Thursday, June 30, 2011

Bila minda terikat.. minda jadi malap dan senyap..., ke sangapppp!!??

wahh hot memang hot tengah2 hot baik bebel nama jerr jual product minda tapi sangapppp sapa yang sudi baca sila laaaaa tak sudi close jer ek...
sebenarnya aku suka bila orang melayu berniaga tak kiralah kecil2an mahupon besar2an.. tapi selalunya melayu ni bila dah up sket mulalaa gelabah kalut mcm tak cukup tanah.. langsung tak profesional.. bengang woo selalu sgt jumpa orang melayu yang camtu kdg2 naik letih... meluat jangan cakaplaa...
pagi2 tadi aku dah tak pasal2 menyindir seseorang.. melayu gak laa.. apesal aku hangennn adalah sebabnya...
sabtu lepas hubby dah bank in duit utk order barang memang kami dah pernah deal beberapa kali, takjub dan suka bila ada anak melayu yang amat gigih berniaga kalau kita call sampai susah nak potong cakap dierr punyalaa byk cerita (or memang jenis kuat sembang).. naik letih dengar dia cakap bla bla bla tak habis2 sampai panas telinga.. 

selang 2 thn bisnes dah berkembang maju dah tak cukup tanah ko!! mentang2lah aku order sket nampak no aku dia tak angkat call pon sibuk bercerita ada banyak hpon dia nak kena jawab takde masa nak baca or balas msg... selalu sgat bila kita kol dia asik cakap dia sibuk makan pon tak sempat, apa pon tak sempat ada 3 famili tengah tunggu nak kena discuss mcm2 kamonlaa ko bisnes memanglaa camtu dan paling utama ko yang pilih jalan hidup ko.. 'INILAH KENYATAAN HIDUP ENGKO'

OK.. balik pada cerita asal.... kita call nak order barang dia bebel benda yg nothing amat sibuks... kita bank in duit... dia senyap hantar sms tak berbalas, kol bebel lagik dia sibuk gilerrr, sibuk gilerr ko!!!! dengan sedap dia berkata2 "saya takde masa nak baca msg2" ko tak geram kerr...????  from hari sabtu duit dah bank in until hari khamis takde kabar berita ko dah hantar ke?, belum ker?, kol punya kol dia tak jawab... then aku amik action laa... aku kol guna line lain lak tgk dia nak entertaint tak...
jeng jeng meh kita baca citer nih...

aku : hello en leman.. saya puan aeini...
leman : ya puan apa tadi (huh tak berapa dengar beb sbb sibukssss sgtttt)
aku : puan aeini saya nak tanya.. asben saya dah bank in duit since sabtu lepas tapi sampai harini barang tak sampai2
leman : sabtu lepas... eh tak sepatutnya jadi camtu u dari mana?
aku : kerteh

leman : sapa nama husband u?
aku : (sebut nama laa kan hehehe dia dah terkedu)

leman : look saya ni sibuk sangat
aku: yerlah kalau sibuk pon hari ni dah khamis dah mana barang tu apa statusnya.. saya nak taulaa u dah terima ke belum...? msg pon u tak jawab..
leman: saya sibuk semua tu staff saya yg buat saya tak handle lagi benda2 tu dengar ya saya ada 3 buah henpon yg saya kena jawab.. hepon saya, saya serahkan kat staff saya utk cek semua order, u dengar saya cakap... (masa ni aku mmg byk potong cakap dia sbb aku just nak taw ttg barang yg dah di order tu yg lain2 aku tanak tau)
aku : yerlah cemana barang saya tu saya tanak tau tu semua..
leman : saya sibuk baju pun saya tak pakai ni
aku : eh saya pedulik happaaa awak pakai baju ke tak pakai baju... yang saya nak tahu sekarang status barang tuh?
leman : saya sibuk, bayk sgt hal nak jawab hpon ada 3 line kat saya ni mana saya nak ingat semua.. this is my personal number...
aku : who cares.. saya tanak tau u sibuk cemana pon saya nak barang saya... pada saper saya harus contact utk dapatkan keterangan lanjut..
leman : semua dah ada dlm website .. nak order2 jgn guna line personal saya..
aku: sebelum2 ni deal with this line your personal number takde masalah pon... u patutnya allert sapa yg deal with your personal number mestilah customer yang dah lama deal dgn u... ni dah boleh report polis dah ni... u ingat semua org ada internet ker..? manjang nak tgk website u jerr nak g bankin duit pon nak hadap gak website u cuba pk...
(aku betul2 dah hangen ko manjang citer ko sibuk.. jerr habih tu ko hengat aku rajin laa nak kol ko nak hangen2 camnih kan... tak pro langsung kaluttt jer lebih pastu byk cakap benda2 tak patut.. aku kesah ke ko tak sempat pakai baju, tak sempat makan, tak sempat mandi, cari bas kat bastand sibuklerrr sesangat kan)
leman: oklah look saya minta maaf u amik no ni.. bla bla bla
aku: mcm nilah kan yang frustnya dengan org melayu
leman: u tak payahlah nak argue mcm tu.. (bila dia dah minta maaf tu aku cam oklaa sket kan sebenarnya aku takde niat pon nak sindir dia camtu but kalau dia nak amik benda ni satu iktibar oklaa lesson learn utk dia supaya dia lebih alert lagi.. straight to the point... tak payah nak citer ko sibuk semua pon tak sempat org tanak tau semua tu..., dan dia jugak kena ingat bukan semua org tau ttg produk dia through website ada yg tau dari kawan - mulut ke mulut atau dari tempat lain) 
"tolonglaa profesional sket..."
kesudahannya bila aku kol no yg dia bg (no staff dia) baru semalam dia bg hpon dia utk di cek oleh staff dia.. c...... apa dah jadi dari hari sabtu,  hari rabu baru cek khamis malam baru hantar... apa kes!!!.. benda ni tak jadi isu kalau dia 4ward msg tu kat staff dia awal2 lagik... kan takde masalah pon...
buang karenn betul!!!

Tuesday, June 28, 2011

sejarah aku dengan Nokia...

Tiba2 teringat tentang henpon dedulu yang pernah aku gunakan... sayangnya aku tak pernah pon amik gambar henpon2 tuh! masa mula2 aku beli henpon guna duit sendiri yang nilaaa 3315 harga tak sampai 400 pon baru.. huhuhu tanak beli yg secondhand "perangaiiiii" tak lama aku pakai.... silap diri sendiri hphone ni mengong akibat aku tertinggal dalam kereta yang di pakir tengah2 panas setengah hari... sekali aku teringat g amik dia dah nyanyi2 sendiri kuatlak tuh lagu doraemon hahahaha pehtu kejap2 dia ok kejap2 dia nyanyi sendiri suka2 ati dia jerr .. akhirnya hubby trade in yang lain 

nokia 2100 nilerr hpon kedua yang aku pakai lama gaklaa... kat belakang tu leh letak gambo tapi aku tak letak ponnn... hphone ni masih ok sampai sekarang cuma batery dia cepat weak along guna skang wat men game jerr
lepas tu hubby belikan pulak yang lain zaman tu zaman hepon leh lipat2 canggih sesangat lerr cekononnya....
yang ni...

wohooo barulaa merasa guna hphone ada kaler2 pehtu leh snap gambo leh video lagik huhuhu best gilerrr dah... tapi aku nyampah dengan antena yang ada sebatang tuh! hehehe tukar lagik... tapi takde sebab pun nak tukar..., gatal nak try hpon leh tolak2 lak.. yang  lipat2 dah tak main dah... huhuhuh ngengada ek..!!!
hubby gaklaa yang jadi mangsa dia belikan yang ni pulak

semua gambar2 ni hasil google masa guna hphone merah putih ni aku rasa cam muda jerr lama2 pakai terus rasa cam budak sekolah jerkkk n tukar lagik tapi... dah tak guna nokia sampai sekarang...
hmm nilah sejarah aku dengan nokia betul2 nostalgik...
tapikan kesimpulannnya kalau nak layan benda2 gajet camnih sampai bila pon takde kesudahan arini beli esok dah keluar yang lagik canggih yang lebih terkini teknologinya hargalak.. mula2 berpinar biji mata lelama murah gilerrr huihhhh tak koser hakuu layannn...

Monday, June 27, 2011

Lasagna versi aeinio


Lasagna laaa pulak... hehehe acara selongkar perabih stok... aderlaaa sekotak lasagnia...


kalini pon resepi tarammm jugak but hubby n anak2 sukerrr...
versi murah dan senang...

jom layan resepi...

bahan2nya
1 kotak kepingan lasagna (san remo)
cheddar cheese
parmesan cheese + mozarella cheese

bahan untuk sos putih
50gram butter (agak2 jerlaah)
3 keping cheedar cheese
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
garam & lada hitam serbuk
3 sudu tepung gandum
1 paket mushroom soup (paket)
susu cair / susu segar

cara2nya
cairkan butter dan masukkan bawang putih bila dah naik aroma masukkan tepung gandung kacau rata masukkan mushroom paket dan susu tambahlah sedikit air kacau hingga pekat dan tidak bergentel bila dah mendidih perasakan dengan lada hitam dan garam masukkan kepingan cheedar cheese.


bahan untuk sos merah
1 bungkus daging cincang (ramly)
3 biji buah tomato - di dadu
1 biji capsicum merah - di dadu
3 ulas bawang putih - di dadu
2 labu bawang besar - di dadu
1 batang saderi - di dadu
5 batang sosej - potong bulat
sos cili dan sos tomato secukupnya
serbuk thymes dan basil

cara2nya
panaskan minyak tumis bawang putih, saderi dan bawang besar hingga layu, masukkan tomato dan capsicum kacau lagi hingga semua bahan lembut masukkan daging cincang kacau rata masukkan sedikit air supaya daging cepat masak n empuk masukkan serbuk thymes dan basil serta sos (ikut rasa). Akhir sekali masukkan sosej dan didihkan.


sediakan loyang pembakar yang dioleskan dengan butter atau minyak lapiskan dengan sekeping pasta san remo (lasagnia) tuangkan sos merah hingga menutupi pasta tuangkan pula sos putih di atasnya dan lapiskan lagi pasta lasagnia ulangi proses yang sama hingga habis bahagian atas sekali tutup pasta dengan kepingan cheddar cheese, parmesan cheese dan mozarella taburkan sedikit daun parsley dan bakar dalam oven kepanasan atas dan bawah suhu 180 hingga masak... selamat mencuba...

Sunday, June 26, 2011

Baked Macaroni


Jom layan resepi lagik memalam nih.. acara menyelongkar brg2 dapor.. aku terbeli 2 paket macaroni jenuh nak habiskan tak pasan stock bulan lepas ada lagi... maka terjadilah macaroni bakar lak...


boleh gaklaa buat makan anak2 derang memang suka tapi kena banyak lerr letak daging dgn cheese baru habih cepat...

bahan2nya
setengah paket macaroni - rendam dgn air panas hingga agak lembut 
kepingan cheedar cheese secukupnya
2 batang hirisan sosej
1 batang lobak merak - disagat
3 sudu serbuk parmesan cheese
2 labu bawang besar - didadu
2 cawan daging cincang
1 ulas bawang putih - di dadu
5 biji tomato cerry - di dadu
1 biji lada benggala - di dadu
1 sudu teh rosemarry
1 sudu teh thymes
secubit lada hitam
sedikit sos tomato / sos cili
garam & gula
minyak zaitun
air secukupnya


cara2nya
  • tumiskan bawang putih, bawang besar biarkan layu masukkan tomato cerry dan lada benggala kacau lagi hingga layu masukkan daging kacau rata, masukkan bahan perasa thymes, rosemarry, lobak merah, sos tomato dan sos cili serta sedikit air biarkan hingga daging empuk dan sekata.
  • sapukan sedikit mentega pada acuan dan sudukan macaroni kemudian daging dan kepingan cheese buat sehingga habis, lapisan akhir taburkan sosej dan permesan cheese.
  • bakar pada suhu 180 selama setengah jam atau hingga kuning keemasan.




Friday, June 24, 2011

Grilled Chicken with Brown sauce



Layan western lak ek.. menu ni aku masak dah seminggu operate, dah kuat sket... tangan dah gatal2 nak on oven hasilnya terserlah senyuman suami dan anak2, wohooo ibu dah boleh masak... asik2 beli jerrr... mana nak tertelannya kan...!!
ok citer banyak pon tak guna jom layan resepi... ni pon atas bantuan along.... salad along dah sediakan awal2 dia rebus dan gaulkan dgn mayonise jerr peh tu simpan dlm peti sejuk.
angah basuh salad dan goreng kentang


bahan2nya
6 ketul peha ayam
3 sudu sos tiram
3/4 titik minyak bijan
2 sudu teh gula halus
bahan kisar halus
1 sudu teh serbuk thymes
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk parsley
2 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh rempah kari
2 batang serai
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
sedikit halia
garam dan lada sulah

cara2nya
peha ayam di basuh bersih dan kelar - kelar kan pada bahagian yang agak tebal. gaulkan dengan semua bahan termasuk bahan yang telah dikisar masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk semalaman atau pun sekurang2nya selama 4jam. susun dalam tray pembakar dan bakar dalam oven dengan suhu 180 - 200 selama setengah jam atau hingga masak.
(setiap 10minit buka oven dan sapukan bahan perapan atas peha ayam)
bila dah masak keluarkan ayam dari tray dan jangan buang jus yang ada dalam tray tersebut kita nak gunakan pula untuk gravy (brown sause) nnt..)


Brown Sauce
bahan2nya
2 sudu butter
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
sedikit kicap manis
jus dari tray pembakar
garam, gula & serbuk lada hitam

cara2nya
masukkan semua bahan dalam periuk sentiasa kacau supaya tak bergentel dengan api sederhana hingga kuah menjadi pekat dan likat perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam.

Orange Moist Cake recipe


Seperti yang dijanjikan ini dier aku share lagik sekali resepi kek oren tradisi nih.. resepi lama2 namun masih best dan ada rasa yg tersendiri...

bahan2nya
250gram butter
1 cawan gula halus / castor
5 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 biji oren sunkist (parut kulitnya dan perah jusnya)
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh esen vanilla


cara2nya
ayak tepung gandum bersama2 dengan baking powder dan soda bikarbonate, ketepikan, putar butter, esen vanilla dengan gula pada kelajuan tinggi hingga kembang masukkan telur satu persatu sambil putar hingga adunan nampak ringan dan gebu. masukkan pula tepung sedikit demi sedikit secara kaup balik atau guna pemutar pada kelajuan perlahan berselang seli dengan jus oren, bila dah sebati masukkan pula parutan kulit limau kacau rata dan sedia untuk di bakar. sediakan loyang yg di oles dengan mentega / margerine alas dengan kertas minyak dan bolehlah di bakar pada oven yg telah di panaskan terlebih dahulu suhu 180 selama 1/2jam hingga 45 minit...


untuk cream cheese pulak.. ini dia...


bahan2nya
1 cawan gula icing - (diayak)
100 gram butter
150 gram cream cheese
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit parutan kulit limau - optional
pewarna masakan - optional


cara2nya
putar butter bersama2 cream cheese hingga sebati dan nampak putih.. masukkan gula icing dan vanilla esen putar lagi hingga betul2 gebu bila dah gebu masukkan parutan kulit limau (tak letak pon takpe) ~ bolehlaa dihias menggunakan kreativiti masing2.

Thursday, June 23, 2011

Orange Moist Cake n butter cream cheese


Terima order ni dari kawan hubby masa sakit aderlerr order time dok spital pon ada order tulaa namanya takde rezeki  masa lapang takdelaa pulak org order kek... anyway ni antara kek yg kerap aku wat lately nih... orange moist cake with cream cheese topping kena kot dengan rasanya... 


kalau kek oren ni masa bakar bau dia harum n wangi bau oren sunkis tu... memang teruja nak makan bila makan pon terasa wangi kat mulut n sudah pastinya sedapppp.. nnt ada kepalangan boleh share resepinya ya!
lastly tq kepada mat chot  utilities dept...

Hepi Birthday Danish


Terima order dari ezan... khas untuk birthday Danish... celebrate dgn famili jerr adehhh tulisannnnnnnn! frust aku tengok nak padam takleh dah...  bila laa nak mahir nih huhuhuhu gigil tak habih2


satu lagi cake coklat versi biasa... khas untuk jiran sebelah rumahnya.... thanx ezan... jangan serik ek!!

Popia Horlicks


Jom buat... resepi ni pon main agak2 jerr tak rugi cuba tau sebab rangup dan sedap sesuai juga untuk jadi kuih raya tahun ni nnt..., tak lama jerr lagik nak puasa...

bahan2nya
kulit popiah 100 kpg
minyak masak 
bancuhan tepung gandum (tepung + air)


cara2nya
gulung dan lekatkan dengan bancuhan tepung dan gunting serong (bileh jugak nak buat apa2 bentuk yg disukai bentuk heart shape ke ribbon kerr ikutlerr kretiviti memasing - mak wat yg senang jerlaa)
goreng hingga garing dan toskan...


bahan untuk di gaulkan
2 sudu besar gula icing
2 sudu besar susu tepung (saya guna sustagen vanilla)
4 sudu besar horlick


gaulkan semua bahan2 dan taburkan atas popiah kacau rata... kalau ada nestum bolehlaa ditambah (kisar dulu itu nestum)


Dah alang2 buat popiah pedas tu yang teringin tetap laa nak buat jugak kan.. popiah nestum... tapi malangnya nestum tarakk nak ke kedai hmmm gara2 tak sabau wat apa yg ada jerr.... saper tak kenal Den kan... hantam jugak..!!!  teringin nak makan dan nak buat sejak dok tengok resepi ni kat Kak Ina KL lagik.. tapi tulaa manjang buat2 sibuk jerr nak membuatnya... bak kata angah "ibu tabur gula halus jerr pon dah sedap dah bu..."

Popiah sira pedas


Haaaa meh layan resepi.... aku entah kenapalaa ngadap laptop memang tak retilaa nak pc jugak... komang betul aku nih... (bak kata org Ganu) hehehe sebab dah terbiasa... laptop tu aku guna tuk ngarang2 novel tak siap aku tuh.. edit laaa sana sini... masa otw balik kg atau jalan jauh.. lehlaaa... yg lain2 aku lebih selesa ngadap pc cabuk aku nih...

hmm berbalik kepada resepi senang nih... sebenarnya kulit popiah ni aku beli dah lama gak dok tersimpan kemas dalam peti sejuk frozen... dah lama nak wat popia nestum n popia pedas.. tapi nak start tu lerr yang payahnya... bila dah start kenot stop....

bahan2nya
1 bungkus kulit popiah saiz besar (100kpg) ~ nak guna apa2 saiz pon boleh jerr
1 atau 1/2 cawan tepung gandum yang dibancuh dengan air (fungsinya utk gam kulit popiah tadi boleh juga gunakan putih telur)
minyak masak secukupnya


cara2nya
gulung kulit popiah dan sapukan bancuhan tepung di penghujung gulungan dan gunting serong.. buat sehingga habis dan goreng dalam minyak penuh hingga garing, angkat dan toskan...


bahan sira
1/2 cawan cili kisar (cili boh segera)
3 sudu besar gula
segengam ikan bilis goreng
minyak masak
garam jika perlu...

cara2nya
(oleh kerana aku agak malas nak gunting cili kering so beli yg dah siap jerr perhatian ya jika kita beli cili giling yg segera tu dia dah ada rasa asam dan asin so berhati2 pada penggunaan garam dan tak gunakan asam jawa pon dah ok...)

panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing angkat dan toskan..., tumiskan cili boh sehingga garing dan pecah minyak masukkan gula kacau dan rasa akhir sekali masukkan popiah dan ikan bilis kacau rata2 matikan api...

Pizza...


Dah lama tak tayang pizza ek... tayang menayang... heheheh tayang watermark lagik... milion thanks tu puan syabella.... ya hidupku dah kembali seperti sedia kala... cuma amalan pemakanan yang byk perlu diubah supaya penyakit tak berulang lagi...


Kali ini terima order dari ayu... dia nak split topping cam dalam gambar tuh sebelah tuna n sebelah lagik sausages... harga menten sama...


tuna view dari dekat... laporlaaa plakkk...

Strawberry Cake ... n Water Mark gift....


Setelah sekian lama bertapa.. hohoho bertapa... hehehe sebaik sahaja menjalani operation on 1hb June 2011 tempohhari, aku melalui hari2 berpantang sampai nak bukak blog pon malas.. baca jerr nak type pon alahai sempatlaa balas komen tu jerr yg termampu...


sebenarnya aku dapat hadiah dari seseorang kawan istimewa sempena hari ibu tempohhari tengoklaa berapa punya lama daaaa... semuanya due kesihatan aku yg tak berapa nak sihat.... majuks dah kot kawan aku tu..... disebabkan aku tak berapa nak sihat otak pon lembabs nak duduk lama2 pon aduhaiii masa aku byk terbaring jerlaa n tengok tv!!


water mark cantik molek ni pemberian kawan sekolah dulu... katanya "pasni letak gambo kena ada water mark tau!! tak mo takde...!!!" cayang ko Bella sayang ko ketat ketat.... insyaAllah nnt kita jumpa sekiranya umur panjang...


Hmmmm inilah hadiah hari ibu paling bermakna dari seorang teman... disamping hadiah dari anak2 bunga dan ucapan ringkas from along, key chain from angah, cawan kecik vantage dari ica dan kek dari Din.. biarlah itu semua jadi ingatan untuk ibu... yang paling kelakar sekali biasalaa mestilah si Din dia balik rumah bawak kek hari ibu pastu dia kata "cikgu kata boleh bayar duit esok.." dia beli kek hutang woooo nak pengsan aku gelak... "duit belanja din tak cukuplaa ibu... nnt ibu bg din duit ok..." hahaha aku gelak guling2...
Ada hati nak belikan aku kereta BMW tau...!!! " nnt bila din dah besar dah banyak duit din belikan ibu keta bmw tau!" ... 'ibu dah tualaaa din.., din beli untuk din jerlaa ibu tumpang naik jerr bawak g pasar boleh..?' "tapi din nak belikan keta ibu jugak..." aku sengih jerlaaa... dalam hati terpk dia beli kereta kang aku lak yg kena bayar haaaaa?????? gelak lagik hiks....

Wednesday, June 1, 2011

Hani Nur Dini Birthday 31/05/2000

Entri Terakhir bulan Mei 2011



Dalam pada sibuk menghabiskan masa akhirnya sampai juga hari yang Nur Dini nanti2kan yes she is 11 years now!.. heheh sekejap je masa berlalu... dalam banyak2 kelahiran sebenarnya melahirkan Nur Dini adalah yang paling mudah aku rasakan... cuma dia kuat melalak masa kecilnya...
terimbas kenangan ketika mengandungkan Nur Dini, kalau diingat2kan balik memang kesian... jarak kelahiran along dan angah agak rapat sebenarnya.. sebab along lahir penghujung 1998 dan nurdini pertengahan 2000 ikut tahun memanglah 2 thn... pulak tu along tu banyak ragamnya... kesibukan membela Syahmi.. aku tak rasa yang aku mengandungkan Nur Dini... bayangkanlah... masa along baru jer pandai berjalan aku dah tak period merata g cek dokter semua kata aku negative tak mengandung! tak ke haruuuu.... sehinggalah aku di refer ke pakar scan dan diberi ubat untuk datang period hasilnya aku negative manalah si nurdini ni menyorok agaknya... aku telan jugak ubat utk datang period tuh tapi tetap tak datang, atlast dah penat kesana kemari tambahan pulak dah masuk bulan puasa aku biarkan ajer keadaan tuh... kononnya nak puasa penuh... yup aku puasa penuh thn tu, kesibukan raya langsung tak sedar tambahan lagi perut aku tak berapa besar sehinggalah pada suatu pagi aku dapati perut aku mcm senget ketika aku bgn tidur dalam keadaan mengiring... dan seperti ada tendangan aku panik aku tengok perut seolah2 bergerak yup baby dah bergerak!! tapi dalam kepala ni kenapa ni sebab setau aku.. aku tak hamil...
berasa tak sedap hati kami ke klinik tengahhari tu... dokter Raihan ketika itu yang memeriksa aku.. aku ceritakan semuanya... dan dia cakap "saya taknak cek urin awak, saya nak scan.. awak rasa2 awak mengandung tak?" aku cakap tak tahu... baju semua muat jerr...takde rasa sempit atau apa... (pengalaman mengandungkan Along aku memang takde alahan) bila scan... ya Allah... aku nampak Dini dah bergerak dah cukup sifat!! terus dokter ukur lilit kepada dan tulang kaki katanya kandungan aku dah masuk 4 atau 5 bulan di jangka bersalin 10/6/2000. ku terkedu, disamping bersyukur... yelah sepanjang aku tak period dah cek sana sini negative.. aku berdoa janganlah ada penyakit lain kalau mengandung takperlaaa... Dokter panggil hubby.. hubby aku muka memang panik bila dokter tanya "awak tahu tak apa masalah isteri awak..?" dia diam tak terkata "wife awak mengandung dah hampir 5 bulan...dah cukup sifat, saya tak berani nak kata sebab nampak mcm girl tapi tak berapa clear.." hilang kerut diwajah hubby apa yg tercetus dari mulutnya "alhamdulillah.." dokter pon cakap macam syahdu "kesian dia... dah 4 bulan mak n ayah dia tak tahu... besarnya kuasa Allah..." balik ke rumah aku dah serabut mana nak mengadap misi kerajaan nak wat card, sebab usia kandungan dah agak lama... dalam waktu yg sama aku bagai terpana dalam tempoh tak sampai 5 bulan aku bakal menerima orang baru lagi dalam hidupku segala persiapan langsung takde!!! ya Allahhhh... tak semena2 semua seluar aku tiba2 rasa ketat ni tak muat tu tak selesa n sejak tu bila tengok cermin aku dah nampak macam perempuan mengandung! terus pakai baju mengandung hahaha memang lawaklaaa... jiran2 pon tegur yelah dah 5 bulan! apa taknya...
aku bersalin kat kg lagi, persiapan baby last minute! terboyot2 beli segala keperluan berbeza sekali dengan mengandung syahmi yg mana aku sering berbual ketika dia dlm perut lagi Nur Dini hanya setelah dia 5 bulan...
Ketika melahirkan Nur Dini, kalini aku yg awtakan mak nak bersalin hospital swasta... memang selesa kami pilih VIP room cam dok dalam hotel siap pantry ruang tamu mini dan town view masa tu murah jerr sekarang..... pengsan!!!
melahirkan angah... memang betul2 menduga perasaan.... aku ke wad bersalin hanya menaiki teksi hubby berada di terengganu aku dah keluar tanda sekitar jam 2 ptg dan 3.30 baru dapat call hubby mengatakan aku akan bersalin harini... yerlahh jika sebelum ni hubby ada disini kalini aku tak tau cemana... akhirnya aku sakit kuat dalam 9 lebih camtu bila dah pukul 10pm aku ditolak ke labour room dan masa tulaa hubby sampai dari Ganu dan dia yg tolong tolak katil aku masuk labour room dengan dia2 sekali tukar katil jerr aku dah mula rasa nak meneran dokter leh suruh tunggu kejap mana leh tunggu hohoho... aku bersalin dengan mudahnya... macam tulaa jugak masa keluarkan uri semuanya mudah alhamdulillah.... hubby...? kalini dia tak menangis pon cuma dia bisik kat telinga aku" betul Hani Nur Dini yang lahir.. " nama tu memang dia yang fikirkan sejak dalam perut lagi walaupon kami taktahu apa jantina lagik...


harapan ibu semoga anak2 tersayang beroleh kesejahteraan di dunia dan akhirat... aminnnn