Bismillahhirrahmannirrahim.. bulan Syaban yang mulia...
Alhamdulillah.. hari ni terbuka hati saya nak kongsikan kesibukan saya selama ini... moga Allah permudahkan hari ini bab 34 sudah mencapai 300 muka surat another 100 to go.. insyaAllah akan saya usahakan secepat yang boleh... kepada sesiapa yag sudah menjadi folower mahupun pembaca setia blog ini tentu sudah perasan akan mimpi saya satu ketika dulu...
saya ada cuba menulis sebuah novel tetapi terkandas begitu sahaja.. gagal saya siapkan, dan ada novel kedua pun masih gagal saya siapkan sudahnya tersadai begitu adakalanya saya tulis menyambung2 tapi masih tak siap2 hinggalah saya cuba tulis manuskrip pon masih begitu idea lari entah kemana dapatlah 50 mukasurat dan akhirnya terbiar begitu shaja tetapi saya masih meneruskan menulis jika ada kelapangan.
dan akhirnya satu idea yang pasti dari Allah.. saya sekadar menaipnya sahaja lahirlah cerita novel ke 3 saya, yang semuanya ada kaitannya dengan mimpi saya sebelum ini yang saya hanya anggap mainan tidur semata - mata.
cerita ini saya tulis beria2 tanpa tajuk hingga ke 200 muka surat.., satu hari hubby tanya apa tajuknya?? saya jawab entah!! biarlah kalau ada tajuk tak siap2 mcm yang lepas2.. tapi kali ni ain rasa lain.. entahlah tak tau nak cakap. gilerr tau.. time g pasar pon otak entah kemana2 tenggelam dalam cerita tu.. hhhuhuhu takot gak.. kadang2 hubby pon tegur senyum2 sendiri.. huhuhu akhirnya saya abadikan mimpi dulu sebagai tajuk cerita ini klik
ok here's prolognyer... cuma.. mungkin akan berubah sebab x siap lagikan... aku bgik korang baca sket ek..

Mentari merah diufuk
jingga semakin melabuhkan tirai mengantikan siang ke malam mengantikan yang terang
kepada gelap. Gelap juga adakalanya indah dengan jutaan bintang dilangit dan sinaran
bulan penuh. Begitu juga siang adakalanya terlalu terik dengan cahaya mentari
bersinar terang adakalanya mendung atau hujan lebat membasahi bumi tanpa sedar
kita juga dihadiahkan pelangi sekali sekala.
Seperti juga dengan kehidupan
ada panas, ada terang, ada sedih, ada murung dan ada menangis, bila menatap
bintang – bintang dilangit barulah sedar betapa kerdilnya diri disisi Allah,
terlampau luas ciptaannya semoga aku yang kerdil ini berjaya mencuri
perhatianmu ya Allah. “tempatkanlah aku dan orang – orang yang aku sayang
disyurgamu aminnn.. “doaku dalam hati.
Dengan deruan ombak menghempas pantai
bergelora, angin sudah mula bertiup kencang menandakan bumi ini bakal dibasahi
hujan.., hatiku menggetar nafasku,
disaat ini aku duduk di atas kerusi roda tanpa kaki, aku seorang yang cacat
meskipun telah memiliki sebatang kaki palsu tapi jalanku tidak sempurna seperti
dahulu.
Biarkanlah jika inilah ketentuannya
kali ini aku redha bukan sekadar bercakap ‘aku redha’ tetapi aku benar – benar
redha dengan segalanya kini, amat pahit tetapi aku sedar keredhaan yang pahit
ini membuatkan jiwaku tenang.
Seorang perempuan tua dan lelaki tua
disampingku telah telahpun bergelar Hajah dan Haji, serta dua orang kanak –
kanak comel lelaki dan perempuan kembar masih asyik bermain pasir pantai.
Mereka yang membawa aku kesini..., aku yang masih gagal menguasai kaki palsuku,
aku yang masih perlu kerusi roda untuk kemana sahaja, aku yang kadangkala
menggunakan tongkat untuk menguruskan diriku.
Dengan keredhaan ini aku bahagia
disamping jururawat yang mempersona, sejak dahulu hingga kini tidak jemu
menguntumkan senyumannya buatku senyuman yang membuatkan hatiku cair, jiwa
tenteram seperti dalam dakapan ibu.
‘cha cha jom balik.. ‘ laung perempuan
tua itu bingit di telinga kiriku. Aku melambaikan tangan kepada kanak – kanak
itu.
‘abang... jom balik uwan dah panggil
tu... cepatlah abang Daiqal ni... adik tunggu’
‘sekejaplah.. badan abang penuh pasir
ni..’
‘tulaaaa tadi abang yang nak main tanam
–tanam..., cepatlah nanti uwan marahhh, cepatlah atok pun dah lambai tangan dah
tu’
‘adik cha cha ambilkan kasut abang kat
situ jom cepat, campak kayu tu’
‘hehehe…. lari kita lumba siapa sampai
dulu...’
‘tak acilah.. tapi abangkan lelaki
mestilah abang sampai dulu sebab abang yang lahir dulu..’
‘Hish... kenapalah tinggalkan adik tu
Daiqal tak sayang adik ke?’
‘dia nak lumba uwan... kan dah kalah..
hahahaha’
‘sudah – sudah jangan sedih ya cha cha,
umi dan alid dah tunggu dalam kereta jom...’
‘adoi... boleh senget pinggang atok
kalau hari – hari mengincang macam ini dah besar dah cucu atok ni..’
‘yerlah.. awak pun dah botak abang
aji..’
Hahahahahahahah tawa Daiqal dan cha cha
atok pula terpinga – pinga.
Dari kejauhan melihat tertawa si cilik
itu, inilah kebahagiaan bahagia yang hakiki. Jururawat yang memandu kereta
Toyota Estima di sebelahku itu masih lagi tersenyum, senyuman yang memikat hati
kuasa senyuman yang membuatkan aku hilang segala kepayahan. Ya..! aku kini
bahagia.., bahagia dengan ketentuannya.
saya amat berharap doa anda semua semoga perjalanan penulisan saya kali ini dipermudahkan aminnn...
saya amat berharap doa anda semua semoga perjalanan penulisan saya kali ini dipermudahkan aminnn...
5 comments:
http://hunyieda.blogspot.com/2012/06/giveaway.html mari join sini..banyak hadiah menarik
ok...
salam aeini...teruskn menulis.K.atie pon masa sekolah dulu minat menulis...dah tua2 ni NO IDEA lak,hikhik
Teruskan usaha Aeini tu, insyaallah pasti berhasil.
t kasih tak terhingga buat kak atie dan kak zana.. tq.. doa2kan yea..
Post a Comment