Advert

nuffy

Friday, April 29, 2011

Pulut Mangga


Sudahpon tengah malam tayang menayang ini pulut mangga petang tadi... sebenarnya semalam tak tahan tengok pulut mangga ni kat blog kak jee wartawan femes tuh! perghhh punyalaaakann kan kan.. inipon 1st time buat menu nih sebab kalau beli durian or mangga tak sempat nak dipulutkan dah habis begitu sahaja.. inipon cuma mangga biasa kalau dapat kuini makk oi lagilaah... takpayah nak citerlaa


jom layan cemana nak prepare benda nih

bahan2nya
buah mangga ikutlaa berapa banyak yang terlarat nak makan..
pulut
santan
garam & gula

cara2nya
rendam pulut, satukan santan dengan gula dan garam dalam bekas lain,  kemudian di kukus pulut bersama dengan sedikit santan selama 5 ~7 minit  kemudian angkat dan gaulkan dengan santan dan kukus semula boleh ulang proses ini hingga pulut masak.
belah mangga dan hidangkan dengan pulut seperti dalam gambar dan tuangkan sedikit santan diatasnya.

Orange Moist Cake with butter cream cheese


Terima order dari Puan Ema kiterr... katanya nak cake sebijik mcm dlm gambar kat fb..., on her birthday 
Hepi beday 2 u... hepi beday 2u...
sejak awal tahun ni cake ni macam jadi tumpuan pulak sampai muak2 budak2 makan cake nih...


cabaran betul nak deco cake ni sebabnya masa buat cake nih badan tengah tak sihat batuk manjang phewww berjaya jugak menyiapkannya... and lastly tq so much ema for your trust n support... boleylaa order lagi...

Thursday, April 28, 2011

Terkesima dan sedikit terSENTAP....

Salam malam... 28/4/2011... sebenarnya sepanjang April 2011 ni aku agak tak sihat, hampir sebulan batuk yang tak berhenti n alhamdulillah semakin sembuh walaupon masih lagi gatal, memang pantang lorr minum air batu dan sebagainya sebab dah lama benor batuknya... doakan aku sihat ya!!


aku tak tahu cemana nak pamerkan citer atau apa yang aku rasa seminggu ni... seperti kebiasaan samada aku mentenet atau sibuk di dapur adakalanya aku akan menemani hubby yang sedang mengaji dalam bilik, kadang2 aku belek2 tafsiran AlQuran sedang dia mengaji... atau sekadar mendengar sahaja...
satu hari selepas dia selesai berdoa selepas mengaji dan sembahyang... dia tengok aku, aku tengok dia... sengih jerlaakan.. hahaha tiba2 dia bersuara "yangg... hutang2 abg semuanya bakal settled dalam masa 3 tahun jer lagi.. (rumah, keta dan sebagainya..)" aku angguk ajer ' so... naper lak..?' soalku.. "yerlahhh umur kita thn ni masuk 36 anak sulung dah 13, by 39 semua hutang dah habis kecuali rumah yang baru tu jerr.." aku semakin kerut dahi apa yang nak dia cakapkan nih.. tapi aku masih tak syak apa2.. dia terus menyambung "agak2lahkan.. by umur kita 40 dapat tak kita g mekah buat haji"... aku dah mula buat kira2 36,37,38,39....40 wahhhhh tak lama jerlagi dah masuk 4 series!!! masatulahh aku sentap!! apesal ek aku tak pk langsung akan benda2 nih..memang aku terdiam sebab aku terpana... pehtu dengan bodohnya aku bersuara.. " bang tanak g buat umrah ke dulu sebelum buat haji.." yerlaakann sbb aku rasa aku tak bersedia!! dia cakap 'kita bukan mampu takyah pklaa nak buat umrah tu.., buat yg wajib terus..' aku "hehehehehh" dan terus ke dapur hidang makan malam... masa tu barulah terpkkan.. kenapalah aku begitu leka masih lagi leka n terlalu alpa... tak lama dah nak masuk 40an.. bila masuk usia 40 bagi perempuan automatiklaa rasa dah cam dah lama pendek kata dah tua!! betul tak? aku rasa semua wanita 30an rasa camtuh! ke aku sorang2 jerr yg rasa camtuh i dunno... ini bukan kerana tua atau apa patutnya dalam usia sekarang ni kita sebagai hambaNya dah mula memikirkan bekalan bukan masih lagi leka akan hal2 duniawi... memang wanita adalah yang paling mudah masuk syurga dan paling ramai di neraka semuanya kerana faktor tertipu oleh syaitan... 
masa n ketika itu barulaa macam terfikir sekejapnya masa berlalu memang dah sampai masanya ko jangan dan tak boleh leka lagi aeini!! that's it!!
aku tak pastilah suara hati hubby tu akan benar2 jadi kenyataan tapi jauh di sudut hatiku aku harapkan ini satu doa andai ianya menjadi kenyataan alhamdulillah... aminnnnnn

Friday, April 22, 2011

Chicken & Lamb lemon grill



Chicken Lemon grill with grill vege with potato n macaronni cheese



yang ni pulak lamb lemon jom layan resepi gara2 si ayah nak kambeng anak nak ayam.. lantaklaa bergendang dalam oven mak tak kesahhhh... hehehe

untuk pengetahun resepini  aku hantammmm jugak pada yg sudi nak ikut or nak tokok tambah ikutlah sesuka hati ek... 

bahan2nya

1 cawan susu segar / susu cair
1 biji lemon
2 batang serai - di titik
garam & lada sulah
serbuk kari
sedikit thymes & basil & rosemary
bawang putih dan bawang merah - kisar

cara2nya

kacau sebati, serai titik, susu cair, bawang, garam & gula serta serbuk kari masukkan ayam dan perapkan semalaman (lakukan perkara yang sama dalam bekas lain untuk  daging kambing)

keesokan harinya ambil ayam susun dalam dulang pembakar lumurkan dengan sedikit thymes, basil dan rosmerry serta hirisan lemon + hirisan wedges ubi kentang bakar dalam oven hingga masak, begitu juga dgn daging kambing.

setelah masak grill sekejap sayuran brokoli & lobak merah taburkan sedikit garam dan lada hitam serta minyak zaitun.

rebus macaroni hingga masak gaulkan dengan ubi kentang wedges dan parmesan cheese.

untuk sos pula gunakan kaedah lama masak butter dalam dulang bekas bakar ayam tadi, masukkan sedikit tepung gandum kacau dengan susu atau air hingga pekat tambahkan perasa.. siap untuk menjadi santapan..

Thursday, April 21, 2011

Wow - Kau Yang Satu



Jom jiwang karattt pepagi nih... layan lagu masa den sekolah2 dedulu... hehehehe

Wednesday, April 20, 2011

Roti Telur bercheese


Dah minum petang semua....!!?? jom layan roti telur.. dah lama tak wat.. kalini letak kepingan cheddar cheese, wallla.....


bahan2nya

beberapa keping roti
2 atau 3 biji telur
sedikit susu tepung
garam & lada sulah
oregano kering
minyak / planta
kepingan keju cedar

cara2nya

2 keping roti dan sekeping keju cedar di tengah - tengah canaikan dengan pemberat atau tekan2 ketepikan..
campurkan telur dan kesemua bahan2 lain dan kocok dengan garfu hingga semua sebati, lengserkan planta dalam pan celupkan roti dan bakar dengan api sederhana dan balikkan ke bahagian sebelah pula... setelah siap potong roti kepada 2 bahagian sedap ketika minum petang dengan black coffee... yahuuuuu hepiiii..

Tuesday, April 19, 2011

Chocolate Moist Cake


Tayang gambar cake lagik.. kalini order datangnya dari Ezan,,, dah lama sebenarnya dia order cake ni akan tetapi kesibukan menjadikan aku terlupa.. marah kawan tuh... susahlaa beb dia sekarang kat kemaman so.. nak pickup tuh adakalanya masalah masa.. aku pon busy gak dengan kelas jahit lagik kelas mengaji lagik, anak2 lagik hmmm...


Ezan cake memang nilaa favorite cake dierr...


slice cake... hmmmmm mau ka...?!!!!!



250gram buttercup
10 auns tepung cake - diayak dengan baking powder
8 auns castor sugar
1ts baking powder
6bj telur gred yg besar
1 cup koko powder
1 cup hot water
1ts vanilla

cara2nya

bancuhkan koko dgn air panas hingga betul2 larut biarkan sehingga sejuk..  dalam bekas lain putarkan putih telur hingga jadi buih sabun... biarkan n sementara tu dalam bekas lain putarkan butter hingga kembang add castor sugar kembang, add esen vanilla n masukkan sebiji demi sebiji kuning telur putar kelajuan high hingga betul2 kembang, bila dah kembang masukkan tepung berselang seli dengan koko (pastikan koko dah suam atau sejuk) dan putih telur.. lakukan manually sehingga habis... pastu bakar pada suhu 180 (panaskan oven dulu ek) kepanasan atas dan bawah selama 45 minit atau 1 jam..

Monday, April 18, 2011

~Orange Cake With Butter Orange Cream Cheese~


Tayang gambar cake lagikkk... entah bilaa laa deco nak comey ek!!!... ok cake ni orange cake with butter orange cream cheese order ni datangnya  dari kawan hubby... "jibam" entahlaa gelaran kawan2.... nama sebenar pon dah tak tau hehehe.... dierr call kata dia nak cake yang sama cam cake POD tempohhari, dan kalau boleh dia nak cake tu sesimple yang boleh... waaa senang laa keje... 
sejak bila pulak akunyer cake tak simple ek.. semuanya simple2 heheheh


Kalau dia nak cake yang pelik2 sorilaa aku memang tak pandai... takat camni boleylaa...
Korang nak resepi sila redah label, resepi cake ek....

Sunday, April 17, 2011

Nasi Goreng Tuna


Salam pagi Ahad... jom b'fast nasi goreng tuna yang simple2 jerr.. alahhh sama jerr mcm nasi goreng sardin...


bahan2nya mudah ajerr.. nasi putih, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili kering tumis dalam minyak dan masukkan beberapa sudu tuna in water kacau rata masukan sedikit garam dan sayur campur.. masukkan nasi gaul rata dalam 5 - 8 minit dan siap untuk dihidangkan...

Saturday, April 16, 2011

Udang Galah Masak Lomak


Yang ni sebenarnya lauk last week terlambat pulak nak upload..., tak perasan ada dalam edit post kes terlupa.. gambar2 semua cik asben yang ambil dia memang teruja dengan udang apa lagi yang besar2 camni kalau ternampak memang tak sah kalau tak terbeli.. sabor jerlerrr...


kalau tanya nak masak apa ofcourse masak lomak laa.. jangan harap nak masak lain... resepi yang sama jerr cam yang sudah2...


kali ini beli udang galah ni dengan jiran... memang tersangat fresh sebab masa sampai margrib tu udang tu semua masih hidup lagi.. aku nak pegang pon tak berani terus masukkan macam tu jerr dalam peti beku esoknya barulaa masak...

udang disiang dan di buang urat belakang mcm dalam gambar kat atas..., santan pekat, santan cair, kisarkan cili padi dan kunyit hidup hingga halus renehkan bersama santan cair seketika, masukkan udang, kacau2 selalu biarkan udang separuh masak barulah masukkan garam asam keping dan santan pekat kacau hingga mendidih sehingga udang  masak..., siap untuk dihidangkan dengan nasi...

Tuesday, April 12, 2011

Filem CUN Trailer - Maya Karin & Remy Ishak COUPLE OF THE YEAR



Tahun ni cun ni antara filem kedua yang kami sekeluarga tonton kat wayang.... 1st masa cuti sekolah 1st sem RANGO.. oleh kerana tahun ni adalah tahun dah boring nak g kuantan tapi kang g jugak heheh faktor masa kami tgk kat mesra mall jerr... citer rango tu memang tak best langsung cam hampeh boring gilerrr jarangg weyy citer kartun tak best... ok ni nak membebel pasal citer cun...

CUN.. tajuk ringkas jerr mula2 taktaulerr apa maksud tajuk tuhkan... starting pon pada aku.. cam tak best jerr tapi sbb gambo menarik minat anak2 aku tengok lerr dalam hati sure boring nih... tapi citer ni memang best.. aku tak sangka boleh tertarik tengok citer ni watak Manis lakonan Nadia tersangattttlaa membawa kesan dalam filem nih... korang tak caya korang g tengok lerr sendiri... trust me citer ni tak bosan...


kadang2 aku kat umah pon suka ikut dialog2 Manis hahahaha..

Oreo Cheese cake


Meh makan oreo cheese cake nih.. hahaha ni pon versi yang senang... sebenarnya aku dah lama teringin makan cheese cake ni, aritu dalam keadaan tak sihat kuar gak dgn cik asben b'fast kat secret recipe, dah nak balik tu belilorr slice coklat cheese cake.. tapi sungguh tak puas hati sebab aku tengah sakit kan... n tak puas makan.. sebenarnya aku takde selera dengan batuk n selsema habih semua kedai aku nak p bukan nak makan benor ponn nak kembalikan selera makan jerr ..., dahlerr mahal huh tensen kalau nak bercerita bab harga barang2 sekarang sangatlaa sakit hati tahap gaban...


aku amik resepi ni dari kuali buruk atau dari sejak mengenalinya memang panggil "kak mok"... buat cake ni pon masa syahmi balik bercuti lastweek, dia pengemar cake... habis ker dia jerr jap2 bukak peti sejuk ngap2 minggu dia pon dia balik lagi dalam pala hotak ni dah macam2 nak wat doakan aku sihat yea.. sejak lepas banjir aritu aku kena batuk sampai nak naik semput di buatnya.. terkepit2 cam nak terkucil pon ada.. 

kak mok minta izin copy resepi ek..(kualiburuk

bahan2nya 


270 gram cream cheese (dalam resepi 250gram)
1/4 cawan gula halus
1 bungkus biskut oreo
2 sudu teh esen vanilla
1 biji telur 
2 sudu butter cair


cara2nya

  • hancurkan biskut oreo dengan butter cair dan tekan2 dalam loyang ketepikan (takpasan pulak berapa saiz loyang tu, tapi tulaa satu2 loyang yg paling kecik yg aku ada...) alas dengan aluminium foil ek, kalau sesiapa yg menggunakan loyang biasa supaya senang nak keluarkan nnt.
  • panaskan oven 180 kepanasan atas dan bawah sementara oven panas...,
  • putar cream cheese dengan esen vanila dan telur hingga rata dan gebu. aku guna tatura cream cheese tu jerr yg ada dalam peti dan ada xtra 20 gram.. nak wat apa 20 gram tu kan.. boh jerlaaa daripada membazir...
  • masukkan dalam loyang berisi biskut tadi hentakkan loyang sedikit bagi buang ruang udara.. dan bakar pada suhu 180 atas & bawah pada 10 minit pertama dan kurangkan suhu kepada 170 tukar kepada tahap pembakaran bawah sahaja hingga masak 15 / 20 minit berikutnya. selamat mencuba...


Sunday, April 10, 2011

Mari Berkenalan dengan Bedah & Dollah


Jom kenal kenalan.... yang kepala bulat tu namanya Dollah yang ladybird tu Bedah cutekann.... banyak jasanya mereka berdua nih.. hehehhe bila umur dah masuk 3 series nihkan cam perlu jerr ada benda2 nih untuk urut tang tulaaa tang nilaaa... anak2 kat umah ni siap komplen naperlaa ibu bagi nama camtu kat depa... bagiklaa nama sedap2 sket cam Benji dengan Dania ke... hahahah takde maknanya!!!...


kerja banyak pon Dollah tetap senyum malu2 gitu...  hahaha 

Saturday, April 9, 2011

Mee Rebus


Alhamdulillah dapat jugak makan mee rebus ni... dah banyak kalilaa wat mee rebus ni... especially kalau ada open house masa raya.. tapi tu dulu sekarang dah malas... dah lama sebenarnya teringin nak makan tapi encik asben aku tu taklehlaa takde nasi.. hari2 mau nasi gak... aku pening masak lauk jerr.. buatla apa2 pon kang dia tanya mana nasik... sebab tulaa jarang buat benda2 lain nih.. kalau tak kang kena masak mcm2 aku bukan rajin sangat pon.. tak suka dok dapo lama2 ni pown aku masakkan dia nasi goreng kampung... oklaaa sib baik dia kata ok..


Sebenarnya mee rebus yang sedap ialah blend semua seafood & daging.. tapi kali ni aku wat yang simple2 jerr ala2 mee kari main lebur2 jerr nak senang dan nak cepat.. mak cepat penat tengok dapor mehhhhh (ikut dialog citer "sini ada hantu") resepi asal ialah dari mak mertua.. aku wat muka tak malu call dia tanya cemana nak wat.. satu ketika lama dulu... sebab omak den tak makan daging so mee rebus camni takde dalam kamus masakan dierr huhuhu oklaa jom layannn resepinya... tapi kalini versi seafood tau! sbb aku malas letak daging kang kena tunggu lama hihihihi hasilnya not bad cuma tukang komplen kata asben "eh kenapa ek rasa tak macam yang biasa2" aku jawab "kenapa... sbb abg tak turut serta kat dapur kan abg tukang rasa..."

bahan2nya

A
6 ulas bawang putih*
10 biji bawang merah*
sedikit kunyit*
sedikit halia*
3 sudu besar udang kering*
1 sudu kecil taucoo*
1 sudu besar kacang tanah*
*kisar semua

B
1 mangkuk kerang (rebus dan kopek)
1/2 kg udang
1 mangkuk sotong (ni tarakkk)
3 biji keledek (rebus n lecek)
1 sudu besar rempah kari (babas pedas)
taugeh (ni pon tarakk)
sawi - celur
mee kuning - celur

garam & gula merah
air
minyak masak

aku tambah fish cake, fish ball n sotong ball

hiasan
beberapa biji telur rebus
cili merah n cili hijau hiris
bawang goreng
daun sup & daun bawang

cara2nya

celurkan mee kuning ketepikan celurkan pula sayur sawi ketepikan juga, tumiskan bahan A hingga pecah minyak, masukkan rempah kari dan kacau sekejap masukkan sedikit air kacau rata.. masukkan pula semua seafood, (kerang dan udang), biarkan sekejap terus masukkan keledek lecek dan air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki, masukkan bahan perasa garam & gula merah biarkan mendidih bila dah mendidih masukkan fish ball, sotong ball n fish cake. biarkan selama 5 minit dan siap untuk dihidangkan.

Banjir Di Kertih

2011 menjadi saksi berlakunya banjir di kerteh terengganu... huhuhu
masuk tahun ke14 bermastautin disini., ya.. aku mengalaminya.. n syukur Alhamdulillah rumahku selamat dari dinaiki air walaupon dalam hati dah mula risau.. seawal 4 pagi aku dikejutkan dengan deringan telefon dari jiran belakang rumah... aeini baru bangun ke? ya kenapa kak iza?.. aeini tak tau cerita kee..? haa kol 4 pagi citer apalaa pulak kak.... kawasan rumah kita naik air, aini... haaaa oklaaa kejut anak2 semua, kak iza nak call yang lain2 pulak.. siap2lah apa yang patut... apa2 hal bangun dan tengok kat luar tu... huhuhuhu  itulah yang berlaku pada penghujung march 2011 yang lalu... 


sebetulnya camera aku habis bateri bukan tertinggal kat kg cuma dah cari merata bilik tak jumpa maklum jerlaa dah ramai semasa kenduri adik ipar mungkinlaa 'terhilang' kat mana2 dan pada hari kejadian aku takde gambar ni pon aku amik dalam fb itulah yang terjadi... bila tengok semula gambar2 ni teringat pada masa itu aku bangun termanggu tak tahu apa nak buat asben lak shif malam aku pandang anak2 yg masih lena, hujan kat luar terus mencurah2 lebat... kuatkan hati buka pintu hadapan... ohhhhh kereta dah penuh luar gate memang kawsan rumah kami agak tinggi sikit kereta aku masih dalam porch tayar belakang dah mula kena air aku pulak hampir terlentang menuju ke tandas akibat dari bocor atau tempias yang tak tahu datang dari mana, ada kawasan basah di depan bilik air... masuk bilik air, air dah mula membuak keluar dari lubang laluan air... tapi cuma setakat itu ohhh aku dah risau...

call hubby dia pon terkejut rasa nak call juga sekolah syahmi di Paka tapi tengok pada jam 4 pagi aku batalkan ajer niat nak call... tunggulaa 8pagi esok jerr... aku keluar jiran2 dah ramai kat luar... ada yang dah hilang selipar... aku sempat alihkan sebahagian kasut ke tempat yang lebih tinggi... anak2 dah mula bangun... alhamdulillah menjelang 5 pagi air dah mula surut dan terus surut hinggalah hubby balik jam 8.00pagi tu... aku sempat sediakan macaroni goreng pagi tu dan anak2 semua tak sekolah... call sekolah along, takde banjir... phew legaa... pagi tu cuaca cerah semua sibuk mengemas rumah masing2. kain baju aku yang tersidai di belakang rumah dipenuhi dengan lipas... yerlaa mana lagi nak lari lipas dan semut2 tu semua... adehhhhh kena basuh semula laa weyyyy... tong2 cat yg memang tersimpan kemas kat ala2 store belakang rumah tu habih semua tunggang langgang cat pon dah terkeluar... mcm2 benda jumpa sib baik tak jumpa ular... nauzubillah adergaklaa jumpa lipan n eeeiiii cacing!

esoknya macam fobia badan penat... takut berlaku lagi kejadian yang sama... sebenarnya kerteh dah banjir pada penghujung tahun 2010 dan kali ini kiranya gelombang kedua dalam masa yang singkat... hmm pengalaman... betullah pengalaman adalah pembelajaran yg terbaik....


Thursday, April 7, 2011

E book pelajar tahun 5 di Terengganu

Ini adalah antara entry basi dah... aku pon dah lupa bila waktunya... layan jerlaa 
gambor ek...


Kerajaan Terengganu menyerahkan E book secara percuma untuk semua murid tahun 5 so tahun ni NurDini anak kedua saya menerima ebook omak kono naik stage gak! baju tu aku dah leh pakai longgar jerr rasa kalu tak ngam2 tapi masih debab lagiklaa..


ni masa nak turun stage tangan ketar saperlaa yg snap gambo nih... eh abang eh...