Sunday, October 31, 2010

Kuih Keria


Ini kuih Keria tau bukan DONAT hehehe macam donat kan.. entahlaa sebab dah terbiasa dok uli donut mcm sama jerr rupanya.....
Akulak bab sira mensira gula ni memang fail sejak dulu.. tapi hubby kata oklaa camni daripada gula yang melekat2 tu melekat celah gigi bila makan dan terlalu manis.. tapi.. aku suka gula yang melekat2 tu..


Bahan2nya
1 kg keledek isi kuning jingga - direbus dan dilecek
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung pulut - optional
1 sudu besar tepung beras - optional
sedikit garam

cara2nya
gaulkan semua bahan dan buat bulat2 macam roda, buat hingga habis dan goreng dalam minyak panas hingga masak angkat dan sejukkan. (saya gunakan tepung beras dan tepung pulut untuk lebih rasa kenyal pada kuih)

bahan untuk sira
1/2 cawan gula pasir
4 sudu makan air

cara2nya
didihkan air dalam kuali dan terus masukkan gula biarkan gula sebati dan berbuih, masukkan kuih tadi.... kecilkan api dan gaul rata hingga gula mula mengering dan melekat dengan kuih, dan bolehlah dihidangkan.

Saturday, October 30, 2010

Sayur Taugeh goreng


senang jerlaaa ini selain masak lemak goreng pon sodapppp.....
meh layannn resepi simple sayur goreng ala2 aeinio

bahan2nya
sayur taugeh - basuh bersih dan buang akarnya kalau rajinlaa aku tgk2 gak kalau panjang sgt buang lorr kalau cam ok tak buang huhuhu pemaleh!!
sedikit kucai - potong panjang
udang / sotong / ikan bilis
garam atau kicap cair
minyak masak
2 biji bawang merah kecil*
1 ulas bawang putih*
1 batang cili merah*
semua bahan bertanda * di hiris
1 keping tahu - digoreng dan potong petak

cara2nya
minyak panas tumiskan bahan2 yang dihiris hingga naik aroma letakkan garam dan udang / sotong / ikan bilis goreng hingga masak masukkan sayur taugeh dengan kucai dan tahu goreng... gaul rata dan bolehlaa jadi hidangan bersama laun pauk yang lain.

Info tentang cacing

Aku dapatkan info dari http://www.infosihat.gov.my  sebagai ibu aku rasa ramai yang ingin tahu tentang perkara ini dalam pembesaran anak2

CACING JARUM / CACING BENANG
Apa itu cacing jarum atau cacing benang ?
Cacing jarum atau cacing benang ialah sejenis cacing yang sangat halus berukuran lebih
kurang setengah inci panjang dan tinggal didalam usus. Cacing jarum betina keluar dari
dubur pada waktu malam dan bertelur berhampiran dengan kulit dubur.
Apakah ‘enterobiasis’ ?
Jangkitan cacing yang disebabkan oleh cacing jarum dikenali sebagai ‘enterobiasis’. Suatu
penyakit yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak.
Bagaimanakah ia berjangkit ?
Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak menelan telur cacing jarum. Seorang kanak-kanak
mendapat telor cacing jarum melalui pakaian tidor, cadar atau persekitaran kediaman kanak- kanak lain yang telah dijangkiti.
Apabila telah di jangkiti kanak-kanak akan menggaru dikawasan dubur kerana gatal.
Telor-telor cacing jarum akan melekat dicelah-celah kuku. Apabila kanak-kanak makan tanpa mencuci tangan dengan sempurna, telur-telur tersebut akan masuk melalui mulut dan menjadi cacing dewasa dan tinggal didalam usus.
Bagaimanakah ianya terjadi ?
• Kebanyakkan kanak-kanak tidak mendapat apa-apa tanda dan gejala.
• Namun ada juga kanak-kanak yang mengalami kegatalan disekeliling dubur dan vagina.
Komplikasi
Tempat-tempat yang digaru tersebut terdedah kepada jangkitan bakteria sekunder disebabkan oleh terdedah akibat kesan garukkan.
Bagaimanakah anda tahu anak anda dijangkiti cacing jarum ?
• Terdapat cacing didalam najis anak.
• Telur-telur cacing jarum akan dapat dilihat melalui pemeriksaan dibawah mikroskop
dengan cara melekatkan tape cellophane pada kawasan dubur anak dan
menanggalkannya semula. Telur-telur cacing jarum akan melekat pada tape tersebut.
Bagaimanakah ia di rawat ?
• 1 dos ubat Albendazole atau Mebendazole diberikan dan di ulang selepas 2 minggu.
• Rawatan ini perlu diberikan untuk semua ahli keluarga.
• Sapukan jelly petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan.
(sekeliling kawasan dubur atau vagina )
• Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan bahan pencuci
untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum.
Pencegahan
• Mandi dengan kerap
• Gunakan cadar, pakaian dalam, pakaian tidur yang bersih.
• Basuh tangan dengan sempurna selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.
JANGKITAN CACING GELANG
♦ Apa itu Cacing Gelang ?
♦ Bagaimanakah ia merebak ?
♦ Apakah gejala yang berlaku?
♦ Bagaimanakah anda tahu anak anda dijangkiti cacing gelang ?
♦ Bagaimanakah ia dirawat ?
♦ Bolehkah jangkitan cacing gelang di cegah ?
Apa itu Cacing Gelang ?
Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides) adalah punca utama jangkitan cacing dikalangan
manusia. Jangkitan ini dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa pula boleh
mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa pendek sedikit dari
cacing gelang betina. Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telur-telur cacing dikeluarkan bersama dengan najis.
Telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun.
Bagaimanakah ia berjangkit ?
Kanak-kanak suka bermain ditempat lembab dan kotor.
Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke
dalam mulut. Selain dari itu makan makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.
Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?
• Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala.
• Kadang-kadang kanak-kanak mengadu sakit perut .
• Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah-muntah.
• Adakalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.
Bagaimanakah untuk mengenalpasti anak anda dijangkiti cacing ?
Jika anak anda membuang air besar mengandungi cacing gelang atau telur cacing.
Bagaimanakah untuk merawat kanak-kanak yang dijangkiti cacing ?
Ia boleh dirawat dengan memberikan ubat Albendazole 1 biji sehari atau Mebendazole untuk
3 hari.
Bolehkah jangkitan cacing gelang di cegah ?
Pencegahan boleh dicapai jika anda :

1. Cuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.
2. Elakkan dari menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia.
3. Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.
4. Elakkan dari makan makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.

CACING RAMBU ATAU CACING
CAMBUK
♦ Apa itu cacing rambu atau cacing cambuk ?
♦ Apakah ‘trichuriasis’?
♦ Bagaimanakah ia berjangkit ?
♦ Apakah tanda-tanda dan gejala
♦ Apakah bahaya jangkitan cacing rambu ?
♦ Bagaimanakah anda tahu anak anda dijangkiti cacing rambu atau cacing cambuk ?
♦ Apakah rawatannya ?
♦ Pencegahan
Apa itu cacing rambu atau cacing cambuk ?
Nama cacing rambu atau cacing cambuk boleh dikenali berdasarkan kepada cirri-ciri bentuk
cacing dewasa. Cacing dewasa berkuran diantara 3-5 cm panjang dan boleh hidup didalam
diantara 1-3 tahun. Ia membenamkan hujung badannya pada dinding usus besar manusia.
Cacing rambu atau cacing cambuk betina boleh menghasilkan lebih dari 10,000 telor dalam
masa sehari dan dikeluarkan dalam najis manusia.
Apakah ‘trichuriasis’?
'Trichurisasis’ ialah jangkitan yang disebabkan oleh cacing rambu atau cacing cambuk. Ia
sering berlaku dikalangan kanak-kanak.
Bagaimanakah ia berjangkit ?
Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar
dengan telor cacing. Juga boleh berlaku apabila kanak-kanak memasukkan jari tangan
kedalam mulut selepas bermain dengan tanah yang tercemar.. Telur-telur cacing tersebut
akan menetas serentak didalam usus besar kanak-kanak.
Apakah tanda-tanda dan gejala ?
Jangkitan ringan ( cacing kurang dari 100 )
1. Kemungkinan tiada sebarang tanda dan gejala.
2. Kadang-kadang kanak-kanak mengalami kembong perut, cirit birit, sembelit atau
perut rasa tidak selesa (sebu).
Jangkitan teruk ( cacing melebihi 100 -1000 ) kemungkinan di ikuti dengan tanda-tanda dan gejala berikut :-
1. Sakit perut
2. Muntah
3. Cirit birit kemungkinan mengandungi darah
4. Pucat
5. Hilang selera makan
6. Susut berat badan
7. Bahagian akhir usus besar terkeluar ( Rectal Prolapsed)
8. Pembesaran terencat
Apakah bahaya jangkitan cacing rambu atau cacing cambuk ?
Bagi kes yang teruk , pucat dan kekeringan berlaku kesan dari cirit birit yang mengandungi
darah. Namun jarang berlaku ??? rectal prolapsed ??? (Bahagian akhir usus besar terkeluar)
Bagaimanakah anda tahu anak anda di jangkiti cacing rambu atau cacing cambuk ?
Apabila anak anda buang air besar dan najisnya mengandungi telur cacing rambu atau cacing
cambuk. Ianya boleh dipastikan melalui pemeriksaan mikroskopik keatas najis anak anda.
Apakah rawatannya ?
Pengambilan ubatan secara oral adalah lebih berkesan. (Albendazole untuk satu hari
sementara Mebendazole untuk 3 hari). Rawatan ini perlu diulangi mengikut keperluan (jika
masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas 2 minggu rawatan diberi ).
Pencegahan
1. Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan.
2. Pastikan anak anda memakai kasut atau alas kaki ketika bermain di tanah atau
dipadang permainan.
3. Pastikan kuku tangan anak anda sentiasa pendek.
4. Cuci makanan yang telah dicemari tanah dengan sempurna

Pizza 3 in 1


Lagi - lagi gambar pizza... aku tak ingat langsung nak snap photo, ada 2 order dari jiran terdekat sosej pizza... yang teringat pizza biasa untuk anak2 ni... 3 in 1 pizza (Tuna, sausages n mushroom dan pepperoni pizza) untuk anak2 memang besar n istimewa
lastly TQ Kak Yah n Kak Na :)

Friday, October 29, 2010

Maksud Hadis

  • Orang yang bertaubat itu kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat dari dosa itu bagaikan orang yang tidak berdosa.
  • Berilah apa yang engkau mampu, dan janganlah engkau menahan (untuk bersedekah) lalu ditahan oleh Allah (rezeki) atasmu.
  • Islam melarang (tidak sampai taraf haram) memakan di dalam keadaan bersandar kerana ianya banyak meninggalkan kesan yang kurang baik dari segi kesihatan dan akan lekas tua.

Thursday, October 28, 2010

Sambal Ikan Kembung


Repeat recipes.. laaaa  aiyoooo hehehehe apa2 pon cara memasak kadang kala sedikit berbeza mehh layannnn...

bahan2nya
1 kg Ikan Kembung - tak kisah ikan apa2 pon ok siang dan basuh bersih gaul garam n kunyit goreng garing
1 biji bawang besar - hiris bulat
minyak masak
garam n gula
air asam jawa

bahan2 yang dikisar
sedikit belacan
20 ~30 tangkai cili kering - ikut suka (buang biji n rendam air panas)
1 biji tomato

cara2nya
panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan kisar hingga pecah minyak (garing) perasakan dengan gula dan garam kacau rata dan masukkan air asam jawa didihkan masukkan ikan dan hirisan bawang besar... dah siap senang jerr...

Wednesday, October 27, 2010

Tempe Goreng Special



Asal post gambar tempe jerr mesti ingat aku jawa kan.... memang aku berdarah jawa pon dari sebelah ayah... kat rumah ni yang suka makan tempe hanya aku dan ica (anak no3) yang lain2 tu tak berapa sangat... tapi takdelah tiap2 hari ada tempe, dulu masa ada bibik mmg stok tempe ni sentiasa ada... amik ati bibik laa konon... apa yang istimewanya tempe goreng kali ni special tau... senang jerrr... 

Potong tempe tu ikut suka nak tebal atau nipis terpulang.. dan goreng dalam minyak yang penuh hingga garing... angkat dan toskan.. lepastu tabur dengan perisa pedas dari McDonald

kes beli kentang goreng shake yg tak habis... hahahaa barulaa semua anak2 berebut2 makan benda ni... 

Tuesday, October 26, 2010

Maksud Hadis

  • Batal puasa orang yang membekam dan dibekam
(Ahmad, Abu Dawud, Nassai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban & Haakim)

Hikmah : Tegakkanlah solat sunat 12 rakaat pada malam 1 Syaaban dengan 6 salam

Istimewanya 26.10 selamanya... sama dengannnnnnnn..?????

Alhamdulillah.. hari ini genap usia aku bertambah setahun lagi.. alhamdulillah masih ada kesempatan untuk menulis lagi... setiap kali tibanya hari lahir aku rasa cam biasa jerr.. cuma aku tak pastilaa orang lain.... hehehe.... sebenarnya apa yang ingin aku kongsikan disini... aku berkongsi tarikh lahir dengan seseorang yang amat penting bagi melengkapkan diri wanitaku iaitu suami sendiri.. ya...! kami berkongsi tarikh lahir yang sama 26.10.1975
Terimbas kembali detik pertemuan yang lampau... masa mula2 dating... aku rasa tak percaya bahawa kami sama tarikh lahir dahlaaa tahun pon sama.. adehhhhh.. siap mintak ic tau... betulker????? dalam hati sayu sebenarnya yelaa diketika itu mmg nak cari calon suami yang kalau boleh tua dari umur kita ye tak? sekali tengok fuhhhh betoi sama... dalam "hati rejectlaa dia ni.." hahahahaha tapi jodoh antara kami kuat...
aku tak pastilaa bila...? dah tak ingat dah! aku tahu waktu lahir dia.... mmg dah tak ingat agaknya aku mintak dia tengok surat beranak dia kot... yang aku ingat dah kawen aku adalaa tengok surat beranak dia.... waktu lahir yg tertera kat surat beranak aku pukul 2.28pm manakala suami 3.00pm waktu pon dekat2 jerr huhuhuhu....

Masa kami baru kawen dulu petronas ada anjurkan kursus keluarga bahagia seingat aku tahun 1999 umur syahmi (anak sulung baru 6 bulan ketika itu) Dato Fadzilah Kamsah, menyuruh kami suami isteri berdiri dia tanya "kamu berdua ni sebenarnya menulis tarikh lahir siapa diantara kamu..?" memanglaa kami tulis tarikh lahir sendiri.. akhirnya kami disuruh duduk... dia menerangkan terlalu ringkas.. memang kamu antara pasangan yang terlalu banyak persamaan.. kadang2 aku rasa memang betul dalam masa yang sama terlalu banyak perbezaan pun ya jugak! contoh persamaan yang paling nyata kadang2 kami ni mcm kembar sama sakit tak dia dulu rasa aku rasa.. camtulaa pernah satu ketika kami dua2 tumbang kena chicken pox pada hari yang sama!

Apa2 pun semoga aku sentiasa nampak muda selalu hahaha.... dan semoga apa yang telah ditetapkan oleh Allah menjadi sesuatu yang mudah untuk kami lalui bersama... harapan aku semoga anak2 kami dilimpahkan hidayah Allah di beri rezeki, di permudahkan dan semoga Allah terus melindungi mereka dari segala kekejaman.....dan  bahagia dunia akhirat AMINNNN..

Kari Terung dan Mangga


Kari ni sesuai makan dengan sambal belacan atau apa2 sambal pon... rasanya agak manis sebab terung memang ada rasa yang manis selain kurang pedas.... meh kita tengok resepinya...


bahan2nya

3 sudu besar udang kering - rendam dalam air panas n tumbuk kasar
sekuntum bunga lawang
sebatang kulit kayu manis
beberapa batang terung belah 2 (sebab terung yg saya beli tu bersaiz kecik saya belah 2 tanpa putus)
4 biji mangga kampung bersaiz kecil - buang kulit sikit2 sahaja
1/2 inci halia - di ketuk
5 sudu besar rempah kari daging
1 cawan santan pekat + 1 cawan air
garam n gula
minyak untuk menumis
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
bahan bertanda * di tumbuk

cara2nya
  • tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan halia hingga naik bau dan terus masukkan bahan2 yang di tumbuk.
  • bila dah garing masukkan udang kering dan rempah kari kacau rata..
  • masukkan santan pekat dengan 1 cawan air, biarkan mendidih
  • masukkan terung dan mangga sekaligus bahan perasa.
  • didihkan hingga terung lembut dan bolehlaa dihidangkan dengan nasi panas..

Monday, October 25, 2010

pasta lagikkkk


aku tak taulaa apa kebenda ni wehhh ni masak taram jugak.. tapi oklaaa kang aku cakap sedap korang kata angkat bakul sendiri... tapi ni tekak den ok lorrr... sebab dah peningkan nak masak apa hari2 asik2 nak makan nasi jerr boring gak.. dahlaa aku mmg dah jarang makan nasi sekarang ni...


bahan2nya

1 paket san remo - fetuccini = yang macam kuey teow tu...
1 labu bawang besar - di dadu
2 ulas bawang putih - di dadu
3 biji tomato segar - di dadu
1 cawan sos cili
1 kiub daging
air secukupnya
1 cawan daging cincang - saya guna ramly
1 cawan bunga kobis
1 batang seleri
2 sudu tepung jagung di campur dgn 1/2 cawan air
bebola ayam
steam boat paket (campuran steamboat)
olive oil
sedikit basil dan thyme
garam dan gula
telur - optional

cara2nya
  • rebus pasta dengan beberapa titis minyak zaitun (olive oil) biarkan hingga lembut
  • tumiskan bawang putih hingga garing masukkan bawang besar tumis hingga bawang lembut dan masukkan daging kisar biarkan sehingga daging bertukar warna.
  • masukkan pula tomato yang di dadu, biarkan seketika, masukkan basil dan thyme.
  • dan masukkan semua bebola ayam dan steamboat paket juga kiub daging dan air secukupnya (untuk kuah)
  • bila dah mendidih masukkan sos cili bahan perasa dan air tepung jagung kacau hingga likat.
  • akhir sekali masukkan sayuran (bunga kobis dan seleri) matikan api sedia untuk dihidangkan.
cara hidangan terpulang ambil pasta dan curah kuah atasnya, memandangkan tak pedas aku makan dengan sambal kicap cili padi plus telur ... barulaa berpeluh!

Sunday, October 24, 2010

sapa2 pon pandailaa goreng mee...



ihikkkkkkk.... 
dah banyak kali woo goreng mee tapi nilaaa mee yang aku rajin nak snap gambonya.... mee goreng ni paling senang... aku ingat lagi time baru2 kawen dulu hubby aku mmg tak suka versi aku goreng mee tapi gambo kat atas tu versi yang dia suka laa... mak sendiri ajar goreng mee kicap, tak payah garam sebab mee kuning dah ada rasa cukup dgn kicap dengan sos tiram ajer...., so dulu2 mmg mee aku hitam sebab letak kicap secukup rasa hehehehehheh... bila suami dah komplen aku surelaaaaa bengang kan! peh tu intai2ler mak mertua masak cemana, memang sedap..., tapi pedas maa.... anak2 takleh makan kesian... tradisi mee kicap aku masih berterusan hinggalaa tahun2 kebelakangan ini aku dah mula masak yang pedas2 sbb anak2 dah besar yg kecik "din" pon jenis tahan pedas.. so meh layannn ini resepi

bahan2nya
  • 1 bungkus mee kuning
  • 1 sudu besar udang kering - rendam dlm air panas dan tumbuk kasar
  • sedikit udang/ sotong / daging/ ayam - saya guna daging cincang
  • sedikit bebola ayam - belah 2
  • sedikit fish cake
  • 3 pokok sayur sawi (saya guna baby sawi)
  • sedikit taugeh
  • 2 atau 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 5 biji bawang merah - di tumbuk
  • 3 sudu besar pes cili - cili kering yang dikisar
  • minyak masak
  • garam n gula
  • 1 sudu besar sos tiram

cara2nya

panaskan minyak tumiskan bawang putih, biarkan garing, masukkan bawang merah biarkan naik aroma kemudian masukkan pula pes cili masak hingga cili garing dan pecah minyak, terus masukkan daging cincang kacau sekejap dan masukkan fish cake dan bebola ayam masukkan sedikit air (lebih kurang 5 sudu besar),biarkan daging empuk bila dah garing terus masukkan udang kering dan sos tiram masukkan gula, rasa ek..., kalau perlu... tambahkan garam atau kicap cair akhir sekali masukkan mee dgn semua jenis sayur tadi kacau rata hingga betul2 sebati dan siap untuk di hidangkan... kalau kat Ganu ni makan mee kena ada kepok lekor atau keropok ikan yang di goreng baru ngam!

Saturday, October 23, 2010

Maksud Hadis

  • Allah s.w.t mengutuk orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah.
  • JANJI ADALAH HUTANG.
  • Jika Allah menolong kamu, maka tiadalah orang dapat mengalahkan kamu.

sambal masam manis telur puyuh



nilaa masakan paling senang selain sedap dan anak2 pun suka...
jom main masak2

bahan2nya
2 papan telur puyuh (tak ingatlerr berapa biji)
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih*
3 tangkai cili merah*
5 tangkai cili kering (rendam dgn air panas)*
kisar bahan yang bertanda *
minyak masak
garam dan gula
1 sudu kecil cuka makan
3 sudu sos cili Thai
3 sudu sos cili

cara2nya
rebus telur puyuh hingga masak kupas kulit dan ketepikan, panaskan minyak masak dan tumiskan bahan2 kisar hingga pecah minyak, masukkan sedikit gula, bila tumisan dah garing masukkan semua jenis sos dah masukkan telur perasakan dengan garam dan siap untuk di makan..., lagi sedap kalau ada salad dan timun..

Friday, October 22, 2010

luasnya ilmu.... i love u n you love me... do you???? grrrrr


semasa suka....  you love me.. n of course i love u... happily ever after...  eh mula2 sebelum tengok gambar yang lain2 lagi, awal2 nak bagitau.. ini bukan cake yang dibuat oleh penulis ek... semua foto2 ni cari dalam google...


ni dia...  bila laki bini dah gadohhh... ko sampai nak membunuh2 hehehehheeh..... creative sungguh..!!!


aik..!! pesal aku amik gambar perempuan buang lelaki jerr ekk.. agak2 lelaki tak geram camni ke kat pompuan..???


inilah yang tergambar perasaan seorang wanita yang betul2 dah menyampah kat lelaki tuh!... hamekk ko.... campak dalam gaung!!!


oppss..... lelaki pon sama larrrr ada perasaan camtu gak, campak kat hutan!! tanam hidup2 phewww takutnyaa....

lihatlaah betapa luasnya ilmu FONDANT ICING.... macam2 yang kita boleh buat macam2 yang kita boleh curahkan...  pendek kata kalau kita ingat2 balik sebijiklaa cam kita main tanah liat masa sekolah tadika dulu2 
(aku ni sampai laaaniiii... asik tak pergi2 kelas lagik belajar wat icing2 ni... gulp!)

Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran (with...



suatu pagi yang hening... emmm hening kerr..????!!!! suamiku dengan riangnya menyanyi2 lagu ni.. aku tak pernah dengar.. serius aku lom ponah dengar... hahaha... gelak sawan aku pepagi buta tu masa tengah goreng cekodok utk breakfast...! mcm nak menari pon ada... gelek waka waka, tak sangka pulak kat mesia ada lagu camni.. betapa laa aku ni ketinggalan zaman bab2 lagu2 ni... sebab aku hanya suka lagu yg aku dah biasa dengar bila lagu2 baru tu cam lambat otak aku terima mesej.., tak pastilaa lagu ni baru ke apa.. tapi 1st time dengar laa.. korang layannnnn..... best jugak tau!

Thursday, October 21, 2010

Rendang Ayam berkuah

Masakan yang paling simple dan senang kalau nak masak rendang ayam berkuah lehlaa guna cara ni kalau malas cam aku nikann...




bahan2nya 

1/2 ekor ayam - basuh dan bersihkan
minyak masak
250gram santan kotak kara + 100gram air (jika perlu)
garam & gula
daun kunyit - disimpul
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor

bahan2 yg dikisar

1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
4 ulas bawang putih
7 biji bawang merah kecil
cili padi - ikut rasa nak pedas letak lebih..
5 tangkai cili kering- ni pon ikut selera masing2

cara2nya

panaskan minyak.., tumis bahan yang di kisar hingga pecah minyak (kacau2 selalu) bila dah naik aroma masukkan serai titik, n masukkan ayam kacau rata setelah itu masukkan santan dan daun kunyit.... biarkan mendidih dan ayam masak, perasakan dengan garam dan gula masukkan asam keping.. rendang ni sedap makan dgn nasi... dan tak gunakan kerisik.. sempoi kan...

Mengimbas kenangan lama "Jangan...Monyet !!"



Kepada sesiapa yang pernah tengok kartun mesia dedulu ni sure ingat istilah 'jangannnn monyettttt'  dah lama betulkann kartun ni... rasa2nya aku masih di sekolah rendah dulu tahun 80an... semua tu jadi kenangan.... seorang kawan tag aku kartun ni kat FB, ohhh kenangan mengusik jiwa laaa... anak2 aku pon pelik + suka tengok kartun ni layannnnnnnn ek! hehehe...

Wednesday, October 20, 2010

Aku mmg malas cakap dah..! korang nak tahu tengok sini...


bila kita perhatikan rajah ni betul2 mmg seramkan...!!! boleh dikatakan 95% kebanyakan barang yang kita guna pakai hari ini boleh terkandung segala benda dari 'menate' ni...  semoga kita semua lebih berhati2.

Tuesday, October 19, 2010

Basic Foundation Tutorial...



coach aku dah marah asik skipped cycling... "sekalang hujan maaa..."  lagi dia marah katanya "macam2 alasan lerr... ituari panas takut muka belang laa macam2,!! kali ni takde daaa... abg balik keje make sure dah siap! n jalan... jangan macam2"  huhuhuhu... aku dah takut..... petang tu ajak dia g guardian kat mesra mall seumur hidup aku tak pernah beli bendalah ni foundation, concealer bagai... aku ni dok ingat2 laa kalau pakai foundation ni bolehlaa kurangkan 'kebelangan' kat muka ni... selain cream spf yg lain.....  dah beli ok DONE..!! masalah eh aku tak tau cara pakai yg betul.. seingat akulaa aku pakai foundation ni masa kawen jerr dulu mak andam yg pakaikan... peh tu takdolaa doh!! apa lagi you tubelaa jawapannya... tadaaaa.... korang layann ek.. aku dah paham dah esok aku praktikkan sbb tadi dah pakai oklaa gak tapi bila dah tgk tu barulaa paham cara yang betul..

Cendikiawan

  1. Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya dan kelebihan manusia pada akalnya.
  2. Ilmu itu pemimpin. Amalan itu pengikut.
  3. Orang yang tidak menyukai ilmu, tidak ada kebaikan padanya.
  4. Apabila engkau berkehendak menyebut cacat - cacat orang lain, maka sebutlah cacat - cacat dirimu sendiri.
  5. Diam membawa selamat, sopan santun membawa kemuliaan, syukur dan ikhlas membawa tambahan rezeki.

Sotong Kari kering

peningkan bila hari2 mau masak... ni menghantammm gak nih.. dengar2 jiran ckp camni letak tu letak ni trylaa kat umah tapi ni versi sendirilaaa.. meh cek..:-


bahan2nya
  • 1/2 kg sotong - dibersihkan
  • 3 biji bawang merah kecil - hiris
  • 1 tangkai cili merah 0 di hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 batang carrot - di potong bunga
  • sedikit daun sup dan daun bawang - potong panjang
  • 2 sudu minyak masak
  • garam & gula
  • 1 sudu sos tiram
cara2nya

panaskan minyak tumiskan bahan hiris hingga layu, masukkan rempah kari goreng sekejap teruskan masukkan daun sup dan daun bawang, sos tiram dan sotong goreng hingga sotong masak bila dah agak kering masukkan garam n gula (ikut rasa) dan potongan carrot siap untuk dihidangkan.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w

  1. Orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat adalah orang - orang tukang azan.
  2. Wangi - wangian yang paling baik adalah kasturi.
  3. Rasulullah s.a.w melarang kita menamakan hamba kita dengan empat nama iaitu Aflah, Nafi, Rabah dan Yasar.
  4. Hari yang paling besar disisi Allah adalah hari nahar (raya korban) kemudian hari tenang (selepasnya).
  5. Pencarian yang paling utama adalah jual beli yang jujur dan pekerjaan orang laki - laki dengan tangannya.

Monday, October 18, 2010

Keladi Goreng + sambal kicap... perghhhh


tengah berendam nak tunggu masak ...


keladi goreng... ehem ehem... terlupa lak nak snap gambar sambal kicapnya.. adehhh pekena ni time hujan pulak, fulamak... nilaa cara aku goreng keladi sebab aku mmg tak suka celup tepung kalau makan keladi goreng, cukup gaul dgn garam dan goreng dalam minyak penuh..., kalau dulu2 zaman muda2 dululaa bila ayah dan mak goreng keladi aku suka laa menyibuk kat dapur suruh potong nipis2 sebab yang nipis2 tu goreng garing akulah yang punya..... sekarang ni anak2 lak request nipis2 cam selera aku dedulu... sejak dah makin tua ni suka pulak makan yang tebal2 layanlak dgn sambal kicap yang pedas dan hangat... berpeluh..!!!

Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (HQ)



last week laa... bawak anak2 jalan2 sianlak pehtu tgk2 jugak citer apa yg best sudah pasti citer hindi yg best sebab hero tamil Rajinikhan tu mmg pandai berlakon kan kan..?!!! tapi tak tergamak laa pulak nak tgk wayang dgn anak2 citer tu kan.. hihihihihihihihi..... so dengan berat hati belilaa tiket citer melayu... mmg lemah lutut jerr rasa nak tengok citer melayuni... yelahh bila dah tgk kang rasa nyesal dgn amount yg di bayar... tapi masa dan ketika itu aku tiada pilihan... nak tengok cartoon hubbylak tanak aku sukerrr.... terus terang cakaplaa citer ni mmg hampeh...!!! kadang2 aku rasa David Teo ni banyak sangat wat cerita kott.. sebab tu laa citer dia yang ini cam takde kualiti.. best lagik jangan pandang belakang congkak 1.. sorilaa ini pendapat aku jerrr...

Sabda Nabi Muhammad s.a.w

  1. Ibadat yang paling utama adalah berdoa.
  2. Riak itu merupakan syirik yang paling rendah.
  3. Yakinilah janji - janji Allah
  4. Sabar dalam melepaskan sesuatu yang disukai lebih berat daripada sabar menahan sesuatu yang dibenci.
  5. Apabila kamu datang ke rumah kenalanmu lalu memberi salam tiga kali dan tiada jawapan, maka hendaklah ia pulang.

Sunday, October 17, 2010

Cemana nak tahan lama...????????

Sesuai untuk  yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo....... Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahanlama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua  untuk 'tahan lama'. grrrrr.

KELAPA PARUT Untuk lebih tahan lama  selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan sebelah  pada 31 December 2003. Dan sebelah lagi pada 1 January 2004. Wah...tahan  sampai 2 tahun kan ?
 
NASI/LAUK Biar tahan lebih lama, Jangan  gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk  la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS Kalau  untuk lebih 'tahan lama', Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai  saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.  Kalau tak,  tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.. Nak tahan lama Jangan rendam dalam serbuk  pencuci lama sangat elak guna washing machine. Jangan jemur bawah mentari terik  elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.   Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!. Kalau  nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...  BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA Nak tahan lama. Lepas beli, simpan kat garaj.  tutup elok2. jangan bagi angin masuk. jangan bagi abuk masuk. jangan bagi  wap air masuk. bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan  lama.

KENYANG Kalau nak tahan lama, Sebelum makan - baca  bismillallah dan doa Akhir makan - doa dan ucap  alhamdullillah...

UMUR Umur nak tahan lama? Banyak kan  senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok  tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi  masalah).

ROKOK Rokok nak  tahan lama? Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang  saja. P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau  ingat hahaaa....

TIDUR Nak tahan lama  tak tidur malam Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN   Bertahan lama dalam  persahabatan/hubungan, Jujur dan ikhlas je!!!!
Last word: SELAMAT  BERTAHAN LAMA...

ps:-... semua kat atas ni kes aku terbaca mail lama2... post jerlaa wat hilang penat... 

Pajeri Nenas

pajeri nenas ni sekali sekala pekena dgn nasi panas dan ikan sepat masin dah cukup dah...  jom layann....

bahan2nya
1 biji nenas - potong spt dlm gambar saya tak buang pulur tengah
3 sudu rempah kari
3 ulas bawang putih - di mayang
5 ulas bawang merah kecil - di mayang
1 inci halia - di mayang
bunga cengkih dan kulit kayu manis - dua benda ni agak2 jerlaa ek!
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik
minyak masak
garam dan gula

cara2nya
panaskan minyak tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu masukkan rempah kari kacau sekejap masukkan juga gula masak sehingga pekat, teruskan masukkan nenas kecilkan api dan tutup kuali, bila nenas dah mula keluarkan air, masukkan bunga cengkih dan kulit kayu manis kacau2 selalu dan masukkan santan pekat bila dah mendidih masukkan kerisik dan tambahkan garam jika perlu... mmg masakan ni agak manis sebab penggunaan gula yang lebih dari garam.. tapi sekali sekala mmg terangkatt wooo.....

Sabda Nabi Muhammad s.a.w

  1. Orang yang bahagia menyediakan waktu untuk beramal, kerana beramal itu pangkal kejayaan.
  2. Allah itu tidak zalim. Manusia masuk Syurga kerana rahmatNya. Manusia masuk Neraka kerana keadilanNya.
  3. Yang dapat berbicara adalah Al Quran, yang bisu adalah kematian.
  4. Apabila datang kepadamu orang mulia daripada suatu kaum, maka muliakanlah ia.
  5. Harga atau nilai kesihatan tidak diketahui kecuali orang - orang yang sakit.

Saturday, October 16, 2010

LAWAK HILANG NGANTUK

Alahai Mak Cik.........
Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer..
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..

Malam tu..

Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah tu dia tu..hensem lagi..muda lagi..

Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....

Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..

Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie..

Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi...saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...

 
" JANJI TAU..!!"..

 

================
Burung Spesel

 
Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil , membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..

Si isteri bertanya..pada si suami...

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab..

" Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya...burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..
Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

 
" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "


==================
mengandung anak gajah??????

 
Seorang lelaki yang badannya gendut naik kereta
api. Penumpang sangat penuh maka lelaki itu
terpaksa berdiri. Dia merasa ada yang
menyenggolnya lalu lelaki itupun melihat
kebelakang. Ada seorang ibu hamil yang juga
sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka
lelaki bertanya pada wanita itu :

 
Lelaki: Hi... kakak hamil ya ?
Ibu hamil : Iya udah tahu tanya lagi (kata wanita
dengan nada kesal)

 
Lelaki: Isinya orang ya, kak ?
Ibu hamil : Iya (dengan nada kesal, lalu
bertanya)Encik hamil juga ya?

 
Lelaki: Iya (Sambil ketawa)
Ibu hamil : (Karena merasa jawaban lelaki itu
tidak sopan dia melanjutkan pertanyaannya) Isinya
orang ya?

 
Lelaki: Bukan, isinya anak gajah (sambil ketawa lagi).
Ibu hamil : (terkejut, lalu ketawa)

 
Lelaki: Laa... kenapa ketawa? (dengan bingungnya)
Ibu hamil : Oh isinya anak gajah, ya... patutlah
belalainya keluar( sambil menunjuk seluar lelaki
yang lupa dikancing)

 
Lelaki:???????????

=============


Skandal Doktor

 
Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram.
Setibanya di rumah, ia  merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim
dengan pesakit terjadi di mana-mana.
Jadi kamu tidak perlu merasa  bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi
itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan  seksual
antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan"

Kertih Funfair alolohhhhh...


 tgk muka din happy dapat naik keretapi... 'mana boleh balik tanpa naik apa2kan... hmmmmm'



 satu2nya McD di Kertih


Barisan kedai2


keretapi kokakk camni pon 3 hengget sekepala tau... huh!!!


Sebenarnya dah lama gak funfair ni ada, semenjak pas raya ni.. aku mmg tak gomar nak p tapi yelahh kat sini mana lagi nak berjalan... tambah2 pulak setiap kali hantar din ke sekolah asik lalu jerr kat tapak funfair tu.. dan setiap pagi dia asik menjeling ' bila ayah cuti ibu..?, kita pegi kat sini bu.. ajak ayah...' budak2 ek.. walaupon aku mmg tak sukerr tapi cairlooo bila anak dah ajak...

Sabda Nabi Muhammad s.a.w

  1. (Isi) Al-Quran yang paling utama adalah : "Alhamdu Lillahi Rabbil 'Aalamin".
  2. Makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  3. Sucikanlah jiwamu dengan membaca Al Quran.
  4. Orang yang paling bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling bersyukur kepada manusia.
  5. Perkataan yang keluar dari mulut anda biasanya menggambarkan isi hati anda.