Monday, May 30, 2011

Hani Naqiuddin birthday...

Kalau tahun lepas beday dia jatuh ari Jumaat thn ni hari sabtu... sapa ingat pada entry http://aeinisugar.blogspot.com/2010/05/naqiuddin-birthday-cake.html
kisah yang selalu buat aku tergelak...... apa taknya aku ni bab deco memang fail...., thn ni lain pulak ceritanya... disebabkan dia tak push aku macam last year aku wat derkk jerlaa last minute dia ckp "din nak tukarlaa tanak gambar ben10 nak gambar 'cars' pulak kereta merah tulerr... adehhh aku tepuk dahi jerr.... mana ada masa dah nak order...., actually edible ben 10,  pon haku tak order.... haaahhaha ... "nnt ibu watkan kek kaler merah mcm cars tu ek... " dalam kepala dah memang teringin nak makan strawbery cake..... sebetulnya aku nak balik kg cuti sekolah ni nak celebrate harijadi Din yang kebetulan sama dengan harijadi anak adik  ayun - "Danisya Erina" tak sangka omak den dapat cucu tarikh serupa thn tak sama.
Atlast tak jadi balik kg cuti sekolah ni atas perkara yg tak dapat dielakkan... aku terpaksa jalani minor surgery kat KMC 1hb ni... so sepanjang cuti 2minggu ni aku dengan anak2 melalui hari2 selepas pembedahan doakanlah aku cepat recover... habih semua program terbantut... sabor jerlaaa... lagipun tak lama lagi nak sambut puasa dan hari raya....
n semalam dengan rasminya kami menyambut hari jadi Dini n Din sekaligus dengan strawberry cake with fresh cream n strawberies... nasib baik 3 /4 hari ni aku sihat boleh bgn n memasak kat dapor so terjadilah cake ni.... n thanx juga kerana Din tak push aku cam last year malah dia akur n leh postponed cake dia until along balik cuti.... akan tetapi dia demand hadiah... sempat jugaklaa belikan kereta mainan kegemaran dier kat toy R us mesra mall  (dia mmg ada byk koleksi kereta mainan) menangis bila haku kemas dan buang keta2 dia yg dah tak cukup sifat tuh!



so.. layan gambor jerlaaa ek..... 

Friday, May 20, 2011

Ikan Talapia Goreng Asam


Mabuk Talapia asik p beli ikan ni jerrr hubby kata talapia hitam lebih sedap dari yang merah... tapi dah banyak kali beli dah muak laa.... nilaa aku pon tak tau aku masak apa seekor ni utk dinner.. suka masak yang senang2 jerr...


huhu snap gambo dalam kuali jerr hahahaha

bahan2nya
1 ekor Talapia
(dilumur garam dan kunyit goreng hingga masak)
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih -hiris
2 biji cili merah - hiris
3 biji cili padi - hiris
2 helai daun limau purut - siat2kan
2 biji tomato - belah 6
1 sudu tawcoo
sedikit halia - hiris
1 helai daun kunyit - simpul
garam & gula
air asam jawa
minyak utk menumis


cara2nya
Tumiskan bawang putih, halia, bawang besar dan cili merah dan cili padi,  kacau hingga bawang lembut dan layu, masukkan tomato, daun limau purut, daun kunyit dan taucoo berserta garam dan gula, sebatikan akhir sekali masukkan air asam jawa biarkan hingga mendidih dan masukkan pula ikan... siap untuk santapan.

Muffin Pisang


Barulaa ada rupa muffin heheh setelah diberitahu oleh izzah (muffin lover) letak 3/4 cup dah tak takut lagik..kalau tak takott bebeno laa meleleh lak kang hahaha...


jom layan resepi... resipe ni pon aku dapat dari  http://puanxcomei.blogspot.com

bahan2nya
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan pisang (berangan)
1 cawan minyak masak (canolla)
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh baking powder
paper cup 13 (dapat 13 biji)


cara2nya


putar atau blend semua bahan dan sudukan 3/4 dalam paper cup... bakar suhu 180 selama 10 ~ 15 minit.

Daging Kambing masak Kurma


Daging kambing masak kurma ni pon aku masak last week laa jugak tak tau hari apa.. masa dulu2 bila mak masak kurma aku rasa sedappppnya tapi harammm tak tau cemana memasaknya asik makan masa kenduri kawen jerr.., atau berkat yang di bawa balik, rupa2nya senang jerr nak memasaknya.. hahaha 


bahan2nya
700gram daging kambing - beli kat cold storage Giant yang dah siap potong tanpa tulang
1 cawan rempah kurma (babas)
1 keping asam keping (saiz sederhana)
GHANI - 1-bunga lawang, 1-kulit kayu manis,2 -buah pelaga dan 2- bunga cengkih
1 biji ubi kentang - potong 4
2 tangkai cili merah - belah 2
2 tangkai cili hijau - belah 2
2 ulas bawang putih - ketuk dan hiris
1/2 inci halia - ketuk dan hiris
2 labu bawang besar- di dadu
2 tangkai daun ketumbar - patah2kan sahaja
santan
minyak masak
garam & gula


(note: memang ada setengah daripada kita tak tahan makan daging kambing terutama bila ada simtom2 panas dan tekanan darah tinggi... rahsia orang arab ialah apabila makan daging kambing kena balance dengan daun ketumbar so setiap kali makan daging kambing kena amik juga daun ketumbar walaupon ramai yang tak suka bau dan rasa daun ketumbar, namun percayalah daun ketumbar tu banyakkkk khasiatnya)


cara2nya
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan GHANI , masukkan pula halia dan bawang putih kacau2 sebentar masukkan bawang besar yang di dadu kacau hingga naik aroma dan bawang lembut, masukkan daging kambing dan rempah kurma kacau rata masukkan air kecilkan api dan tutup tudung periuk biarkan hingga daging lembut amibil masa yg agak lama laa maybe 1/2 jam ~ 45 minit. bila daging dah lembut masukkan ubi kentang perasakan dengan garam masukkan juga daun ketumbar dan santan biarkan ubi kentang empuk dan kuah pekat. Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijau dan asam keping kacau 1 ~ 2 minit dan bolehlaa dihidangkan...


Thursday, May 19, 2011

Dory with Lemon Sauce


Lagi simple resipi untuk hidangan keluarga mudah dan senang menyediakannya ikan dory yg dah siap takde tulang huhuhu memang lalalalala


bahan2nya
1 keping filet ikan Dory
1/2 biji jus lemon
1/2 cawan santan kara (boleh juga diganti dengan susu cair)
1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
garam & lada hitam
tepung jagung
serbuk kunyit
minyak masak


cara2nya
taburkan serbuk kunyit, lada hitam, garam dan tepung jagung di kedua belah filet ikan dan digoreng keemasan, angkat dan ketepikan, dalam kuali lain renehkan santan bersama2 dengan lemon jus, bawang putih dan garam didihkan dan curahkan atas ikan. Sedia dihidang....

Agar - Agar milo coklat


Agar2 milo + coklat ni sebenarnya di sediakan oleh anak dara kat rumah ni... musim panaskan... tapi biasa la ibu kena jadi coach kalau tak habihlaa dapur tu entah jadi apa...


Takde sukatan tepat sebenarnya.. hanya ikut resepi di agar2 serbuk dalam paket kurang lebih airnya cuma aku tambahkan serbuk koko dan milo, susu pekat manis, air tepung jagung dan gula secukup rasa... campurkan kesemua bahan dan kacau dengan api yang kecil hingga mendidih, masukkan dalam loyang dan sejukkan dalam peti...

Ikan Percik Ayah...



Ikan masak percik ni sebenarnya resepi ayahku... biasalahkan dalam hidup ni mesti kita ingat akan masakan seseorang..  selalunya ayah akan masak resepi ni kalau dia terjumpa ikan cermin atau kat Terengganu nama ikan tu di gelar 'ebeg' (air bag) taktaulerr aku ejaannya betul ke tak hihihihi....  bila dah merantau ni macam2 nama lorr... contoh paling senang pisang laa kalau kat belah selatan kita panggil pisang "restali" di terengganu ni di gelarkannya "kelat keling"... macam2lahkan.. bila kenangkan peribahasa lama 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak' ada pro n kontra laa jugak hehehe.. kalau difikirkan semula memanglah sepatutnya kita ikut budaya sebebuah tempat tu asalkan tidak membatasi agama, tapi bila dok 'sebut benda' ni sampai bila2 pon camnilaa tak berubah dan tak standard, sampai bila2 bahasa kita tak sama dan tak serupa betul tak..??

ok berbalik pada tajuk asal hehehe...., rupa masakan ni more to lemak cili padi n9 yerlahh ala negeri sembilan gak laa masakan percik ni tapi dah sedikit aku olah demi perubahan rasa dan kelainan dalam menu seharian... jom kita layannn...


bahan2nya
1 ekor Ikan Talapia Hitam - lumur garam & kunyit dan goreng hingga masak
minyak masak
garam & gula
asam keping
1 helai daun kunyit
1 cawan santan pekat
1 cawan air / santan cair
1 sudu teh halba


bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 helai daun limau purut
setengah inci kunyit hidup
segengam cili padi

cara2nya
panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama2 halba hingga pecah minyak dan wangi, masukkan air kacau lagi hingga mendidih masukkan asam keping dan bahan perasa (garam & gula) masukkan juga daun kunyit yang telah disimpul serta santan pekat masakkan hingga kuah pekat tuangkan atas ikan yang telah digoreng tadi...

Kiwi Muffin


Asalnya ada lebihan buah kiwi dalam peti sejuk balance hiasan cake, kalau aku tak batuk teruk dah habis dah aku sebat buah tu.., anak2 cam kurengglaa buah kiwi ni lagipun kan kulitnya berbulu.... disebabkan batuk, pehtu rasa cam miang tekak jerr bila telan buah kiwi ni baik aku jadikan muffin.. tapi tulaa sedihnya sebab tak biasa wat muffin tak tahu nak agak berapa byk mau letak dalam paper cup, makanya begitulaa rupanya...
saiz paper cup ni pon agak besar...



  • bahan2nya­
  • 1 cawan buah kiwi di dadu
    1/2 cawan kismis
    1/2 cawan susu segar
  • 3/4 cawan gula halus­ ­
  • 2 biji telur 
  • 2 cawan tepung gandum­ ­
  • 1 cawan minyak masak­ ­
  • 1 sudu teh baking powder­ ­
  • 1 sudu teh soda bikarbonat ­ ­
  • 1 sudu teh esen vanilla

    cara2nya
    campurkan semua bahan boleh di blender tapi aku gunakan mixer adun hingga sebati dan sudukan dalam paper cup bakar hingga masak, suhu 170 kepanasan atas dan bawah selama 15 ~ 20 minit.
    hiasan :- nuttela dgn jem + badam bakar   ­

Oblong Sweet Sour (Hot sour hehehe)


Jom sarapan... hahaha ni sarapan mudah.. oblong dgn sos cili jerr manyakkk sinang..... leh makan dengan roti pehtu minum nescafe takponnn milo o panas....


bahan2nya
4 keping oblong daging (ramly brand) - kerat 2
1 ulas bawang putih
4 sudu sos cili
1/4 cawan air
sedikit rempah kari
1 sudu sos tiram


cara2nya
panaskan kuali letak sedikit minyak, ketuk bawang putih hingga pecah 4, dan susun bersama2 oblong dalam pan (kalau guna non stick adalah lebih baik) gunakan api kecil.. balik2kan oblong hingga masak kedua belah tempat, taburkan sedikit rempah kari dengan sos tiram di kedua belah daging oblong ni bila dah garing masukkan sos cili dan air. didihkan dan bolehlaa di makan dengan roti... berdesip.. pedas gak wehhh....

Wednesday, May 18, 2011

Macaroni Sup


Simple macaroni sup ni untuk anak2 kat rumah memang boringkan makan nasi hari2 ni pon wat sket jerr untuk dinner... makan simple2 dahlaa... cik abg takde..., keje malam lehlaa takde nasi dia pon makan kat tempat kerja ada shutdown... makanan disediakan....

itupon ica dah komplen "kenapa ibu asik beli yg ni jerr bila nak beli pasta yg pintal dgn yg panjang2 tu..."
"ibu dah tersilap beli daaa ibu ingat yg bulan lepas dah habis rupa2nya ada lagik.. makan jerlaa yg ni dulu nnt ibu beli yg lain pulak..."

Jom layan resepi

bahan2nya
setengah paket macaroni - di rebus hingga lembut campurkan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat.


bahan2 sup
2 keping dada ayam
1 kiub ayam knorr
1 sudu teh rempah sup  
2 ulas bawang putih - hiris
sedikit halia - hiris
lada hitam dan garam
minyak masak
1 sudu teh tepung jagung
air secukupnya
2 batang saderi
bawang goreng & daun sup




cara2nya
hiris dada ayam ketepikan, bancuh tepung jagung dengan air ketepikan juga, panaskan minyak tumis bawang putih dan halia bila wangi masukkan rempah sup masukkan juga air secukupnya dengan kiub ayam dan hirisan dada ayam tadi, kecilkan api biarkan kuah mendidih, akhir sekali masukkan bahan perasa garam & lada hitam masukkan juga air tepung jagung biarkan dalam 2 minit masukkan saderi, bolehlah dihidangkan... sedap ketika masih panas...

Teachers Day Cake


Terlambat 2 hari post entry Chocolate moist cake ni....,  tempahan oleh izan.. khass untuk cikgu2 di sekolah Al Amin Kerteh... on teachers day celebration...


pandangan sisi simple jerr cuma kek ni agak besar 1.5kg


Layan gambor jer lerr yeaaaa.... tq izan for your trust n support...

Tenggiri Asam Pedas


balik balik asam pedas cam dah takde lauk lain laa kannn ni peberet keluarga nak wat lagu mana dlm sebulan memang kena masak lauk ni 4/5 kali wooo ada resepi sebelum ni tapi aku type kan jugak kat sini bukannnya apa kdg2 masak hari2 pon ada tukar2 jugak hehehhe 

bahan2nya
4 keping ikan tenggiri 
minyak masak
3kpg asam keping/ gelugor
garam

air secukupnya
tomato dan kacang bendi

bahan yang di kisar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit belacan
sedikit kunyit hidup
20 tangkai lada kering yg telah di buang biji (ikut suka kalau nak pedas lebihkan)

bahan untuk penumis
1/2 inci halia - di ketuk
1 biji bawang merah - di hiris
satu sudu teh halba
3 tangkai daun kari

cara2nya
tumiskan bahan penumis hingga naik aroma dan terus masukkan bahan yg di kisar, masak hingga pecah minyak dan cili garing, kacau2 selalu (mcm masak sambal), masukkan ikan dan air secukupnya, perasakan dengan garam biarkan mendidih, masukkan asam keping kecilkan api dan didihkan dalam 10minit, biarkan agak lama supaya kuah dan ikan mesra 2 atau 3 minit sebelum matikan api masukkan kacang bendi dan tomato.



Tuesday, May 17, 2011

Strawberry Cheese Cake


Sana sini orang wat cheese cake aku ni belum pernah cuba2 wat chilled cheese cake yang memanglaa sedap daripada baked cheese cake tapi tulaa nak menunggu 4 ~ 6 jam dalam peti sejuk.. oiughhhhhh tak tahannnnn... tulaa atlast wat baked cheese cake masa along balik weekend lepas.. ni pon dah aku modified sesuka hati... sukalaa kan ala2 american cheese kek yang telah di melayukan... hohohoho

Jom layan resepi..


bahan2nya
350 gram cream cheese
1 cawan gula halus
100 gram biskut (oreo + munchys oat krunch ~dark chocolate)
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar yougurt strawberry
2 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
2 sudu besar butter cair
2 biji strawberry yang di dadu (optional)

untuk hiasan 
beberapa biji buah strawberrys dan coklat nuttela


cara2nya
  • hancurkan biskut gaulkan dengan butter cair dan tekan dalam acuan yang dialas dengan aluminium foil.
  • panaskan oven 180 kepanasan atas dan bawah.
  • putar cream cheese dengan gula halus hingga lembut masukkan telur satu persatu, masukkan juga esen vanila pukul hingga betul2 gebu, masukkan yogurt, akhir sekali masukkan sedikit demi sedikit tepung pada kelajuan perlahan pastikan semuanya sebati, tidak bergentel dan gebu. masukkan buah strawberry yang di dadu gaul sebati.
  • masukkan dalam loyang berisi biskut tadi, dan bakar pada suhu 180 kepanasan atas & bawah pada 15 minit pertama dan kurangkan suhu kepada 170 tukar kepada tahap pembakaran bawah sahaja hingga masak 15 / 20 minit berikutnya. sejukkan sebelum di potong, gunakan pisau yang telah di celup dengan air suam sebelum memotong kek, selamat mencuba...

Kari Kepala Ikan


Kari Kepala Ikan.. apa nama ikan ni pon aku dah lupa... betul2 punya lupaaa yerlahh gelaran orang sini lain beno bunyinya dengan belah2 selatan nuuu seingat aku..... beli kat pantai kerteh... dah tengahhari gaklaa balik dari gym..., musim2 panas camni banyak ikan - ikan baru naik masa2 tengahhari nelayan baru balik, terkial2 jugaklaa penjual tu siang ikan ni sbb kulitnya agak keras... tak kisahlaakan guna laa apa2 jenis ikan pon takde masalah dan kebiasaannya kepala ikan merah amatlah sinonim dengan masak kari nih...


Jom layan resepi...

bahan2nya
1 keping kepala ikan
garam & gula
minyak masak
bawang goreng
susu cair
setengah cawan rempah kari ikan babas yang jenis pedas
air asam jawa
tomato / bendi

bahan yang di kisar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit halia
2 tangkai cili merah

bahan tumis
setengah sudu teh halba
1 sudu teh biji sawi
2 biji buah pelaga
setengah biji bawang besar hiris
4 tangkai daun kari
1 batang serai - di ketuk

cara2nya
kebiasaannya bila masak kari kepala ikan masak dalam kuali lorr.. cepat sket masaknya... panaskan minyak sementara itu bancuh rempah kari dengan air hingga sebati tumiskan bahan tumis bermula dengan halba, buah pelaga, serai, biji sawi dan daun kari, bila dah meletup2 terus masukkan bawang besar kacau hingga bawang layu terus masukkan juga bahan kisar masak hingga pecah minyak. bila dah naik aroma masukkan rempah kari kacau rata tambahkan satu sudu besar bawang goreng.
masukkan sedikit air asam jawa kacau sebati, masukkan juga susu cair (mengikut kepekatan kuah yang diingini) tambahkan bahan perasa, biarkan mendidih barulah masukkan ikan kecilkan api dan tutup kuali biarkan hingga ikan masak, bila ikan dah masak masukkan kacang bendi dan tomato (jika suka) biarkan 2 minit dan boleh matikan api.

Ayam Panggang ala tandoori


Kali ni menu malas memasak pon ye gak..., actually kami dah plan nak kuar makan bila dah plan oklaa kann selalunya unplanned teragak jerr kuar, teragak jer siap2 kuar... malam tu aku dah perap ayam ni, untuk esok so program esok tak tergendala masak yg simple2 jerr supaya aku leh relax habis dengan keluarga... ni menu untuk dinner memang senang tapi jangan pk pasal diet.... hahaha


bahan2nya
setengah ekor ayam - di bersihkan
setengah sudu teh serbuk basil
setengah sudu teh serbuk thymes
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar bawang putih yang di tumbuk/serbuk bawang putih
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar madu
setengah cawan susu cair
garam

cara2nya
gaul rata kesemuanya bersama2 ayam dan perapkan semalaman dalam bekas bertutup simpan dalam peti sejuk...
esoknya ambil 2 biji ubi kentang dan potong baji susun dalam tray dan tuangkan sedikit minyak zaitun atau butter taburkan garam dan serbuk lada hitam atas ubi kentang dan bakar bersama2 dengan ayam dalam oven selama 45 minit atau hingga masak, selepas 30minit masukkan pula brokoli yang telah digaul rata dengan garam dan minyak zaitun bila dah masak sedia untuk dihidangkan.
(setiap 5 ~ 7 minit buka oven dan siram dgn bahan yg diperap lakukan hingga habis)

Sunday, May 15, 2011

Asam Pedas Ayam bunga Kantan


Belum pernah dalam hidup aku masak asam pedas ayam.. heheh ni try jugak hubby kata not bad sama jerr macam masak asam pedas yg lain cuma yang ni lebih pekat kuahnya sbb ayamkan, jom layan resepi...

bahan2nya
setengah ekor ayam - di potong basuh bersih dan toskan
1 biji tomato - belah 4
2 tangkai bunga kantan - belah 2
minyak masak
garam n gula
1 keping asam keping
air secukupnya

bahan untuk di blend
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas
sedikit belacan bakar
lada kering (ikut kepedasan yang di ingini)

bahan tumisan
1 batang serai - diketuk
1 ulas hirisan bawang merah
1 ulas hirisan bawang putih

cara2nya
panaskan minyak dalam periuk tumiskan bahan tumisan hingga naik bau dan terus masukkan bahan kisar masak hingga pecah minyak, masukkan ayam kacau sekejap dan masukkan air terus perasakan dengan garam n gula bila dah mendidih masukkan asam keping kecilkan api masukkan juga bunga kantan dan tomato renehkan dalam 15 minit dan bolehlaa dihidangkan...

Nasi Hujan Panas


nasi hujan panas ni pon entah bila aku masak ntahhhh tak ingat sudaaa.... tapi ni guna beras biasa, sepatutnya guna beras bashmathi..., barulaa cantek nasinya... sekali tengok2 stock aikkk...!!! takde selalunya aku mmg stock beras tu dalam sekilo hmmm.... malas lerr nak g kedai n... sapa tak kenal akukannn apa yg ada jerr sempoi jerrr yg penting halal...



ni versi senang jerr... cam tak lengkap pon ye gak hihihi digandingkan dengan ayam masak merah serta sayur kobis goreng rempah n papadom... jom layannnzzz

bahan2nya
4 pot beras - basuh n toskan
1 biji bawang besar - di dadu
2 ulas bawang putih - di cincang halus
sedikit jerr halia - hiris halus
2 helai daun pandan - di simpul
abg Ghani - bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis (agak2 jerlaa)
secubit halba
1 sudu oren sunquick / perahan lemon, limau nipis
garam & gula
pewarna merah & hijau
minyak sapi
susu cair -(agak2 jugak tgk beras yg anda guna)

cara2nya
kebiasannya aku gunakan periuk nasi tapi mulakan atas dapur gas dahulu... ikutlah kepandaian masing2, panaskan minyak sapi dan tumiskan abg Ghani bersama2 halba dan halia dan terus masukkan bawang putih kacau sekejap, masukkan pula bawang besar dan daun pandan biarkan bawang melembut kacau2 selalu.
bila semua dah sebati dan naik aroma masukkan oren sunquick garam dan sedikit gula terus masukkan beras kacau rata, masukkan susu cair / susu segar ikut jenis beras... masa ni aku transfer ke periuk nasi elektrik tekan macam masak nasi biasa n tanak hingga masak.. bila dan mendidih masukkan pewarna biarkan hingga masak, bila dah masak gaul rata dan bolehlaa di hidangkan...

Saturday, May 14, 2011

Ayam Ketumbar Hijau


Salam yang ni adalah lauk semalam... memandangkan takleh nak on blog hmmm mula2 ternampak resepi ni kat rumah MAS ~duniaku dan kali keduanya kat Kak Yati http://yatiememories.blogspot


mintak izin copy resepi ini tapi macam biasalaa adajerr perubahan oleh aeinio di dapurku heheh versi derhaka tapi memang sedap dan ada kelainan dalam lauk pauk seharian.. thnx blogger memasak semua.... tak kering idea nak memasak setiap hari....
nampak hijau sebenarnya entah kenapa bila dah edit gambar jadi cam kuning2 hehehe mak tengah belajar lagik...
jom layannnn terimakasih sekali lagi kepada peyumbang resepi...

bahan2nya
  • 3/4 ekor ayam ~ dipotong ~ saya guna 4 keping dada ayam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 in halia *
  • 3 biji cili hijau *- saya letak 10 biji
  • 5 - 7 bj cili padi hijau *- saya letak 4 biji sbb taknak berapa pedas
  • 1 pokok daun sup * ~ takde saya tukar 1 helai daun limau purut(* diblend)
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 cawan air
  • garam
  • gula
  • 1 biji limau nipis
  • secekak kacang buncis ~ dipotong- saya guna brokoli tu jerr yg ada dlm peti
  • 1 biji cili ~ dihiris serong ~ tak letak
  • sedikit hirisan daun sup ~ takletak
  • minyak
Cara memasak :

  1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap dengan garam dan serbuk kunyit hingga masak.Toskan.
  2. Tinggalkan 5 sudu minyak dan masukkan bahan2 yang diblend.
  3. Tumis hingga garing dan masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
  4. Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 cawan air.
  5. Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan garam, gula dan ayam yg digoreng tadi.
  6. Gaul hingga sebati dan masukkan perahan limau nipis, kacang buncis dan cili yg dipotong serong.
  7. Goreng seketika dan padamkan api.
  8. Hidangkan dlm pinggan dan taburkan hirisan daun sup.

Macaroni Goreng Basah


Hampir hilang mood dah, gara2 blogspot pon leh wat hal... huihhhh daripada ada idea langsung merundum semua entry pon jadik basilaaa ni bila ek aku masak pon aku dah tak hengattt adoi! layan jerlaaa

bahan2nya
setengah paket macaroni - direbus hingga lembut
* kisar / tumbuk
bawang putih*
bawang merah*
cili merah*
minyak masak
serbuk oregano
serbuk basil
parmesan cheese
susu cair / susu segar
1 biji telur
seketul ikan tuna dihancurkan
sayur campur
minyak masak
garam & gula

cara2nya
panaskan minyak tumiskan bahan bertanda * bila dah garing masukkan ikan tuna dan serbuk basil serta serbuk oregano, sayur campur, perasakan dengan garam n gula, masukkan pula susu dan telur tambahkan air jika perlu masukkan macaroni dan gaul sebati akhir sekali taburkan parmesan cheese siap untuk dihidangkan..

Thursday, May 12, 2011

Beza Krimer Pekat Manis dan Susu Pekat Manis



heheh memang beza lorr.. harga pon mengancam bezanya... rasa pon beza kalau jenis lidah yg pandai merasa cam en suami ku itu... kualiti pon beza jugak...
yang F&N Krimer Pekat Manis tu... tinggal setin balance bulan lepas... dah takde pilihan kan... amik jugaklaa... walaupon hati meronta2.


bulan lepas merata aku g carik susu pekat manis, takde...!! out of stock sebesar2 giant pon takde stock..., hangeenn jerr..... sampaikan nak carik gula halus pon tarakkkk... heran!!! biasalaaaaakannn  simpan barang tunggu naik harga kot, aku sebenarnya dah lama teringin nak buat Dulce De Leche (DDL) setelah menengok blog ayu singapore http://curlybabesatisfaction.blogspot.com  
dengan resepi2 mengancamnya itu.. bulan ni barulaa jumpa susu nih itupun brand marigold adalah yang termurah setakat nih, masih belum ku dul leceh lecehkannya lagik... entah bilerr lorr...

Flower Decorations


Another flower deco kat rumah... cam sireh junjung jerr aku tengok hua hua hua...


layan jerlaa.. aku ni bukan pandai gubah pon cuma suka nak wat... suka tengok bunga kot... walaupon cam makcik2 aku pedulik hapa.... ??? ngeeeee

Ikan Towchoo


Salam... blogspot meggot arineh... sabau jerlaa.... oknilaa yang sempat aku snap picture masakanku sepanjang aku melalui hari2 yang tak begitu memberangsangkan... semalam ada sedikit demam langsung ke klinik apabila sudah tak tertahan lagik sakit dada sebelah kanan akibat batuk melampau...  dokter suh amik darah n x ray... alhamdulilah result ok... berjenis2 ubat lerr lagik yang harus kutelan... dan ada satu benda lagik yg berceramuk dalam fikiran aku.. nntlaa insyaAllah akan aku ceritakan  jika aku termampu nak citer...

oklaa berbalik pada resepi dalam gambar ikan masak taucoo biasa jerr malangnya aku dah terlupa nama ikan tuh... hahah aku mana kenal ikan apa nampak menarik aku belasah jerr...

bahan2nya
2ekor ikan sederhana besar dikelar, garam n kunyit dan goreng dlm minyak penuh hingga masak
beberapa ulas bawang merah*
bawang putih*
sedikit halia *
2 batang cili merah*
2 batang cili hijau*
beberapa batang cili padi*
semua bahan * dihiris 
2 sudu taucoo yang masin
garam ~ jika perlu
gula
air asam jawa
minyak masak

cara2nya
bahan2 main agak2 jerlah yg suka pedas tambahlaa cili padi nak lebih hangat lebihkan halia... panaskan minyak tumiskan bahan berhiris hingga layu masukkan gula dan taucoo kacau hingga agak pekat.. masukkan air asam jawa (terpulang nak berkuah atau kering) rasa kalau perlu masukkan garam tapi kebiasannya tak perlu sebab ikan goreng pon dah ada garam selain tauco dah masin.. renehkan kemudian masukkan ikan kacau rata dalam 2 ~ 3 minit dan bolehlah dihidangkan.

Monday, May 9, 2011

ceciter ceciter taging mentaging :P



Sebenarnya dah lama aku dapat tag ni tapi tak berkesempatan nak update... tambahan banyak lagik resepi yang belum sempat diupload hmmm mak masih tak sihatlaa... n sibuk bebeno... cuaca panas laa sekarang nih...
gambar kat atas tu adalah gambar kenangan lama masa penghujung peperiksaan SPM 1992 dan yang mengetagg aku pon seorang kawan lama dan kami sangat teruja berjumpa kembali dalam FB.... pssttt nnt kita dating ek bil.. aku balik JB nnt.

pening gak aku nak jawab nehhhh 


psstt anda di tag .. 

1.Bekas kekasih saya adalah seorang :
ayoyo sudah tak tau berita maaa.. (ada ke kekasih lama!!!???? ahakss.. ;P)

2.Saya sedang mendengar :
lagu Kiss The Rain - Yiruma

3.Mungkin saya patut :
makan jerr ubat batuk tu sampai buntang.. koh koh koh
 
4.Saya suka :
gubah bunga walaupon taklaa cantik tapi sukaaaaa...
 
5.Sahabat baik saya :
ofcoz suami sendiri.. kawan gadow pon dierr jugak!!
 
6.Saya tak faham : 
lalat-lalat ~fly fly    hikhikhik

7.Saya kehilangan :
camera canon kesayangan saya satu ketika dulu.. walapon dah dapat ganti tapi tak serupa.. huwaaaaaa...
 
8.Ramai yg bertanya :
kenapa dengan pipi saya... tanda lahir laaa.... tanda lahirlerrr  adoi!
 
9.Makna nama saya :
"mataku"  :))

10.Cinta itu adalah :
earkkkk butakah, ajaib kah! subjektif kah... bercintalah kerana Allah...
 
11.Saya akan cuba :
tanamkan hasrat perbaiki diri hari demi hari...
 
12.Telefon bimbit saya :
celcom 
 
13.Bila saya terjaga dari tidur :
alhamdulillah... pehtu dah mula pk apa nak bpast arini nak lunch apa nak g mana..???

14.Saya paling meluat apabila :
dahlaa jadi lalat, naik pangkat jadi langau pulak.. haishh!!!

15.Pesta/party adalah :
meletihkan......
 
16.Haiwan yg paling comel :
kucing.... masih lagik ingat dgn si tua dan si toe't yang telah tiada..
 
17.Peringkat umur yg paling menyeronokkan bg saya ialah :
sejurus lepas SPM...
 
18.Hari ini :
gembira

19.Mlm ini saya akan :
teruskan rutin harian...
 
20.Esok pula saya akan :
g wat facial dengan kawan merangkap regular customer saya...

Kepada follower saya yang sudi nak buat tag ni silerlerr... psstt.. jgn lupa link tau!! akhir kata terima kasih buat semua follower dan puanxcomei yg sudi mengetag love u.....