nuffy

Wednesday, March 2, 2011

Mee Lidi


Selamat pagi..., meh.. layan mee lidi goreng... sebetulnya sejak duduk di Terengganu nilerr aku kenal dengan mee lidi ni.., dia di jual dalam paket mcm spaghetti tapi rasa dia ada kelainan.. bila dah selalu makan, aku rasa mee lidi ni jauh lebih sedap daripada mee kuning... caranya rebus dulu hingga lembut dan goreng seperti biasa... mee lidi ni sesuai juga untuk laksa johor, atau pun laksa terengganu... lupa pulak nak snap gambar bungkusannya kalau ada nnt akan aku uploadkan gambarnya...


bahan2nya


1 paket mee lidi (rebus hingga lembut & toskan)
6 biji bebola ayam - belah 2
1/2 cawan daging kisar
2 biji cili merah*
3 ulas bawang merah*
1 biji bawang putih*
* kisar 
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit kobis
minyak masak
garam secukup rasa


cara2nya


tumiskan bahan bertanda * hingga terbit minyak masukkan daging kisar, goreng sekejap dan masukkan sedikit air (untuk melembutkan daging), masukkan bebola ayam. Apabila daging dah mula lembut masukkan garam, sos cili dan sos tiram, akhir sekali masukkan mee lidi dan sayur kobis kacau dalam 3 minit dan siap untuk dihidangkan...

3 comments:

yaya|azura said...

Nampak macam mee udon lah. Mesti sedap ni.

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

ade daging cincang ye..ala2 wat makaroni ye? ehehh

nampak sedappp

aeinio said...

yaya, trylerr...
rose biasa laa versi hantammm jugak.. hehehe