Advert

nuffy

Thursday, May 19, 2011

Oblong Sweet Sour (Hot sour hehehe)


Jom sarapan... hahaha ni sarapan mudah.. oblong dgn sos cili jerr manyakkk sinang..... leh makan dengan roti pehtu minum nescafe takponnn milo o panas....


bahan2nya
4 keping oblong daging (ramly brand) - kerat 2
1 ulas bawang putih
4 sudu sos cili
1/4 cawan air
sedikit rempah kari
1 sudu sos tiram


cara2nya
panaskan kuali letak sedikit minyak, ketuk bawang putih hingga pecah 4, dan susun bersama2 oblong dalam pan (kalau guna non stick adalah lebih baik) gunakan api kecil.. balik2kan oblong hingga masak kedua belah tempat, taburkan sedikit rempah kari dengan sos tiram di kedua belah daging oblong ni bila dah garing masukkan sos cili dan air. didihkan dan bolehlaa di makan dengan roti... berdesip.. pedas gak wehhh....

2 comments:

izahdaut said...

waa sedapnya... duk mencari daging oblong ni. masih belum jumpa la.. kata ada kat giant kan?

aeinio said...

ha'ah izah ada kat giant tak hengat harga dia belasan ringgit laa 10 keping..