Wednesday, November 30, 2011

Chocolate marble n orange Cheese Cake..


Ehem ehem....  huhuhu heaven bila masuk mulut... sesapa pengemar cheese cake pehtu coklat lak.. adoiiii takleh nak citerlaaa... sebenarnya ni resepi cake biasa jerr... resepi kek coklat biasa dan aku tambahkan cheese cake (baked cheese cake recipe jerr ) ala2 marble cake... takde sukatan sebenarnya  mak hentam jerr sooo tak berani bagik resepi kang kalo tak jadikang pengsannnnn nak jawab cemano.. kan kan kan...


kalo rajin korang rikilah resepi yang sudah2 adjust sana sini insyaAllah leh makan dan hasilnya menakjubkan...
nntlah kalau ada kelapangan dan ada masa nak wat lagik aku share resipe ni kalau betul2 ada sukatan yang tepat yeahhh.. tapi mak tak janji tau!!!

Sunday, November 27, 2011

Organ Dalaman Goreng Berempah


dah terlewat nak post resepi ni... yerlahhh ni menu masa raya korban tempohhari.. masa korban tu adalah dapat organ dalaman lembu ni serba sikit semua pon ada, paru, limpa, jantung dan hati memang benda2 ni aku jerr yang suka makan hubby dan anak2 memang tak sentuh langsung... ok jom layan resepi mudah ini..

bahan2nya
hati
limpa,
jantung
paru
(dapatlaa semangkuk kecil)
minyak masak
garam 
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 ulas bawang putih - di ketuk
1 tangkai cili merah - dihiris
1 labu bawang besar - hiris


gaulkan garam dan kesemua organ tu, gorengkan dalam minyak - gunakan sedikit minyak sahaja kacau dan tutup kuali gunakan api kecil kacau - kacau selalu, bila air dah kering masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, cili merah dan bawang besar dan bawang putih goreng lagi hingga agak garing, dan boleh dihidangkan..

Sunday, November 20, 2011

enoki goreng tepung


adehhhh.. lama betul tak hapdet... blog... aku sebenarnya mcam2 hal minggu ni... minggu yang bermasalah dalam memberi pendapat dan merungkaikan permasalahan hehehe...
baru td baca komen dari moks tapi aku tak dapat g kat blog dierr.. so jawab kat sini jerlaa.. jawapan aku mudah jerr memang boleh kalau ko 100% ikut menu dia tuh! dan mesin2 dia, coz aku yang tak ikut sangat ni pon leh turun gak dalam 6kg, cuma tulerrr kena menten.. maksudnya kena teruskan rawatan selamanya barulah lebih berkesan.. aku da stop dah.. jauh nak berulang..


jiran sebelah rumah wat majlis kenduri kawen.. hehehe pada mulanya aku ditugaskan untuk buat makan pengantin tapi last minute terpaksa dibatalkan.. atas sebab2 kepeningan yang teramat.. mana taknya syahmi dah call hari rabu petang, bgtau dia sakit perut aku cakap sabar jerlaa cuba sapu2 minyak angin ker..sebab khamis last exam.. petang khamis dia call lg dia cakap masih sakit tapi still under control... pagi jumaat barulah ustaz bg semua pelajar balik.. hati aku dah kemana2 mana nak jugak tolong jiran sebelah rumah.. bawa syahmi ke klinik.. dokter suspek appendix.. tak terpana dibuatnya!!!.. adehhhhh balik rumah dulu packing barang2 lebih kurang and atlast hubby jerr pergi dengan along ke hospital kemaman lebih dekat, akupon leh g sendiri berbanding ke kuantan... bila along dah g dengan ayahnya kat hospital.. aku pon doklaa membantu apa yang patut jiran sebelah... balik rumah hati dah tak keruan... mulaa aku memikir yang bukan2 sms hubby dia kata lebih baik aku ada sama kat spital.. adehhhhh lagilaa pening..
akupun dengan titisan airmata pulangkan semua barang2 tugasan makan pengantin tuh! aku minta maaf tak dapat nak tolong buatkan..., otak dan fikiran aku dah takleh nak pk!
bersiap seadanya dan baru jerr nak kuar rumah hubby call..., dokter kata amik ubat jerr tengok dalam 3 hari cemana.. tak jadi operate.. huhuhu syukur alhamdulillah....
aku tengok ubat tu cuma paracetamol dan pain killer, dah cek darah normal, cek urine pon normal, jumaat malam aku suh dia makan paracetamol tujerr dan tak makan pain killer tuh... esoknya dia ok... dan tak bg makan ubat langsung!
tapi dok pk kenapa dia sakit ek... esok g cek lagi cemana keadaan syahmi.. tapi memang 2 hari ni dia kat rumah steady jerr takde apa2...dia kata tak sakit langsung! mujurlah aku g gomen hospital buatnya aku dan hubby decide g KMC dengan pastinya dah operate maklum jerlaa spital swasta nih dia nak cepat jerr yang penting ada bisnes.. uiksss..
ini bukan aku yang cakap dokter sendiri yang cakap.. better g gomen, semua details kalau perlaatan hospital pon lebih ikut peraturan steril bagai.. kalau g speacialist belum tentu sebab bukan ada yang pantau atau cek pon...
bezanya dari segi keselesaan jerlaa...


ok takde resepi kalini layan gambar jerlaa sebab resepi yang sama cam cendawan goreng tepung yang lepas.. cuma yang ni guna enoki cendawan jepun tu.. sedapp wooo... sebab saiznya kecil dia lebih cepat garing!

Monday, November 14, 2011

pasta goreng lagi....


pasta goreng simple... senang n sekejap jerr nak masak kalau dah letih n pening nak masak apa campur tak suka dok dapo lelama.. leh cuba resepi ni...


bahan2ya
setengah paket pasta - rebus hingga lembut
2 tangkai cili merah *
1 ulas bawang putih *
1/2 biji bawang besar *
semua bahan bertanda * tumbuk lumat
1 biji tomato masak - di dadu
2 batang sosej - hiris
5 biji bebola ayam - belah 2
minyak zaitun
garam


cara2nya
tumiskan bahan tumbuk hingga naik aroma masukkan bebola ayam dan hirisan sosej goreng sebentar masukkan pula tomato biarkan dan kecilkan api tambahkan bahan perasa (garam) masukkan pasta kacau rata cadangan hiasan parmesan cheese dan hirisan daun parsley..

Monday, November 7, 2011

Cendawan Goreng Tepung


salam.. dah puas makan daging, lapah daging.. hehehe meh layan cendawan goreng lak..


sedang berdesir dalam kuali dengan minyak yang banyak...


nak resepi tak? hehehe aku dapat resepi ni from jiran... mintak halal untuk dikongsikan disini... tapi den dah ubah untuk kesesuaian kegunaan sekeluarga...


bahan2nya
5 ulas bawang putih*
6 inci halia muda* 
1 sudu teh rempah cajun (kalau takde pon takper)
1 sudu besar pec cili / cili boh / serbuk cili
garam
sekotak tepung jagung maizena
pewarna kuning telur - aku letak 2 - 3 titik jerr
1/2 cawan air atau 1 cawan air agak2


cara2nya
tumbuk atau kisar lumat bahan bertanda * campurkan semua bahan dan gaul rata.. cecair tepung tu kalau boleh pekat macam kita nak buat lempeng.. celupkan cendawan dan goreng dalam minyak panas.. sesuai juga untuk gorengan lain seperti ayam, sayur bayam, sotong atau seangkatan dengannnya... sedappp woooo

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha... 2011


kuah lontong a.k.a lodeh.. hehehe juadah biasa kegemaran en suami


rendang ayam dengan ketupat segera


sambal tumis ikan bilis..


emmm nyum nyum tak sedar sudah 2 mangkuk makan huhuhu...


bagi melengkapkan hari raya korban tahun ini akhirnya.. niat di hati tertunai sudah... aminnn alhamdulillah..


tahun ini 17 ekor lembu dan seekor biri2 berjaya di korban dan di aqiqahkan di masjid tuanku mizan kerteh..


alhamdulillah.. semoga tahun depan dapat buat lagi atau murah rezeki lagi aminnn...

Wednesday, November 2, 2011

spaghetti bolognese goreng simple


ehemmm dah maleh kan lebur2 jerr janji boleh makan... masa ni actually aku masak bubur nasi tapi syahmi komplen takan ibu nak masak bubur along dah nak balik asrama dah... huhuhu faham lerr sesangat syahmi memang anti bubur nasi.. dari kecik dia tak suka makan bubur nasi.. kenalaa masakkan benda lain tuk dia... anything yang panjang berjela camni dia amatlahh sukerr...


ok jom layannn resepi mudah ini...

bahan2nya
setengah paket spaghetti - rebus dengan sedikit minyak zaitun hingga lembut angkat dan toskan
2 cawan daging cincang
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar - dadu halus
2 cili merah - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
1/2 cawan sos tomato
rempah basil dan oregano
bayam cincang
parmesan cheese
minyak zaitun
garam, gula dan lada hitam


cara2nya
tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu masukkan cili dan daging cincang kacau hingga daging berubah warna masukkan tomato dan sedikit air biarkan hingga daging lembut.. masukkan secubit rempah basil dan secubit oregano, juga bahan perasa garam, gula dan lada hitam kacau rata masukkan pula sos tomato, akhir sekali masukkan spaghetti dan bayam kacau hingga mesra hidangkan dengan permesan cheese..