dah terlewat nak post resepi ni... yerlahhh ni menu masa raya korban tempohhari.. masa korban tu adalah dapat organ dalaman lembu ni serba sikit semua pon ada, paru, limpa, jantung dan hati memang benda2 ni aku jerr yang suka makan hubby dan anak2 memang tak sentuh langsung... ok jom layan resepi mudah ini..
hati
limpa,
jantung
paru
(dapatlaa semangkuk kecil)
minyak masak
garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 ulas bawang putih - di ketuk
1 tangkai cili merah - dihiris
1 labu bawang besar - hiris
gaulkan garam dan kesemua organ tu, gorengkan dalam minyak - gunakan sedikit minyak sahaja kacau dan tutup kuali gunakan api kecil kacau - kacau selalu, bila air dah kering masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, cili merah dan bawang besar dan bawang putih goreng lagi hingga agak garing, dan boleh dihidangkan..
3 comments:
sedap tu masak goreng berempah, Amie pun ada lagi separuh organ dalaman raya korban hari tu..., tak tahu nak masak apa, sedap kot kalau goreng berempah begini...
salam maal hijrah aeino...
saya makan paru je. lain2 tu saya x reti makan. hehe
amie.. mmg best.. tapi takleh makan selalu sekali sekala takperlaa...
lya... sebenarnya makan organ dalaman ni tak berapa elok.. kalau tak pandai makan adalah lebih baik.. cam akak ni semua nak makan hehehe...
Post a Comment