Sunday, March 20, 2011

Majlis pertunangan Fiza (adik ipar)

salam bersiaran semula.. lama saya tak bersiaran bukan lupa, cuma masa yg tidak mengizinkan inilah sebahagian kesibukan saya minggu cuti sekolah kali ini...


Bunga pegang hasil sentuhan saya..



Yang ini pun antara sentuhan saya, akan tetapi atas kehendak tuan punya diri maknanya idea Fiza.. senang kije sbb dah ada idea....



Kek pertunangan adik ipar 'Fiza', from secret recipe indulgence


bunga rampai fiza, aku touch up bab bunga2 jerr dikebanyakan hantaran2 lain.


sport shoes yang ni pun hasil sentuhan saya


yang ni coklat masakan yg di tempah sendiri oleh Fiza... yg ni hasil sentuhan Fiza


Inilah cabaran sebenar... hahahahahah nnt aku citer... 


tadaaaa... reket badminton ni lerr yang aku terpk ketika itu, sireh junjung... semasa Fiza tunjukkan raket untuk dibuat hantaran aku memang agak terpanik, tapi perubahan masa dan kretiviti hantaran apa2 pon kita boleh buat.. memang dah terlintas nak buat sireh junjung jerr dalam kepala aku, akan tetapi raket tersebut agak mahal, aku batalkan ajer niat nak membungkus raket tu dgn daun sireh hahahaa cubalaa aku buat sesimple yg boleh.. dan inilahhh hasilnya... psstt.. sireh dan bunga semua plastik... mujurlah JB ada banyak pilihan bunga yang cantik2.


 sepasang baju melayu lipat biasa jerr dalam kotak


setelah siap dapatlaa amik gambar camnikan... gambar dalam raket huhuhu.. wajah2 yang telah bertunang.. bukan lesen besor ek.... heheheh 


Hafiza bersama hantaran kedua belah pihak


Gambar sekitar majlis pertunangan dan gambar2 hantaran kedua belah pihak


Ketika cincin disarungkan ke jari manis... maka dengan ini telahpun menjadi tunangan orang...

Saturday, March 5, 2011

POD order



Terima tempahan lagi dari POD untuk bulan Feb 2011.. dok gilerr wat cream cheese hahaha


Dalam kotak, simple deco jerr...


2 keping pizza


Yang ni pulak khas untuk anak2 kat rumah dan satu lagi untuk Syahmi dengan kawan2 dormnya...


gambar dekat sosej pizza


dok leka deco cake! tak pasan pizza untuk anak2 terlebih masakkk sudah.. mujur bahagian tepi tu jerr hangus! wawawaawa

Friday, March 4, 2011

~ngeri jugak bila memikirkannya..:(~


Sekitar majlis sukan di sekolah kebangsaan kerteh, ni masa tak terbaukan akan malang tak berbau... aku menghadiri majlis sukan hanya berbekalkan semangat untuk anak2 jerr.. tambahan pulak kalini NurDini terlibat dengan 4 acara tidak termasuk acara perbarisan.. 


Masa perbarisan (dia tinggi dok belakang)


Angah dengan kawannya Yucha setelah menerima medal pertamanya, sebelum Dini terpaksa membatalkan acara seterusnya.. Din pulak aku tak sempat nak snap gambar ketika dia beraksi... panas melampau..


Ica dengan aksinya..


Inilah berita mengejutkan cuba tengok betul2 tangan Nur Dini tu... masih bengkak... sebab apa ya....


Dah seharian tak putus makan ubat susut bengkak alhamdulillah ada kurangnya, walaupon masih bengkak... nak tahu kenapa...??? aku nak cerita pon cam sedih pon ada... bila ingat2kan balik... Nur Dini hampir2 di hempap buah kelapa ketika berteduh di bawah pokok kelapa... hanya Allah yg tahu bila aku dapat berita tu.. tatkala aku tak terpandangkan dia... akhirnya aku bersuara tanya kawan2nya mana Nur Dini sebab selalunya memang dia ada jerr kat kemah rumah merah even Ica pon tak tahu... atlast kawannya Yucha tu yg bgtahu dia ada kat makmal cikgu suruh berehat due kemalangan tu..


masih ada tanda biru di tapak tangan setelah masuk hari kedua.. bayangkanlahh kalau betul2 kena di kepala.. aku tak tahu nak cakap apa.. syukurlah buah kelapa tu jatuh (yg muda masih hijau lagi) betul2 terkena topinya dan jatuh atas tangannya ketika dia nak suap gula2 ke mulutnya mujurlah hanya jatuh pada bahagian topi hadapan dan tidak terkena tepat kepalanya... bila dah dapat tahu aku bergegas call hubby dan terus pecut kereta ke klinik rantau untuk xray.. alhamdulillah lagi tangannya takde patah mahupun retak cuma bengkak sahaja...

yang lebih menghairankan lagi... kenapa cikgu langsung tak buat announcement ttg kejadian tu, dan entahlaa benda nak jadi... aku nak marah campur geram pon ada.. tapi apa2 pon syukur alhamdulillah...

Wednesday, March 2, 2011

Mee Lidi


Selamat pagi..., meh.. layan mee lidi goreng... sebetulnya sejak duduk di Terengganu nilerr aku kenal dengan mee lidi ni.., dia di jual dalam paket mcm spaghetti tapi rasa dia ada kelainan.. bila dah selalu makan, aku rasa mee lidi ni jauh lebih sedap daripada mee kuning... caranya rebus dulu hingga lembut dan goreng seperti biasa... mee lidi ni sesuai juga untuk laksa johor, atau pun laksa terengganu... lupa pulak nak snap gambar bungkusannya kalau ada nnt akan aku uploadkan gambarnya...


bahan2nya


1 paket mee lidi (rebus hingga lembut & toskan)
6 biji bebola ayam - belah 2
1/2 cawan daging kisar
2 biji cili merah*
3 ulas bawang merah*
1 biji bawang putih*
* kisar 
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit kobis
minyak masak
garam secukup rasa


cara2nya


tumiskan bahan bertanda * hingga terbit minyak masukkan daging kisar, goreng sekejap dan masukkan sedikit air (untuk melembutkan daging), masukkan bebola ayam. Apabila daging dah mula lembut masukkan garam, sos cili dan sos tiram, akhir sekali masukkan mee lidi dan sayur kobis kacau dalam 3 minit dan siap untuk dihidangkan...

Tuesday, March 1, 2011

Nasi Ayam aeinio



Nasi Ayam... sangat sinonim dengan anak2 senang makan tak gaduh tentang rasa pedas dan sebagainya... tapi kalini nak share cara aeinio sediakan nasi ayam... menu ni antara yang amat kerap dihidangkan untuk keluarga, hmmm... biasalaa asik tak sempat dan malas nak snap gambar... ni pon camni jerlaaa... gambar yang ada, camerawoman tak pro hehehe...
masa baru2 kawen aderlaa menonton rancangan masakan dan teringin nak mencuba, hubby yang pada masa tu sedang bersiap nak sembahyang jumaat cakap "jangan betul2 jadi nasi ayam dahlerrr" (nasi bagi ayam makan) "sabor jerlaa..." Bila dia balik nasi ayam dah terhidang bertambah2 pulak hubby makan... katanya sedap!!
ok lupakan citer lama tu... sebab bermula dari cerita tulaa nasi ayamku jadi kegemaran keluarga...


habihko periuk belanga pon dah interprem.. nasiblaaa...

bahan2 nasi

4 pot beras - di basuh dan ditoskan
3 sudu besar planta
2 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 kiub ayam
1 cm halia - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang merah - tumbuk
1 helai daun pandan - simpul
2 - 3 titik minyak bijan
garam & gula
air secukupnya

cara2nya

cairkan planta, tumis 4 beradik (bunga cengkih, lawang, pelaga dan kulit kayu manis) dan daun pandan bila dah naik bau, masukkan bawang kacau hingga bawang layu masukkan kiub ayam yg telah di hancurkan, langsung masukkan beras, kacau sekejap masukkan air secukupnya ikut pengunaan beras anda, masukkan bahan perisa, biarkan dalam periuk letrik sehingga masak. bila dah masak titikkan minyak bijan kedalam nasi dan kacau rata.


sup ayam

1 sup bunjut (sup tulang adabi)
halia - di ketuk
3 ulas bawang putih - di ketuk
isi ayam / tulang ayam
akar daun sup 
garam
air secukupnya

campurkan semua bahan didihkan dalam periuk. (hidangkan dengan hirisan daun sup dan daun bawang)


ayam panggang

1 ekor ayam (kalau nak lebih tambah)
garam - jika perlu
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh serbuk thymes
1 sudu teh serbuk oregano
1/2 sudu teh serbuk basil
secubit serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
minyak bijan
bawang putih & halia - ditumbuk lumat

cara2nya 
gaul rata dan biarkan selama 10 ~ 15 minit sebelum di panggang dalam oven.

sos cili pedas

1 biji tomato
4 batang cili merah
5 biji cili padi
garam & gula
1 sudu teh cuka
1/2 cawan sos cili

kisar semua bersama dengan 1 cawan sup ayam / air panas

selamat mencuba