Monday, February 28, 2011

Nasi Goreng Sardin


meh layannn nasi goreng sardin ari nih...


Bekal untuk 3 beradik tu....

bahan2nya


nasi
sardin
bawang putih
bawang merah
cili padi
sayur campur
minyak masak
1 biji telur
garam


cara2nya


bahan2 semua tu agak2 jerlahh yea... tumiskan bahan yang ditumbuk (bawang merah bawang putih dan cili padi) bila dah naik aroma masukkan ikan sardin (hancurkan isi ikan sardin) tumis hingga pecah minyak masukkan telur kacau sebati dan masukkan garam... akhirnya masukkan sayur campur dan nasi gaul rata dalam 5 ~ 7 minit dan siap untuk di ngap....

Sunday, February 27, 2011

Lemak Cili Padi Telur Itik & jeruk


Alhamdulillah ada lagi resepi yang boleh dikongsikan bersama... ehem2 ni lauk kegemaran suami tapi sangatlah jarang memasaknya.. maklumlaaa dah umur2 camni banyak benda yang kena jaga sesekali oklaaa... biasanya lemak telur itik dengan belimbing buluh tapi kali ni saya masak guna jeruk buah melaka... comel2 jerr rupanya...
kalau dah namanya lemak cili padi kenalahh ada sambal belacan tak ponnn ikan masin tak sedar makan bertambah.. sendiri mau ingat lorr...


bahan2nya


4 biji telur itik
*10 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
*1/2 inci kunyit hidup
*1 sudu ikan bilis
*2 ulas bawang merah
semua bahan bertanda * hendaklah ditumbuk atau kisar halus
santan pekat (yang ni agak2 sendiri lah yerr nak kuah banyak mana)
daun kunyit - di mayang halus
garam
asam keping / belimbing buluh - saya guna jeruk buah melaka


cara2nya


kebiasaannya saya masak lemak telur dalam kuali, senang ketika nak pecahkan telur nanti... renehkan dulu bahan kisar dengan sedikit air kemudian masukkan santan pekat campurkan dengan sedikit air kalau santan terlalu pekat.. kacau selalu supaya santan tidak bergentel.. perasakan dengan garam bila dah mula mendidih, kuah dah mula masak kecilkan api pecahkan telur satu persatu jarakkan antara satu sama lain kacau secara berhati2 bila telur dan mula mengeras balik2kan telur terus masukkan jeruk/ asam keping dan daun kunyit... segera matikan api, saya suka makan jika kuning telur itik masih lembut bukan masak sepenuhnya... siap untuk dihidangkan..

Saturday, February 26, 2011

Nasi Goreng Sosej


hmmm.... yang ini pon antara resepi mudah senang dan tak pening kepala.. boleh try tak sampai setengah jam semuanya beres!... nilerrr antara benda simple yang anak2 bawa bekal ke sekolah... kalau tengok betul2 nampak tak cili padi hiris tuh?... bukannya apa senang anak2 nak buang waktu makan hehehe... citer banyak takdelaa kan meh layan resepi...


bahan2nya


3 mangkuk nasi
2 batang sosej potong bulat
2 ulas bawang merah - hiris
2 biji cili padi - hiris kasar
1 ulas bawang putih - hiris
sedikit serbuk kunyit
minyak masak
1 biji telur
garam
sedikit sayur campur


cara2nya


panaskan minyak masak tumiskan bawang, bila dah naik aroma masukkan cili padi dan sosej goreng hingga layu ketepikan sedikit masukkan telur bila telur dah mula mengeras kacau rata terus masukkan garam dan serbuk kunyit.. kacau dan masukkan nasi dan sayur campur kacau dalam 5 - 7 minit siap untuk dihidangkan..

Thursday, February 24, 2011

Ayam Goreng Oat's




Selamat sejahtera semua... kali ni mari... mari orang bujang atau yang tak bujang meh trylerrkan resepi senang ini... senangggg weyyyy baik cuba... rangup simple dan sedappp...

bahan2nya


10 ketul ayam
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar oats (kalau nak lebih tambah lagi)
garam
serbuk kunyit
lada sulah
minyak masak


cara2nya


sukatannya kena agak2 sendiri mengikut kesesuaian rasa... gaulkan garam, kunyit dan lada sulah... taburkan oats dan tepung jagung lalu di goreng dalam minyak penuh, sehingga masak...

Saturday, February 19, 2011

Mee Goreng Basah berempah


Salam sayang semua... lama betul aku tak update blog ni... blogwalking pon.. entah kemana.. terima kasih pada yg masih sudi menjenguk blog ni... kekurangan masa... buat pengetahuan semua aku sibuk belajar menjahit sekarang, disamping kelas tajwid dan cuba untuk berjogging setiap pagi kalau tak dapat ke gym.. masih lagi tak dapat berat yang ideal... insyaAllah ada kelapangan akan ku update proses diet aku dlm blog lagi satu itu...

ok ni nak cerita hal mee basah berempah ni... nampak cam biasa jer ek, tapi rasanya ada kelainan... 1st time aku makan mee berempah ni semasa kat kg arwah nenek di melaka, cik asben yg belikan katanya cuba rasa mee ni hanya kat kg tu jerlaa dia pernah makan... aku rasa wahhh memang lain ada rasa cam herba tapi aku tak tau lorr resepi dia sbb abg beli pon makan kat rumah tak penah dok lepak kedai tu..., aku try wat kat rumah guna versi aeinio ek.. apa lagi hantammm lerrr.. jom layannn

bahan2nya


1 paket mee kuning
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 sudu teh rempah kari
1 sudu teh rempah gulai
1/2 sudu sambal belacan
bebola ikan
kepingan udang
udang
sayur kangkung
sos tiram
kicap manis
1 cawan air
minyak masak


cara2nya

  • panaskan minyak gorengkan kepingan ikan dan bebola ikan (yg telah dihiris) hingga agak garing angkat dan ketepikan.
  • menggunakan minyak  yang sama tumiskan bawang putih dan bawang merah, bila bawang layu masukkan sambal belacan (kalau nak pedas letaklaa lebih).
  • bila dah naik aroma masukkan rempah kacau sebati masukkan air, kicap, kepingan dan bebola ikan serta sos tiram.
  • biarkan mendidih.. bila dah mendidih masukkan mee, sayur kangkung dan hirisan cili merah kacau rata dalam 5 minit dan bolehlah dihidangkan.





Tuesday, February 15, 2011

sawang dah blog aku....


salam semua.... kabare....? waras.... hehehe lama sungguh tak hapdet blog.. tgh kemas sawang... :)...
SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA... 
sekejap jerr dah 15 feb 2011.

Wednesday, February 2, 2011

Sambal Goreng Jawa :) bersantan



hmmm citer banyak2 memang takdelaa kan aku memang penggemar tempe... sebenarnya asik dok teringat "nasi ambang" jerrr kat Ganu ni mana nak carik wehhh..., kena godam sendiri lerr... resepi ni aku bantai jerr ikut kesesuaian dan apa yang ada... kalau nak sedap lagi bolehlaa di letakkan paru atau hati dan pedal ayam tapi benda2 tu takde... nak g pasar memang malas..., hmmm kalau kenduri kendara di kampung sebelah ayah, memang lauk ni antara benda wajib yang ada.., rasanya pedas, kering2 n lemak.... perghhh takleh nak citer... tapi kali ini versi bersantan ek... layannnnn

bahan2nya


Bawang kecil - 5 ulas
bawang putih - 3 ulas
ikan bilis  - rendam dan tumbuk kasar
3 sudu cili kering yg sudah dikisar 
7 tangkai cili padi (hiris nipis)
4 tangkai cili hijau (hiris nipis)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
kacang panjang dipotong
tempe, tahu dan ubi kentang dihiris - goreng garing
suhun, tahu kering (fuucuk) - rendam/dihiris
garam & gula
jus lemon atau limau nipis
1/2 cawan santan pekat
minyak masak

(anggaran sukatan bahan ikut kesesuaian)

cara2nya

  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik aroma, masukkan ikan bilis kacau sekejap terus masukkan pes cili kacau hingga pecah minyak.
  • Masukkan hirisan cili padi dan cili hijau, kacau sebati.
  • Masukkan santan biarkan mereneh. 
  • Masukkan semua bahan yg di goreng (tempe dan ubi kentang) tadi, kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan pula sohoon, fucuk dan bahan perasa (garam, gula dan jus lemon). kacau hingga mesra gunakan api kecil bila semuanya sudah sebati siap sedia untuk di hidang... 
  • (resepi ni memang nampak kering)