Wednesday, July 20, 2011

Sambal Udang Potai



Aku masak ni minggu lepas dah barulaa ada masa nak tayang dalam blog ni haaa... sebetulnya masa parking keta kat pasar tani dah ternampak petai matanyerr boleh tahan buntang hehehe tapi aku tak beli ponnn sbb taktau lagik nak masak apa.. bila round kat tempat jual ikan aku dah jadi pening wehhh ramainyaa la orang...dok selit2 nampak udang, ikan tenggiri dan ayam yg dekat2 jerr ngan aku aku bantai beli benda2 tuh jerr senang kawtim... pastu belah... carik sayur sket jajan budak2 then balik masa dah sampai kat parking eh2 aku nampak petai lagik cam panggil2 lak kan... eh eh aku beli... kat rumah ni petai memang jaranglaa setahun sekali kot tupon masak ala2 sambal camnilaa main makan camtu jerr memang taklerr... dalam keta apalagi udang n petai dah ada sambal petai + udanglaaa.... jommm layannn


sila abaikan kesepahan kat belakang gambar sambal tu ekkk....

resepi ni ulang tayang gaklaaa... 

bahan2nya

1kg udang - buang kulit tinggalkan ekor
4 papan petai (kerat 2 dan ambil isinya sahaja)
20 tangkai cili kering (buang biji rendam air panas)
1 biji bawang besar - dihiris
4 biji bawang merah kecil
sedikit belacan
air asam jawa
garam & gula
minyak masak

cara2nya

kisarkan cili kering bersama2 dengan bawang merah dan belacan hingga halus, tumiskan dalam minyak panas hingga cili masak dan garing (pecah minyak) kacau2 selalu, masukkan gula dan garam, slowkan api. masukkan  pes asam jawa atau air asam jawa (jgn byk air sbb udang keluarkan air) kacau sebentar bila dah merenih masukkan udang bersama2 dengan petai sekali.., kacau rata biarkan mendidih dan udang masak (bila udang dah bergulung kepala dan ekor dah bertemu bermakna udang dah masak) boleh matikan api dan hidangkan... 

Nasi Lemak Hijau


hehehe hijau nasi lemak ku.... cemana leh hijau meh aku citer... kebiasaannya guna daun pandan bila daun pandan takde stock (pokok dah kena tebang) aku guna pes pandan yang takde colour tu ni hah tak pasan lak pes pandan tu pon dah takde huhuhu yang ada perasa pandan yang dah ada colour hijau.. hmm guna jerlaa apa nak wat dah takde maka hijau laaa nasi tu tapi rasa tetap menten!


jom layan resepi kalini aku gandingkan nasi lemak ni dengan sambal udang petai, telur rebus, kacang n bilis goreng serta steam brokoli...

bahan2nya
4 pot beras - basuh bersih
gula & garam secukup rasa
1 kotak santan kara
1 sudu teh pes pandan
1 sudu minyak zaitun -(minyak jagung pon boleh)
air secukupnya


cara2nya
basuh bersih beras ,masukkan santan, gula, garam dan minyak zaitun kacau rata akhir sekali masukkan pes pandan berserta air separas mencukupi (ikut jenis beras) dan masak dalam periuk letrik seperti biasa sekali sekala kacau beras supaya santan tak berketul atas nasi...

enoki omellete


hehehe dah takde mende nak post ek..., actually telur dadar ni dah jadi cam biasalaa kan.. tapi telur dadar kalini jadi kegemaran anak2 pulak.. asalnya aku yang teringin tak sangka laa pulak budak2 jadi suka... jom layan resepi hentam2 nih....

bahan2nya
3 biji telur (saiz besar)
sebungkus cendawan enoki -basuh pisah2kan dan kerat 4
garam & lada sulah
sedikit mayonise
sedikit cili merah, cili hijau dan bawang besar di hiris
minyak masak

cara2nya
pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan semua bahan dan kacau dengan garfu panaskan minyak dalam kuali kalau ada non stick lagiklaa senang.. masukkan dalam kuali dan dadar bulat biarkan api kecik dan balikkan ke bahagian sebelah pula bila kedua bahagian masak bolehlaa dihidangkan..

Monday, July 11, 2011

Nasi Jagung


tak hengatt masak nasi ni bilerr n lupa pulak nak snap gambar... mujur ada dalam mobiles uploads dlam fb.. dapat gambar ni jerlaa... apa pon ni resepi ringkas jerr di gandingkan dengan ayam masak merah dan sayur campur.. jadilerr... jom kita layan resepi nasi jagung itu...

bahan2nya
4 pot beras basmathi -basuh dan toskan
2 cawan isi jagung
2 helai daun pandan - disimpul
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak sapi
1 cawan susu segar / susu cair
garam n gula secukup rasa
air secukupnya 
cincang halus
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit halia

cara2nya
cairkan minyak sapi dan masukkan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis serta daun pandan simpul tumis sekejap hingga naik aroma.., masukkan pula bawang n halia yang dicincang halus tumis hingga pecah minyak masukkan sos tomato dan beras kacau sebentar masukkan pula susu segar dan air separas sukatan beras (ikut jenis beras yg anda gunakan) kacau rata, biarkan mendidih masukkan jagung serta bahan perasa dan alih periuk kedalam periuk elektrik tekan macam biasa dan biarkan hingga masak.

AKHIRNYA.... BERSIH...



Bersih sebersih - bersihnya....yang ni samsung hapa tah... dan yg ni hepon aku yang ke berapa entah...!!! aku suka slim, cantik nampak mahal n harganya agak mahallaa pada aku ketika tu...tak tahanlaaa.. takleh tahan dengan nokia entah kenapa asal pakai nokia jerr cam tak kekal lama bila hubby belikan samsung cam dlm gambar kat atas... lama gak aku guna aderlaa setahun lebih... banyak kenangan gak henpon ni masa jaga hubby kat spital guna hp nilerr... 


....... bila hubby selalu sgt call aku tak dengar memang sound hp ni agak kurengg tak berapa jelas, dia bengang dia tukar sony ericson merah bawah tu sbb bunyi lebih kuat... aku ok jerlaaa dia yg tukarkan... aku amik gambar ni pon kononnya nak jual dalam mudah.com tapi akhirnya adik ipar den berkenan langsung bg camtu jerr kat dia.. tak tergamak nak jualkan dgn adik sendiri...


yang ni lagilaa lama aku guna walhal sony ericson ni lebih murah kalo nak bandingkan samsung yg kat atas tuh.. tapi aku guna lama sampai 2 tahun lebih... hehehe satu hapah aku tak tau function dalam tuh.. asal leh sms, mms udahlee leh dengar lagu... lama2 dia rasa boring kot.. tengok aku guna hphone ni aku takde bunyik nak baru ponnn byk benda lain lagik aku nak pk...,  takde asik nak menukau telepon jerkkk alih2 aku dapat smartphone pulak dari hubby tercayang...
dia kata senang nak update blog, fb bla bla.. haaa ye kerrr..??? pandai jer dia mengayat aku suh tukau... aku yang pening tukar2 ni...yang tukang suka tukar2 phone tak pening aku gak yg pening...



Maka dapatlah aku samsung galaxi ace.. tak sempat aku nak meriki riki jenis apa yg aku nak tak kisahlaa aku bukan jenis kesah pon gadget2 nih asal boleh pakai jerr... tetiba tertengok galaxi s2 lagik slim ek.. uwaaaa ni pon tak taulaa berapa lama leh tahan...


Terima kasih wat hubby tercayang... taktaulaa ni hadiah apa camtulaa cik abg kiterr time2 beday kami wish sama2 beday jerr yerlahh tarikh pon sama bila anniversary pon sama gak... lately aku lak yg selalu lupa tarikh2 tuh! cemana tu..???


agak2 yang ni berapa lama ek aku pakai....:)

Thursday, July 7, 2011

Adehhh tak sedar masa berlalu

Salam sayang semua rupa2nya diam tak diam bising tak bising dah genap 2 tahun aku berblog.. huhuhu taksedarlaaaaa dah lewat seminggu barulaa kesedarannnn... hahaha
Semoga aku masih setia menulis apa sahaja, semoga aku terus sihat sejahtera aman damai dan dilimpahi kebahagiaan dan rezeki yang berpanjangan...
aminnnnn love u all....


dan terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi mengikuti blog ini moga Allah merahmati kamu walau dimana kamu berada.. insyaAllah...

Wednesday, July 6, 2011

Kisah Sedih (Batu Zamrud)

(Korang ingat lagi tak pada citer nih.. seingat aku, 1st time baca citer ni masa kerja dulu sampai sekarang citer ni seolah2 terpahat dalam ingatan.... dan aku abadikan citer ni disini untuk tatapan)




(gambar sumber en goggle..)

Sapura menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Fadley suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Sapura mengambil cuti kerja setengah hari. Hari ini anak anaknya Sukinah dan Rosli awal - awal sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Fadley.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu… malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Fadley mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Sapura tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Sapura anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Fadley yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Sapura faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Fadley tidak akan dapat membahagiakan Sapura anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Fadley sebagai kerani. Tetapi Sapura sudah nekad. Dia tahu Fadley bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.

Buktinya Fadley sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting..Fadley menyintainya sepenuh hati. Perlahan Sapura mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Sapura diijab kabulkan dengan Fadley dalam majlis yang penuh ceria.

“Assalamualaikum. …..” kedengaran suara memberi salam. Sapura tersentak.

“Abang! Walaikumsalam. ..” senyumnya melebar melihat Fadley dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Sapura. “Terperanjat Pura! Bila abang masuk? Pura tak dengar bunyi pintu dibuka pun?”. “Saje aje. Nak suprisekan Pura!” Fadley membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Sapura. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Fadley. Mungkin Fadley beli “perfume” yang baru dari Penang , fikir Sapura.

“Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?” “By air…” ringkas jawapan Fadley. “Habis kereta abang?”. “Pada Mat Noor…” jawab Fadley. “Oh patutlah..” Sapura hanya menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mat Noor.. salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun.. Mat Noor menumpang kereta Fadley. Sementara Jeffri rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Awang Sabaruddin rakan kongsi mereka yang ke empat. “Hah! Jeffri tak ikut abang balik ke?. Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu….” tanya Sapura.

Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jeffri, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. “Nanti dia datang…… .” ujar Fadley. “Mana budak budak Pura…?” tanya Fadley. ” Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah tu….main basikal satu hari.” “Basikal?” tanya Fadley.

“Hah ah.. ayah belikan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..” jawab Sapura sambil meletakkan milo ais kegemaran Fadley di depannya. “Abang laparlah..belum makan. Pura masak apa?”. “Ah…. Pura masak lauk favourite abanglah…” senyuman Sapura meleret. “Kari kapitan?” teka Fadley. ” Apa lagi……” “Bagus jugak tu… Pura siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang….”. “Habis dengan mamanya tak rindu ke?” usik Sapura. “Tersangatlah rindu…..” jawab Fadley lalu mengucup dahi isterinya lagi. Sapura tersenyum melihat Fadley berlalu. Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Fadley yang penyayang.

Fadley terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Fadley merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Fadley fikirkan. Dia tahu.. Sapura seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Sapura dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Sapura masuk ke bilik anak anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Fadley menyeka airmata. Sapura hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Fadley menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Sapura walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Sapura. “Bang…. kenapa ni…?” Fadley mengangkat muka memandang Sapura.

“Pura…kalau apa apa jadi pada abang.. Pura jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. .” ujar Fadley lembut. “Eh….apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Pura dah siapkan tu”. Pura janji dengan abang dulu….” rayu Fadley. Sapura merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Fadley hari ini. Tidak pernah seingatnya Fadley berperangai pelik seperti ini. “Yalah…Pura janji. akhirnya Sapura bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi. “Pura…abang ada belikan Pura sesuatu….” ujar Fadley sambil menyeluk poket seluarnya.

“Eh……gelang zamrud….” senyum Sapura tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan. “Pura ingat tak gelang ni?”. Gembira benar hati Fadley melihat keriangan di wajah Sapura. “Ingat!!!!!??” Sapura mengerutkan dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu. “Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai emas di Komtar? Pura suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada duit nak belikan Pura. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan belikan juga gelang tu untuk Pura.

Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli….”. Terpegun Sapura mendengar cerita Fadley Sungguh tidak disangka setelah sekian lama.. Fadley masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih sayang Fadley selama ini sudah cukup buatnya. “Terima kasih bang….” Sapura memeluk suaminya.

“Happy seventh anniversary sayang….I love you…”. bisik Fadley ke telinga Sapura. “I love you too..” balas Sapura. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. “Jeffri agaknya tu….” bisik Fadley. “Tak pa. Biar Pura yang buka pintu….” Sapura bangun melepaskan pelukannya. “Pura….”Fadley menyambar tangan Sapura. “I love you…very very much…..” Fadley mengucup tangan Sapura.. penuh kasih. “Me too..” jawab Sapura pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka.. terpacullah wajah Jeffri dengan rambut yang kusut masai. “Hai..Jeffri. Apa kena dengan kamu? Selalunya “smart” memanjang. Hari ni lain macam aje?” usik Sapura. Jeffri hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melabuhkan punggungnya di sofa.

“Puraa…can you please sit down..”, pinta Jeffri. Sapura mengerut dahi. Apa kena dengan si Jeffri ni agaknya? detik hatinya.. “Please…I have something very important to tell you…” pinta Jeffri lagi. Sapura semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Jeffri tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. “Pura…apa pun yang Jeffri nak sampaikan ni.. Jeffri nak Pura sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang…” perlahan ayat yang keluar dari mulut Jeffri. “Apa yang you merepek ni Jeffri?”. Teka teki terus bermain di benak Sapura. “Pura……. Fadley… …Fadley kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Pura…” tersekat sekat kata-kata itu keluar dari mulut Jeffri. Sapura tertawa kecil.

Sandiwara apa pulak yang Jeffri lakonkan nie..mengarut betul? Fadley kan ada di rumahnya tika dan saat ini. “Apa ni Jeffri…kalau nak bergurau pun biarlah bertempat… ” balas Sapura. “I’m serious Pura…..Jeffri yang saksikan sendiri.. “Sapura terpegun. Mana mungkin Jeffri berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya, gurauan apakah ini..gumamnya sendiri… “Jeffri….. apa yang Jeffri repekkan ni…Fadley kan dah balik.

Dia ada dekat bilik anak I.. I baru berbual dengan dia” ….”Apa? Fadley dah balik?” terbeliak mata Jeffri. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Fadley di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Fadley dirempuh lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Bukit Merah tadi. Dan setelah jenazah Fadley dibawa ke hospital dengan diikuti Mat Noor dan Awang Sabaruddin, dia terus memecut menuju ke Johor Baru untuk ke rumah Fadley. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Sapura sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah menelefon Mat Noor untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Fadley pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Fadley pulang ke rumah?

“Jeffri…you dengar tak apa Pura cakap? Fadley dah balik…” Sapura mengejutkan Jeffri dari lamunannya. “Pura….Jeffri tak tahu apa nak kata apa. Tapi percayalah, Jeffri sendiri yang melihat kejadian itu. Fadley meninggal di pangkuan Jeffri… “Bohong…Fadley dah balik…Nanti biar Pura panggil dia….”

Sapura semakin binggung. Apa tujuan Jeffri ..bercerita yang bukan-bukan padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Fadley tiada di situ. Ah! Tentu Fadley di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil memanggil nama Fadley. Tiada respon, dia ke bilik air, tiada juga.. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Fadley mungkin ke sana . Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Sapura terduduk di ruang makan. Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Jeffri sampaikan? Mimpikah dia? Jeffri hanya memerhati gerak geri Sapura. Pilu hatinya melihat Sapura berlari ke sana sini mencari Fadley yang dikatakan sudah pulang. “Pura…arwahnya mengamanatkan sesuatu…” Jeffri menghulurkan kotak berwarna merah. Sapura hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud. Terlopong mulut Sapura. “Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jeffri pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu…tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga” sayu je suara yang keluar dari mulut Jeffri. Sapura memandang Jeffri. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Fadley.

Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. “Ini ke Jatt?” tanyanya perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Fadley membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Fadley menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Sapura. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Sapura?.

Apakah benar keterangan Sapura bahawa Fadley sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Sapura? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Sapura hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.

Kalau benar Fadley sudah tiada….sebagaimana kata Jatt.. siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Sapura menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Sapura masih mengharap akan kepulangan Fadley.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Fadley tiba di rumah.. barulah Sapura yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi akan segala-galanya…

Asam Lada Ikan Duri


Hah dah boring asik tayang lauk yang sama jerr kan... ni pon yang sama gak hihihi baru nak sihat ni tekak memang teringin laa makan yang pedas2 tapi waspada selalu ni pon masak memang kaw tapi cuit isi jerlaa sket2 kang badan sendiri yang merana.. sabor jerlaa kan...


ok ni resepi ulang tayang... bila dah nampak ikan duri kat pasar makanya dah lama tak beli bila dah beli masak apa lagi memang masak asam pedas lorrr yang lain cam kurenggg... jom layannnnn

bahan2nya
2 ekor ikan duri (bersihkan rendam dengan garam dan asam jawa)
minyak masak
garam & gula
daun kesum
air asam jawa / asam keping
1 1/2 cawan cili kering kisar
kisar halus 
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan
kisar kering (sangai*)
1 sudu jintan manis
2 sudu ketumbar biji
1 sudu jintan putih
3 biji lada hitam
mayang halus / untuk menumis
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai di ketuk
secubit halba


cara2nya
panaskan minyak dalam periuk masukkan serai dan halba serta hirisan bawang putih dan merah.., tumis hingga naik aroma, masukkan bahan kisar dan cili kering masak hingga terbit minyak, masukkan bahan kisar kering kacau sekejap dan masukkan ikan, kecilkan api masukkan air anggaran dalam 2 cawan, kacau rata bila dah mula mereneh masukkan air asam jawa, gula, garam dan daun kesum didihkan hingga kuah pekat dan ikan masak.. siap untuk dihidangkan bersama2 nasi putih... perghhhh terangkat!


note : *sangai tu bermaksud goreng tanpa minyak dalam kuali dengan api kecil.

Tuesday, July 5, 2011

Peria Goreng Tepung


Saper pernah makan peria goreng.. ni antara my peberetttt... semasa dlam pantang peria ni dah jadi cam ulam kena makan 2 minggu pertama mentah dan regunya ialah air asam jawa n lada hitam... kalau terkena yang pahit tu fuiyoooo pahit wooo masa tu cam rasa "kenapalaa kena makan mentah2 camni takleh goreng ke makkk???" mak kata "tak boleh" huhuhuhu


perghhhh berasap lagik tuh...!! selepas tempoh 2 minggu mak gorengkan peria tuk aku, garam n kunyit jerr tu pon cam balik2 dalam minyak jerr tak garing pon.. oklaa kan tukar selera sehingga habis pantang.. n still pahit lagik sbb... tak garing! bila aku buat sendiri aku goreng garing2 makan dgn nasi panas2... bila terlihat resepi peria goreng tepung dalam blog kak jee langsung nak mencubanya... ternyata lebih sedap lagi.... jom layan resepi...


bahan2nya
5 biji peria (peria katak - di potong bulat spt dlm gambar buang biji di tengah)
garam & kunyit secukup rasa
2 sudu tepung goreng ayam - aku guna HPA
2 sudu tepung jagung
minyak masak


cara2nya
potong n basuh bersih peria, satukan tepung HPA dan tepung jagung. gaulkan peria dengan garam n kunyit, pamaskan minyak, taburkan tepung dan goreng garing.... tersangatlahhh sedapnya.. macam rasa cendawan goreng tepung pon ado....

Monday, July 4, 2011

sosej pedas manis


Entah hapa2 laaa yang aku masak, tapi ni memang budak suka makan dengan roti letaklak cheese kdg ratah camtu jerr... bantai laa


nak gak ke resepi... hehehe meh senang jer kalau dah pening nak wat b'past pepagi tadaaaaa

  • 1 sudu bawang putih kisar
  • 1 sudu cili kering kisar
  • minyak masak
  • garam & gula
  • sedikit lada hitam
  • 3 sudu sos tomato
  • sosej secukupnya

panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi masukkan cili kering... kacau hingga pecah minyak masukkan sosej , gula, garam dan secubit lada hitam kacau rata masukkan 1/2 cawan air dan sos tomato kecilkan api biarkan didih hingga sosej masak... hidangkan dengan sekeping cheese dia atasnya..

Pengat Labu & cha cha


Meh layan resepi dah jadi lumrah aku memang akan memasak... tak kiralaa berapa kali seminggu memang akan memasak walaupon menu tu dah ulang tayang bila dah ulang tayang tu memang takderlaaa semangat nak amik gambar kan... hehehe ok kalini mak teringin sangat nak makan pengat labu.. kebetulan pulak bila selongkar peti sejuk terjumpa lebihan cha cha aderlaa dalam suku cawan dan sebuku gula Anau (enau) yang di beli ketika balik kg! memang gula enau ni banyak dijual sekitar jalan kuala pilah dalam daun kelapa dalamnya ada 5 buku aku lebih suka guna enau ni dan gula melaka menjadi pilihan no 2 makanya nisang terengganu jatuh no 3... no 4 lak gula merah atau paling takde gula pasir yang akan hanguskan hahaha


takde sukatan yang agak tepat semuanya main lebur dan ikut sesedap rasa pengat a.k.a bubur ni lebih kurang jerr pembuatannya..

rebus cha cha hingga lembut bersama2 daun pandan yang disimpul masukkan gula anau biarkan hingga gula larut dengan air tambahkan secubit garam dan sedikit sagu mata ikan, kacau rata sebelum masukkan santan cair dan labu yang di dadu..., kacau sekejap hingga labu masak terus masukkan santan pekat kacau sehingga mendidih, rasa jika perlu tambahkan gula pasir sesedap rasa. Boleh dihidangkan panas atau sejuk...

Bantuan buat Norma insan sesama islam..

Awal bulan June 2011 tempohhari aku juga mengalami sakit yang mengganggu fikiranku menjerat bermacam persoalan dengan kesakitan yang aku rasakan... namun segalanya berlalu dengan kesyukuran alhamdulillah aku bebas dari kanser yang paling menyesakkan otak aku ketika itu.. ya aku masih tak berkesempatan ataupon tak bersedia nak share dalam blog ni tentang kisah itu biarlah dulu...  Namun apabila membaca kisah Norma dalam blog 


aku amat faham apa yang dia tanggung.. namun jauh disudut hati berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul... sekurang2nya ini sahaja yang aku mampu lakukan kepada sesiapa yang sudi hulurkan bantuan sila berbuat demikian...


wajah anaknya yang masih sepatutnya dalam dakapan ibunya setiap masa dan masih tak mengerti apa2 aku jadi sayu melihat wajah ini...


terlantarnya Norma...... besarnya dugaan Allah terhadap dirinya..

kepada sesiapa yang sudi hulurkan bantuan

cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


semoga beliau cepat sembuh semoga segalanya di permudahkan aminnnn...