nuffy

Tuesday, May 17, 2011

Ayam Panggang ala tandoori


Kali ni menu malas memasak pon ye gak..., actually kami dah plan nak kuar makan bila dah plan oklaa kann selalunya unplanned teragak jerr kuar, teragak jer siap2 kuar... malam tu aku dah perap ayam ni, untuk esok so program esok tak tergendala masak yg simple2 jerr supaya aku leh relax habis dengan keluarga... ni menu untuk dinner memang senang tapi jangan pk pasal diet.... hahaha


bahan2nya
setengah ekor ayam - di bersihkan
setengah sudu teh serbuk basil
setengah sudu teh serbuk thymes
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar bawang putih yang di tumbuk/serbuk bawang putih
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar madu
setengah cawan susu cair
garam

cara2nya
gaul rata kesemuanya bersama2 ayam dan perapkan semalaman dalam bekas bertutup simpan dalam peti sejuk...
esoknya ambil 2 biji ubi kentang dan potong baji susun dalam tray dan tuangkan sedikit minyak zaitun atau butter taburkan garam dan serbuk lada hitam atas ubi kentang dan bakar bersama2 dengan ayam dalam oven selama 45 minit atau hingga masak, selepas 30minit masukkan pula brokoli yang telah digaul rata dengan garam dan minyak zaitun bila dah masak sedia untuk dihidangkan.
(setiap 5 ~ 7 minit buka oven dan siram dgn bahan yg diperap lakukan hingga habis)

2 comments:

cacing said...

slurrrpppp!!! mengalir lak air liur ni.. ni menu tuk berapa orang?

aeinio said...

ikutlaa dik.. kalo sorang larat makan setengah ekor tu hentam jerlaa kena masak lebih2 hihihi akak makan ni 4 beranak jerr..