Advert

nuffy

Monday, August 13, 2012

Biskut Kelapa Nescafe


tahun ni giniler rupa kuih hakuu... tetiap tahun takde yang serupa... aku guna bahan yang ada dalam peti segala khazanah aku kuarkan makanya hari itu terciptalah sekut ni.. sekut suka - suka ati...



ada kawan aku yang dah try kukis ni katanya termanis sket.. apa tak manisnya coklat dengan manik urai lagi semua manis2 tu ..

bahan2nya

250gram butter
50 gram planta
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan gula kaster
1 sudu teh nescafe
100 gram kepala parut kering
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
manik urai dan cairan coklat sebagai hiasan



cara2nya

ayak tepung gandum dan tepung jagung dalam mangkuk dan masukkan kelapa kering gaul rata, ketepikan dalam mangkuk lain kacau mentega + planta, gula, telur dan esen vanila dan nescafe kacau hingga rata dan gula hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau dengan spatula, rasa kalau terlalu lembik tambahkan tepung kalau keras kenalah tambah mentega. terap acuan yang sesuai dan bakar ikut suhu oven masing- masing...

1 comment:

Miss PIJAOSIX said...

Salam..

tahun ni tak sempat nak buat kuih ape2 lagi...!!! beskut neskepe tu kegemaran sayer tu