Advert

nuffy

Thursday, August 9, 2012

Biskut Dahlia


Biskut lama yang bakal menyeri dalam bekas kuih raya ku nanti... sebenarnya dari tahun lepas aku teringin buat kuih ni tapi yang jadinya lain... hahaha... kali ni dapat jugak buat hajat dihati nak bawakkan untuk mak kat kampung nanti.., mesti dia suka biskut lama2 camnih... rindu emak...!! semoga sihat ya mak... budak - budak start cuti nanti ani balik ya... dah cakap dengan hubby kalau dia tak dapat cuti "ain tetap nak balik... kesian dengan mak... dia nak kerja kerjalah..."
heranlah!! kalau ada kawan2 hubby yang baca blog ni lagik bagus terutama org2 terengganu nihhaa... geram pulak...
patutnya orang luar cam kami sekeluarga ni yang kampung nun jauh bagilah cuti dahlah nak jumpa mak n ayah tiap2 minggu sangat payah.., korang kerjalah dah habis kerja p laa balik kampung bukan jauh pun...!! susah betul nak paham...


masa buat kuih ni tadi hubby tido dia tengok aku buat biskut lain tapi bila bangun tidur tadi dia tengok biskut ni.. "eh.. biskut ni.... sayang pandai eh buat biskut ni??" aku dengan berlagak cakap "pandailah!!!" x syen konon hahaha... walhal biskut nilah yang paling senang selain paling jimat belanja kalau nak compare dengan biskut yang modern2 nih... balik kampung nanti aku nak carik buku lama mak.., kalau tak hilang aku share semua resipi lama - lama kat sini time dia belajar kat BAKAT dulu (isteri tentera camtulah..!!)


ok yaa nanti saya membebel kurang pulak pahala...

ini resipinya...

bahan2

250gram butter / planta
1 biji telur
1 cawan gula kaster
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum 
esen vanila
esen ros
ceri merah untuk hiasan

cara2nya
satukan semua tepung dan di ayak gaul rata - ketepikan
satukan butter, esen ros, esen vanilla, telur dan gula kacau guna spatula hingga lembut kalau nak putar guna mixer pon ok terpulang tapi jangan terlalu kembang kita nak buat biskut bukan nak buat kek.
masukkan tepung sedikit dem sedikit gaul dan ramas kalau masih lembik tambahkan tepung gandum lagi... bila adudan dan rata masukan dalam acuan dahlia dan picit dalam dulang, hias dengan ceri merah dan bakar hingga kekuningan di bawahnya.

2 comments:

Amie said...

Bertrambah dah koleksi biskut raya dia ye....

aeinio said...

hehehe amie... arini baru masuk 3...