Tuesday, October 11, 2011

Tragedi 20 sept... 2011

Hampir sebulan dah berlalu.. memanglaa citer dah basi hohoho tapi inilah pengalaman dalam melalui ranjau kehidupan.... apa pun takziah diucapkan kepada yang terlibat dan mintak halal publish photo2 nih... sebb yang menulis ni ponn biru gak lerrr masa kejadian...
puas dok upload photo dari hphone wohoo lembab gilerr sudahnya masuk fb gaklaa gambo2 ni.. baru senang keje.. kena tukar hp lagik kot wakaka...
ha korang layan lerr gambo sebelum den bercerita lebih lanjut... biru gaklaa muka ku time tuh... huhuhuhu
semua ni gambar dari hp, sebab tulaa tak berapa clear... lagipon saper yg tak kenal aeini sangatlaa malas nak melayan editing gambar2 nih tu pon sib baik teringat nak snap few photo bila getaran dah hilang..., gigil gaklaa masa tu...


memang betul kata peribahasa "malang tak berbau," "sediakan payung sebelum hujan" itu semua pesanan orang tua.. pada hari kejadian kami memang sibuk kat dalam rumah masih lagi dalam bulan syawal dan memang open house sana dan sini... dah lumrah setiap kali raya masing2 mengadakan rumah terbuka dan kami jiran2 terdekat adalah tunggak utama menolong bagai... masa raya2 camnila dapat berkumpul dan borak bagai selain bermaafan..


memang hujan lebat haritu aku sms hubby suh singgah kedai beli kicap sebab kicap dah habis angah kalau takde kicap sian lak tgk dia makan... hubby kerja around jam 8mlm dia sampai ke rumah... hubby call "sayang hujan n ributlaa kat luar nak kena singgah kedai jugak ker? sian pulak... dalam hatiku.. "tak payahlaa bang.. abg balik rumah je terus.. hati2" bila dia sampai jerr kat rumah aku pon bila nampak kelibat dia legaa hubby selamat sampai.. dia cerita hujan lebat betul susah nak nampak jalan, kilat lagi abg risau ada pokok yg tumbang... dah memang setiap kali dia kerja pagi bila balik jerr dia bergegas siap nak solat isyak di masjid..


selesai dia bersiap terdetik dalam hati rasa tanak bg jerr abg g masjid tapi cepat2 istighfar.. yerlaa hujan punyalaa lebat kat luar tu.. tapi sebagai isteri takkan nak halang pulak niat mulia sang suami nih... dia nak beribadat tak elok pulak nak halang.. nak mati kat mana2 pon leh mati kalau dah sampai masa... pujuk hati sendiri walaupon memang risau.. risau giler!!! baik2 bang..! tujerlaa pesan den..


masa tinggal aku anak beranak kat rumah ada petir kuat kilat lagik terang sekejap rumah serta cuaca kat luar yang peliknya rumah aku tak trip lampu elok jerr menyala.. masa tulaa baru terkial dok cabut semua suis takut kilat sekali lagi anak2 aku dah berkumpul setempat n tertidur, akulak, lepas solat margrib tu aku masak kat dapor.. untuk makan malam tambah2 lauk jerr.. dah kecilkan api tuang sedikit air tutup tudung kuali tinggalkan masuk toilet nak mandi lagik sekali nak jirus2 jerlaa hawa2 masak tu badan rasa tak selesa, sebab siang tu memang panas semacam... plus nak solat isya' masa dalam tandas aku terbau hangit... huihh takkan hangit kot... aku jerit panggil angah suh matikan dapur gas.., senyap jerr aku sendiri yang keluar.. tengok2 tak hangit pon... iskh... aku terus jerr matikan dapur gas n  sambung mandi balik.. bila dah keluar bilik air masa dok bersiap dalam bilik aku terdengar suara budak2 minta tolong... bunyi macam dekat jerr.. huhuhu aku dah cuak dah....


saperla pulak yang sakit nih kena letrik kerr terjatuh kerr terkejut sakit jantung ker, kena tembak petir ker... huihh macam2 dok dalam kepala.. makin lama makin kuat aku ni dah lerr dengan pakaian serba tak lengkap main sarung2 camtu jerr maklumlaa dah malam.. prepare nak tido jerr bila aku dengar TOLONG TOLONG API API API.. aku dah panik.. serius panikkkk gilerrr g mari g mari kuar masuk..., rumah sapa laa yg terbakar ni...


ya... rumah jiran aku yang selang sebuah rumah jerr dari rumah aku.. kebiasaannya rumah teres camni kalau kita baca berita sekurang2nya 4 biji rumah sekali terbakar mana aku tak panik siapa yg leh tengok aku masa tu memang leh bayanglaa cemana BIRUNYA aku masa tu.. aku kejut anak2 lari lintang pukang salin baju capai tudung, capai beg capai dokumen penting satu fail... n kunci kereta.. ya kunci kereta anak2 semua masuk dlm kereta.. aku mengigil nak start kereta..  masa tu terdengar bunyi letupan2 kecil... kebakaran bermula masa nak undur kan kereta dalam terketar2 bomba dah sampai  langsung matikan enjin kuar dari  kereta dan kawasan rumah secepat mungkin...


Ya Allah dugaan lagi musibah lagi untuk tahun ni.. aku ingat lagi awal march 2011 tempohhari kami dikejutkan dengan panggilan banjir sekitar jam 4 pagi.. kalini margrib dalam hujan lebat terjadinya kebakaran... mujurlah sedar awal... kalau jam 4 pagi jugak cemana? alhamdulillah tiada kemalangan jiwa... cuma kaki aida sedikit melecur anak jiran... wayar telefon terbakar terkena kakinya... memang satu lorong ni telefon semua kong! takleh guna jiran terdekat capai motor g sendiri balai bomba nasib baik bomba dekat... 


computer aku habish... cpu jahanam.. modem pon... astro pong! now semua dah pulih yang sakit hati tmpoint lerr aku repot hari khamis pagi dia bantai datang hari isnin sabo jerlerr, astro pun mujur dah tukar beyond dapatlaa ganti free...


malam tu jugak bila dah reda kami balik masuk rumah.., hubby call pejabat ceritakan kejadian yerlahh jiran yg terima musibah ini warga petronas jugak... kenalaa bgtau hal ehwal musibah ini.. mlm tu jugak penuhlaa baju2 kuning melawat mangsa kejadian.. sambil2 kami cek barangan letrik yang ada alhamdulillah... peringatan untuk diri sendiri Allah nak tarik segalanya sekejap jerr bayangkanlah "30 tahun mengumpul harta dunia Allah nak tarik tak sampai 30minit hangus dijilat api" n syukur juga buat ema hanya sedikit sahaja kerosakan yang perlu dia perbaiki... aku ajak dia tidur rumah aku mlm tu tapi ada jiran lain yg offer sebab wife dia balik kg.. esoknya pagi2 aku sempat goreng kuey teow sedekahkan dia dan anak2nya alhamdulillah semuanya dah kembali normal dan ceria...

5 comments:

Unknown said...

aduhai....kesiannya, susah bila rumah dah terbakar ni kan??

bantulah jiran tu meringankan beban

aeinio said...

ehem.. mujurlah cepat sedar.. dan punca kebakaran tu dari kilat bukan dati tenaga letrik.. alhamdulillah.. kalau tnb umah akak pon kena jugak kami sebaris..

Aini said...

alhamdullilah tak ada yg cdera kan... tu la, benda kalau nak jadi, takdi sangka2

♥ nana i am ♥ said...

alhamdulillah tak de yang cedera terok kan kak..semua yang jadi ada hikmahnya..untungnya bila kta hidup berjiran dan jiran pon baik hati macam kak ain ni :)

* hubby kak ain keje petronas ye?

aeinio said...

aini n nana tq *hug*