Armila
terdiam.
“entah amaran atau apakah yang dia cuba
perkatakan itu huh!..” Armila hanya sempat menjeling jejaka disebelahnya
hatinya sakit membengkak.
“Geramnya…”
“suka –
suka hati dia aje..” dia bersandar lemah di kerusi dia menyarungkan baju
panasnya kerana berasa sejuk.
Usai
mengerjakan solat jamak marghrib dan isya’, mereka mengalas perut dengan meehoon
soto di deretan kedai RnR, dan perjalanan di teruskan menuju ke Senawang Negeri
Sembilan.
Bab 4
‘Hairan
betul..!! dengan Kak long ni, sekejap balik dengan kereta, sekejap dengan bas
sekarang ni tiba –tiba numpang kawan pulak, siapa ajelah kawan dia tu,’ Adam
duduk di birai tangga bersungut sendirian sambil tekun mengilatkan kasutnya.
“Siapa
kawan dia tu? Lelaki ke perempuan? Cepat betul dia matikan talian.” Setelah
siap mengilatkan kasut nanti Adam ingin cuba menelefon ibu pula dikampung.
‘Apa
yang kau bersungut sangat tu Adam… awek kau lari ke?’ Sapa Johan teman
sebiliknya, mereka memang tinggal di berek polis khas untuk polis bujang.
‘akak
den tulaa… tadi kato eh nak balik drive
sendiri, pehtu nak naik bas alih-alih den telepon menumpang kawan pulak eh,
ontah sapo tah kawan eh.., den pon tak tau’ Adam berbahasa loghat Negeri
Sembilan.
‘alah
relaxlaa… kang dio dah sampai dio call
laa tu…, akak kau tu takdo yang punyo ko? Mehlaa rekomen kek aku ni haa… sian
aku takde makwe’ Johan pula merapu, mereka berdua memang agak sekepala sama –
sama sekampung kalau sudah berdua.., Pontian itu sudah macam Negeri Sembilan
terasa seperti berbual di Kuala Pilah lagaknya.
Gemar
sangat orang kampung gelarkan Kuala Pilah tu Philah delphia.. macam cheese laa
pulak…!!
‘tak
payah berangan laa Johan kalau kau nak jadi abang ipar den, makan kiwi ni dulu
haaa jangan mimpi!!!’ Adam membalas sinis.
‘ade ke
patut.. kito kan kawan baik, lawa apa kakak kau tu..’ Johan tidak berputus asa.
‘den
dengan dio tu bezo umur dokek 5 tahun, takdo makno eh, dio nak laki mudo cam
kau doh!!!’ Adam masih menyakat Johan.
‘alah...
kalau ada jodoh tak kemano Dam…’ lirih Johan bersuara minta simpati Adam.
‘jangan
mimpi!! den tak hingin doh…’ Adam tidak mahu kalah.
‘bukan
den yang nak kawen dengan kau Dam.. dengan akak kau.. apolak kau yang tak
ingin.. hehehe’ Johan mula mencari pasal.
‘elok
bona laa kalau kau jadi abang ipar den.., ontah memacam laie ekau nak kudokan
den kan, macam den tak tau kau tuh!’ Adam mengejek.
‘kau
dah siap kilatkan kasut belum..?, pergilah masakkan meggi tu aku dah tolong buatkan
kopi kau ni haa’ Johan mengalih topik terasa berbunyi perutnya.
‘tulaaa
kau..! tengok tu baru jadi kawan sebilik, belum abang ipar lagi tu.. dah
memacam kau suruh den..!!’ Adam menempik laju sahaja di ke dapur, dia sendiri
dah mula terasa lapar.
‘lotak
telur 2 biji Dam….’ Johan menempik kuat.
‘yolaaaa…’
Adam membalas dari arah dapur.
Sudah
menjadi lumrah bila dah masuk hujung bulan sebegini, hendak cukupkan budget, atau hendak berjimat makan mee
segera sudah menjadi menu utama, maklum sahajalah lepasan kadet polis gaji pun
tidak seberapa.
‘Osahhh
sodap eh mee meggi ni haa.. cicah biskut koring pon sedap….’ Johan menghirup
sup mee Maggie.
‘dah
lapar Joe… apa pun sedap, nanti nak cari maggie kari letup tulaa mesti pedas..
terangkat!!’
‘tapi
den suko Maggie tomyam.., sedap jugak…’
‘ha’ah
sodap gak.. sib baiklah ada maggie penyelamat hengget kito... aku teringat
masakan akak kaulah Dam... sedap betul gulai lomak kuning dio... terasa – rasa
kat tekak ni haa.. kakak kau kan Dam masak lauk kampung memang terbaik...’
Johan teringat masakan Armila, memang bila bertandang ke rumah Armila, Adam
akan membawa bekal lauk dan nasi untuk dibawa pulang ke berek, Johan sudah
terbiasa makan masakan Armila.
‘kito
kono meniago laa Dam barulah kita tak mepes
selalu camni, nak jual apa ek..?’
‘kau
kan Joe asal hujung bulan macam ni mulalaa nak meniaga laa, nak simpan duit kat
amanah saham laa, time baru dapat gaji segala benda kau lupa, macam –macam awek
kau bedal semuanya kau nak tackle..’
Adam membebel.
.jpg)
2 comments:
Mepes tu apa ye... bahasa daerah ke Aienio.
sori amie... auto publish tu yg x sempat balas komen.. yup! bahasa daerah tapi kekadang daerah sendiri pun x tahu akan wujudnya bahasa camtu... mepes ni cam 'kekeringan duit' camtulah lebih kurang!! :D
Post a Comment