Monday, October 31, 2011

Tanda - tanda dan saat kematian


:) suka nak share benda ni untuk renungan bersama..


Tanda-Tanda Saat Kematian
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Saturday, October 29, 2011

mimpi - "MASIH SEMBUNYI"

hmmm aku pon sibuk nak citer pasal mimpi aku ek bengong! tapi bukan mimpu uncle ek..... hehehe mimpi aku takde kena mengena dengan sesiapa hookeyyy cuma entah kenapa laa mimpi malam tadi ni menjadikan aku teringat sampai ke tengahhari.. selalunya aku mimpi memang bangun jerr dari tidur aku luper sudahhh...
tapi mimpi kali ini hmm bila bangun pagi rasa tak fresh rasa penat dek mimpi malam tadi... apa maksudnya aku tak pasti.. dan yang pastinya aku penat dengan mimpi itu...
puas gak aku goggle carik buku tuh tapi takde...
penulis buku ni... bersembunyi tapi yang peliknya memburu aku... cuba nak seksa aku tapi aku tak tersiksa walaupun aku tak dilepaskan dalam seksaan dan kurungan dia, tapi aku takdelaa tersiksa mana... cuma aku tak boleh keluar dari tempat itu.. walaupun berjaya melarikan diri tapi aku tetap diburu dan dia menjumpai aku.. sehinggalah aku tersedar oiiii letih woiiii lari sana sini walaupun hanya dalam mimpi... huhuhuhuhu
dan mimpi itu menjadikan pagiku begitu meletihkan.. yang aku masih ingat lagik... buku atau cover buku tu hanya ada warna hitam dan merah.. dengan bayangan manusia seolah2 memegang pedang dan tajuk cover / buku itu 'MASIH SEMBUNYI' itulaaa yang aku ingat sampai sekarang... aku goggle tak jumpa... PENAT!!!

Friday, October 28, 2011

The Zenith 2 ~majlis sekalung budi~


me with din.. huhuhu tua dah hakuuuu heheheh mcm2 kedut sudah nampak...


banyak kali aku snap tapi tetap gegar.. huihhhhh tensen.. harapkan gambo company camera jerlaaa...


gambar pemaleh nak bangun dari tempat duduk..


hehehe mereka itu tidak sedar wa snap picture neh!!!


hahaha dalam lif pekerja..


lif pekerja..


our bed... sebenarnya aku maleh nak ikut sebab anak2 sekolah 30hb ni dah final year exam.. Dini hampir setiap petang ada kelas tambahan.. tapi hubby dah buat muka sedih... yerlaaa majlis diakan... ponteng sekolah gak anak2 aku... huhuhuhu


husband aku tu jangan harap lerr nak pakai kot bagai... dia buat selamber rock dia jerr... mujurlah ada few friend yang macam dia gak hehehe sabo jerlaaaa


 uit.. saper nih???? memang mantap lerr vokal amy nih... n kecik betul orangnya...


inilaa jamuan mata n halwa telinga masa lunch.... dewan tu dah macam dinner dah.. dengan sejuk melampau dan candle di setiap meja aku tak hambek gambo ponn... sebab hati dah risau tinggal budak bertiga tu kat bilik dekat 3 jam... entah hapa jadi tah... sungguh pun telah dibekalkan dengan bermacam makanan n junk food serta netbook sorang satu hopefully depa ok... tak habis lagi majlis n cabutan bertuah aku belahh balik bilik.. tak lama aku naik hubby pulak terpacul.... eh...... naper tak tunggu dia kata boring aku takde... dok dengar amy terpekik2... lepas solat zohor kemas barang kita pon balik kerteh... cenderahati tu pon (digital album) tak bukak2 lagik sampai arinih...

The Zenith Hotel Kuantan


dah takde keje nak tayang gambo hotel lak kannn.. bukan apa hotel ni kiranya hotel paling terbaru kat kuantan nih.. tu yang terjadinya entry nih... harga semalaman pon thn 2011 ni masih lagi harga promotion pasnih tak tau lerr naik ker makin turun kerr... heheheh


ni lerr rupanya aku snap dari dalam kereta.. jerr kalau nak tahu lebih lanjut sila suruh en google ek mcm2 en google tu leh bg tau...


betul2 berdepan dengan east cost mall antara shopping mall yg femes laa kat kuantan setakat ini..


lobby... masa ni raya deepavali so...... begitulaa rupanya...


ini bilik menginap yang kami dapat deluxe room with katil king size.. pada aku laa biasa jerr hotel ni.. kepada sesiapa yang nak honeymoon dengan kesibukan bandar maka tempat ni sesuailerrr... dekat nak bershopping sakan...


sampainya aku kat tempat ni bersebab... kalau tak takdenyerlaa nak menepek kat sini sebb kuantan n kerteh anggaran 2 jam masa perjalanan kebanyakannya kami akan balik on the same day.. jarang laa menginap melainkan ada hal penting.. especially time anak kecik2 dulu.. selalulaa menginap kat kuantan nih...


en hubby dapat penganugerahan khidmat bekerja selama 15thn... so ada majlis yang diadakan sempena menerima anugerah tersebut..


majlis itu juga disambut dengan spouse memasing.... aku lerr tuh!!


masa ni baru sampai en hubby dah siap sedia nak solat zohor..


tidak seperti tahun2 sudah pihak majikan cutcost semua anugerah belah pantai timur berpusat dikuantan kebiasaannya sambut di kl... majlis yang dulunya diadakan 3hari 2 malam jadi sehari semalam jerr... tapi oklaa kalau tak haru gak aku nak ke kl tuh! dengan anak2 sekolah lagik dan oklaaa hadiah untuk tahun ni ada sedikit lebey dari tahun2 lopehh...


anak2 pon haku bawak lerr sekali along jerr yang tinggal sebab dia takleh kuar asrama..


oklaa kebanyakannya masih baru... cuma lif dia selow gilerr tension dok tunggu... masa baru sampai aku n famili naik lift pekerja hikss...  sebab beratur lama wooo... berapa tingkat tah tak hengatt aku... cuma hotel ni sesuailaa untuk pameran2 hall dia memang besar... 


kami dapat non smoking room.. hehehe terkedu kawannn..


 ni view dari bilik...


pool menakutkanlaa jugak ni view dari bilik kami di tingkat 10..

Friday, October 21, 2011

Kari Udang Galah


hmmm udang lagik dan lagik dan lagik


kali ini hubby suruh aku masak kari laaa pulak selalu2nya masak lomak cili padi jerr.. takde peluang langsung nak masak lain.. tapi kalini earksss.... hmmm manusia berubah ek...


selera juga turut berubah.. 


jom layan resepi... yang senang ajerrr....

bahan2nya
1kg udang galah - basuh bersih buang kotoran di bahagian belakang udang
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 cawan rempah kari babas - dibancuh dengan air
garam
asam keping
sedikit minyak masak
1 biji tomato - belah 2
2 tangkai cili merah - belah 2


bahan kisar / tumbuk
4 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
sedikit halia


bahan tumis
1 biji bawang merah - hiris
3cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari


cara2nya
'panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik aroma dan masukkan pula bahan tumbuk, masak atau kacau hingga pecah minyak.., masukkan pula rempah kari yang siap di bancuh dengan air kacau sebentar, masukkan santan pekat dan santan cair didihkan masukkan pula udang kacau - kacau selalu hingga udang masak akhir sekali masukkan garam, asam keping cili merah dan tomato kacau lagi anggaran 1 atau 2 minit matikan api.

Thursday, October 20, 2011

siti nurhaliza-falling in love with lyrics EARKSSSS pasni leh nyanyi lagu rusia lak kerr...kan kan kan



siti nurhaliza.. saper lerr yang tak kenal ek... nyanyilaa lagu apa pon dengo jerr dah tau dah sore saper.... lagu ni bukan tak best malah semua lagu2 siti best2 belaka... sayangnya telinga gua dah muak bebenolaa dgn sore siti nih... sorilerr siti ek.... ko nyanyilaa lagu bahasa apa sekalipon... aku mengaku aku tak minat kat ko.... bukannya apa muak jerr nnt dah tak muak dengar lerr lagi... :)

Ikan Salmon sambal manis


Salmon.. semenjak 2 menjak jadi suka akan ikan ni dah macam2 aku try masak dah... ni antara menu terkini lagik macam sweet sour gaklah.. tapi hentam gak....


ikan ni rasanya agak lemak dan pada aku sangat sedap bantailaa masak apa ponn semua pon ok..


jom layan resepi nih

bahan2nya
3 keping ikan salmon
1 biji bawang besar
5 ~ 8 sudu besar sos cili
7 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
garam n gula
minyak masak


cara2nya
kisar halus cili merah dan bawang putih, tumiskan hingga pecah minyak, masukkan sedikit air dan ikan salmon serta bawang besar kecilkan api tutup kuali biarkan hingga ikan masak. bila ikan dah masak masukkan sos cili garam n gula kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

Wednesday, October 19, 2011

NERA-HATIMU MILIKKU (+LIRIK)



encik asben aku tuh telah meminati lagu ini dia kata makin lama dengar makin sedap dan best katanyalaa kan... aku dok terpk dia suka lagu ni ke dia suka kat penanyinyerrr... wakaka jeles laa pulak.... tapi takdelaa pulak aku dengor dia nyanyi laguuu ni jerr manjang.... tapikan kristen kreuk tu lagik lawa laa dari neera nih!!! huwarghhhhhh... tido tido tido..

Bubur "long cardigan" Tepung Pulut


ni bubur candel laa a.k.a bubur / pengat tepung pulut.... rasa2nya dah ada resepi sebelum ni... senang jerr cuma versi aku kali nih kan jadik "long cardingan" laks... hehehhe nak tau kenapa....????


sebab adunan tepung pulut aku tu sudah terlembik..... letaklaa pulak pewarna cecair.. huhuhu lagiklaa bertambah lembekkk tau2 jerlaa tepung pulut kannn bila dah lembik.... rupa gitulerr..


sudah tak boleh lagik nak di bentuk... huhuhu layan resepi ek tapi takde sukatan pepandai koranglerr nak adjust sana sini... alhamdulillah boleh dimakan rasa tak lari tak payah nak kejar2...


bahan2nya
tepung pulut
= gaulkan dengan sedikit garam dengan air biasa serta pewarna, bulat2kan dan masukkan dalam air rebusan mendidih biarkan hingga timbul dan angkat masukkan dalam air biasa.
santan
garam
gula pasir
2 helai daun pandan simpul


cara2nya
masukkan santan gula dan daun pandan kacau selalu supaya tidak bergentel tambahkan secubit garam bila dah mendidih masukkan tepung pulut yang telah ditoskan tadi.. kaau lagi anggaran 1 minit dah siap dah... sejuk2 pon best!!

Sambal Sotong bawang putih...



adeeiiii gambar blurr anak dara tu yg mengambik gambo.. hmmmmm


nampak macam sambal biasa jer ekk.. tapi ada sedikit kelainan jom layannn

bahan2nya
1kg sotong - siang dan basuh bersih
semangkuk cili kering - kerat dan rendam air panas buang biji kisar halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
garam n gula
minyak masak
air asam jawa


cara2nya
tumiskan bawang putih hingga naik aroma dan masukkan cili kering kisar kacau hingga cili nampak pecah minyak dan agak garing, kemudian masukkan bahan perasa (garam, gula dan air asam jawa) rasa akhir sekali masukkan sotong dan biarkan sehingga sotong masak... matikan api dan bolehlaa dihidangkan...

Tuesday, October 18, 2011

najwa latif-cinta muka buku lirik .wmv



anak2 den dah hafal dah lagu ni... aku pon lama2 suka gak dengar lagu ni.... layannnnn jerlaa nite.....

Koktel...


koktel... hmm dah sinonim sangat ek.. minggu ni jerr aku dah buat 3 kali dah koktel nih.. cuaca yang tak menentu.. ada dgn agar2 ada dgn puding senang jerlaa buat benda ni pejam mata pon leh buat.. satu ketika dulu aku buat ni versi pekat campurkan tepung kastard atau tepung jagung dalam susu, dzzh lupa daaa hehehe  mcm2 versi resepi yang ada but kalini wat cair jerr camni senang nak hirup2... jom layan resepi...


bahan2nya
2 tin buah buahan koktel saiz besar
1 tin susu ideal
gula dan krimer manis (mengikut rasa)
air sejuk atau ais
(agar2, puding jagung atau puding biasa, atau sumi jelly segera) - optional


cara2nya
kacau gula dengan krimer manis larut, masukkan susu ideal dan jus buah - buahan dalam tin rasa dan bolehla tambahkan air atau ais mengikut kesesuaian rasa akhir sekali masukkan buah buahan dengan tambahan jelly atau puding... sedap di makan sejuk tahan hingga 3 hari, jika disimpan dalam peti sejuk.

Sambal Sardin Ubi Kentang Pedas


heheh another version masak sardin hihihihi aku sukalaaaa nak wat cemana aeini dan sardin tak boley dipisahkan... 


jom kasik layan resepi hokeyyyy

bahan2nya
1 tin sardin saiz besar
2 biji ubi kentang - hiris
1 biji bawang besar - hiris
10 ~ 15 biji cili padi - hiris
2 ulas bawang putih - di dadu
2 sudu besar jus lemon / limau nipis atau asam jawa
garam & gula
minyak masak


cara2nya
goreng ubi kentang hingga masak angkat dan toskan... kurangkan sedikit minyak goreng pulak ikan sardin tanpa sosnya... awas ek meletup2 tapi mayakkk sedappp... balik2kan dan angkat, tumiskan pula bawang putih biar garing masukkan bawang besar serta cili padi tumis sekejap.. masukkan sos dan ikan sardin renehkan perasakan dgn garam gula dan jus lemon tambahkan sedikit air jika nampak kering... bila dah didih masukkan ubi kentang kacau rata dan bolehlaa matikan api... terangkat dengan nasi panas2 pedas!!!

Monday, October 17, 2011

Udang Goreng Kunyit



hahaha ini masakan malas hehehe biasala ada masanya dan ada harinya suka juga nak malas2 kalau dah emergency.. lauk camni pon dah sodap dahhh.... jom layannnn

bahan2nya
1kg udang
garam
kunyit serbuk
2 tangkai cili merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dadu
2 biji bawang merah kecil - hiris
minyak masak


cara2nya
basuh bersih udang, panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik aroma dan masukkan bawang merah kacau hingga layu masukkan garam dan serbuk kunyit kacau sekejap terus masukkan udang dengan cili hidup kacau hingga udang masak jangan lama dah siap untuk disajikan...senangkannnn

Stacy - Kisah Dongeng lirik



tiada apa yang nak dikatakan.. aku suka lagu stacy yang baru ni.... huhhuhu layan jerlaa ek.... thnx kepada pungunjung setia blog ini... maaf jika sepanjang coretan saya ini ada menguris hati kawan2 semua....

Friday, October 14, 2011

layan mata ek.. tempahan hantaran


layan jerlaa ek actually kawan minta tolong aku wat hantaran ni bukan pandai pon... disaat akhir kain ni kena modify balik tapi tak snap gambo.., tema pink n blue.. ikut aku combination colour ni tak berapa lerr aku cuma gubah bunga jerr, bakul dan ribbon tu dah readymade.


yang ni pon sama sireh junjung recycle.. sireh plastik... aku gubah bunga2 jerr bunga pon tuannya dah beli... 


yang ni pon recycle gak... aku cuba cantik2 kan jerr lagi guna pakai apa yang ada (yang dibeli tuan punya)


yang ni pulak aku buatlerr tampal dan ikat ribbon jerr... ferrero rocher itself dah mengancam dah... hehehe


bakul ni jerr yang aku buat 100% ingat tak bakul yang aku spray putih tuh! nostalgianya bakul ni bakul masa aku bertunang dulu takperlaa giliran orang lain lak guna....,  untuk diisikan buah buahan.., aku ingat lagik aku beli bakul ni masa kat tempat kerja one stop shop dulu2.. 14 ~ 15 thn dah usianya dalam simpanan aku.. kawan aku berkenan kat bakul ni.. hehehe


view dekat... hanya dalam blog ni jerlaa yang boleh diabadikan sentimental value bakul nih!... :)

Thursday, October 13, 2011

Pasta Bakar




bahan2nya
1/2 paket pasta (saya guna spiral - san remo)
1/2 cawan daging cincang -ramly
5 keping nugget ayam - goreng garing
hirisan kacang buncis
2 ulas bawang putih
garam n lada sulah
1/2 cawan susu segar
4 keping cheddar cheese
minyak zaitun


cara2nya
rendam spiral dengan air mendidih biarkan seketika, hiris nugget, panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan daging cincang masukkan sedikit air (2 atau 3 sudu besar) biarkan daging lembut masukkan susu biarkan reneh terus masukkan kepingan cheese dan matikan api. toskan spiral tadi. gaulkan semua bahan pasta dan sos cheese dengan nugget ayam.., oleskan sedikit minyak zaitun atau mentega dalam loyang, masukkan pasta tadi, bahagian atas pasta tutupkan dengan kepingan cheese dan tutup dengan aluminium foil, kemudian bakar pada suhu atas dan bawah hingga masak..