Wednesday, December 29, 2010

Jangan Sambut 1 Januari!! (new year) .. nauzubillah

 Jadikan renungan bersama dan untuk diri sendiri juga  
 

Kenapa??  
   

Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Zulkifli Nordin. Dibawah ini adalah intipati kuliah beliau yang sempat disalin. Diantara lain, beliau mengupas ayat 120, surah Al Baqarah, mafhumnya :-   Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka   kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika  engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi  pertolongan kepada mu. 
Beliau juga menyebut hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :   UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap . Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan    menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka   menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita. Contohnya, haribulan.... Berapa ramai yang tahu bahawa cara tarikh Masehi ini  ada kaitannya dengan tuhan mereka 21hb Ogos 2002 AD. Apa maksud AD dibelakang? Makna AD ialah "Anno Do mini"    bahasa Latin yang bermaksud "Anno" ialah aku/saya dan"Domini" ialah tuhan dilahirkan. Jadi 21hb Ogos 2002 boleh diertikan sebagai"...  beberapa hari setelah tuhan aku dilahirkan. "Nauzubillah ... . Insaflah kita kerana   secara halus kita mungkin termasuk dalam kategori umat Nabi Muhammad SAW   seperti diatas. Sebab tulah kita dianjurkan supaya beristighfar selalu.   Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun   baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar,  Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al-Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa  menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi &  Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.  Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T, dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan saya sendiri.  
 
 Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyallah kita semua akan  diberikan hidayah'  berpesan - pesanlah kamu walaupun dengan sepotong ayat...

Tuesday, December 21, 2010

Cornflakes Badam bermadu


Sebenarnya anak2 ada kat rumah so bagi homework laa kan oleh kerana ni antara kukis yang memang mereka suka makan, so mak masaklah.... ramai2 masukkan dalam paper cup dan bakar.. buat ni semalam.. arini dah habih... buat ni pun setelah mengeledah apa barang ada dalam peti sejuk so campur dan bantai membantai... maka terhasilah resepi ni.. jom layannnn......


 kalau di perhatikan menerusi gambar memang cornflakes madu ni nampak agak kering sebab aku memang tak berapa suka gunakan banyak madu nanti masa makan meleleh2 madu tu.. geli weyyyy!!

bahan2nya
  • 500 gram cornflakes - ramaskan separuh hancur
  • 1 paket nesvita (original)
  • 100 gram kepingan badam
  • 1/2 cawan buahan kering cincang (kismis, ceri merah & hijau, kurma)
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 4 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 100gram mentega
  • paper cup secukupnya
  • sedikit coklat rice untuk hiasan (optional)


cara2nya
  • sanggar sekejap kepingan badam. 
  • satukan cornflakes, badam, buahan kering dan nesvita kacau rata dan ketepikan.
  • satukan gula, mentega, esen vanilla dan madu di dalam kuali dan renehkan menggunakan api kecil.
  • bila mentega mencair bersama2 dengan gula masukkan bahan2 kering matikan api dan kacau rata2 pastikan semua bahan kering terkena dengan bahan basah.
  • sudukan dalam paper cup dan taburkan coklat rice
  • bakar pada suhu 170 selama 6/7 minit atau hingga nampak berkilat.

Monday, December 20, 2010

Ayam Halia


ni antara masakan yang sekejap jerr habih selain nak memasaknya senang dan yang paling utama amat sesuai untuk menu dalam pantang selepas bersalin, cuma tak perlu letakkan cili  dan lebihkan lada putih atau lada hitam dalam resepi ni....

bahan2nya
15 ketul ayam
5 cm halia - tumbuk lumat
2 batang serai - di ketuk
1 gugus bawang putih (10~13 ulas) - tumbuk lumat
1 sudu besar serbuk lada putih
5 biji cili padi - tumbuk lumat
garam & gula
air
sedikit serbuk kunyit (optional)


cara2nya
satukan semua bahan didalam kuali, masukkan air separas ayam tutup kuali dan biarkan api sederhana, kacau selalu sehingga ayam masak / kuah mula pekat, siap untuk dihidangkan.

Salmon dan lemon sauce



sangatlaa sedih tengok gambar ni.. hehehe harapkan anak bujang sulung tu yang snap gambar ibu sibuk di dapur tak nampak langsung ikannya... kalau sudi meh layannn resepi ni.. manyakkk senang woooo

bahan2nya
  • 3 keping ikan Salmon (saiz sederhana)
  • 2 biji tomato
  • 100 gram santan pekat kara
  • 100 gram air + dengan 1 sudu besar tepung gandum
  • garam
  • setengah biji jus lemon
  • 1 biji bawang kuning
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • minyak

cara2nya
  • taburkan serbuk lada hitam dan garam di kedua belah ikan dan goreng hingga masak tak perlu garing.
  • potong wedges buah tomato dan susun di tepi ikan.
  • tumiskan bawang besar kuning hingga layu dan masukkan santan bersama air yang telah di campur dengan tepung gandum, tambahkan lada hitam dan garam secukup rasa.
  • bila kuah dah mula pekat dan mendidih masukkan jus lemon
  • biarkan sekejap dan tuangkan atas ikan sedia dihidangkan. sedap di makan begitu sahaja ataupun dengan nasi.

Pak Rashid order..


salam... dah lama ek, tak post entry cake... memang busylaa lately.. anak2 ada kat rumah kecoh satu rumah....  takperlahh tinggal lebih kurang 2 minggu jerr lagi dah nak buka sekolah... alhamdulillah juga Syahmi di terima masuk sekolah berasrama di Darul Bayan Akademik & Syariah... dia tak dapat amik hafazan, walaupun tak dapat, semua pelajar di sana diwajibkan hafal surah2 penting (>< 10 surah) termasuk surah Yassin...., better than nothing ye tak?


Berbalik pada cerita cake ni.. this is chocolate moist cake 3++kg, diorder oleh regular costumer, Pak Rashid khas buat his beloved wife on her birthday!..... dah veteran pon masih lagi ingat nak belikan cake dan wish birthday isteri.. camnilaakan...  caiyokkkk!! terima kasih tak terhingga atas kepercayaan... dan kesudian menempah cake dengan saya hampir 2 tahun ni... thanx again..!!... doa saya semoga kebahagiaan anda berpanjangan....

Saturday, December 18, 2010

'Tangled' trailer revamps Rapunzel



walaupon dah agak terlambat menonton citer ni asik tak kena dengan masa jerr.. atlast malam tadi dapat gak tengok citer ni..... hmmmm memang best... anak2 suka... ;)

Wednesday, December 15, 2010

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader Official Traile...



lagilaa yang sesuai untuk tontonan sekeluarga.. best gak..

Cencaru Goreng Pedas


citer banyak - banyak pon takdolaaaa kannn meh layann resepi...

bahan2nya
3 ekor cencaru (siang, bersihkan, gaul garam , kunyit serbuk dan goreng)
 minyak masak
garam & gula
3 biji buah tomato - di dadu
3 ulas bawang putih - hiris
4 biji bawang merah - hiris
2 biji cili merah - hiris
1cm halia - hiris
5 biji cili padi - hiris
1 sudu besar rempah kari
air asam jawa

cara2nya
panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah kacau hingga layu kemudian masukkan cili merah, cili padi dan halia kacau, masukkan juga rempah kari dan masukkan tomato kacau hingga mesra dan tomato mula keluarkan air, perasakan dengan garam dan gula masukkan ikan yang telah di goreng, akhir sekali masukkan air asam jawa biarkan hingga mendidih kemudian bolehlaa dihidangkan.

Tuesday, December 7, 2010

Salmon Goreng

Ikan salmon ni ko bantaila masak apa pon memang sedap... nilaa dinner aku malam ni... Syahmi takde so aku masak yang simple2 jer.. sebenarnya dah pening wehh nak masak apa.. hahahaha

pening2 pon kena masak gaklaa nak makan kat luar manjang hujan jerr malehlaaa... jadinya terhasillaa resepi malas ni... hmm  anak2 dara or yang bujang2 pon meh coba try test ini ikan kasi goreng sama dia manyakkkk sinang mau makan...

bahan2nya
1 keping ikan salmon (saiz dlm gambar tu agak besar sesuailaa untuk sekali makan)
lada hitam serbuk
garam
minyak masak
timun
tomato
jus lemon
cili merah

caranya
taburkan garam halus dan serbuk lada hitam dikedua2 belah ikan dan goreng dalam minyak, tak payahlaa garing sangat asal masak jer... angkat dan perahkan setengah biji jus lemon, susunkan hirisan timun dan tomato serta cili merah. makan dengan nasi panas2 

Daging Asam Pedas


daging pun boleh masak asam pedas tau.. memang best! dapat pulak daging tetel (daging yang berlemak)  selain masak kari.. tapi awas kolestrol ek.. telan punya telan boleh tak sedar sudah telan terlebih ketul... cemana tu??? sendiri mau ingat ok....


meh layan resipi ek.. senang jer...


bahan
500gram daging lembu (bercampur dengan lemak)
1 keping kecil asam gelugur
garam
minyak masak
air secukupnya


bahan penumis
3 tangkai daun kari
3 cm halia - di ketuk


1/2 sudu teh jintan manis*
1/2 sudu teh jintan putih*
5/6 biji lada hitam*
1 sudu teh ketumbar biji*
bahan yang bertanda * hendaklah di sangai dan tumbuk lumat 


bahan yang di kisar
20 tangkai cili kering yg telah di rendam dan di buang bijinya
1/2 cm kunyit hidup
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih


caranya

  • panaskan minyak, tumiskan bahan penumis dan masukkan bahan yang telah di kisar, kacau sehingga cili garing dan pecah minyak. 
  • masukkan semua jenis rempah yg telah di tumbuk, kacau sekejap 
  • masukkan daging kacau lagi biarkan daging bertukar warna keseluruhannya.
  • masukkan air dan biarkan daging betul2 empuk.
  • Bila daging dah empuk masukkan garam dan asam gelugor (asam keping) didihkan hingga kuah pekat dan boleh di hidangkan.

Monday, December 6, 2010

Syahmi Pra Tahfiz Di Darul Bayan Paka Terengganu


Mula - mula sekali nak ucapkan salam Maal Hijrah kepada semua umat islam.. semoga tahun ini lebih memberi keberkatan, kebaikan, di permudahkan di murahkan rezeki kepada kita semua aminnnn...


Aku abadikan gambar kenangan ni untuk tatapan diri dan keluargaku... inilah hari pendaftaran Hani Syahmi ketika menjalani kursus Pra Tahfiz Di Sekolah Darul Bayan Paka.


Pemandangan bangunan asrama


Malam hari ke dua tu tengah2 malam aku sekeluarga menjenguk dia, dalam masjid, sempatlaa ambil 2 keping gambar ni.


Semuanya tengah kusyuk membaca surah atau amalan setiap hari sebelum balik keasrama.
10 hari dia disana bermula 1 Dec sehingga 10 Dec 2010


bangunan Sekolah Menengah yang masih dalam pembinaan.

Popia Inti karipap


Petang tadi makan benda ni... hujan pulak tu apa lagi... niat dihati nak buat karipap beli keledek dan buat intinya tapi entahlah kenapa malas betul nak buat kulit karipap tak tau pesal...?? akhirnya beli kulit popia dan jadilaaa kuih ni asal boleh dimakan... 
hubby kata "lagi sedap..." hmmm


layan gambar jerr tak syok kann.. meh layan resepi inti karipap tu ek....

bahan2nya

1 biji ubi keledek (saiz sederhana)
3 biji ubi kentang
250gram daging cincang (saya guna Ramly)
garam & gula
2 sudu besar rempah kari Daging (Babas)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu teh udang kering (rendam)
sedikit daun sup
air secukupnya
minyak masak

cara2nya
  • kentang dan keledek di kupas, basuh bersih dan di potong dadu rendam dalam air supaya tidak bertukar warna.
  • Tumbukkan bawang putih dan bawang merah bersama dengan udang kering dan tumiskan hingga naik aroma
  • Masukkan daging cincang, kacau hingga daging berubah warna.
  • Masukkan pula rempah kari Daging kacau sekejap, terus masukkan ubi keledek dan ubi kentang.
  • Masukkan air secukupnya biarkan sehingga ubi empuk / lembut.
  • Bila air dah mula mengering dan ubi dah empuk masukkan garam dan gula, kacau rata taburkan daun sup dan boleh dimatikan api.
  • Sejukkan dan bolehlaa di gulung dengan kulit popia.

Maksud hadis

  • Apabila dua orang muslim berkelahi lalu seorang dari mereka terbunuh maka kedua - duanya masuk neraka, kerana mangsa tadinya sangat ingin membunuh kawannya.
  • Orang mukmin yang paling utama adalah yang paling baik akhlaknya.
  • Apabila seorang hamba itu merendahkan diri, nescaya akan diangkat oleh Allah ke langit yang ketujuh.

Sunday, December 5, 2010

Cucur Ubi Kentang


petang2 makan cucur panas2 memang masyukkkk... semua bahan2nya mudah dan main agak2 jer lor.. 

bahan2nya
tepung gandum
garam
air 
lada sulah
1 biji ubi kentang - di dadu
serbuk ikan bilis
hirisan bawang besar
minyak untuk mengoreng

cara2nya
gaul rata semua bahan2 diatas bersama2 air secukupnya.. dan goreng garing dalam minyak penuh... hidangkan bersama sos cili..

Cendiakawan

  1. Harga atau nilai masa muda tidak diketahui kecuali oleh orang yang sudah tua.
  2. Dalam kesusahan jangan lupa pengharapan. Dalam kesenangan jangan lupa tujuan.
  3. Mengetahui apa yang anda hendak lakukan tidak mencukupi. Anda mesti lakukan apa yang anda tahu.

Thursday, December 2, 2010

Sekitar Majlis Pernikahan Hanafi & Umi


Balik ke Johor pada hari raya ke2 haritu, sebab adik ipar lelaki nak nikah.... pastu balik jugak ke Seremban jenguk mak kat kampung... majlis langsungnya insyaAllah bulan March nanti. layannnn gambar ek...


wajah pengantin masa kat rumah pagi tu ... make over oleh Fiza...


santai2 bersama sepupu perempuan


sepupu lelaki apa kebenda lagi main game lerr


masa baru sampai di perkarangan rumah pengantin perempuan


saat mendebarkan sebelum akad nikah


mas kahwin dan seutas gelang emas


sah dengan sekali lafaz


penyerahan mas kahwin


acara membatal air sembahyang


tanda terima kasih


kucupan sayang


sah lah mereka sebagai suami isteri


bergambar dengan mak n ayah


gambar ramai2


pose gedik2 dengan adik ipar


dalam masa tengah sibuk2 tu Sara menangis nak susu, Din pulak tiba2 laa hidung berdarah.., ni tengah letak ais kat area atas hidung dan dahi


kenduri kesyukuran malam tu


sempat lagi pose dengan kakak ipar malam tu...


kenduri


sibuk2 kat dapur


nilerrr wajah glemer cameraman masa upacara akad nikah.. hehhehee

Wednesday, December 1, 2010

From Kerteh To JB


gambar2 ni semasa perjalanan balik ke kampung dari kerteh ke jb sampai kat area pekan ni barulaa terajin sket nak snap gambar..


 Pekan Pahang


Yang ni pulak laluan Endau - Mersing memang cantik2 pemandangan kat sini pohon kelapa melambai2.. ni area tepi pantai memang laluan ni lengang tak banyak kenderaan yang lalu lalang kawasan ni... sebab tulaa setiap kali nak balik JB kami tak berani bertolak lewat malam mesti gerak di siang hari.


 tak tahulaa sungai apa ni tapi bila dah sampai sini dah dekat dgn mersing mestilah dah masuk sempadan Johor dan berakhirnya Pahang...


 Sungai Pahang kot...


dah sampai Mersing Johor


Pekan Mersing


dah nak habis baru teringat kamera.. ni Tahu Bakar kami singgah makan di 'Singgah Selalu' Kota Tinggi Johor


 Bakso pon dah habihhh


 Sate Ayam singgah selalu


 Pulada.. kem tentera.. satu waktu dulu ayah memang bertugas sebagai jurulatih disini sampailaa pencen!


entrance PULADA (Pusat Latihan Tentera Darat)


'Today'.. dah nampak 'giant' kat today memang dah rasa lega... ya amat.... menandakan kami dah dekat dgn rumah my mil.. tapi nilaa pemandangan biasa kat JB ni JEM JEM JEM 


masuk kat Today's jalan pintas ke Bandar Tiram.. yeah yeah alhamdulillah dah sampai...