkuk lain ayak tepung dan serbuk penaik, kemudian putar mentega,  gula dan vanilla esen medium speed, masukkan telur sebiji demi sebiji, terus putar hingga sebati, masukkan tepung berselang seli dengan susu, akhir sekali masukkan chocolate chips dan walnut cincang  gaul hingga sebati. sudukan adunan ke dalam muffin cup. Bakar dalam oven pada suhu 180 sehingga masak, sejukkan sebelum dihidangkan.


Sunday, July 25, 2010

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN

COPY & PASTE FROM YUHANIEZA kawan masa sekolah dulu thanx iza... dan perkara sebegini eloklaa kita kongsikan bersama selain untuk rujukan diri sendiri kelak...

Salam buat teman2 yang dikasihi..

Sempena kedatangan Malam Nisfu Sya'ban iaitu pada hari Isnin (26 julai 10) ini.. dgn rendah hatinya ingin saya kongsikan tentang kelebihan serta rahmat malam Nisfu Syaban ni, semua maklumat dipetik dari buku "KELEBIHAN BULAN DAN HARI - serta Amalan Wirid dan Doa" tulisan Abul Khaity Al-Latifi..untuk panduan dan amalan semua..

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA"BAN..
Malam yang dikhususkan dengan Rahmat, Kemuliaan dan Kelebihan. Pada malam ini, dituliskan nama bayi yang akan dilahirkan di sepanjang tahun ini dan dituliskan nama-nama orang yang akan mati pada tahun ini. Pada malam ini di turunkan rezeki2, pada malam ini diangkat amalan-amalan dan perbuatan hamba-hamba.

Daripada Abu Musa sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
' Jika tiba pertengahan Sya'ban, maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan amal ibadat), berpuasa di siangnya kerana sesungguhnya Allah s.w.t , turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman "Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampuninya, siapa yang meminta rezeki akan aku kurniakan rezeki kepadanya, siapa yang ditimpa bala akan aku lepaskan nya sehinggalah terbit fajar subuh" '

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah s.a.w , baginda bersabda ,
' Jibril telah datang kepadaku pada pertengahan bulan Sya'ban lalu berkata "Ya Muhammad, pada malam ini, Allah membuka 300 pintu-pintu dari pintu rahmat dan mengampunkan setiap org yang tidak mempersekutukan denganNya sesiapa juga kecuali ahli sihir, ahli nujum,pemabuk arak,org yang berterusan mengambil riba dan berterusan membuat zina sehinggalah mereka bertaubat "
Nabi bertanya " Ya Jibrail, sampai bilakah pintu-pintu itu akan dibuka.?
Jibril menjawab, "sehingga terbit fajar dari permulaan malam" . Jibril berkata lagi "Ya Muhammad sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan ahli-ahli neraka dengan bilangan sebanyak bulu-bulu kambing Bani Kalb..


DIANTARA AMALAN UNTUK MENYAMBUT NISFU SYA'BAN..

1) Berpuasa pada hari Nisfu Sya'ban atau lebih baik pada 14 dan 15 Sya'ban(26 & 27 Julai)

2) Pada malam nisfu Sya'ban (isnin 26 Julai 10) lepas sembayang Maghrib ,
a) lakukan Solat Sunat Nisfu Sya'ban (2 rakaat)
Rakaat 1 = Baca Alfatihah & Surah AlQadar 1x
Rakaat 2 = Baca AlFatihah & Surah Al Ikhlas 3x


b) Baca Surah Yasin 3x.
Bacaan pertama - niat untuk umur yang panjang agar dapat terus beribadat kepada Allah.
Bacaan kedua - niat untuk dimurahkan rezeki yang halal dan mengangkat segala bala
Bacaan ketiga - niat untuk di tetapkan iman dalam Islam dan mati dalam iman


c) Menbaca Surah Al Ikhlas dan beristighfar dan berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak yang mungkin.

Seterusnya pada sepertiga malam.. adalah lebih baik kita berjaga malam untuk melakukan solat2 sunat seperti Sunat Tahajud, Sunat Tasbih, Sunat Taubat serta sunat Hajat.. Setelah itu berdoalah apa2 sahaja yang kita hajati , semoga agar Allah dapt memberi petunjuk untuk kita menyelesaikan apa sahaja masalah yang kita hadapi.. Amin

Begitulah serba sedikit yang dapat dikongsi.. untuk lebih lanjut bolehkan dirujuk pada buku ini.




P/S : Ini adalah amalan yang biasanya dilakukan.. tergantung kepada kemampuan masing2 .. bagi yang merasakan ianya sukar.. sekurang2nya buatlah sembahyang sunat , beristighfar dan berselawat keatas Rasululah s.a.w dengan niat dihati memohan keampuan ke hadrat Allah swt serta berdoa yang dihajati.

Diharap apa yang ingin dikongsi disini dapat memberi manafaat kepada semua..
Cuma fikirkan lah .. jika kita sanggup berjaga malam untuk melihat perlawanan bola sepak.. , buat kuih atau untuk buat kerja2 yang kita rasakan penting... apalah salahnya pada malam Nisfu Syaban ini, kita berjaga , melakukan beberapa amalan , agar Allah dapat memakbulkan apa sahaja doa kita..bukan sahaja utk diri sendiri tapi berdoa juga untuk org yg kita kasihi termasuk keluarga dan anak-anak.
Ambillah kesempatan ini kerana sebagai seorang Muslim inilah keistimewaan yang Allah anugerahkan pada kita, yang kadang2 kita terlepas pandang. Sesungguhnya percayalah bahawa Rahmat Allah itu mengatasi Kemurkaannya... :-))


Wasallam..

Friday, July 23, 2010

Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa...


 
Salam.... semalam setengah hari gaklaa aku cam mengigil jerr, cam lemah semangat.... aku dah lama stop sekejap activiti berbasikal melepak g gym tu pon sekali sekala pergi time hubby ada jerr... so dah berminggu2 ni berat badan aku cam susah nak turun.. dgn diet dan treatment yg aku lalui kiranya aku dah berjaya turunkan berat badan from 73kg n sekarang 65kg tp Allah payahnyerr even nak turunkan sekilo.. bila lihatkan keadaan cuaca sekarang aku suarakan kat hubby nak cycling baliklaa berat cam stick tak berganjak2 heran betoii... 

 
hubby ...???? dia mmg nampak cam boring jerr bila aku ajak cycling balik.. sebabnya dia gila OFF ROAD (cycling kat kebun kelapa sawit n tempoh mcm2 bukit dgn jalan yg tak rata) kalau dgn aku kami selalu main ON ROAD jerr.. peh tu aku lak dah lama cuti kayuh nak naik bukit ponn umanggg aihhh slow gilerr lutut plak wat hal (pernah terseliuh masa aerobik dulu). Minggu ni aku kayuh hampir setiap hari walaupon jarak yg dekat 10 - 15kg memandangkan aku baru start balik...
2 hari lepas aku dah rasa cam tak sedap hati.. masa drive  hantar Din p sekolah tadika aku asik bayangkan org xcident jerr byk kali istighfar... kenapa ek aku asik rasa camtu... n aku akur perasaan kita ni manusia mmg tak menentu ada ketikanya. Petangnya hubby ajak cycling esok, means semalam la.... aku rasa cam tanakkkk jerrr tp kalau aku refused...., time dia keje (hubby keje shif) nnt tak dptlaa aku berbasikal mmg tak berani g sorang2. walaupon rasa tak sedap hati tapi aku malas nak amik port pk n doa yg baik2 jerr... alhamdulillah aku gagah lerr cycling kali ni 2 bukit yg mmg payah berjaya aku daki tanpa sebarang masalah, lutut pon ok dah tak sakit lagi... masa balik aku rasa cam penat nak ajak hubby berhenti minum kat kedai yg agak dekat means kalau jumpa jerr kedai nak berhenti laa lepakk tanak g kedai biasa sbb jauh lagii.. leka berbasikal aku leh tak pasan kedai pon dah terlepas... alamakkk terus jerlaa g kedai biasa masa tu jam dah lebih kurang 9.20 pg, panasnya laaa pulak... selalunya taklaa panas camni.. aku lak pakai baju hitam lagilaa dgn cream halia lg aku pakai pijarr jerr rasa... dalam perjalanan ada terowong tau taklaa panjang sgt...tp mmg jalan tu sempit... ketika nak sampai terowong tu... aku dah perasan 1 lori kat belakang aku dah nak stop tepi jalan be4 masuk terowong tu.. hubby kata terus jerr takyah berhenti... aku mmg tak konfident tp bila hubby dah kata camtu aku terus gaklaa... bila masuk jerr terowong tu mata aku tak berapa nampak (cuaca panas tiba2 gelap masuk terowong jadile camtu gelap mata jap) lori tu pulak.. cam nak potong gak kitaorg dah sah2 jalan tu sempit lepaskanlaah kita dulu apalaaa salahnya.. bukan panjang pon terowong tu... aku dah rapat sgt kat tepi..... tiba2 dah mula nak tergesel siku kat dinding terowong tu... n terkena handle basikal apa lagi aku jatuh betul2 depan lori tu... (dlm hati masa tu aku pk kalau jatuh kena cepat2 bangun eh sempat ke..?? sbb aku mmg jatuh kat atas jalan nak ke kiri mmg tak boleh dah....) mujur juga pemandu tu mmg dah slow.. n break emergency... alhamdulillah.... kalau tak aku dah takde kot... ataupon kat spital... hubby paling gelabah dia kat belakang.. terjerit dia "yang........ Allahhuakbar" mengigil gaklaa dia, seharian semalam aku ketar... minum air zam2 pemberian kak nani dan air yassin yg mmg hubby buatkan utk seisi rumah... barulaa lega...., balik rumah langsung tak masak, anak2 balik sekolah tapaw mcD jerr...


Aku bersyukur sgt2 Allah masih panjangnya nyawa... kita hidup didunia ni kena sedar bekalan untuk akhirat nanti, dan kena sedar juga dunia ni bukan kekal selamanya, apa yg kita lakukan sekarang semuanya akan dihitung kelak... aku pasrah dan sedar betapa kerdilnya aku yg tak lepas dari melakukan dosa.... yelah bila perhatikan anak2 yg sedang membesar mereka amat memerlukan aku... doa seorang ibu utk anak2nya. Lepas peristiwa ni insyaAllah aku lom serik lagi berbasikal tp aku dah over confident nak main OFFROAD lak, mmglah bahaya ada di mana2 tp kalau offroad ni takat calar balar lerr kalau jatuh, kalau kat jalan raya mau berkecai badan...

Thursday, July 22, 2010

Sambal Kentang BerTEMPE

Hmm tak sampai sebulan jerr lagi kita dah mula berpuasa, tahun ni rasa cam tak sabar2 pulak nak sambut puasa, dah macam2 pk nak buat sempena bulan puasa nanti dan macam2 jugakla nak penuhkan peti sejuk tu... selain 'menyekip' semua bahan2 lapuk hehehe meh share resepi mudah ni selain menjadi pembuka selera semasa bersahur.....

Bahan2nya
2 biji kentang - kupas dan hiris nipis / ikut suka
sekeping tempe - hiris nipis jugak
1 biji telur
garam dan gula
minyak masak
bahan yg ditumbuk / bumbunya
3 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
sejemput ikan bilis
2 tangkai cili kering
3 biji cili merah 

cara2nya
goreng kentang dan tempe hingga masak angkat tos dan ketepikan, kurangkan minyak mengoreng tadi kepada lebih kurang 5 sudu besar minyak masak, tumiskan bahan tumbuk hingga naik aroma dan garing masukkan garam dan gula ikut rasa masukkan kentang dan tempe serta pecahkan telur kacau hingga telur masak dan sedikit kering.. hmm dah siap utk nyum2

Blueberry Muffin


Teringin nak makan muffin tgk cam senang ajer buatnya tp kalau silap kang rasa cam kek pulak, sebenarnya ni permintaan anak2, emaknya yg suka blueberry ni sebab rasanya yg masam2 hmm tak terkata...  resepi ni amik resepi dari buku chef wan.

Bahan2nya
2 cawan tepung serbaguna - saya pakai tepung biasa
1/2 cawan gula perang / gula halus - boleh kurangkan jika tak suka manis
2 biji telur
1 cawan susu cair - sebenarnya 1/2 cawan susu n 1/2 cawan krim - krim tarak so tukarlaa
6 sudu besar mentega
2 sudu teh baking powder (serbuk penaik)
1 cawan blueberry filling

Cara2nya 
Ayak tepung dan serbuk penaik, dalam mangkuk lain putar mentega bersama gula, medium speed, masukkan telur sebiji demi sebiji, terus putar hingga sebati, masukkan tepung berselang seli dengan susu dan blueberry filling, gaul hingga sebati. masukkan adunan ke dalam muffin cup, saya guna penceduk ice cream lebih senang. Bakar dalam oven pada suhu 180 sehingga masak, sejukkan sebelum dihidangkan, tapi anak2 kat umah ni bantai makan masa panas2 lagik, biasalaa tak tahan dgn baunya.





Ayam Goreng Tepung


dalam kesibukan hari2 mmg selalunya pening nak masak lauk apa... ayam goreng tepung ni, ikut resepi Anna Olson - AFC kat tv, tp dah tukarlaa versi sendiri..

beberapa ketul ayam - ikut suka (lebih kurang 1/2 ekor ayam)
garam
sos tiram
serbuk kunyit
serbuk thyme
serbuk basil
serbuk lada hitam
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
minyak masak secukupnya utk menggoreng

gaul ayam dgn sedikit sos tiram, serbuk kunyit dan 1 biji telur perapkan sebentar agak2 yerr, campurkan semua bahan kering yg lain gaul rata, panaskan minyak golekkan ayam pada tepung dan goreng hingga masak.


Wednesday, July 21, 2010

Geledah Dapur Ramadhan Bersama Ben Ashaari


Teringin nak cuba segmen tajaan dari Ben Ashaari tapi malu sebab masak ala2 biasa2 jerrr, tapi buat2 tak malu jugaklaa...

1 ) banner tu, dan linkkan ke entri ni .. ceritakan dari mana anda dapat resepi tersebut.. dan kenapa.. ;)

dah siap cuma tak taulaa betul ke tak sebab dulu2 tak pandai langsung link2 ni kalau ada yg berminat sila click disini

Resepi kegemaran ialah yg mudah, simple dan bahan2 yg senang di cari, selain menjadi kesukaan anak2 sila click ini

2 ) letakkan url resepi anda tu.. mudah je kan ?? haaa...

http://aeinisugar.blogspot.com/2010/05/udang-goreng-slumber.html


harap2 betul laa syarat2nya ni... tq Ben...

Mee Bandung


salam.. dah lama sebenarnya buat mee bandung ni tp barulaa hari ini berpeluang nak share resipinya... sekarang ni mudah nak buat mee bandung sebenarnya..., dah ada pes segera yg dijual cuma tokok tambah jer lagi nak bagi lebih kaw..

Bahan2nya
1 bungkus mee kuning - dicelur
bawang goreng / daun sup
2 biji cili merah hiris
sayur sawi - di celur
1 paket perencah mee bandung segera (utk 2org)
1 kiub daging
1 batang fish cake - goreng dan ketepikan
10-15 biji bebola ayam
1 cawan daging cincang
4 biji telur
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa

bahan2 yg ditumbuk
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah kecil 
sedikit halia
5 tangkai cili kering
sedikit minyak masak utk menumis

cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga pecah minyak, masukkan daging cincang dan pes mee bandung (brand adabi pon sedap juga) masukkan air dan tutup tudung periuk biarkan daging empuk, bila air mendidih dan daging mula empuk masukkan fish cake, bebola ayam dan kiub daging, perasakan ikut rasa, last sekali masukkan telur biarkan mendidih seketika dan siap utk dihidangkan.






Sunday, July 18, 2010

waka waka eay eay BUNBOINK


Tergelak besar bila mencari2 nama roti nih dalam FB semalam... atlast nama kat ateh tu yg menjadi pilihan.. hehehe sebenarnya roti ni lebihan dough pizza, entah cemanatah dok menguli adunan pizza sudah terlebih pulak. Dough pizza berbeza dgn roti rasanya mmg kosong kenalaa letak topping / inti bagai.. mula2 nak letak apple ala2 bread crumb tp atlast baik wat cam pizza gak bezanya yg ni roll peh tu potong dan letak dlm acuan pai dalam roll tu ada pizza sauce dan daging cincang kat atas ada sausage n pepperoni ceddar dan parmesan cheese serta taburan parutan lada hitam.. rasanya not bad.. bak kata DIN makan satu pon dah kenyang.. waka waka waka
keesokannya anak2 siap bawak bekal g sekolah n bagik kawan2 merasa...

cream SlimWORLD

akhirnya aku termakan pujuk rayu gak, beli cream ni.. harga... malehlaa nak cakap.. rasa cam tak logik jerr.. huk huk huk.. tp cream ni ok dia taklah panas sgt, mula2 sejuk pastu warm dan mudah berpeluh.. mula2 kena sapu cream no 1, peh tu no 2 n last no 3. each cream di sertai dgn urutan.... yang bestnnya cream ni takde bau yg teruk so mmg tak seganlaa kalau nak pakai...

Saturday, July 17, 2010

9 keping pizza

Hari Rabu yang lepas menyiapkan 9 keping tempahan pizza 4 keping mushroom pizza n 5 keping sausage pizza sepetang dok kat dapo tu takyah sauna dah berpeluh mengadap oven huhuhu.. gambar kat atas tu pizza tuk Rjuna versi garing (mushroom pizza)
yang ni pulak sebelum di bakar.. minta maaf sebab ada yg bg komen last pizza entry tak sempat nak jawab so jawab kat entry ini.. cara2 topping akak mmg tak sempat nak amik gambar step2 topping.. biar citer kat sini mula2 sapu sos atas dough kemudian tabur cheddar cheese kemudian letaklaa apa yg kita suka, cendawan, sosej,  pastu letak mozarella cheese dan tabur pula hiasan kat atasnya mcm buah zaitun hitam, nenas dan capsicum..
ni jerlaa gambar yg berjaya di ambil pada hari tu mmg tak laratt.. kepada yg mungkin inginkan resepi boleh click all-about-aeinio-pizza.
lastly tq buat Ani - 5 order sosej pizza
Mimi, kak gayah, Juna n Norizan
tq again 4 your support!

Kari Hijau..

Tengok gambar kari ni cam tak berapa nak hijau ek.. hahahaha cemanatah nak bgik dia hijau... caranya mudah sahaja sama jee macam masak kari biasa cuma gunakan cili hijau dan beberapa ulaman / daun2 lainnya.. meh intai resepinya..

bahan2nya
1/2 ekor ayam
1 paket santan pekat (200 g)
1 keping asam keping
2 biji kentang
5 sudu rempah kari - saya guna BABAS
minyak masak
garam & gula

bahan2 yg dikisar (A)
10 tangkai cili hijau
6 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
sedikit halia
2 batang saderi

bahan kisar (B)
sebatang serai
2 helai daun limau purut
beberapa tangkai daun bawang
beberapa helai daun selasih
sedikit daun sup

bahan penumis
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga

cara2nya
kalau di perhatikan resepi saya mmg amat jarang menggunakan pak aji, entah kenapa dah mmg menjadi kebiasaan.. ok panaskan minyak tumiskan bahan tumis dan terus masukkan bahan kisar A, hingga pecah minyak, masukkan rempah kari dan masukkan bahan kisar B, kacau rata hingga naik bau.. baunya mmglaa sbb mcm2 daun ada kat situ...hmmm.. masukkan ayam dan ubi kentang kacau sekejap dan terus masukkan santan (kalau pekat sangat bolehlaa masukkan sedikit air). akhir sekali bila kentang dah empuk, ayam dah masak perasakan dgn garam dan gula serta masukkan asam keping bila dah mendidih dan asam keping mula kembang boleh matikan api... tadaaaaa..

Friday, July 16, 2010

pasta goreng lagi daaa


simple pasta goreng for breakfast...

half packet pasta (tak kisahlaa apa2 jenis pon)
1 tin kecil original Prego
beberapa ekor udang basah
2 batang cili merah hiris
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji telur
garam & gula
parmesan cheese
olive oil

rebus pasta hingga lembut, tumbuk bawang putih dan merah, tumiskan bahan tumbuk dgn minyak zaitun, masukkan cili hiris dan prego sauce, bila dah mendidih masukkan udang biarkan hingga udang masak masukkan telur dan pasta kacau rata, perasakan dgn garam dan gula siap utk dihidangkan.. taburkan parmesan cheese..

Thursday, July 15, 2010

pizza lagik


order lagik last week naperlaa hilang mood nak update blog... actually costumer dah marah sbb lambat sgt wat pizza, sampai ada yg kata kalau tengah mengandung dah nak bersalin dah kot... hehehe sorilaaa ada 4 keping pizza masa tu tak ingat nak snap gambar yg ni ajerr yg teringat dlm gambar tu pepperoni pizza utk ema, sosej pizza utk ani dan 2 keping cendawan pizza utk kak ju dan kak zam.

gambar last ni pizza cendawan ORG GANU kata piza kulat hehehe gambar blurr anyway thanx kepada yg order..

Bubur kacang Durian


dah tiba musim duriankannn apa lagi... ni pon peberet syahmi jugak...


Bubur kacang Durian.. meh layannn resepi walaupon semua dah pandai wat benda nih...

setengah paket kacang hijau - pilih dan rebus hingga empuk
setengah ketul gula melaka
1 biji santan pekat
sedikit garam
daun pandan
1 cawan gula putih - kurangkan kalau tak suka manis sbb gula melaka mmg dah cukup manis.
sedikit air - kalau kuah terlampau pekat
beberapa ulas durian

rebus kacang hijau hingga lembut, masukkan gula melaka dan garam kacau rata hingga gula melaka mencair masukkan gula putih, santan dan daun pandan yg di simpul didihkan dan masukkan beberapa ulas buah durian dan matikan api segera.. siap utk dihidangkan...

Nasi Goreng Cili Padi


Nasi Goreng Cili Padi ini atas permintaan Syahmi (anak sulung) mmg dah jarang sgt wat breakfast nasi goreng, gambar tupon dia yg snap.. entah kenapalaa malas sgt nak update blog lately nih....
meh share recipe ni

bahan yg di tumbuk lumat
5 ulas bawang merah..
1 ulas bawang putih
10 biji cili padi (nak pedas lg tambah lerr)
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
*
minyak jagung
3 mangkuk nasi
saderi & kacang buncis
garam/sos tiram

panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak masukkan garam dan nasi kacau rata, masukkan sayur goreng sekejap dan siap utk di nyum2..
hidangkan dengan keropok goreng dan telur mata

Sunday, July 4, 2010

Kuey Teow Goreng


kuey teow goreng yg mmg jadi kegemaran kami sekeluarga sesuai untuk sarapan ataupun makan malam kalau dah tanak makan nasi...!!!! meh kita layan resipinya...

bahan2 tumbuk
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
1 biji cili merah

*
1 biji cili merah - di hiris
2 batang sawi 
5 biji fish ball - belah 2
1 batang fish cake - hiris
2 biji telur - di kocok
semangkuk udang
sebungkus kuey teow
sos tiram
1 sudu sos cili
kicap manis
minyak utk menumis
garam n gula (jika perlu)
sedikit air

cara2nya

gorengkan dahulu fish ball dan fish cake bila dah agak garing angkat dan ketepikan, kurangkan minyak kalau perlu, dan tumiskan bahan2 tumbuk hingga naik bau, masukkan sos cili, sos tiram, dan kicap serta sedikit air, renehkan seketika dan bolehlah masukkan udang, biarkan udang masak bolehlaa masukkan telur, kuey teow, fish ball / fish cake dan sayur sawi (sebenarnya kalau ada taugeh, kucai dan kerang lagi kick, tapi ni resipi tangkap muat guna apa yg ada dlm peti sejuk jerr huhuhuhu) agak2 laaa.. kalau perlu tambah kicap ke apa ker last sebelum matikan api masukkan cili merah hiris... hmmm dah siap!