Thursday, August 25, 2011

SALAM KEMAAFAN DAN CORNFLAKES MADU BERBADAM

Salam sayang dan assalammualaikum... hati semakin rasa sayu nak meninggalkan ramadhan... harapan dan doa semoga bertemu lagi pada ramadhan akan datang.. semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki kami aminnn...

pagi2 camnih entah kenapa hati rasa sayu.. minggu ni minggu yang agak mencabar banyak benda nak diuruskan sebelum balik kg.. thn ni turn raya kat JB... insyaAllah akan berangkat ke Seremban pada hari raya ke2... dan pulang semula ke terengganu selewatnya Jumaat... moga Allah pelihara perjalanan kami bagi meraikan hari raya bersama kedua keluarga..


ok.. berbalik pada gambar kalini hasil kerja Nur Dini.. not bad... nnt nak suruh dia operate lagik mcm2 kamera digital tuh... ada rezeki nak carik camera lain  huhuhuhu berangan... hubby kata sabor ye yang...! hehehe sian jadi suami ek..., kalo bini mcm2 mintak... hahaha aku sajer jerlaa type ni aku tak mintak ponn... cuma aku ada cakap gambar blog aku tak berapa nak menawan laa bang!

disebabkan minggu ni banyak kerja.. aku mungkin akan cuti berblog sementara tumpuan KEMASAN terakhir sebelum berangkat pulang.. cadangnya nak buat 1 jenis lagik biskut.. tapi cam malas jerr... tengoklaa nnt.. harini baru nak shopping... selalunya takdelaa last minit camni.. semuanya gara2 aku sakit.. banyak benda yang terHOLD...


nak resepi... hehehe malas nak type meh jengah SINI sebab cornflakes madu ni memang menjadi kegilaan anak2 dalam rumah ni...
salam sayang semua pembaca setia blog ni.. salam kemaafan juwerr dari aeini at home sekeluarga dan semoga anda semua berbahagia di hari lebaran bersama keluarga.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, August 23, 2011

walnut with crispy chocolate cookies


huhuhu tersangatlaa sedihnya dengan gambo2 nih along yang amik.. kalau dia takde alamat tak bergambar lah jawabnya.. entah kenapalaa badan aku dah hujung2 poser nih menduga iman betul.. apa yang aku perasan sejak hubby belikan aku air sarang burung sureco aku minum masa sahur pas subuh jerr mengantuk giler bantai melepek jerlerr.. kalau minum waktu berbuka belum masuk isyak mata dan mengantuk sesangat.. bila tak minum gagah laa pulak... so aku dah seminggu tak usik ubat tuh!


ok jom layann resepi biasalah sapa yang dah lama kenal or baca blog nih dah paham ek, aku resepi ni main bantai jerr tengok bahan apa yang ada dalam stock.. kacang walnut ni agak lama juga dalam peti tu tak berusik.. anak2 tak berapa suka.., aku suka masukkan walnut dalam cake tapi budak2 ni tak makan bila ada kacang dalam cake tuh kang akuuuu gak yang melantak sbb sayang kann.. so apa yang jadi nnt...

bahan2nya
300 gram buttercup
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
sekeping crispy chocolate - dicincang
1 1/2 cawan kacang walnut - dikisar
1 cawan tepung jagung*
3 cawan tepung gandum*
*satukan dan ayak

cara2nya
putar butter, masukkan gula halus dan esen vanilla putar lagi hingga sebati, masukkan kacang walnut ratakan dengan tangan, masukkan pula tepung gaul dan ramas (rasa jika adunan terlalu lembik tambahkan lagi tepung akhir sekali masukkan chocolate crispy cincang dan terap mengikut acuan yang di kehendaki... bakar pada suhu 170 selama 13 minit atau hingga masak.

Coconut Pandan Cookies


entah kenapa tah tahun ni banyaklak kuih colour.. sebenarnya aku jarang betul guna pewarna dalam biskut cukupla dengan manik2 berwarna warni tuh... dan selalunya pon hiasan menggunakan kacang, coklat n cerrys.. tapi thn ni 2 jenis biskut haku berwarna,, hubby tengok pon wahhhh...


ni pon hasil kerja syahmi minggu tu.. ada dia semangat sket aku nak wat kuih raya sbb dia suka tolong.. termasuklak ica n angah.. so aku cuma bancuh adunan dan terap urusan membakar dan menyimpan semua anak2 yang settlekan...


Kalau beli tak puas makan... n lebih baik sediakan sendiri kitau tau apa bahan yang kita gunakan...


bahan2nya
250gram butter (buttercup)
2 sudu besar susu segar
1 cawan gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh pes pandan berwarna hijau
1 cawan kelapa kering
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
white chocolate rice untuk hiasan


cara2nya

  • satukan semua bahan kering gaul rata dan ketepikan (tepung gandum, jagung, kelapa kering.
  • putar hingga lembut butter, kuning telur, esen vanilla, pes pandan, susu segar dan gula halus.
  • masukkan bahan kering gaul dan ramas.
  • terap acuan yang sesuai.
  • bakar pada suhu 175 atas dan bawah selama lebih kurang 12 minit.

Monday, August 22, 2011

Tart Strawberry


hmmm dah lost track berbuka apa ek.. ada majlis berbuka sana n sini aku pon tak snap gambar masak pon cam dah malas snap gambo penatlaa.. skang ni serahkan tugas mengambil gambar kat anak2 tengok talent dia cemana lak... ni along bali dia yg snap gambo2 kukis ni.. mmg ada sedikit hampa laa but ok.. aku sibuk tak cukup tangan mmg buat kuih raya ni memenatkan.. poser lagik kang tgk jam terkejar2 pulak nak masak tuk berbuka.. huhuhu... 


ok kang aku membebel tak sudah lak... jom layan resepi nih.. sama jerr cam tart biasa cuma ditambah pes strawberry..


bahan untuk jem
1 botol jem strawberry
3 sudu besar jem nenas (beli siap)


(campurkan semua dan kacau dalam periuk hingga jem agak pekat dan kental)


bahan2nya
250gram butter / planta
3 sudu besar tepung jagung
4 cawan tepung gandum (tepung halus)
2 sudu besar gula icing
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh pes strawberry
secubit garam (optional)


cara2nya

  • satukan bahan kering tepung, gula icing, tepung jagung dan garam kacau rata.
  • butter, pes strawberry dan esen vanilla kacau hingga lembut dan sekata putar guna mixer pon ok.
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit ramas2 sahaja
  • terap guna acuan (jika nak wat tart gulung kurangkan secawan tepung gandum supaya senang dan picit acuan semperit tu) letak jem di atas.
  • bakar suhu 170 selama 10 ~ 13 minit.

Saturday, August 20, 2011

Seni Menjahit


hmm... nilah hasil aku belajau menjahit start bulan march rasa2nya.. takat ni jerlaa cikgu aku meroyan.. hampesss.. byk betul hal dia aku lak tersakit tempoh hari langsunglaa niat nak wat baju raya tahun ni terkubur camtu jerr.. lagipon kelengkapan menjahit aku masih terkapai2 lagik.. cik hubby tu lak g belikan mesin besor brothers tuh..., tak menangis aku yang baru nak belajar jahit manjahit nih.. laju gilerr mesin tu.. walaweiii aku nak mesin jahit singer yg biasa2 tu jerr dia g beli besor gedabak industri punyerr huhuhu nanges!!!


harini dengan xcitednyerr cik tukang jahit menepon aku.. bg tau baju yg aku tempah dah siap.. aku pakai cam oklaa leh sarung cuma aku rasa tak puas hati dengan cara jahitan dan potongan.. pada aku dia tak pandai ukur, buat keje nak cepat sebb almaklumlaa tempahan banyak... pendek kata ala2 cincai... entahlaa aku tak jumpa lagik tukang jahit yang betul2 membuatkan aku puas hati.. maybe aku cerewet.. selama aku dibesarkan aku dah biasa pakai baju yang emak jahit.. agaknyer sebab tu lerr...
bila lihat kualiti jahit camtu aku betul2 rasa tak berbaloi dahlerr upah mahal cam sembelih jerr... kalau betul2 dia sembelih... jawablaa bila dah zero sok.....

Sunday, August 14, 2011

Lemak Tempoyak Udang pedas


menu ni aku masak masa mak mertua datang ke rumah sebelum poser ituari... dok tersadai dalam draff entah apa yg sebuk bona entah!!.. hehehe tapi memang busy pon... dengan benda remeh temeh... aku lak kalo mengemas memang lembab sebab betul2 kemas punya habih segala ceruk aku punggah memunggah pastu baru mengemas... tulaa pasal semua pon jadi lambat...
 k resepi ni mudah jerr... dah nama pon musim durian.. kan tengok dalam peti ada lagik setengah tupperware tempoyak tak terusik.. biasalah rumah ni tempoyak tak berapa nak laju.. benda2 yg ada bau2 nih memang slow laa... jarang2 tapi yg laju belacan... sambal belacan jarang putus sebb hubby suka...
ok jom layan resepi

bahan2nya
1/2 kg udang
1 cawan tempoyak
1 cawan santan
10 biji cili padi
sedikit kunyit hidup
garam & asam keping
bawang merah kecil - mayang halus
daun kunyit mayang - mayang halus
2 batang serai - mayang halus
sedikit sayur pucuk ubi rebus - mayang halus

cara2nya
tumbuk cili padi dengan kunyit hidup hingga lumat, kemudian renehkan atas dapur bersama2 tempoyak, masukkan udang perasakan dengan garam n gula, adakalanya tempoyak agak masam so tak payah letak asam gelugur rasa dan agak2 sendiri wokey... masukkan santan dan semua bahan yang di mayang kacau hingga mendidih.. kalau suka petai boleh juga di masukkan dalam kuah ni... dah siap matikan api bolehlaa dihidangkan.

bUNGERRRR BARUUU


Kalau dah bersidai kat romantika paka atau ssf kuantan atau mana2 kedai bunga cam tak sah tak terbeli... dan inilaa bunga untuk thn ni.. aku beli sket jerr... semua pon mahu tampal kat dinding... berjaya letak kat cermin dinding...


lavender baru tuk atas meja bulat... bila sumer dah panjat dinding takdelaa plak kat atas meja.. huhuhu beli gak!!

Saturday, August 13, 2011

Brokoli dengan Udang


yang ini juga menu iftar 13 sekejap jerr dah hampir 2 minggu poserr.. kuih raya pon belum start buat lagik... dah 2 minggu puasa barulaa seronok nak buat n alhamdulillah juga hubby insyaAllah dapat bercuti raya tu pon dapat balik sehari sebelum raya kami akan bertolak hari mantai 29hb from kerteh to Ulu Tiram JB.
JOM LAYAN resepi...

bahan2nya
2 ketul sayur brokoli
6 ekor udang
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
1 batang cili merah - hiris
garam
secubit serbuk kunyit
minyak masak


cara2nya
tumiskan bahan yang dihiris masukkan udang taburkan dengan garam dan serbuk kunyit.. biarkan udang masak dan masukkan pula sayur brokoli.. kacau rata hingga sayur masak.. siap dan angkat...

Bawal Sweet Sour


yang ini pun lauk berbuka tadi... dah masak ikan parang sian pulak kat anak2 susah nak makan ikan banyak tulang... so masakkan yang ini.. dah nama pon hubby bawak bekal sebolehnya dia nak berbuka lauk lain nak sahur pulak lauk lain... ni pulak tadi dah habis licin.. huhuhu sahur ni kena masak lain laa pulak..



ada banyak cara masak sweet sour ni ek.. aku masak yang senang2 jerr..  yang ni pon dah ku kerat2kan itu ikan huhuhu malas goreng sekor2 sbb hubby nnt komplen ikan cam hanyir sket katanya.. tu yang jarang beli... yang penting boleh dimakan...
jom layan resepi simple ini... 


bahan2nya
1 ekor ikan bawak hitam - potong bersihkan gaulkan garam n kunyit goreng garing
1 labu bawang besar - hiris bulat
3 ulas bawang putih - dicincang
sedikit halia - dicincang 
garam n gula
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
minyak masak untuk menumis


kisarkan / tumbuk
3 biji cili padi
3 biji cili merah


cara2nya
panaskan minyak dan tumiskan bahan dicincang hingga naik aroma dan masukkan pula bahan kisar tumis hingga pecah minyak, setelah tu masukkan sedikit garam dan gula serta semua jenis sos kacau rata masukkan pula bawang besar dan ikan biarkan sebentar dan boleh dihidangkan..

Asam Pedas Ikan Parang n pizza rentung hiksss - iftar 13


asam pedas ikan parang.. menu berbuka tadi nak resepi tengoklaa http://aeinisugar.blogspot.com/2010/11/asam-pedas-ikan-parang.html


aduhaiii lenguhnya tangan nak menaip masak mcm2 sket arinih..., biasanya masak lauk jerr n kuih beli wat air pon balik2 sirap selasih, sirap laici. oren sunquick dengan garam rehidrasi, buahan dalam tin tu jerlaa ulang2 tapi yg sedap kat tekak aku memang sirap selasih laa... shur lak mesti nescafe panas atau milo atau kopi.. huhuhu giler kopi susu segar suam atau susu sustagen vanilla tuk budak2 nih...


leka ngadap game kat fb, pizza sudah terlebih masak sudahhh rasa.. ofcozz sedapppp... garing2 gitu..

Iftar 8 ~ 11


Inilaa akibatnya tak updte blog hari2 kan dah lupa.. hehehe ni sebahagian menu berbuka dan bersahur yang kebetulan aku snap gambo ader tu tak sempat snap.. langsung.. memang lately aku jarang amik gambo..., bukan apa..., syahmi selalu tengok blog aku nih.. bila dia balik...,  pehtu.. siaplaa dia bunyi "ooo along tak rasa pon makan yang ni yang tu.. dahlaa along kena makan dalam dulang kat asrama.." adehhh serba salah gak dibuatnya... tu yg kadang2 hmm jadi tak rajin... ok kat atas tu mee goreng mamak goreng biasa jerr makan dengan keropok goreng... yerlahh boring gak makan nasi hari2


ni pulak nasi goreng pedas ada nasi terlebihkan nak buang sayang sahur kot yg ni biasalaa dengan telur mata lembu dan ulam timun cam biasa..


kerang rebus... dengan daun kunyit dan cili kering pehtu isi kerang tu wat kuey teow goreng.. heheh wa tak amik gambar gak..


huhu yang ni nek bat jiran bagik 1st time makan.. aku tak pernah makan sebelum ni, beli pon tak pernah.. nekbat ni mcm kuih bahulu tapi tawar takde gula n kuah tu air gula pasir dengan sedikit pewarna barangkali.. rasanya.. sedappp aku simpan dalam peti sejuk makan sejuk2... thanks kak ju..


yang ni pon beli dengan kak na jiran sebelah kuih tako dia memang best! manis2 buah di bawah lemak2 santan di bahagian atas.. kak na pon dah malas nak anyam daun pandan dah tak cukup masa katanya senang jual dalam tuh jerr.. rasa masih best lagik tapi kalau dalam daun pandan tu lagilaaa cedapppp... makan sejuk2 gak..


yang ni biasalahhh penangan bazaar ramadhan.. ayam percik pon 1st time beli, pada aku takleh celenlaa dengan ayam percik kat bazaar paroi di seremban dan bazaar kota tinggi JB , masa dok type ni teringat2 lak rasanya... huhuhu kami tak dapat balik puasa di mana2 kg pon thn ni.. dapat balik raya pon sehari sebelum raya huhuhuhu... ok gambo belakang tuh segala macam kebab dan gambar bawah tu murtabak daging dengan kuah kari...


dan gambar yang terakhir ni ayam masak kicap tak ingatlaa sahur atau ketika berbuka.. perasan gak bulan puasa kali ini banyak kali gak masak kicap tu jerr yg naik selera nak makan.. kalau tak memang tak makan pon jamah2 jerr...


yang aku ingat iftar ke 10 juadah beli nasi kukus n nasi ayam masa berbuka sebabnya kedai nasi beriani tu tutup.. sedihhh!! iftar ke 11 pulak keluar makan di luar restoran tanjung kegemaran kami sekeluarga sbb hari tu jemput syahmi balik dari asrama.. bulan puasa ni tiap minggu dia balik...

Udang masak lomak cili padi dengan nenas iftar 12


Salam... aku dah lost track hehehe ni juadah semalam ke pasar tani dengan abg hmm apa lagi bila nampak udang... dia dah tercuit2 bini.. huhuhu aku tawlaa dia nak..!!! beli lorrr dan takleh masak lain mesti gulai lomak nogori..  Along pon ada.. hmmm sayangnya abg keje malam masuk kol 6 ptg balik kol 7 pagi... bawak bekal lorr..


resepi sama jerr.. cam yang sudah2 cuma yerlaa dah zaman malas nih aku blend jerr kalau dulu2 zaman anak dara sure dah kena bebel dengan mak suh tumbuk... tumbuk pon bukan sembarangan kena tumbuk garam kasar dengan kunyit hidup dulu sampai betul2 lumat then masukkan cili padi kampung tumbuk lumat sampai biji2 cili pon kena lumat baru kick, kalau tak mak kata 'takde orang nak meminang' huk elehhh!!!  santan pon kena perah n asing perahan pertama hingga ke 2 kalau ada kena perah kali ke 3 dan kena juga perah santan kali ke 4 semua sekali kena 3 bekas.. huhuhuhu nak makan masak lomak jerr tuh! syukran zaman sekarang ni semua pon ready santan segera ada santan pekat pon dah byak dijual di mana2

bahan2nya
1kg udang
1 biji nenas (saiz kecik)
asam keping
santan pekat
sedikit air atau santan cair
garam
tumbuk lumat atau kisar halus
segenggam cili padi kampung
2 inci kunyit hidup

cara2nya
masukkan semua bahan dalam periuk kecuali nenas, kacau hingga kuah santan mendidih masukkan nenas biarkan sekejap anggaran 3 minit bolehlaa di matikan api..

Cucur Udang beroti


hmmm dah lost track dah aku nih.... sebenarnya cucur udang ni dah beberapa kali aku wat sebab nak menghabiskan roti maklum jerlaa poser.. sapa nak makan kan kan... tapi dulu2 sangatlaa rajin wat letak sekor udang kat atas... masukkan bancuhan tepung dalam senduk leper letakkan sesekor udang dan rendam dalam minyak panas pastu bila dah agak garing alihkan senduk dan balik2kan cam goreng cucur.. sekarang.. entah kenapa makin malas... fuhhhh!!!
kalau dah ngadap benda ni aku tak makan nasi pon takper...
jom layan resepi..
bahan2nya
3 keping roti breakthru - siat2kan
2 cawan tepung gandum
air
daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang besar - hiris halus
sayur taugeh
garam, lada sulah
1/2 sudu teh yeast
secubit serbuk kunyit - untuk warna
udang kering - kisar
1/2 cawan udang basah


cara2nya
satukan semua bahan kacau rata masukkan air kacau macam nak goreng cucur setelah tu gorengkan dalam minyak penuh yang panas hingga masak..


untuk sos pula.. bahannya agak2 sahaja, cuma gunakan cili merah, cili padi, garam, gula sedikit cuka dan sos cili, kisar semua dengan sedikit air suam masak atas api sederhana hingga mendidih akhir sekali masukkan kacang gajus goreng yang dikisar.

Monday, August 8, 2011

Ayam Goreng Cajun berserai ~ iftar 7


yang sebenarnya aku dah lama nak buat ayam goreng bercajun nih tapi asik lupa jerr nak beli rempah cajun tuh.. bila balik rumah dari tmc alahaiii lupa lagik.. semalam barulaa berkesempatan.. tapi akunyerr serai pon sket jerr pehtu perap tak lama.. tapi rasa memang bestlaaa.. nnt akan ku buat lagik... nnt aku share resepi cucur udang lak ek... semalam gak buat...


mintak izin copy n link ek mas... macehhhh..


Ayam Goreng Cajun Berserai
Resepi : HaSue
Sumber : Kak Nor
Bahan :

  • 2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
  • 4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
  • 1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
  • 1 tbsp serbuk ketumbar
  • 1 tbsp rempah cajun
  • 1 tsp serbuk jintan putih
  • Garam dan perasa(jika suka)
  • Serbuk cili(jika suka pedas)
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Cara memasak :
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
  2. Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan.


Iftar 6 beli jerr lokasi bazaar ramadhan Paka


Kalini tayang menu pilihan kat bazaar ramadhan paka.. budak2 ni memang tiap kali hantar syahmi balik asrama akan ajak singgah kat pasar malam paka semata2 nak beli kentang putar tuh! kata mereka yang kat kerteh tak sedap... tapi memang pon yg kat paka ni nampak pon dah sedap dah..opsss lupa lak gambar atas tu laksam ala2 laksa terengganu.. peberet kami sekeluarga... rasa ok.. cuma laksam tu cam tertebal sket.. warung kakak ni memang jual laksam n laksa terengganu jerr...


membeli tak ikut nafsu lerr cekononkan...tapi dah bawak budak2 semua.. apa lagik.. tu pon aku terlupa snap gambor kebab segala kaler air huhuhuh... ok ni kuih  onde2 atau buah melaka.. tapi kat rumah ni budah2 panggil kuih "kohcaa" aku jadi pelik gak mula2nya hubby kata singkatan "KEKOH CAAAAA" HAHAAHAHAH gelak aku!!! bila gigit (kekoh) kuar chaaa (gula cair)...


hubby mana leh takde nasik kan.. so dari beli lauk yg merapu2 tu belikan dia ikan cencaru panggang nih.. dan beli ni pulak kat kedai zul besor kerteh..antara kedai terpilih dengan rm dan rasa...


dengan sambal belacan mangga air asam also from zul besor.. walapon manis terasa pedasnya.. best!


bila balik rumah.... kentang putar yang di carik tak jumpa.. dah kenyang berbuka makan laksam budak2 mintak burger untuk moreh.... so aku watlaa chicken sandwich ala2 AnW.. tapi giant punyerrrr hehehehe

Ikan Salmon masak kicap iftar 5


Jom layan resepi simple2 jerr 


bahan2nya
2 keping ikan salmon - taburkan dengan sedikit garam n goreng sebentar
1 biji bawang besar yang di potong bulat
garam n gula
kicap
air limau kasturi


bahan kisar
5 biji cili padi
sedikit halia
2 ulas bawang putih
1 sudu campuran jintan manis dan jintan putih


cara2nya
tumiskan bahan kisar hingga wangi.. masukkan kicap jika perlu masukkan garam n gula (ikut rasa) masukkan pula air asam limau dan ikan seta hirisan bawang besar.., didihkan dan boleh dihidangkan..

Ayam masak sos n bekal hubby iftar 4


nak cerita banyak2 memang tak dapeklaa jom layan resepinya.. sebab aku dah terlambat nih.. orang dah seminggu poser dah mcm2 letak resepi den dah ketinggalan..


bahan2nya


1/2 ekor ayam potong kecik2
1 labu bawang besar - potong bulat
sos cili
sos tomato
1 biji ubi kentang - potong wedges
minyak masak
garam & gula


bahan kisar


5 biji cili padi 
2 biji cili merah
1/2 inci halia
5 ulas bawang putih


cara2nya

  • gaul ayam dengan sedikit garam n serbuk kunyit goreng keemasan, angkat dan ketepikan, begitu juga dengan ubi kentang.
  • panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi.. masukkan sos tomato n sos cili rasakan dengan gula n garam..
  • bila dah mesra masukkan ayam, ubi kentang wedges dan bawang besar masukkan sedikit air kecilkan api renehkan agak lama supaya ayam n sos mesra. matikan api dan siap untuk dihidangkan..



ni nak tayang bekal hubby huhuhu sememehkan... jangan terkejut ek, bekal ni sekali dengan sahur.. tu yg nampak banyak... siap jus, nasi, lauk, buah dan kurma... kuih lagik...
bukan aku tak belikan tupperware tapi thn ni dia nak camni.. katanya lagik senang... terus buang.. sadihh waaaa....sebabnya dia selalu terlupa bawak balik bekas... n kerja barunya sekarang takleh nak tinggalkan lama2 lagipon pantry bukan besar sgt ponn...


kepok lekor jugak... hmm camnilahh suasana bila ramadhan n bila hubby keje malam.. aku jerr anak beranak berbuka dan bersahur..., hubby berbuka dan sahur kat tempat kerja.. kuar p keja terang lagik, balik rumah pon dah siang...

takde keje bikin keje lorrr


hasil keje jongos aku.... siut jerr kan.. orangnyerr kotak tisu dah lusuh dah.. aku barulaa terhegeh2 nak wat.. yerlaaa bila dah poser camni barulaa nak terpk sumer2 barulaa dah mencarik semuanya memunggah semuanya dan barulaa terjumpa semuanya.. heheheh


sebenarnya ni projek angah thn lepas wat kotak tisu last year.. dok tersadai cantik jerr dalam bilik dierr... memandangkan aku gila menyepray putih segala bakul aku spary gaklaa kotak ni.. opsss ni hubby yg buat aku buat bakul tuari... beli stiker tampal jerkkk...