Advert

nuffy

Monday, September 19, 2011

Sardin curry


mesti peningkan bila hari2 kena masak nak try mcm2 resepi yg ada dalam tenet ni pon takut2 gak takut terbuang tak makan sebab tak biasa makan hehehe so ini adalah resepi omak den... kdg2 bila balik sekolah jerr ada lauk ni capai kuali goreng telur mata lembu pon dah sedap makan dgn kari dan kicap... 
sebenarnya pasal sardin ni aku ada cerita... dah kawen en hubby memang tak suka betul aku masak sardin... cariklaa masa yg dia jarang makan kat rumah barulaa masak.. terutamanya jika dia keje pg dia hanya makan malam jerr kat rumah oklaa bagik dia sardin... mak mertua di awal perkahwinan aku dulu selalu masak sardin.., bila kami balik aku jenis tak kisah sebab mmg peberet ponn... dan citer yg paling best mak sendiri.. pernah ada satu ketika tu.. aku balik sekolah mak masak sambal sardin, esok balik mak masak sardin kicap, lusa balik mak masak kari sardin.. dan tulat sardin masak lomak cili padi dengan pucuk ubi.. hohohoho 4 hari lauk sardin woooo sampai skang gua ingatttt....


ni masakan mudah tau.. terutama kalau dah plan nak tinggalkan rumah lama nak off peti sejuk better masak camni jerrlaa hari2 terakhir sebelum kemana2...

1 tin sardin
1 biji ubi kentang - belah 4
1 keping asam gelugor
1/2 cawan serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari + secubit biji sawi
minyak untuk menumis
1 1/2 cawan santan
tumbuk lumat
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit halia


panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama dengan daun kari tambahkan secubit biji sawi ketika menumis, bila dah naik aroma.. masukkan pula rempah kari kacau dan terus masukkan sardin kecilkan api kacau rata.. masukkan ubi kentang dan santan. bila dah mendidih dan ubi kentang empuk, masukkan pula asam gelugor dan garam biarkan dalam seminit dan bolehlaa dihidangkan.. bertambah sedap kalau ada ikan masin atau bilis goreng..

2 comments:

Amie said...

sedapnya sardin! lama tak makan... ni mesti tambah nasi dua tiga pinggan....

aeinio said...

makan dgn pulut kuning ni pon sedap gak ni amie...