‘tak
apalah Is, Mila tengok Is pun dah penat, hampir setengah hari jugak temankan
Mila tolong belikan tiket, Mila tak nak susahkan Is lagi, Mila boleh balik
rumah naik teksi, Mila minta maaf dan terima kasih banyak-banyak ya!’ Armila
dengan cepatnya bangun dari tempat duduknya dan memulakan langkah mencari
teksi.
‘Mila…
tolonglah jangan kata Mila menyusahkan Is, Mila tak pernah menyusahkan pun..’
Iskandar turut bangun dengan cepat mengejar Armila yang mula laju melangkah.
Dia berpatah balik untuk membayar harga minumannya, tanpa megambil baki.
Sedari
tadi airmata Armila berkaca hampir sahaja tertumpah gara-gara mendengar bebelan
Iskandar, baru sekejap tadi mereka bersuka ria, sekarang ini perasaan tiba –
tiba sahaja menjadi hiba, entah kenapa?.. dia tiada jawapannya.
Armila
hairan mengapa hatinya menjadi begini, sejak kenal dengan lelaki ini tempohari
hatinya selalu terkenangkan lelaki itu, bila siang tadi tiba-tiba dia muncul
mendadak rasa gembira dalam hati seolah terlepas rindu yang terpendam sedangkan
“siapakah aku ini dimatanya? di hatinya?”. Masih juga tiada jawapan.
Langkahnya
semakin dilajukan menghala ketempat hentian teksi.., airmata pula serasa
semakin laju mengalir entah kenapa..?? manakala Iskandar setia mengikutnya dari
arah belakang.
‘Mila....’
lantang Iskandar memanggil.
Armila
menoleh hatinya sejuk tiba – tiba melihat lelaki itu termengah mengejarnya
sudahlah lelaki itu penat menemaninya hampir seharian dia berasa kasihan.., air
matanya segera dia kesat risau jika Iskandar perasan.
‘Jomlah
Is hantarkan Mila balik...’ termengah – mengah dia berkata.
‘Oklah…
Mila ikut Is, tolong hantarkan Mila balik ya…’ Armila akhirnya mengalah, berasa
kasihan dengan lelaki itu.
‘hmm
macamtulah…’ Iskandar bersuara lega, dia tunduk memegang perutnya langsung dia
tidak perasan mata Armila yang masih merah.
Sejurus
masuk sahaja dalam kereta Audi milik Hazri Iskandar, kereta itu meluncur laju
meninggalkan negeri Johor Darul Takzim. Hazri Iskandar memasang radio untuk
hilangkan tekanan dan kemelut antara mereka. Hazri tahu Armila marah, dan
berkecil hati dengan tindakannya tadi, akan tetapi tahukah dia ‘aku menyayanginya..
kalaulah dia tahu tentu dia faham kenapa aku bertindak sedemikian..’
Armila
Eryna yang duduk disebelahnya hanya diam merenung jauh melihat keluar tingkap
tangannya kemas memeluk beg galasnya, Armila tidak mahu langsung memandang arah
Iskandar dia bimbang kesan merah dimatanya masih kelihatan.
Dia
terus bermenung tidak menyedari jalan mana yang telah mereka laluinya bersama, bila
tiba di perhentian tol lebuh raya utara – selatan barulah Armila tersedar dari
lamunannya.
‘Is…
kita nak kemana ni..?’ dia mula bersuara cemas.
‘Negeri
Sembilan… ikut ke Kuala Lumpur, hentian Senawang kan, selepas itu ikut arah
jalan ke Kuala Pilah.. betulkan...?’ soal Iskandar bersahaja.
‘Ya
Allah… Is……’ “kalau aku ada kuasa luar biasa.., aku keluar dari kereta ini
sekarang juga, dah gila..!! hendak bawa lelaki balik ke kampung jumpa dengan
ibu..! hilang akal ke apa??? Ishkk kenapalah dengan dia nih???”
‘Nanti
kita berhenti solat Asar dekat RnR kita makan sekali ok…?’ hati Hazri Iskandar
girang dapat menghantar gadisnya ke kampung halaman, memang dia sebenarnya
terlalu asyik dengan Armila, sukar dia mahu berpisah dengan gadis itu, dia
sanggup bertanggung jawab atas segalanya selama gadis itu berada disisinya.
Biarlah
dunia tahu akulah lelaki itu dan dia mahu keluarga Armila terutamanya tahu
hubungan anak gadisnya dengan aku dan dengan harapan akulah lelaki itu ya..
lelaki yang bakal menjadi teman hidupnya.
“earkkk..
engkau buat muka tak bersalah... hampesss!!” gerutu Armila dalam hatinya
GERAM!.
Armila
mula risau, fikirannya berkecamuk apa yang sebenarnya cuba Hazri lakukan, ‘aku
ni dicolek ker? Aku tak kenal lelaki ini?’ ya Allah selamatkanlah aku…’ dia
hanya mendiamkan diri sukar untuk ditafsirkan lelaki ini, semakin bermacam
persoalan dikepala yang timbul dia segera beristighfar semoga apa yang ada dalam
benaknya tidak akan berlaku.
“Ya Allah
aku berlindung dengan namamu ya Allah”. Doanya lirih dalam hati.
.jpg)
2 comments:
boleh pula saya terlayan dari pagi tadi.dah la kena kerja ni. hahaha lain kali saya sambungggg~
t kasih danial... percubaan pertama..:)
Post a Comment