nuffy

Friday, April 29, 2011

Pulut Mangga


Sudahpon tengah malam tayang menayang ini pulut mangga petang tadi... sebenarnya semalam tak tahan tengok pulut mangga ni kat blog kak jee wartawan femes tuh! perghhh punyalaaakann kan kan.. inipon 1st time buat menu nih sebab kalau beli durian or mangga tak sempat nak dipulutkan dah habis begitu sahaja.. inipon cuma mangga biasa kalau dapat kuini makk oi lagilaah... takpayah nak citerlaa


jom layan cemana nak prepare benda nih

bahan2nya
buah mangga ikutlaa berapa banyak yang terlarat nak makan..
pulut
santan
garam & gula

cara2nya
rendam pulut, satukan santan dengan gula dan garam dalam bekas lain,  kemudian di kukus pulut bersama dengan sedikit santan selama 5 ~7 minit  kemudian angkat dan gaulkan dengan santan dan kukus semula boleh ulang proses ini hingga pulut masak.
belah mangga dan hidangkan dengan pulut seperti dalam gambar dan tuangkan sedikit santan diatasnya.

1 comment:

mael said...

peh...terangkat higung...nak3!!!haha