Sunday, November 18, 2012

Dari Hati Nurani..... :(



entahlah tak tahu nak mulakan dari mana atau saya sendiri yang khilaf..., mungkin juga perasaan yang bercampur baur dengan result upsr esok... oakan yang terbaik buat anak saya...:) tq.. hanya Allah sahaja yang balas...

dan yang utama juga esok adalah hari Mc Donald bagi 1000 pelanggan pertama burger sarapan free ek... ada telur, cheese dan lapisan daging salai.... terus terang sebenarnya aku amatlah menyintai mcdonald ni... nak dibandingkan dengan kfc etc etc... aku jauh lebih menyukai makanan ringkas seringkas burger dan sudah pastilah pilihan no 1 adalah mc donald.

same goes tu budak2 kat rumah ni.. apa taknya mak dia yang ajar... kan betul tak? meskipun di hujani bahawa mekdi ni adalah makanan segera dan kita semua pun umum makanan segera ini sangatlah tidak baik untuk kesihatan but....... hati dan selera kita yang telah dijajah... :(

entahlah... salahkan diri sendiri kenapa kita sangat rapuh...., 



semenjak along bersekolah agama dia boikot all the fast food, tapi terus terang aku kerap gak pergi melantak sendiri2 huhuhu...  alasan dia, makanan yang tinggi msg dan frozen ni adalah kebarangkalian penyebab dia susah menghafal meskipun.. dialah sebenarnya hantu mekdi... huhuhu aku lak rasa dia tak serapuh aku keputusan dia sangat nekad dan tepat, dia kata tak nak dan dia tetap tak mahu,,!!

meskipun apa yang aku tulis ini.. akan memberi kesan kepada sesetengah individu but truly ianya lahir dari hati yang ingin aku kongsikan bersama tentang apa yang aku sendiri rasa.... aku sendiri sebenarnya berkira2 nak pergi melantak burger free sebelum berdebar2 meneman angah ke sekolah untuk amik result upsrnya... tapi hati aku menolak atas dasar apa...???? dan kenapa...???

bila melihat ramai mayat2 begelimpangan di GAZA... semuanya jelas dalam facebook, memanglah sebelum ini kita dah banyak kali dengar mekdi ni bersekongkol dengan yahudi laknatullah..., hati aku berkata - kata sendiri... kenapa dalam keadaan kesedihan melampau manusia seislam kita yang bergelumang dengan darah... hidup dengan penuh ketakutan, penuh rasa curiga, penuh rasa hampa dan kesedihan......, mereka semua tidak berdosa... alfatihah sudah tentu kanak2 tidak berdosa itu indah tempatnya syahid itu yang pasti syurga juga balasan yang pasti.

bukankah dengan hanya menelan burger free..... yg di offer oleh mekdi itu... secara tidak langsungnya kita seolah2 sedang bersuka ria dengan kemenangan mereka!! seolah2 kita turut berparty hanya dengan menelan sebutir burger.., seolah2 kita seperti turut menyumbang kesukaan kegembiraan dengan kejayaan yang ditempa mereka ini.... fikirlah sendiri!! (ini adalah apa yang terlintas di firian aku....)


sebagai manusia kita selalunya lalai...., leka...., dan zaman sekarang ini kita jauh sekali mahu memikirkan orang lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri..., betul tak..?? semuanya ada dalam jiwa kita sebenarnya..., begitulah perancangan puak mereka yang ingin menjatuhkan islam di muka bumi... iluminati dan sebagainya....

saya mohon maaf... yang kedil itu saya dan yang maha berkuasa itu Allah swt. yang khilaf sudah pastilah dari saya....

bukalah hati dan minda kita sendiri...


walaupun free......

antara kita sedar ataupun x sedar... kitalah yang kena fikirkan sendiri...

3 comments:

Amie said...

Syukurlah... di daerah kami belum ada McD, ....

aeinio said...

pelan2 cuba untuk jauhii banyak betul perancangan puak yahudi ni... sama ada kita sedar atau pun tak aje...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak dulu tiap kali keluar prosperity burger mesti nak pegi beli.. suka burger dia & curly friest dia. memang ada juga rasa rindu tu dtg. tp akak kuatkan hati utk boikot mcD ni demi saudara Islam kita yg teraniaya tu.. Dah beberapa tahun juga tak masuk mcD...