nuffy

Wednesday, May 18, 2011

Tenggiri Asam Pedas


balik balik asam pedas cam dah takde lauk lain laa kannn ni peberet keluarga nak wat lagu mana dlm sebulan memang kena masak lauk ni 4/5 kali wooo ada resepi sebelum ni tapi aku type kan jugak kat sini bukannnya apa kdg2 masak hari2 pon ada tukar2 jugak hehehhe 

bahan2nya
4 keping ikan tenggiri 
minyak masak
3kpg asam keping/ gelugor
garam

air secukupnya
tomato dan kacang bendi

bahan yang di kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit kunyit hidup
20 tangkai lada kering yg telah di buang biji (ikut suka kalau nak pedas lebihkan)

bahan untuk penumis
1/2 inci halia - di ketuk
1 biji bawang merah - di hiris
satu sudu teh halba
3 tangkai daun kari

cara2nya
tumiskan bahan penumis hingga naik aroma dan terus masukkan bahan yg di kisar, masak hingga pecah minyak dan cili garing, kacau2 selalu (mcm masak sambal), masukkan ikan dan air secukupnya, perasakan dengan garam biarkan mendidih, masukkan asam keping kecilkan api dan didihkan dalam 10minit, biarkan agak lama supaya kuah dan ikan mesra 2 atau 3 minit sebelum matikan api masukkan kacang bendi dan tomato.



3 comments:

CT NoArIzAh ArIs said...

emmm..sedap..sedap...sy nak wat ayam masak asam tumis lak mlm ni.

CT said...

huh...lapoooo lak...ngeee

aeinio said...

jom makan....