Thursday, September 30, 2010

Menu from SlimWORLD


Salam... 
ni antara menu yg dah dok mcm pekasam takde masa nak taip, yerlaa aku cam hilang mood nak update perihal diett sebb hampir 4 bulan berat tak turun dia main paras tu jerr 64kg 65 n 66 (pusing2 area tu jerr huhuhuhu) turun half kg naik pulak balik, bulan puasa aritu pon tak turun2 pagi raya berat aku 64kg tu lerrr hampeh betul! alih2 pas raya leh naik 2kg so berat skang 66kg... tak ker haru.. mak n ayah marah2 gak...  tgk aku makan sket jerr semuanya cam main rasa2 jerr... pas jer raya aku stop makan yasmin... (yasmin ni antara pil perancang yg aku amalkan sejak nov 2009 lepas aku gugur bulan sept 2009), hasil goggle dan discussion dgn kawan2 aku dapati pil perancang ni mmg menganggu diet kiter, atas2 individu jugak ada org makan makin kurus tapi aku tak kott... bila makan jerr esok sure muka dah cam sembab pastu bila timbang sure naik punyalaa adoii... nnt aku update bila aku dah berenti makan yasmin cemana perjalanan diett aku...
dalam gambar tu mmg tak jelas.. me mmg murah hati nak type balik lorr...

ps:/ kalau korang baru 1st time baca pasal slimWorld ni korang leh g kat label n click jerr slimworld dan entry2 pasal ni ada utk rujukan korang...

SlimWORLD

PLAN 2 (600 - 800) CALORIES INTAKE - 10 DAYS

Before brakfast : Drink 1 large glass (about 300ml) water, preferably mineral water.

BREAKFAST :  1 cup cofee or tea (no sugar or milky) (1tps skim milk allowed)
1 serving of Nutrition Drink

Alternative :  1 hard - boiled egg (50 cal)

In between meal, drink plenty of water

LUNCH :  1 plate mixed vegetables (172 cal)
1 rice bowl tofu (bean curd) soup with minced meat (no fats)

Alternative :  1 slice of fish with tamarind assam fish (127 cal)
1 rice bowl of cabbage soup with spare ribs (no fats) (44 cal)
1 plate mixed vegetables (chap chye) (172 cal)

AFTERNOON TEA :  Drink plenty of water

DINNER :  1 serving Nutrition Drink
1 piece lean fillet steak (100gm) (196 cal)
1 rice bowl of tomato soup (100 cal)
1 bowl of vegetable salad with Fresh dressing (11 cal)

Alternative :  1 plate steamed bean curd with chicken (No skin or fats) (79 cal)
1 plate pickled vegetables 2 dessert spoonfuls (0 cal)
1 plate of bean sprouts (12g)
1 bowl - water crest soup with lean meat (10 slices) (36 cal)

TOTAL CALORIES INTAKE :  652 calories

BELAJAR MEMANDU

Tiba2 hari ni teringat pulak satu kenangan yg dah lama jugaklaa
masa belajar memandu... seronok ada sedih pon ada.. 
hahaha yg sedih sebab umur dah agak lewat jugak baru dapat belajar (26thn)
yg seronoknya boleh belajar dan dah dapat lesen ponn...
masa amik lesen undang2 aku tgh pregnant... 
6 atau 7 bulan (tgh bobot duduk pulak kat kerusi lipat sekali dgn meja tu alamakkk aiii sabo jerlaa) lepas pass jerr ujian undang2 aku takdelaa 
belajar bawak keta bior dulu lepas bersalin...
sebelum2 tu dah berani2 bawak keta sendiri g pasar tani, g kedai, 
pasar malam yelah nak harapkan hubby dia selalu jerr bgn lambat 
kalau nk p pasar so drive jerlaa... 



kepada yg dah lama kenal or dah lama baca entry2 yg sebelum ni
mestilah dah kenal yg saya ini bukan orang Terengganu 
cuma dah lama menetap disini... yess saya dah duduk Terengganu hampir 13thn
hubby lagilaa lama sejak belajar sampailah kerja semuanya disini... 
I DO, Terengganu best!! nnt aku citer pada lain entry ok!..
aku tak berapa fasih dgn bahasa terengganu ni... 
sbb tu masa mula2 g pasar aku tak berani p sorang2 sbb takut n tak paham 
cam cakap bahasa ayam dgn itik jerr aku rasa... 
so apa2 hubbylaa yg bantu, when aku nak ini, itu, mcm tu, byk ni...
nak jadi cerita semasa aku belajar memandu
(dah mula belajar bawak kereta) aku masih lembab 
akan bahasa pekat Ganung Kiter nih... 
dapat pulak cikgu yg agak power punya pekat cakap Terengganu 
mmg takleh cakap luar langsung intro2nya.. 
adehhhh... aku tepuk dahi... nak jadi cerita lagi aku dapat 
cikgu sengau (amponnn cikgu) korang bayangkanlaa cemana aku masa tu..
takyah citer lah ek korang bayangkanlah sendiri hehehe 
tetapi tulaa kan.. aku lulus dgn sekali test jerr.. alhamdulillah...

Wednesday, September 29, 2010

Mana Nak Lari.... Mana Kau Nak Sembunyi.... Kini Kau Seorang Saja....... mana nak lari mana kau nak sembunyi...Nakal Lagi PADAN MUKA 'MAGIKA'


Korang dah tengok MAGIKA, kami sekeluarga berkesempatan menonton cerita ni kat East Cost Mall Kuantan baru2 ni... tabekkklah kat budak bertiga ni KRU biasanya kita di sogok dgn cerita musikal dari negara barat mcm 'High School Musical' ataupon theater musical jarang sekali cerita musikal begini di layar perak... anak2 amat teruja n boleh hafal lagu2 dia hehehehe... kiranya cerita ni amat sesuai untuk semua golongan terutama cam aku nilaakan p tgk wayang dgn anak2 zaman bercinta dulu tak merasa...

Apa yang menariknya watak yang ada adalah dari cerita dongeng rakyat dahulu mcm bawang putih, bawang merah, pahlawan melaka, puteri gunung ledang, awang kenit, nenek kebayan, naga tasek chini, orang minyak, puteri bunian, badang, mak andeh, pak pandir, mahsuri dan nenek kebayan... yg mmg lawak lagu2nya pon menarik.
apa yang lawak..??? watak mahsuri berdarah putih yang tak tau cakap melayu, cakap siam weh...!! puteri gunung ledang yg dah jadi anak dara tua kes mintak benda2 mengarut masa kena pinang dulu, (hati nyamuk la n mcm2 lagik) lakonan ning baizura yg dah jadi gemok dan berkedut, nenek kebayan yg mahukan airmata kanak2 utk menghasilkan mukjizat muda sekelip mata, pahlawan melaka yang cakap loghat kedah, 'kami dah lama suka makan nasi kandaq!', yg lawak agak lucah bila watak nabil raja lawak sebagai org minyak... aku takyahlaa nak citer semua korang p tgk sendiri... mmg best! selain watak mawi sebagai badang yg agak macho.. hehehehe kurangkan buntang ek mawi...

Hari Terakhir Puasa 6

 Mesra Mall Food Court- hubby yang ajak sbb asik tak sempat jerr nak berbuka kat luar.. me tak kisah pon masak lagii baik.. tapi dia dah ajak oklaaa...

  i makan tosey... nak belajarlaa wat benda ni.. tapi kang kita jerr yg makan sowang2 huhuhuhu

ni hubby punya... alhamdulillah dapat sempurnakan puasa 6 tahun ni.. minta tahun depan dan tahun2 seterusnya masih mampu melaksanakan ibadah ini AMINNNN

Tuesday, September 28, 2010

Udang Thai Sos


Masakan campak yg paling senang di doniaa.. wahhh doniaaa..!!!! yerlahhh resepi ni mudahhhhhh sesangattt let c the :-

bahan2nya

800gram udang - di buang kulit dan bersihkan
2 sudu besar cili pes (cili kering kisar)
secekak daun bawang dan daun sup - di hiris panjang
1 sudu besar rempah kari
3 ulas bawang putih & 4 biji bawang merah kecil - di tumbuk
1 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili Thai maggie
garam & gula (jika perlu)
minyak masak - saya guna minyak jagung

cara2nya

panaskan minyak masak dan tumiskan bawang, biarkan sedikit garing masukkan pula pes cili biarkan pecah minyak, masukkan dedaun ( daun sup dan daun bawang) dan rempah kari, kacau lagi hingga layu n masukkan sos tiram, sos cili Thai goreng sekejap masukkan udang kacau hingga udang masak n rasa kalau perlu tambahkan garam dan gula dan siap satu hidangan untuk dimakan dengan nasi atau roti... hmmm

BIskut Gajus tanpa telur


Antara biskut raya 2010 huhuhu biskut ni tak cun tapi sedap gilerr... dah habis dah ponn... lambat post entry al busy... jom layannnn 

bahan2nya

250gram butter (saya guna golden churn yg sejuk tu, bukan dlm tin)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan gula halus (castor / icing)
1/2 cawan brown sugar - boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 cawan gajus - kisar halus
1/2 cawan tepung jagung
2n1/2 cawan tepung gandum
manik / biji gajus utk hiasan

cara2nya

gaul rata semua jenis tepung bersama2 kacang gajus ketepikan, dalam mangkuk lain kacau sebati semua jenis gula bersama butter dan esen vanilla hingga lembut dan sebati masukkan tepung gaul dan ramas (bukan uli ek) bila dah sebati, canai ikut ketebalan yg diingini dan terap gunakan acuan pilihan hiaskan ikut suka dan bakar saya gunakan suhu 180 kepanasan atas dan bawah selama 10 - 15 minit ikut oven memasing. dah siap rasanya mmg tak dinafikan sedap giler.

Bunga hohohohohoho bunga lagik dan lagik

  
ingat lagik tak gambar carnation ni.. dia dah berwajah baru hari Raya thn ni.. aku dah katakan dulu aku tak konan...


dua2 picture ni antara bunga yang aku suka tapi anak2 komplen tak cukup bungalaaa ibu... aku pon rasa camtu gak.. anyway nntlaa aku touch up balik...


macam togel jerkan... ???

Monday, September 27, 2010

Hani Batrisyia Beday 24th Sept 2010 ( Edible Image)



 Edible Image untuk birthday gal 'Ica'  (anak saya yang ke3) pada 24th Sept, dah 8 tahun anak ibu...

  
Atas permintaan beday gal, kami makan pizza hut kat kuantan tak celebrate apa2 pon, syahmi pulak baru habis exam UPSR, so tak tau nak jalan2 mana.



acara debab mendebab hubby kata 'aikk tokeyy pizza pon makan kat sini kerr..?' mmg jarang sgt p pizza hut ni sbb dah sokmo makan pizza buatan sendiri hikhikhikhik syahmi kata ibu punya lagi best! cewahhh kembang jap.. lepas kenyang g tgk wayang MAGIKA..... makan pop corn caramel wahhh diettt aku raya2 ni ke lauttttt.... layannnn jerlaaa yg penting anak2 hepi..

Sunday, September 26, 2010

cake daaaaa


Order lagik... 2 keping cake dari cik Ezan kiterr.. layannnnnn

Siakap 3 rasa

diantara masakan kegemaran keluarga.. banyak tempat banyaklaa caranya.. belah2 selatan 3rasa berbeza ala sweet sour jerr bila kami order ketika makan masakan panas Thai.. but this antara i minat dan sukaaa sesangatt..

masak untuk dinner jer masa tu so seekor jer arr tu pun mcm tak cukup jerr... here the recipe..

bahan2nya

1 ekor ikan siakap ( bersihkan, tabur garam n kunyit goreng hingga masak)
1 labu bawang besar (didadu)
3 ulas bawang putih (didadu)
10 - 15 tangkai cili padi (potong bulat)
1 inci halia muda ( didadu)
1 sudu teh taucu (dilecek)
1 batang serai ( potong bulat)
1 sudu sos tiram
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh sos tomato
setengah limau nipis
kicap sotong
gula
minyak masak utk menumis
sedikit air (ikut suka jika nak kuah byk kasi tambah lerr)

cara2nya

panaskan kuali tumiskan semua bahan yg di dadu kecuali cili padi.. masukkan sos tiram agak2 lerr ikut rasa kicap sotong, taucu, gula,sos cili n tomato.... dann  sedikit air....bila dah mereneh masukkan cili padi.. n perahkan sebelah limau nipis.. rasa2 lerr garam tak yah letak.. sos tiram, kicap sotong dan taucu mmg dah ada rasa masin...  pas masak tu kasik curah kat ikan yg siap digoreng tadi.. hiaslaa dgn daun ketumbar n lada sulah.. i tak letak ponn budak2 tak suka itu daun... tadaaaaa dah siap.... sonang yoo!

Thursday, September 23, 2010

Nasi Lemak Minyak Zaitun dan Sambal Ikan Merah


Dah biasakan makan nasi lemak tak sah kalau tak tahu... atau tak kenal nasi lemak, biasanya orang Terengganu makan nasi lemak ikan tongkol, tapi kalini kami anak beranak makan nasi lemak dgn sambal ikan merah sebab ikan tu jerr tergolek2 ada 2 keping dlm peti...kalau goreng ikan merah ni sedap makan panas2 kalau dah sejuk keras kedengkang!! so baik wat sambal jerlaa... tp kali ni nak share 1 resepi rekaan sendiri yg tak kurang jugak hebat dari segi rasa dan aromanya.. senang bangettttt...

bahan2nya
telur rebus - belah 2
timun - potong dan hiris ikut kehendak masing2
ikan bilis goreng
kacang tanah goreng

nasi lemak
5 pot beras - saya guna beras biasa jerr
1 paket santan serbuk jenama 'rasaku' - normally letak 3 paket nak bg terasa lemaknya tp kalini dikurangkan penggunaannya.
sehelai daun pandan - di simpul
setengah cawan minyak zaitun
garam n gula
air secukupnya - ikut sukatan dan jenis beras

cara2nya
basuh beras mcm biasa, kemudian masukkan santan gula dan garam, gaul rata.., masukkan minyak zaitun dan sukatan air secukupnya. masak nasi dalam periuk letrik, bila dan mendidih kacau sedikit dan masukkan daun pandan, tutup tudung periuk dan biarkan hingga masak.


Wednesday, September 22, 2010

sambal tumis sotong kering


air abu soda
 
sotong yang telah direndam dengan air abu soda selama 30 minit
terlupa pulak nak snap gambar sotong sebelum direndam...


hehehe kali ini kuali ku interpremmm


inilah hasilnya.... nyum nyum

rasa2nya semua dah pandai masak sambalkan... tp i uploadkan jugak recipe tu disini selain untuk sharing ianya berguna juga untuk diri sendiri kelak ataupun untuk warisan kepada anak2 nnt.. tak pasti pulak berapa berat sotong kering tu.. air abu soda tu boleh di beli kat kedai bahan2 cake atau supermarket kena pandai laa cari..

rendam sotong bersama 1 sudu kecil air abu soda selama 30 minit atau sejam ( i rendam 30mnt jerr sbb suka rasa kenyal / liat sotong tu, ikutlaa setengah sotong kering ada yg tebal) setelah agak kembang cuci lah 2 hingga 3 kali untuk buang sisa kotoran n air abu tu.. ( i cuci 3 - 4 kali n perah lagik hehehe) - kalau kita rendam sehari semalam sotong kering td boleh menjadi kembang mcm sotong kembang yg selalu ada jual kat pasaraya tu-

bahan2 biasa nak wat sambal main agak2 jerlaah yeaaa...

bahan2nya

cili kering (buang biji dan rebus atau rendam dgn air panas)
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
sedikit belacan
(semua bahan diatas dikisar)
bawang besar (potong bulat)
asam jawa
garam n gula secukup rasa
sotong kering yg telah di rendam hingga kembang
minyak masak utk menumis

cara2nya

tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan garing masukkan gula n garam rasa pastu masukkan air asam jawa or asam jawa pekat adabi masukkan sotong kering masak bih kurang 15 minit dan masukkan bawang besar bila dah agak layu matikan api.. sedia utk hidangan...

Sunday, September 19, 2010

Mr Bean kat Malaysia..


hahahaa... rata - rata masih bercerita perihal raya... semasa sibuk beraya en suami terpandang kereta ni kat higway seremban - kl, kami menjengah keluarga di sana... laju wooo... dia potong ikut kiri lagik... sempatlaa snap gambo... sebijik cam kereta mr bean...


gereklaaa bro ni...

Sunday, September 12, 2010

Hai Obat hai Obat


inilah antara supplement yang aku mmg makan hingga ke hari ini.. EPO n VIT C product cossway phytonatal pulak from nona roguy takat ni benda yg 3 ni mmg tak mis.

Saturday, September 11, 2010

Gulai Ikan Tenggiri dgn Pucuk Ubi


adehhhh lomak cili padi lagik.. huhuhuhu nak wat cemana... kerana lemak cili padi nilaa abang sayang wakaka... sebenarnya aku yg teringin nak makan ikan tenggiri masak lemak dgn pucuk ubi.. umanggg aih... tp sebab aku pantang makan nasi aku makan gaklaa sket.. adalaa dlm 3 sudu.. huhuhu sian akukan.. just amik rasa jerrr... yelah walaupon tengah berdiett aku taknaklaa sampai sekat terus nnt kesudahannya aku jadi buruk makan lak kang.. lagiii haruuuuuuu...
nak resepi meh click sini
kelainannya korang tukar daun kunyit tu kepada pucuk ubi yg telah di celur dgn sedikit garam...

Friday, September 10, 2010

SALAM LEBARAN 2010


Salam Lebaran buat semua para pembaca alam maya mahupun kenalan saya di facebook ataupon dimana2 istimewa juga buat semua pengikut blog ini ampun dan maaf dipinta andai ada terkasar bahasa sepanjang berblogwalking mahupun di setiap entry tanpa disedari...
InsyaAllah saya akan pulang ke kampung berhari raya bersama semua sanak saudara doakan kami selamat dalam perjalanan... aminnn...

Sekali lagi saya dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin dan ucapan selamat harai raya aidilfitri 2010 untuk semua..


Tart Nenas istimewa untuk semua pembaca dan pengikut blog ini...

Wednesday, September 8, 2010

Biskut Buah simpulan kasih


Heheheheh macam batu lak ropanya ekk... suka2 aku jer kan bagik nama biskut ni... tapi entah kenapalaa aku suka lak makan biskut jenis camni tahun ni.. pilih bajupon banyak belang2 n kotak2 mata dah tua kot..


meh layannn resepinya...

bahan2nya
3 cawan buah buahan kering (ada jual dalam kotak)
1/2 cawan cornflakes - kisar halus
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan brown sugar
2 cawan tepung gandum
300 gram mentega
2 sudu esen vanilla
2 sudu besar tepung kastard

cara2nya
kacau mentega bersama esen vanila hingga lembut kacau guna senduk kayu jer... masukkan semua bahan kacau sebati hingga semua adunan menjadi dough melekat antara satu sama lain rasa dgn tangan kalau terlalu lembut tambahkan tepung gandum jika terkeras tambahkan lagi sedikit mentega.. memandangkan ini biskut buah saya masukkan dalam acuan separuh bulat jer.. buat sampai siap dan bakar hingga masak.

Tuesday, September 7, 2010

CORNFLAKES MADU


tiap2 tahun biskut cornflakes madu ni mmg wajib.. sebab anak2 suka makan... aku pon suka gak buat kuih ni sebab senang...
ok meh layannn resepinya...

  • bahan2nya
  • 500gram mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh butter oil essen
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan madu
  • 1 cawan kepingan nipis kacang badam
  • 1 cawan buah buahan campur (kismis, cerry) - di kisar kasar
  • 3 kotak 500gram cornflakes
  • paper cup secukupnya

cara2nya..
cairkan mentega bersama gula, esen vanilla dan butter oil masukkan madu guna api yang kecil...bila semuanya sebatidan gula mencair,  masukkan kepingan kacang badam dan buahan campur serta kepingan cornflakes kacau hingga sebati dan sama rata.. masukkan dalam paper cup dan bakar dalam oven dalam 10 minit dgn kepanasan 180 atas dan bawah.

Monday, September 6, 2010

Tart Nenas (gulung)


citer banyak takdelaa kan.. lenguh woo buat tart neh... tapi makan kejap jerr rapuh dalam mulut manis2 jem nenas tak terkatalaa.... tart mmg dah lama jadi kegilaan ramai.. ni semua benda2 yg spoil diett aku... ohh raya menakutkan tang makan2 ni.... meh layann resepinya...

bahan2nya
  • 250gram buttercup - suhu bilik
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 sudu besar gula icing
  • jem nenas secukupnya - nak resepi jem nenas click sini
  • 2 biji kuning telur - digaul bersama beberapa titis esen vanilla


cara2nya
gaulkan buttercup bersama esen vanilla dan gula icing bila dah rata dan lembut masukkan semua jenis tepung dan secubit garam (tak letak pon ok, sbb buttercup dah masin), masukkan dalam acuan semperit picit secara terbalik macam dalam gambar, letakkan jem nenas dan gulung. sapukan kuning telur bahagian atasnya..., kali ni aku masuk dalam paper cup senang keje..! kalau tak letak dalam paper cup..., bila selepas bakar kena tunggu betul2 sejuk baru boleh alihkan dari loyang...! buat hingga siap kemudian bakar dalam oven dengan suhu 180 kepanasan atas dan bawah.

Biskut ala2 chipsmore..


tengok...  jadi tak cam chipsmore.. kukis ni.. mmg rangup citer banyak pon tara guna.. meh kasi resepi..


bahan2nya
  • 300gram buttercup / planta
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula icing
  • 1/2 cawan chocolate chips
  • 1/2 cawan cornflakes kisar
  • 1 cawan kacang badam cincang
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonate
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • beberapa biji chocolate chips untuk hiasan

cara2nya
satukan semua jenis tepung (jagung, gandum, serbuk koko, cornflakes kisar dan soda bikarbonate) gaul rata dan ketepikan.. dalam bekas lain kacau rata mentega bersama telur, gula icing, dan esen vanilla sehingga lembut dan sebati masukkan tepung gaul rata masukkan pula badam cincang dan chocolate chips. buat bulat2 dan tekankan beberapa biji chocolate chips di atasnya bakar dalam oven hingga masak - jangan letak biskut ni terlalu dekat sebab saiznya mengembang bila masak..

Kenangan Ramadhan 2010


Kalini nak masuk segmen kenangan ramadhan anjuran Ben Ashaari...click sini walaupon dah hari - hari terakhir... dah lewat dah.. tapi boleh lagi ek..??? citer ni sebenarnya biasa2 jerr cuma yelah telah di takdirkan berlaku kat kami sekeluarga pada tahun ini.. hehehe kelakar pon ada jugak...

Alkisahnya pada hari cuti nuzul Quran yang lalu aku berpeluanglaa ke kuantan selain menjalani treatment, aku nak shopping rayalaa khas untuk anak2 yerlorr anak 4 org memang pening rr bab shopping2 ni mujurlahh aku dah takde anak kecik lagi, paling kecik pon dah 6thn, dah pahamlaa... hubby aku, memang kalau boleh tanak tinggal terawih... aku cakap takperlaa lepas jer berbuka hantar aku kat kuantan parade aku shopping dgn anak2 along ikutlaa ayah terawih kat masjid negeri masa tu kami masih di megamall kuantan lebih kurang 6.10 petang... dah nak keluar n rikilaa kedai untuk berbuka semasa dalam perjalanan nak keluar tu hubby terpandang jeans guess kanak2 china made tapi sebijik original entahlaa aku mana tau... apa2 pon mmg kat mata aku jeans tu cantik harga pon bolehla tahan aku takla kata murah tapi aku tengok hubby suka, dok carik2 saiz untuk Naqiuddin terjumpalaa pulak sepasang lagik untuk ica pulak pot pet pot pet kat situ rabak dalam rm260 dapat utk along, ica dan din angah takde saiz (anak aku angah ni mmg lebih tinggi drpd aku) tapi dia pon dah dpt sehelai jeans kat parkson tadi.
leka masa tu jam dah 6.40ptg, aku cakap kena cepat ni nnt order lambat sampai nak kejarkan marghrib lagi... makanya kat situ kalau ada pon deretan kedai masakan panas n kedai mamak mmg dah biasa so kita mmg nak carik kedai yg mmg dah biasa makan kat situ... aku tengok masa nak melintas jalan tu... org dah penuh mcm takde harapan jew... tapi redah gaklaa dari satu kedai ke satu kedai... peh tu tgk jam dah dekat pukul 7dah.. kalau ada tempat pon sure lambat dapat order aku p kat divider tu dok tepi jalan anak beranak hubby masih dgn usahanya carik tempat... dalam hati aku mmg tak sempatlaa ni... aku perhati hubby dari jauh dia dia bagi signal semua full... wooohooo aku panggil dia dtg dok lepak ngan aku nak tahu kek mano...


macam kat dalam gambar tulaa.. elok pulak along snap gambar aku tu tengah jeling en suami... tau tak ni kat mana org kuantan taulerr.. tengah2 antara kedai aliff, kmc dan mega mall huhuhuhuhu bila hubby sampai dok atas batu tu aku bergegas p beli air tin soya dan cincau yang ada kat aku time tu ialah cheese tart, fruit tart dan coklat snickers hehehehe kitaorg berbuka tu jerrr... kamilaa mula2 port kat situ pehtu adalaa hamba Allah yg lain yang muka kelat2 gaklaa dok kat situ.. surelahhkannn kes yg sama cam kami... lepas jer berbuka masuk balik mega mall solat marghrib then terus ke kuantan parade dah nak tutup the store tu barulaa kami balik on the way balik barulaa p kedai makan...

Sunday, September 5, 2010

Cermin Evasion PECAHHH lagiiii kalini cermin belakang sebelah kiri


Dugaan nak berhari raya... nak wat cemana nak terkena lagi.. yang sadisnya  cermin jenis kereta2 camni susah nak dapatkan stock cemanalaa nak balik kg ni nnt...

Saturday, September 4, 2010

Simboliknya KACANG RUGGED dalam hidupku...


Kacang Rugged itulah gelaran mak aku untuk resepi kalini mmg sesuai sangatlaa jadi antara kudapan di Hari Raya... kacang bersalut tepung ni terlalu banyak kenangan dalam hidup aku... selain sedap inilah yang selalu mak buat untuk aku bawa kesekolah satu ketika dulu... hasil jualan kacang nilaa buat belanja sekolah  dulu - dulu... aku mmg banyaklaa jual kacang ni hampir setiap hari... ayun adik aku lagi kesian sekolah tadika dah bawak nasi lemak ke sekolah aku pun jual gak nasi lemak tapi masa tu dah darjah 4 selebihnya mmg aku ni muka jual kacang hehehehe...

ok itu cerita lama meh kita layannnn resepinya...

bahan2nya
minyak masak secukupnya
1kg kacang tanah
garam & gula
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit - yang ni aku tukar kepada 1 sudu teh serbuk thymes (pada aku thymes ni best)
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan tepung gandum - kesemua tepung di campur dan gaul rata
bahan yang ditumbuk lumat
5 ulas bawang putih
1 inci halia


cara2nya
Basuh kacang dan toskan (jaga jgn biarkan kulit kacang tertanggal) setelah tos gaul rata garam, gula, bahan tumbuk dan serbuk thymes dan masukkan sebiji telur gaul lagi, panaskan minyak sementara menunggu minyak panas masukkan tepung gaul rata biarkan kacang melekat antara satu sama lain dan tak kisah jika tepung tidak begitu rata... goreng hingga masak angkat sejukkan dan sedia untuk kudapan.

Tumis Petola Dgn Mee Suah


Kenal tak mee suah... aku suka mee ni... ni antara lauk n makanan aku semasa diett selain boleh di jadikan lauk juga untuk keluarga, famili aku mmg selalu makan mee suah ni.. nak2 bila takde selera... mmg aku asal dari keturunan cina nenek aku dari sebelah emak mmg cina, tiap2 tahun mmg bila raya cina meriahlaa tapi aku jerr yang dah tercampak kat sini jarang sekali dapat joint chinese new year, so mee suah ni antara makanan tradisi dalam keluarga.


ok meh layannnnnn.. senang jerrr..

bahan2nya
 2 biji petola - kupas kulit dan potong bulat serong
1 ulas bawang putih - di ketuk
2 biji bawang merah kecil - di hiris
sedikit ikan bilis
1/2 paket mee suah
1 sudu minyak jagung / zaitun
air secukupnya
garam n gula
1 biji cili merah - dihiris
sedikit serbuk lada hitam

cara2nya
 tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan masukkan petola, kacau sekejap masukkan air biarkan mendidih masukkan mee suah biarkan mee mengembang bila dah kembang masukkan cili hiris dan perasa (untuk makluman adakalanya tak perlu letakkan garam sebab mee suah ni sudah agak masin)
dah siap bila nak hidang taburkan serbuk lada hitam.. walllaa..