nuffy

Friday, June 24, 2011

Grilled Chicken with Brown sauce



Layan western lak ek.. menu ni aku masak dah seminggu operate, dah kuat sket... tangan dah gatal2 nak on oven hasilnya terserlah senyuman suami dan anak2, wohooo ibu dah boleh masak... asik2 beli jerrr... mana nak tertelannya kan...!!
ok citer banyak pon tak guna jom layan resepi... ni pon atas bantuan along.... salad along dah sediakan awal2 dia rebus dan gaulkan dgn mayonise jerr peh tu simpan dlm peti sejuk.
angah basuh salad dan goreng kentang


bahan2nya
6 ketul peha ayam
3 sudu sos tiram
3/4 titik minyak bijan
2 sudu teh gula halus
bahan kisar halus
1 sudu teh serbuk thymes
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk parsley
2 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh rempah kari
2 batang serai
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
sedikit halia
garam dan lada sulah

cara2nya
peha ayam di basuh bersih dan kelar - kelar kan pada bahagian yang agak tebal. gaulkan dengan semua bahan termasuk bahan yang telah dikisar masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk semalaman atau pun sekurang2nya selama 4jam. susun dalam tray pembakar dan bakar dalam oven dengan suhu 180 - 200 selama setengah jam atau hingga masak.
(setiap 10minit buka oven dan sapukan bahan perapan atas peha ayam)
bila dah masak keluarkan ayam dari tray dan jangan buang jus yang ada dalam tray tersebut kita nak gunakan pula untuk gravy (brown sause) nnt..)


Brown Sauce
bahan2nya
2 sudu butter
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
sedikit kicap manis
jus dari tray pembakar
garam, gula & serbuk lada hitam

cara2nya
masukkan semua bahan dalam periuk sentiasa kacau supaya tak bergentel dengan api sederhana hingga kuah menjadi pekat dan likat perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam.

4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak sedap sungguh tuuu.. terliurrrr...
sesekali layan western pun sedap jugak kan.. mlm td akak pun layan western gakk...

azian said...

sedap nya...

aeinio said...

hehehe acara mendebabkan badan ni kan kan kan

aRe-lOnG said...

terliur da nie...nak sikit...huhu...lapa nie..