Tuesday, September 20, 2011

Fettuchini Bolognese


entah cemana tah menu ni tersadai tak ber update... huiyoooo busynya hakuuuu.... sebenarnya blogging ni ada masa cam malas jerr entah kenapa la... alhamdulillah semakin dah sampai hujung thn ni sebenarnya aku rasa semakin lega.. banyak perkara yang semakin nampak membuahkan hasil.. alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah berikan...
ok berbalik pada resepi dalam gambar tersebut.. mudah dan senangg jerr sebenarnya..

bahan2nya
setengah paket Fetuchini san remo
1 1/2 cawan daging kisar 
4 keping filet ketam - hiris serong
1/2 cawan salad (campuran kacang peas carrot dan jagung)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
minyak zaitun
air secukupnya
bahan perasa (garam & gula)
parmesan cheese
1 sudu teh oregano
1/2 sudu teh basil
1/2 sudu teh thymes


bahan kisar halus
2 biji tomato
2 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 batang saderi
1/2 batang lobak merah


cara2nya
rebus fetuchini hingga lembut (boleh guna spaghetti stok haku takde huhuhu) angkat dan toskan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun atau butter. jangan buang air rebusan pasta tu.. nak digunakan sedikit dalam sosnya nanti.


dalam bekas lain panaskan minyak masukkan bahan kisar tumis sebentar dan masukkan daging cincang dengan herba italy (oregano, basil dan thymes) kacau mesra hingga pecah minyak masukkan air rebusan pasta biarkan hingga daging empuk.. bila dah mendidih daging lembut masukkan semua sos dan bahan perasa.. serta filet ketam dan salad biarkan dalam 3 minit bolehlaa matikan api dan hidangkan pasta bersama kuah dan serbuk parmesan cheese.

Drumet Ayam Kicap


Kicap sebenarnya makanan peberet angah... salah satu kegilaannya ialah lauk ni... sebenarnya aku beli perapan ayam 5 stars brand perapan ayam ala mexico.. 1st time beli g goreng habih hitam legam.. sayangnya product ni cuma ada kepak ayam jerr.. byk dah aku pelbagaikan ayam ni sbb dah siap perapkan so senang keje.. nak2 pulak jiwa aku yg amat malas g pasar hari2 seminggu 2 kali jerr dahlaa... tgk kerajinan cik asben kalau dia ajak aku g kalau nak g sorang2 mmg malehh...


ok jom layannn recepi ...


setengah paket kepak ayam mexico (5 star)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 tangkai cili merah
1/2 sudu lada hitam
kicap
sos tiram
1 sudu teh jus lemon
minyak


cara2nya


hiris bawang putih, cili merah dan halia.., tumiskan hingga naik aroma, masukkan serbuk lada hitam dan ayam kecilkan api masukkan kicap dan sos tiram.. kalau nak berkuah tambahkan sedikit air, tak payah letak garam rasa kicap dan sos tiram dah memadai selain kepak ayam tu dah ada rasa yang tersendiri... akhir sekali masukkan jus lemon siap utk dihidangkan..

Monday, September 19, 2011

sup Ikan Dory


sejak dah rasa ikan dory ni manjang ader jerlaa stok ikan ni kat dalam peti tu .. sebab aku kan rajin p pasar... pasar aku bukak peti jerr tgkk apa ada.. then jadiklaa lauk...
aku dah try masak lemak cili padi, asam pedas n kalini masak sup senang wooo takde tulang...

ok jom layannnnnn

1 bungkus ikan dory (ada 4 keping filet ikan)
1 batang lobak merah
bawang goreng
hirisan daun sup dan daun bawang
1 bungkus sup bunjut ikan
air secukupnya
minyak utk menumis
garam

kisar halus
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji buah keras
1/2 sudu teh lada hitam

cara2nya
panaskan minyak tumiskan sup bunjut ikan dan bahan yg di kisar halus.. hingga terbit minyak masukkan air, ikan dan lobak merah.. bila dah mendidih masukkan bahan perasa (garam) dan sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup & bawang... 

Rendang Itik


Masih lagi beraya ek... hehehe minggu lepas kalau tak salah.. dok masak rendang itik ni.. tapi sibuk sana sini lambat laa dia bersiaran...


kami balik beraya di kg! pagi raya pertama tu kepala cam weng jerr maklumlaa petang tu bergerak ke JB berhenti nak beli lemang kijal makan asap jerr... siap lalu jalan lama lagik nak carik lemang semuanya fullbooked.. adehhhh so sedihhh.. atlast aderlaa satu kedai tu sian bgiklaa kita beli 3 batang.. sampai pekan pahang byk gak org jual lemang sana sini tapi tak confident nak beli.., sampai jb dah tengah2 malam.. juadah raya 1 tu tak teringat langsung nak snap gambo... nak bergambar sekeluarga pon entah kemana2...


ok jom share resepi ni. sama jerr cam rendang ayam.. cuma digantikan dgn itik hubby teringin tgk daging itik tu besor dari ayam..

bahan2nya
1 ekor daging itik
1kg santan pekat
minyak masak
daun kunyit -mayang halus
2 sudu besar kerisik
asam keping
garam & gula
bahan kisar halus
4 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
10 biji cili padi
10 tangkai cili kering
1 sudu besar serbuk kunyit
15 biji bawang merah 
8 ulas bawang putih


cara2nya
perapkan daging itik bersama dengan serbuk kunyit dan garam selama 1/2jam dan di goreng separuh masak, dalam kuali lain renehkan bahan2 kisar dalam 1 minit, kemudian masukkan santan.., kacau rata masukkan daging itik api sederhana kacau sekali sekala hingga mesra. bila kuah dah mula mengering atau daging dah lembut.. masak itik ni agak lama sedikit berbanding masak ayam daging sebab daging itik agak pejal. (tambahkan air jika daging masih pejal)
masukkan bahan perasa garam, gula dan asam gelugor kacau lagi bolehla masukkan kerisik akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit dan bolehla di matikan api...

Sardin curry


mesti peningkan bila hari2 kena masak nak try mcm2 resepi yg ada dalam tenet ni pon takut2 gak takut terbuang tak makan sebab tak biasa makan hehehe so ini adalah resepi omak den... kdg2 bila balik sekolah jerr ada lauk ni capai kuali goreng telur mata lembu pon dah sedap makan dgn kari dan kicap... 
sebenarnya pasal sardin ni aku ada cerita... dah kawen en hubby memang tak suka betul aku masak sardin... cariklaa masa yg dia jarang makan kat rumah barulaa masak.. terutamanya jika dia keje pg dia hanya makan malam jerr kat rumah oklaa bagik dia sardin... mak mertua di awal perkahwinan aku dulu selalu masak sardin.., bila kami balik aku jenis tak kisah sebab mmg peberet ponn... dan citer yg paling best mak sendiri.. pernah ada satu ketika tu.. aku balik sekolah mak masak sambal sardin, esok balik mak masak sardin kicap, lusa balik mak masak kari sardin.. dan tulat sardin masak lomak cili padi dengan pucuk ubi.. hohohoho 4 hari lauk sardin woooo sampai skang gua ingatttt....


ni masakan mudah tau.. terutama kalau dah plan nak tinggalkan rumah lama nak off peti sejuk better masak camni jerrlaa hari2 terakhir sebelum kemana2...

1 tin sardin
1 biji ubi kentang - belah 4
1 keping asam gelugor
1/2 cawan serbuk kari ikan
2 tangkai daun kari + secubit biji sawi
minyak untuk menumis
1 1/2 cawan santan
tumbuk lumat
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit halia


panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk bersama dengan daun kari tambahkan secubit biji sawi ketika menumis, bila dah naik aroma.. masukkan pula rempah kari kacau dan terus masukkan sardin kecilkan api kacau rata.. masukkan ubi kentang dan santan. bila dah mendidih dan ubi kentang empuk, masukkan pula asam gelugor dan garam biarkan dalam seminit dan bolehlaa dihidangkan.. bertambah sedap kalau ada ikan masin atau bilis goreng..

semangat MERDEKA





OTW balik dari melawat kawan abg yg xcident masa raya2 nih beraya sekaligus.. nampak nihaaa... akulak lembab kuarkan camera langsung tak dapat shot bas yg penuh dgn bendera tuh! ni jerr yg sempat.. sib baik lalulan kami tak jem!

Sayur pucuk paku goreng


simple2 jerr nih...

2 ikat sayur pucuk paku - bersihkan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi
sedikit ikan bilis
minyak masak
sos tiram
garam


panaskan minyak masak tumiskan hirisan cili dan bawang bersama ikan bilis.. kacau hingga naik aroma masukkan sedikit sos tiram kacau dan terus masukkan sayur kacau hingga agak layu perasakan dgn garam..

Tuesday, September 6, 2011

6th September 1997 ~ 2011


hmmm september datang lagi... diam tak diam sudah 14 tahun mengharungi bahtera rumah tangga bersama2 hepi aniversary abg!! terima kasih tak terhingga kerana sudi dan mampu menjadi suami yang boleh berkongsi suka dan duka dan mengharungi segala kepayahan bersama mahupun hampir2 terkucil hehehe... semoga Allah terus panjangkan jodoh ini aminnnn demi anak2 tercinta.

Monday, September 5, 2011

macam2 raya.. evasion kena langgar bas..

Selamat hari raya mohon maaf zahir dan batin.. sudah kembali di rumah menjalani kehidupan spt biasa.. akan tetapi tersangat kepenatan, travel jauh2 ni camnilaa.. campur dengan stress yang macam2 hmm... kain baju yang cam gunung tu pon tak berlipat lagik... huhuhu.. anyway.. akan cuba update blog... sekerap yang boleh...


Kalau tahun lepas dikejutkan dengan cermin evasion yang pecah gara2 mesin rumput... kali ni dok elok2 hepi2 nak balik kg kami sekeluarga di langgar pulak oleh bas... mujurlah takde apa2 calar jerlaa settle camtu jerr maklumlaa poser last day hubby lak hmm memang jenis tak panjang cerita.. a.k.a baik hati.. aku lak lambat kuar keta sbb dok carik2 camera.. lagipon poserkan malas laa nak marah2..
kami dilanggar ketika berhenti kat trafic light kemaman.. tak serius laa tapi terkejut laa gak tiba2 terhenyak camtu.... main2 betul driver bas nih.. aku gelar bas ting2.. sebb bas yg benti2 tuh.. ramai penumpang dok tengok leh jadi saksi..
risau sebab syahmi yang ada kat belakang buatnya cermin belakang pecah aku semelih driver tuh! dahlaa syahmi ada... pat belakang sekali.., pastu alhamdulillah selamat sampai ulu tiram jb... dah tengah malam.. biasalaa memang tak biasa balik kg malam raya selalunya awal 2 atau 3 hari.. kenalaa dengarkan... kata2 yang sedap.. hehehe walaupon tak serius mana but aku anggap itu satu sindiran!!!!!
malam raya pertama kami pulang pula ke seremban.. sebaik sampai tol senawang.. temprature keter lak naik huhuhu mujurlahh dah dekat dgn umah mak... kami tertidor kat hentian PAGOH.. 4 jam gaklah... hehehe sebb letih woo mengejarkan masa yg sgt singkat nak beraya dengan kedua2 emak... tepat 8 pagi sampai kat halaman rumah mak..., hepi jerr muka dia.. anak yg ditunggu2 sejak kelmarin dah sampai...
pastu merdeka kan... mana kedai bukak nak cek itu kereta.. kenalaa baiki sendiri... huhu mujur giant bukak beli peralatan... n mujur gak hubby dah tau perangai keta dia... langsung semua projek nak kemana2 tertangguh... malam tu aku n alin (adik bongsu) g umah ayun (adik no 2) kol 2 pagi baru balik.. ayun dah pindah duduk rumah sendiri.. wooo seronoknya dia... i'm hepi for her...
dah raya ke 3 baru lah berpeluang jenguk nenek kat PD rutin setiap kali berhari raya...

masa balik ke terengganu hari jumaat tu sbb sabtu dah nak hantar along balik asrama.. pack betul masa huhuhu langsung tak terasa raya... takperlaa yang utama dapat jenguk n bermaafan dgn mak n ayah... 
alkisah lagik terlanggar pulak ba alip ba ya.. kat tengah jalan keta depan dah langgar so tak dapat elak langgar gak lalu tengah2 tripple layer dah rasa2 nya.. dok naik mpv sangatlaa clear melihat akan menatang tuh! huhuhuhu alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah...