Monday, January 31, 2011

Ayam Kicap berpurut



heheheh suka2 bagik nama resepi ... bermacam cara masak kicap nih.. sebenarnya masakan ni atas permintaan angah... Nur Dini ni kalau makan apa pun mesti letak kicap.. adehhh risau gak takut dia jadi anak dara gemokk.. dia memang berselera..., sib baik dia tinggi kalau tak memang debab...


 sorilaa gambau teruk.. dah namo eh masak kicap memang laa tak lawa kan kan kan kan jom layannnn

bahan2nya


1 ekor ayam (saiz sederhana) buang lerr mana2 yang tak patut ek...
minyak masak
setengah cawan kicap manis kipas udang
3 helai daun limau purut
sedikit halia 
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
8 biji lada hitam
1 biji cili merah hiris
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan santan / susu cair
garam
cuka


cara2nya

  • perapkan ayam bersama2 dengan garam dan serbuk kunyit, goreng / panggang separuh masak.
  • kisar bawang putih dan halia tumiskan bersama2 dengan daun limau purut, bila dah naik aroma..
  • masukkan pula jintan putih, jintan manis dan lada hitam yang telah dikisar halus.
  • masukkan kicap dan sos tiram kacau sebentar.
  • masukkan pula ayam bersama2 dengan santan / susu cair biarkan sehingga ayam masak dan kuah mula pekat.
  • akhir sekali sebelum matikan api masukkan bawang besar hiris bersama2 dengan hirisan cili merah, rasa kalau perlu masukkan garam dan sedikit cuka (ikut citarasa)


Sunday, January 30, 2011

lagi PIZZA's order


2 keping ni jerr yang sempat snap sebelum batery camera kong! terima order ni 3 hari yang lepas.. 10 keping kesemuanya..., mula2, 8 keping pizza jerr,  peh tu ada pulak tambahan lagi.. adoiiii lunch anak2 pon pizza jerr dah petang tu barulaa masak.... lepakkk dok dapor... tapi keje kalini lebih senang dengan bantuan BM heheehe, kalau tak dok uli pakai tangan lorr... hmmmm nak tunggu Syahmi balik next week, banyak operasi dengan along, dia minat betul tolong ibu kat dapor kalau buat biskut, cake n roti..


layanlaa gambar2 biasa ni ek..., dan terima kasih tak terhingga buat ani.. walaupon sedang alahan dialaa yang bertanggung jawab atas semua order2 nih... minta maaf pada semua pelanggan harga terpaksa dinaikkan due macam2 barang yang dah naik harga... terpaksa lorr takde pilihan... 
lastly.. terima kasih ani.. orderlaa lagi.... leh dapat free gift nanti hehehehe

Friday, January 28, 2011

Sambal Kupang yg SEKSI


Dah tak hengattt masak bila lauk nih.... aku 1st time makan kupang ni masa umur 11 thn ker 12 thn masa tu dok kat JB, memang senang dapat benda nih.. kat pantai aderr jerr.. balik mak rebus n suruh kopeklaa masa aku kopek kenapa laa ropaanya camtu ek... wahahaha
anak2 memang tak pernah jumpa benda ni aku belilaa dah lama tak makan tupon beli kat giant dah siap kopek punya... balik tinggal basuh bersih2. yang sangat rajin tolong aku kat dapur ialah ica banyak tanya pon ya gak! angah payah sikit kalau tak suruh jangan harap lerr baik dia wat keje lain...
Aku perhatikan ajerrrr gelagat ica maybe dia pon pelik tapi tak bertanya... atlast bunyi gak dia "SEKSINYA... kupang ni ibu..." wahahahaha aku dah gelak dah!!! cuma aku cakap " tak baik cakap makanan camtu.." asalnya nak masak rendang tapi jadi sambal akhirnya...
jom layannnn

resepi ni biasa2 jerr kupang, cili kering kisar ,1 biji bawang besar di potong bulat, air asam jawa, garam n gula serta sedikit belacan..., tanak letak pon takper... Tumis cili hingga garing masukkan gula masukkan garam n kupang kacau 5 minit last sekali masukkan air asam jawa dan hirisan bawang besar.. siappp dah!!

Wednesday, January 26, 2011

Butter chocolate cream cheese icing...


yang ini sebenarnya kek untuk anak2 kat rumah dah biasa setiap kali ada order mestilah ada untuk anak2, n petang tu juga sempat berkejar ke asrama syahmi hantarkan 2 potong cake untuk dia (dia memang suka makan cake..) kebetulan pulak dia puasa setiap hari isnin... terus terang memang not good in deco... lagipun ni untuk anak2kan.. bantai jerlorr kalau nak resepi kek coklat tu dah ada type sebelum ni.. sila click recipe cake...


antara gambar2 cake yang telah di potong... meh kita share recipe icing cake ni yer... alhamdulillah anak2 kata sedap... resepi ni hasil dok tengok anna olson kat channel 703 tuh! tapi ikut bahan2 yang ada jerlaa..


resepi ni khas untuk cake 3kg.., time ingat lagik nih kang dah lupa hancus...

Bahan2nya

250gram buttercup
250gram cream cheese
2 cawan coklat masakan
2 sudu besar shorterning
300 gram gula icing
2 sudu teh esen vanilla 
2 sudu besar susu pekat manis

cara2nya

cairkan coklat masakan bersama2 dengan shorterning (saya cairkan guna microwave) kemudian biarkan sejuk.. sementara itu putarkan buttercup dan cream cheese hingga putih, masukkan coklat cair, esen vanilla dan susu pekat manis, putar lagi hingga sebati dan masukkan gula icing slowkan hingga betul2 rata dan putar laju hingga betul2 gebu, selamat mendeco yag coklat tu cuma cairkan coklat masakan dan hiaskan ikut sesuka hati.. tadaaaa siap untuk di decokan atas cake! heaven.. hmmmmm

Tuesday, January 25, 2011

Sambal Telur tergolek - golek


hahahahahah dah habih idea nak masak apa... along takde ni aku memang kurang masak lauk peberet dia.. tapi sambal telur ni memang jarang bebenor memasaknya sbb ica memang tak suka makan hubby pon cerewet atas arahan dia...!!!  telur yang di rebus tu kena goreng dulu... makkkk aihhh meletup2....
Din pon komen kenapa kulit dia keras ibu...??? yang tak banyak songeh ialah Nur Dini dia akan muncung kalau takde makanan jerr  hehehe sebab dia pemakan orangnya...


layan resepi ek... senang jerrr..:P

bahan2


beberapa biji telur yag di rebus kemudian di goreng dalam minyak panas
minyak
cili kering
sedikit belacan
garam & gula
air asam jawa
1 biji bawang besar..


cara2nya


kisarkan cili kering bersama2 dengan belacan dan bawang besar.. tumiskan masak hingga cili agak garing atau pecah minyak...
masukkan garam dan gula kacau lagi jika nak kuah boleh masukkan sedikit air... dan pes asam jawa rasa dan bolehlaa dimasukkan telur yang di goreng tadi.. tadaaaa dah siap senangkannnn....

January POD order 2011


Order lagi from POD... alhamdulillah... masih setia... sebenarnya aku terpaksa tolak order last month atas sebab tarikh yang mereka nak tu kami ada mystery drive ke Melaka (hujung2 Dec2010)


Inilah order pertama untuk tahun 2011 ni..., n........


2 keping pizza.... buat masa ni masih lagi dengan harga lama... tak taulah lagi kalau p barang2 nanti banyak yang naik harga.. aku rasa aku takde pilihan lain... selain terpaksa menaikkan harga.. hu huhuhu


Yang atas tu Sausages dan Pepperoni 2+1 pizza dan gambar kat bawah Tuna dan Mushrom 2+1 pizza
Lastly... terima kasih daun keladi POD (especially PR)

Monday, January 24, 2011

Banana chocolate chips bread pudding



Puding Roti memang favorite tapi sayangnya anak2 saya kurang mengemarinya..., bagi membuka selera makan dengan vanilla ice cream tak dapat nak gambarkan kesedapannya... cam banana split pon ado! ekekekekke




Sebenarnya puding ni takde resipi khusus main hentam sebab tengok ada lebihan pisang & roti mula2 nak jadikan muffin tapi lain pulak jadinya kerana keletihan dan kesuntukan masa... maka terhasillah puding roti ini.. jom layan resepinya....tapi ada pengubahsuaian oleh tuan empunya diri.... saya ambil resepi ni dari myresepi (http://www.myresipi.com)


Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 4 keping roti, disapu mentega
  • 450ml susu segar
  • 3 biji telur
  • 25g gula (saya kurangkan)
  • 1 sudu besar tepung kastard 
  • saya tambah 3 biji pisang dan 1/2 cawan coklat cips

Cara-cara

  1. Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang. (saya hancurkan)
  2. Panaskan susu di atas api (jangan sampai mendidih).
  3. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
  4. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
  5. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
  6. Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.



Saturday, January 22, 2011

Cekodok Pisang


dah petang2 camni... jom layan cucur pisang ni.., kami selalu sebut cekodok pisang jerr.. senang jerr wehh org bujang pon leh masak benda ni.. nak resepi gak kerr... hmmm..

pisang, garam, tepung gandum sedikit air dan minyak untuk menggoreng.. cara2nya kupas kulit pisang, basuh bersih dan hancurkan... masukkan tepung gandum gaul sebati letakkan secubit garam dan satu sudu besar gula, jika perlu letakkan sedikit air taknak letak pon takpe sekiranya tepung dan pisang sebati & gaul rata sebelum di goreng dalam minyak penuh.

Nasi Goreng senang


jom layan nasi goreng senang... pepagi nih... sebab apa senang sebab yang ni jerr yang anak2 paling suka langsung takde sayur kalau makan pon ngap2 takdelaa sakit hati tengok dia ketepikan sayur2 tuh! tapi taklehlaa buat selalu  ini pun paksa makan timun buat ulam.. hu hu hu

bahan2nya

nasi
cili kering
bawang besar
daging kisar
garam
1 biji telur
minyak

cara2nya

kisar bawang besar bersama dengan cili kering tumiskan, masukkan daging biarkan hingga daging masak masukkan sedikit garam dan ketepikan masukkan telur biarkan sekejap, bila telur dah mula mengeras kacau rata masukkan pula nasi gaul hingga rata biarkan selama 5 ~ 7minit dan bolehlaa dihidangkan...

Wednesday, January 19, 2011

Udang Sweet Sour


Sebenarnya ini adalah masakan biasa dan simple sesangattt selain mudah dan senang menyediakannya rasanya pon sedap.. dah namanya udang apa2 pon sedap.. tapi sendiri mau ingat wehhh... kolestrol tapi apalah ertinya hidup tanpa udang kan kan kan.. jom layannnn


bahan2nya

1kg udang
1 ulas bawang putih
setengah cm halia
5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
garam dan gula (jika perlu)
serbuk kunyit
minyak

cara2nya

  • Basuh bersih udang gaulkan dengan garam dan kunyit dan di goreng hingga masak.
  • Kisar cili kering bersama dengan bawang besar, halia, bawang putih dan sebiji tomato.
  • Tumiskan bahan kisar hingga garing masukkan sos cili dan sos tomato masak hingga pekat.
  • Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar biarkan sekejap.
  • Masukkan udang dan segera matikan api.

Monday, January 17, 2011

Kuey Teow Goreng


Dah sarapan..?? jom makan kuey teow goreng...
rasa2nya dah sokmo buat kuey teow goreng ni resepi pon dah ada kot... kadang2 aku ni main bantai goreng jerr ikut apa yang ada dalam peti ais... jom layan resepi kalini


bahan2 yang tumbuk
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah 
2 biji cili merah

*
1 biji cili merah - di hiris
sedikit taugeh
sedikit kucai
5 biji fish ball - belah 2
1 batang fish cake - hiris
2 biji telur
semangkuk udang
sebungkus kuey teow
sos tiram
1 sudu sos cili
kicap manis
minyak 
garam n gula (jika perlu)
1/2 cawan air

cara2nya
  • Gorengkan dahulu fish ball dan fish cake bila dah agak garing angkat dan ketepikan 
  • kurangkan minyak kalau perlu, dan tumiskan bahan2 tumbuk hingga naik bau 
  • masukkan sos cili, sos tiram, dan kicap serta sedikit air.
  • Renehkan seketika dan bolehlah masukkan udang, biarkan udang masak
  • masukkan telur, kuey teow, fish ball dan fish cake,  taugeh dan kucai
  • rasa dan pandai2laa kalau perlu tambah kicap atau bahan perisa yang lain.
  • last sebelum matikan api masukkan cili merah hiris... hmmm dah siap!

Wednesday, January 12, 2011

stir fried brokoli,cauliflower n "giant" sotong



yang ini pun antara resepi yang amat sesuai untuk berdiett semuanya main lebur2 jerr amatlaaa senang boleh dimakan begitu sahaja mahupun dgn nasi.. kalau tengah diet kena kurangkan pengambilan nasi ek...
jom layan resepinya...


Bahan2nya
1 ekor sotong kembang (beli di pasar raya) 
3 biji tomato comel (baby size)
bunga kobis
brokoli
3 batang asparagus
setengah batang saderi
garam
lada hitam kisar

bahan perapan
1 sudu teh sos tiram
1 sudu kacang tanah goreng yg di tumbuk kasar
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu makan minyak zaitun (optional)

cara2nya
basuh bersih sotong dan toskan, perapkan sotong dgn bahan perapan biarkan sekejap, sementara itu menggunakan kuali non stick goreng semua jenis sayuran menggunakan kaedah stir fried tanpa minyak biarkan sehingga sayuran kelihatan agak layu, taburkan garam dan lada hitam, angkat dan susun di tepi pinggan.
menggunakan kuali yang sama goreng sotong hingga masak tambahkan lagi sedikit lada hitam dan garam jika perlu angkat letakkan dibahagian tengah sayur sayuran tadi...

Peria Telur Asin Berlada



Gambar ni dah agak lama terperap barulaa nak post harini... sayur ni agak pahit semasa dalam pantang banyaklaa makan sayur ni selain bagus untuk perjalanan darah.. apa2 jenis sayuran yang pahit amat baik untuk darah dan kesihatan kita.. ok jom layannn resepi kali ni...

Bahan2nya
4 biji peria kecik (peria katak) - buang biji tengah dan hiris seperti dalam gambar.
1 biji telur masin
minyak masak
bahan yg ditumbuk / kisar
1 sudu teh udang kering - rendam dan buang airnya 2 - 3 kali
3 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah


cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga naik aroma dan garing, ketepikan sedikit dan bahagian yang disebelah lagi pecahkan telur masin biarkan hingga telur mula mengeras dan bolehlah di gaulkan sebati.. masukkan sayur peria dan kacau rata hingga sayur masak.. hidangkan panas.. tak payah garam ek.. telur dah asin..

Friday, January 7, 2011

Manisan ala - ala lai chee kang!


senang jerr masak benda ni... layannn ek.. sedap hirup panas2 musim hujan ni...
semua bahan2 di bawah ni ikut kesesuaian rasa dan agak2 jerr...

bahan2nya
biji teratai*
buah mata kucing kering*
barley*
*basuh bersih
1 buku gula enau (kalau takde boleh guna gula melaka/gula batu/gula pasir)
secubit garam
air secukupnya
daun pandan / perasa pandan

cara2nya
rendam biji teratai hingga kembang dan kopek buang isi bahagian dalamnya dan basuh bersih, rebus barley hingga empuk kemudian masukkan semua bahan kedalam periuk yang sama tambahkan air dan rebus hingga mendidih dan mata kucing kembang. Dah siap boleh minum panas atau pon sejuk.... bila nak minum ni aku tambah sedikit hirisan halia muda khas untuk kaum2 wanita ek.. kasi buang angin...

Thursday, January 6, 2011

Hani Syahmi di asrama


Hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga menghantar syahmi ke asrama, sekolah ni bukan kira ada cuti piala suzuki ke tak 1hb Jan 2011 (tahun baru) adalah hari mendaftar.. hehehe... alhamdulillah Syahmi di terima belajar disini Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Paka Terengganu...
dalam jurusan Akademik & Syariah .. terkejut juga aku tengok 22 subjek kesemuanya...


wajah kontrol masa dah tahu dapat bilik mana, memang kalau diperhatikan kesian, syahdu dan bermacam perasaan yang bercampur baur.. aku pekakkan telinga berbagai kata2 yg mengata.., pada aku dah sampai masanya dia belajar berdikari... walaupon diusia yang muda 12thn...
Harapanku takdelah tinggi melangit sekurang2nya Syahmi dapat hafal surah yassin pon syukur alhamdulillah, Bonus besar jika dia dapat dan tidak lupa mendoakan kami ibu & ayahnya bila dah tiada nanti, ataupun dialah yg bakal uruskan jenazah ayahnya ataupun tolong bacakan talkin untuk kami sekurang2nya... alhamdulillah.
Dalam hidup ini bukan dunia sahaja yang kita inginkan... moga Syahmi melalui pembelajaran disini dengan tenang...


En suami yang gigih menyiapkan tempat tidur anaknya... terkenang semasa dululaaa kot..


belum apa2 lagi Din dah rasmikan...


Tempat tidur Syahmi yang baru


wajah yang kena tinggal, masih kontrol hensem!


Dah nampak dah along mula tahan menangis



wajah2 kesayangan ku... maka bermulalah episod Syahmi di asrama... alahaiii cemanalah agaknya.. ya..!!!
Bila dah dalam kereta perjalanan balik... adik2 yang lain terpana semuanya cam terdiam... hmmm pasni along dah takde kat rumah.... din mula bersuara.. siapa nak tidur dengan Din Ibu..? siapa nak tolong siapkan baju Din Ibu... mata semua dah merah2 nak mengangis... hu hu hu aku pon sedih jugak...

Bread Maker (Empress Cossway)

Salam...



pertama sekali aku bukan nak show off seperti kebanyakan persepsi ek..., tak kuasa lorr.. takde gunanya!! lagipun bukan semua benda yang kita beli tu betul2 berguna kadang2 tak worth pon.. betul tak? aku sekadar berkongsi... aku baru dapat beli benda ni setelah setahun aku mengumpul kupon cossway... setahunnn tu... tengok bukan senang2 nak dapat, dalam banyak2 benda yg aku beli benda ni aku rasa memang patut ada setelah aku baca http://resepirahsiaku.blogspot.com/2010/11/fakta-benar-bahaya-roti.html
korang click nak tahu lebih lanjut... ataupon kalau takde benda ni ni pon korang leh uli guna tenaga yang telah Allah beri... sebaik2nya apa2 pun kita buat sendiri untuk keluarga kita. setuju tak...?


proses menguli....

gambar agak blurr..  yang ni roti manis, masa proses memasak memang harum semerbak lor.. satu rumah anak2 balik sekolah agama semua cam lapar.., yerlaa cuaca kat pantai timur pon sekarang ni tak menentu... 
 yang ni roti putih 1st trial.., not bad, ada kesilapan teknik sedikit menyebabkan sedikit terkoyak belah hujung tu.. sebenarnya aku masih lagi dalam proses mesra alam dengan bread maker aku ni, kena laa ikut resepi betul2 peh ni barulaa berani mahu hentam dan derhaka sikit bagi kesesuaian anak tekak...

Sunday, January 2, 2011

Kalau Cinta - Aliff Aziz ft Joanna



Dah pagi2 buta ni dok carik lagu ni dah lama sebenarnya anak yang kecik tu suka sangatlaa nyanyi entah lagu apa laa kalau cinta jangan kacau kalau cinta tak perlu marah hahahaha... saspen gak aku dia ni dok perli mak dia kerr apa... rupa2nya memang betul ada lagu ni... layannnn lorr kalau sudi...

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu

Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau

jangan kacau
sayang tak perlu marah
ikhlas tak minta berbalas

Serahkan cintamu
Pada yang punya

Aku perlu
Kau jiwaku
Kau cintaku
Aku rindu
Kaulah ratu

Saturday, January 1, 2011

Sekadar Peringatan

  • Orang yang paling besar haknya atas isterinya adalah suaminya, dan orang yang paling besar haknya atas laki - laki adalah ibunya.
  • Orang yang menanti solat lalu melakukannya bersama imam lebih besar pahalanya daripada yang melakukan sendirian kemudian tidur.
  • Dunia bersifat sementara, maka kebahagiaan yang dikandungnya juga sementara, sebaliknya akhirat bersifat abadi, maka kebahagiaan yang dikandungnya juga abadi.
  • Sedekah yang paling utama adalah kesungguhan orang yang punya sedikit. Dan mulailah dengan (memberi nafkah) oarang - orang yang engkau tanggung.
  • Orang yang paling buruk mencurinya ialah orang yang mencuri dari solatnya, ia tidak menyempurnakan rukuknya, sujudnya dan kusyuknya.

2011

Selamat menyambut 2011 kepada semua followers, pembaca dan kepada yang sudi singgah blog ini.. semalam 2010 telah pun melabuhkan tirainya dan bermulalah episod 2011.. azam lama yang belum kesampaian itu perlu kuteruskan jua... mohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang saya menulis mahupun berblogwalking... hepi new year all......