‘Mila…
Is tahu awak risau…, percayalah Is hantar Mila balik dengan selamat insyaAllah…’
Hazri bersuara perlahan apabila melihatkan Armila resah walaupun begitu Armila
terus diam tanpa berkata – kata. Radio dikuatkan sedikit bagi menyeronokkan
suasana dan menenangkan perasaan.
Sepanjang
perjalanan itu Armila terus diam tanpa suara, dalam hatinya sepanjang masa dia
terus berdoa dan beristighfar moga segalanya berjalan dengan baik, dalam pada
waktu itu dia juga turut memikirkan Adam, ingin sahaja dia hubungi adiknya itu
tapi dia segera risau jika adiknya mula syak wasangka yang bukan-bukan,
“iyalah
sekejap balik sendiri, sekejap balik dengan bas dan sekarang ini balik dengan
Hazri Iskandar, Adam langsung tidak mengenali siapa Hazri Iskandar..”
“apa
aku nak beritahu dia adoi… PENING!!. Lelaki ini betul-betul buat kepala aku
jadi pusing.” Armila berterusan berkata – kata sendiri bersoal jawab sendiri.
Hazri
Iskandar menjadi resah apabila Armila diam tanpa suara, dia mula menguatkan
aircond dalam keretanya, mencari –cari CD lagu-lagu yang mungkin boleh hiburkan
hati Armila, dia tahu Armila resah, dan dia juga sedar dialah penyebab gadis
itu resah, tetapi dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan bagi membolehkan
keadaan menjadi ceria.
‘Mila
panas..? Armila geleng kepala.
Mila
suka dengar lagu apa?’ Armila hanya geleng.
Suasana
sepi Hazri juga kehilangan kata-kata. Sampai diselekoh perhentian pertama Hazri
membelok kenderaannya, Armila kehairanan.
‘kenapa?’
Armila bertanya.
‘saya
tahu Mila risau, kalau tak percaya ini kunci kereta saya, Mila boleh drive, saya nak ke tandas sekejap, boleh
Mila tolong Is..?’ Hazri menyerahkan kunci keretanya kepada Armila.
‘hahhh!…
tolong apa?’ soalan cemas Armila.
‘Tolong
belikan air mineral dengan asam masin, saya rasa macam mengantuklah’
‘hah!…..
hmmm oklah, awak janji tak tinggalkan saya?’
‘ya.., janji.. kunci kereta kan dengan Mila
tu..’ Hazri menjuihkan bibirnya.
“sampai
bila-bila Mila, hanya ajal yang boleh pisahkan kita”, Hazri senyum segalanya
terluah dalam hati.
‘manalah
tahu awak ada spare key..’ Armila
menjeling Iskandar.
‘tak
ada nah beg duit saya kalau awak masih tak percaya..’ Iskandar mengeluarkan beg
duitnya malah dia turut mengeluarkan isi poket seluar jeansnya.
‘sekarang
ni awak yang boleh tinggalkan saya Mila.. itupun kalau awak tak kasihankan
saya.., saya dah tak tahan nak ke toilet ni..’
‘hmmm
ok.. ok pergilah..!!’ Armila hendak tergelak tetapi dia menahannya “lucu betul
Iskandar ni..”
Armila
berlalu, membeli asam masin dan mineral water pada lori bergerak di kawasan
rehat lebuh raya, manakala Hazri berlari anak ke tandas berdekatan. Usai
membeli Armila bersandar di kereta Hazri yang dipakir di bahu jalan.
Bila
terpandangkan wajah lelaki itu hatinya tercuit rasa lega dan girang, hanya
senyuman terukir antara mereka. Iskandar juga merasakan perasaan yang sama dia
bahagia bila melihatkan senyuman Armila, hatinya lega dirinya tidak
ditinggalkan Armila.
‘Nak
solat Asar dekat sini..?’ tanya Armila kepada Iskandar.
‘Ok
juga...’ Iskandar angguk kepala.
Kereta
meluncur lagi, meredah hari petang menuju senja membelah kesibukan siang di
lebuh raya mula terpancar lampu –lampu kenderaan.
‘Mila..
nanti kita berhenti di hentian jejantas nak, solat marghrib dan dinner sekali…, ‘
‘Is…,
boleh saya tanya awak sesuatu?’
‘hmm
apa dia..?’
‘saya
er saya.. hmm saya..’
‘tanya
ajelah.. apa dia..?’
.jpg)
1 comment:
chaiyokkkkkk...
ayu nk kena print..
banyak tertinggal
Post a Comment