Advert

nuffy

Thursday, May 19, 2011

Kiwi Muffin


Asalnya ada lebihan buah kiwi dalam peti sejuk balance hiasan cake, kalau aku tak batuk teruk dah habis dah aku sebat buah tu.., anak2 cam kurengglaa buah kiwi ni lagipun kan kulitnya berbulu.... disebabkan batuk, pehtu rasa cam miang tekak jerr bila telan buah kiwi ni baik aku jadikan muffin.. tapi tulaa sedihnya sebab tak biasa wat muffin tak tahu nak agak berapa byk mau letak dalam paper cup, makanya begitulaa rupanya...
saiz paper cup ni pon agak besar...



  • bahan2nya­
  • 1 cawan buah kiwi di dadu
    1/2 cawan kismis
    1/2 cawan susu segar
  • 3/4 cawan gula halus­ ­
  • 2 biji telur 
  • 2 cawan tepung gandum­ ­
  • 1 cawan minyak masak­ ­
  • 1 sudu teh baking powder­ ­
  • 1 sudu teh soda bikarbonat ­ ­
  • 1 sudu teh esen vanilla

    cara2nya
    campurkan semua bahan boleh di blender tapi aku gunakan mixer adun hingga sebati dan sudukan dalam paper cup bakar hingga masak, suhu 170 kepanasan atas dan bawah selama 15 ~ 20 minit.
    hiasan :- nuttela dgn jem + badam bakar   ­

3 comments:

izahdaut said...

biasanya muffin ni letak aje adunan 3/4 penuh cup tu. nanti cantik je naik. kadang2 saya letak hampir penuh. cantik la dia naik membumbung kan

aeinio said...

tulaa izah akak ko ni takut2 letak sket jerr hahaha...

Faizaharis2 said...

jamu mata kat sini....sedap2 makanan...phiewwww hihihi