Wednesday, December 28, 2011

Lala tumis goreng goreng

hehehe aku tak tau nak bg nama apa dah.. hantam jugak... aku kan memang suka hentam jerr bab masak2 nih... 
oleh kerana udang tu sudah pastinya memang tak cukup... so tambahlaa lauk lala ni dengan sup sayur... 




ok jom layan resepi ek... kepada yang sudi...


bahan2nya
500gram lala - cuci bersih dan toskan
1/2 inci halia - hiris
sebelah bunga kantan - hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk 
1 labu bawang besar - potong dadu
4 biji cili padi hijau - hiris dadu
1 batang serai - juga di hiris
minyak masak
garam & gula
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 biji telur




cara2nya
tumiskan bawang putih bila dah naik bau masukkan bawang besar dadu kacau hingga layu dan masukkan semua bahan lain seperti bunga kantan, serai, cili padi dan halia kacau hingga lembut, masukkan pula sos tiram san sos cili dengan sedikit air biarkan mereneh, perasakan pula dengan garam dan gula masukkan lala dan telur kacau sebati sehingga lala masak.

Lobster / Udang Kara bersambal Bunga Kantan

Assalammualaikum...
dah makan...,  jom makan... Lobster atau Udang Kara... serius aku tak pernah masak, makan pon aderlaaa once upon a time dolu2 punya cerita pernah laa makan at chinese food restaurant.. tapi dah lama dulu...
asben aku tu memang pantang dengan udang pantang jumpa.. inipon dia berebut dengan kawan dia kat tempat kerja nak beli... balik bawak seekor jerr... 'teringin nak makan' katanya... aku tak tengok pon... terus suruh angah simpan dalam peti n terus tanya bila abang cuti ek...? esok n lusa keje pagi tulat keje malam... 'ok tonggeng lerr masak...' kataku... aku dah cuak dah... dalam kepala you tube lerr hadoiii cemana mau siang... wa taktaw derr...


hari yang dinantikan terkial2 gak laa mok pusing2 lobster tu gimana harus kusiang ini barang... 


haa macam2 aku kuarkan gunting, parang lebar pisau runcing terbelek2 nak mengerjakan sidia.. akhirnya aku potong yang memudahkan aku nak masak dan senang nak ngap...


sekor jerr pon.. untuk sekali hadap jerr.. jadilaaa...


aku dah pening nak masak apa so baik aku masak yang biasa2 jugak kang kok melalut sangat lak kang entah apa jadi pulak.... ok jom layan resepi..


bahan2nya
1 ekor lobster
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 kuntum bunga kantan - hiris nipis
1/2 cawan susu cair
garam & gula
air asam jawa
1 biji tomato - belah 4


bahan kisar halus
5 tangkai cili kering
2 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
sedikit belacan


minyak untuk menumis


cara2nya
panaskan minyak dan goreng sebentar lobster tadi suku masak terutama bahagian kepala yang agak besar saiznya... angkat dan ketepikan.., gunakan minyak yang sama kalau banyak kurangkan sedikit, tumiskan bawang putih hingga harum dan masukkan bahan kisar masak hingga pecah minyak masukkan bahan perasa gula dan garam serta air asam jawa biarkan mendidih, masukkan lobster serta bunga kantan kecilkan api dan tutup kuali, biarkan dalam 2 atau 3 minit buka tudung kuali dan kacau rata, akhir sekali masukkan pula susu cair biarkan mendidih, rasa dan masukkan tomato sebelum matikan api. siap...

Wednesday, December 21, 2011

Ribbon pasta dengan Bayam berdaging


b'fast pagi tadi... aku tak berapa suka pasta tapi anak2 hantu.. paham2 jerlaaa... tapi derang komplen 'naper kering bu...??'
'hmmm resepi baru daaaa.....'
'oooooo....'


yang sebenarnya resepi hentam... berpeket2 stok pasta kat umah tak berusik... sebab dekat 3 minggu takde kat rumah... lagi2 musim hujan cam gini.. roti berbungkus2 habis lapo manjang... heheheh
jom layan resepi... kalau sudi lerrr..

bahan2nya
setengah paket pasta reben san remo
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 cawan daging kisar
minyak zaitun
garam
serbuk thymes dan oregano >< 1 sudu teh
mozarella cheese

bahan kisar halus
2 biji tomato saiz sederhana
3 sudu besar sos tomato
2 cili merah
1 batang celery
secekak sayur bayam

cara2nya
rebus pasta hingga lembut toskan, cincang bawang putih dengan bawang besar tumis dalam minyak zaitun hingga naik aroma, bila bawang dah lembut masukkan daging kisar... kacau hingga berubah warna masukkan bahan kisar biarkan mereneh hingga daging lembut.. rasakan dengan bahan perasa, taburkan juga serbuk thymes dan oregano, akhir sekali masukkan pasta kacau lagi dan hidangkan dengan taburan mozarella cheese.

Tuesday, December 20, 2011

Grilled Chicken dengan sos cendawan..



Bila cuti sekolah surelaa emak jadi pemikir sajian untuk anak2 memang budak2 dan bapak budak suka makan camnih... musim2 hujan nih nak kuar rumah pon malas g pasar tengok ikan lotih yo!! semuanya dah tak berapa nak segar... makan ayam lerr...


Bahan2nya
6 ketul peha ayam - big saiz..
bahan perapan - kisar halus
2 sudu teh serbuk cajun
2 batang serai
sedikit lengkuas
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
garam
1 sudu teh serbuk thymes
1 sudu teh serbuk basil
1 sudu teh serbuk kunyit
sedikit kicap pekat
sedikit sos tiram


cara2nya
gaulkan sekata peha ayam dan perap semalaman, kemudian sapukan sedikit minyak zaitun dalam dulang pembakar, bakar dalam oven hingga masak selama 30 atau 45 minit setiap 15 minit buka oven dan tuangkan bahan perapan atas ayam supaya tidak terlalu kering.. selepas 30 minit balikkan ayam dan bakar lagi hingga masak



sos cendawan

bahan2nya
1/2 tin cendawan butang yang dihiris
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh lada hitam
garam n gula
1 kiub ayam
bawang besar yang di dadu
1 sudu teh kicap pekat
butter

cara2nya
tumiskan bawang besar bersama2 dengan butter masukkan tepung kacau rata, masukkan kiub ayam dengan  sedikit air serta hirisan cendawan, didihkan kena kacau selalu, masukkan bahan perasa lada hitam dan garam, gula jika perlu.., masukkan juga kicap pekat, kacau rata hingga kuah pekat dan berkilat.


salad labu nak resepi cek entry yang lepas... selamat mencuba.

Salad Labu dengan Mayonise


Bahan2nya
100gram labu kuninng - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris nipis
1 biji bawang merah kecil - hiris
garam n satu sudu makan minyak zaitun
1 butterhead salad


tumiskan bawang merah dengan minyak zaitun hingga naik aroma masukkan pula cili merah dan labu kacau rata kecilkan api masukkan sedikit air biarkan hingga labu empuk dan air kering masukkan garam.
dalam mangkuk salad basuh bersih salad butterhead dan patah2 atau hiris2kan, masukkan labu yang digoreng tadi dan mayonise, gaul rata dan hidangkan.

Chocolate Cookies


hmm yang ni memang cruncy...
n best gilerr.. sayangnya dalam stock aku telah kehabisan coklat chips.. so bantai tanpa coklat chips lerr... letak coklat rice tapi tak nampak laa coklat eh.. 


buat ni masa 1st week budak2 nih coti sekolah sebelum g holiday sampai ><3000 km kami berjalan... bermula dari kerteh ke penang, penang ke cameron hland, c. hgland ke kl- kl seremban - seremban ke melaka dan lastly melaka ke jb.. sebelum balik semula ke kerteh.. ni hubby dah meriki2 nak ke bukit tinggi pulak last sebelum buka sekolah... huhuhu penat den lom hilang lagi..



jarak2 kan ketika membakar sebab biskut ni naik dan membesar dari saiz yang kita letak tu..

bahan2nya
280gram buttercup
1/2 cawan brown sugar
1 cawan gula castor
2 biji telur
2 sudu teh vanilla esen
2 cawan badam panggang - dikisar
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonate
4 cawan tepung cake bluekey (warna merah)
500 gram parutan coklat bar
1 cawan coklat rice - boleh digantikan dengan coklat chips


cara2nya
~putar butter, gula, telur dan esen vanila hingga berkrim
~ayak kesemua tepung serta baking soda dan baking powder
~campur kesemua bahan, kacang badam, coklat parut dan coklat rice ramas lembut hingga sekata.
~sudukan dalam dulang pembakar. bakar suhu 180, atas dan bawah selama 10 minit...

Monday, December 19, 2011

Chocolate Chips Cookies



chocolate chips cookies..


sekut ni buat masa raya haji ituari.. heheh punyalaa lama simpan baru nak publish aku ni entah sibuk hapa2 tah..


aku copy paste jerr resepi nih.. dari blog nih!! tiru bulat2... budak2 sukerr  sesangat no komen... cuma aku tak berapa suka laa bahagian dalam cam chewy2 gitu... sebab taruk oats... aku suka yang crunchy2...
ok saper nak resepi sila ke sini


‘FAMOUS AMOS’ CHOCOLATE COOKIES RECIPE
Ingredients
1 bar butter (approx 250g) ~i used buttercup
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup brown sugar
2 eggs
1 tsp. vanilla essence
2 cups plain flour
2 1/2 cups oatmeal, blended to powder
1/2 tsp. salt ~i tak letak sbb buttercup dah salty
1 tsp. baking soda
1 tsp. baking powder
340g chocolate chips ~i used hershey's
250g Chocolate bar, grated
100g nuts (your choice), chopped ~i used almond
Method
1. Preheat oven at 190C
2. Cream the butter and both sugars
3. Add eggs and vanilla, mix evenly
4. Fold in flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda.
5. Add chocolate chips, grated chocolate bar and nuts. Mix well (I used my hands in a food grade plastic bag, as it is too thick for my mixer).
6. Roll into small balls (around 1 inch in diameter) and place two inches apart on a cookie sheet/tray.
7. Bake for 10 minutes at 190 C.

Sunday, December 18, 2011

Berada Di Johor Premium Outlets


Akhirnya sampai ke Johor.. dah masuk h/way yg last terus sampai kg hubby...


sampai tu memang hujan... dah nak masuk marghrib dah...


pak usu ada sugar glider yang comel gilerr... gegirl tau..!!


melawat kawasan... yang sedang heboh diperkatakan kini... Johor Premium Outlets... masa lalu kat kulai jaya kat h/way.. nampak bangunan ni tersergam lawa di tengah2 kebun kelapa sawit..
"eh eh eh.., apa ek nama tempat ni.." masa tu dah agak petang... hubby kata "esok kita g dekat jerr dengan rumah mak.." "ohhh okeyyy...."


kami g hari rabu.., tgk banner nih.. ooo baru lagi buka rupanya... memang penuhlerr.. ramai singaporean..


lawakan bangunan dierr.. ala2 uptown tapi 'modern uptown' dan kesemuanya barangan branded... nak makan pon jaga2 laa semua pon mahal.. tak koserrr.. laluannya ada kipas takde aircond masuk dalam butik barulaa ada aircond...


Kalau tanya haakulerr..., aku tak berapa kisahlaa.. branded2 nih sebab aku tak amik tau sangat... tapi hubby pernah belikan h/beg coach, n tshirt Prada yang amat selesa ku pakai tak jejas pon sampai laa nih.. geleng kepala jerr cik suami sebab aku pakai prada tu masa masak kat dapor.. hihihihi
memang di akuilahh bila betul2 dapat barang yang original barulah tau akan qualiti barangan tu compare dengan yang local... tapi terus terang lerrr  aku bukanlaa orang yang nak habih duit gara2 branded!! tu akulaaa... orang lain aku no komen!! unless lerr ayah pin turunkan duit dari langit lehlaa aku shopping kat sini...


hubby masuk gak kedai jam dok belek2 ellese... dia cakap after less boleh beli laa kalau ada duit terlebih2 hehehe pastu dia dok bayang AX tapi sayangnya butik ax lom buka lagi... aku lalu n jalan jerlaaa... memang tak plan nak beli apa2 duit pon dah banyak habis berjalan.. cumakan bila tengok bertaburan butik2 kat sini aku terfikir betul2 ori kerr? atau tiruan... kalau aku yang belilaa sure terkena sebab aku mana taw ori ke tak ori... heheheh  ituuu aku lerrrr...


ada satu baju aku nampak kat cermin luar tu.. ada less 60% baju seksilaa tak cukup kainnnya baju.. tgk harga asalnya rm 2,999 .. hehehhe pengsan!!


butik coach yang ni original kot.. kena beratur baru leh masuk.....


baskin n robins adorlaaa... kat sini makanan pon huhuhuhu sodihhh!!


toilet ok.. canggih lerrr n free.. parking oso free...


mommy n daddy hepi shopping... anak pon hepi ... anak sapolaaa tuh!!  basah lencun dia main air pancut kat situ.. hahaha  kesimpulannnya kalau nak datang sini baik malam.. sebab tengokkan bangunan ni malam lagi hapenning kot.. dengan cahaya lampu n tak panas.. n kalau nak betul2 membeli belah segala baik budak2 takyah ikut.. sebab tempat mainan kanak2 agak terhad...
hepi shopping ek... hujung2 tahun ni banyak woo sale sana sini...

Dari Negeri Sembilan ke Taman Rama - Rama Melaka...


dah selamat sampai melaka.. yerlah dari seremban ke melaka bukannya jauh..


niat di hati nak ke mini malaysia.. barulaa lengkap lawatan semalaysia kononnya... hehehe rupa2nya mini malaysia under construction... tutup sejak ramadhan next year baru dijangka siap... banyak kena repair menurut pak guard tuh!


takperlaa hubby ajak g taman rama2... oklaaa... tapi aku memang tak suka g tengok2 menatang nih! siibbaik  dia tak ajak g zoo... yang budak2 ni pon.. ok jerrr jomla .... jomla....




tengok mak lebih rendah dari anak...





posing kat sungai ikan koi..



banyak ikan kannn...


cheetah


telur buaya


mcm2 jenis ular.. geli tengok..



muzium rama2, kumbang dan macam2...




lunch kat RnR pagoh, pekena mee hoon sup dan ofcozlaaa mee rebus johor... tapi biasalaa tekak aku ni.. masak sendiri lagik puas hati... dan bergerak ke Johor Bahru...