nuffy

Tuesday, September 20, 2011

Fettuchini Bolognese


entah cemana tah menu ni tersadai tak ber update... huiyoooo busynya hakuuuu.... sebenarnya blogging ni ada masa cam malas jerr entah kenapa la... alhamdulillah semakin dah sampai hujung thn ni sebenarnya aku rasa semakin lega.. banyak perkara yang semakin nampak membuahkan hasil.. alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah berikan...
ok berbalik pada resepi dalam gambar tersebut.. mudah dan senangg jerr sebenarnya..

bahan2nya
setengah paket Fetuchini san remo
1 1/2 cawan daging kisar 
4 keping filet ketam - hiris serong
1/2 cawan salad (campuran kacang peas carrot dan jagung)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
minyak zaitun
air secukupnya
bahan perasa (garam & gula)
parmesan cheese
1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh basil
1/2 sudu teh thymes


bahan kisar halus
2 biji tomato
2 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 batang saderi
1/2 batang lobak merah


cara2nya
rebus fetuchini hingga lembut (boleh guna spaghetti stok haku takde huhuhu) angkat dan toskan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau butter. jangan buang air rebusan pasta tu.. nak digunakan sedikit dalam sosnya nanti.


dalam bekas lain panaskan minyak masukkan bahan kisar tumis sebentar dan masukkan daging cincang dengan herba italy (oregano, basil dan thymes) kacau mesra hingga pecah minyak masukkan air rebusan pasta biarkan hingga daging empuk.. bila dah mendidih daging lembut masukkan semua sos dan bahan perasa.. serta filet ketam dan salad biarkan dalam 3 minit bolehlaa matikan api dan hidangkan pasta bersama kuah dan serbuk parmesan cheese.

3 comments:

shazmir said...

terliur..

cun..!!

xyz4mir.blogspot.com/

aeinio said...

tq shazmir...;)

Mamaleesya said...

terliur tengok