‘Mila….’
‘ya...
tunggu sekejap ya Is..’ tangannya ligat membancuh kopi 0.
‘er…
er…. Awak….. tak pakai tudung Mila…’
‘hah..!!!
ya Allah…’ Armila pantas berlari menuju ke bilik sambil tangannya menutup
kepala.
‘sah..
dia tak perasan… aduhaiii mengugat perasaan dan iman betul..!!’ gerutu Hazri Iskandar
dalam hatinya.
Hazri
mempersiapkan hidangan dimeja makan, sarapan pagi itu sambil menunggu Armila
keluar dari biliknya, sebaik sahaja Armila ada di ruang dapur Hazri tersenyum. Gadis
itu juga membalas senyuman.
Mereka
sarapan bersama – sama, tidak dapat dinafikan bakat Armila dalam masakannya
memang terserlah, Hazri amat berselera langsung tiada apa yang kurang dalam
deria rasanya, enak itu yang pasti.
Tengahari
itu Armila menyediakan hidangan tengahari seperti janjinya gulai lomak cili
padi ikan sembilang salai dengan belimbing buluh, ikan pekasam goreng diperah
asam limau dengan cili padi dan bawang serta sayur capcai menjadi menu makan
tengahari mereka.
Sekali
lagi masakan Armila tidak menghampakan, jikalau berterusan dia menginap disini
pasti dia menjadi gemuk, ya itu sudah pasti.
Perasaan
hairannya timbul juga tentang ayah Armila sepanjang dia berbual bersama Puan
Rohani dan Armila mereka tidak langsung menyebut tentang ayahnya manakala Hazri
pula terlalu ingin bersua muka dan mengenali ayah gadis itu.
Selepas
makan tengahari Armila mengajak Hazri ke Ulu Bendul, hajatnya supaya Hazri
tidak berasa bosan berada di kampungnya.
Pucuk
dicita ulam mendatang sememangnya Hazri teringin ke tempat itu sebelum ini dia
hanya tahu dari kawan – kawan facebook,
laman muka buku itu selalu sahaja mempamerkan tempat – tempat menarik kunjungan
kawan –kawan selain gambar – gambar harta benda dunia seperti kereta dan
gadget, bermacam manusia ada dalam dunia ini, sekurang –kurangnya bila adanya
laman muka buku itu, dia boleh berjumpa semula kawan – kawan lamanya.
Sampai
di Ulu Bendul memakan masa 10 minit mengikut jalan baru, menurut Armila kalau mengikut
jalan lama ngeri.. jalan bengkang bengkok kanan bukit, kiri gaung,
sekurang-kurangnya memakan masa setengah jam hingga empat puluh minit baru
sampai, kalau hujung minggu selalu sangat jammed.
Ringan
sahaja Hazri ingin bersuara menanyakan perihal ayah Armila akan tetapi hasrat
hatinya di diamkan dahulu terlalu takut mengguris hati dan perasaan gadis itu,
biarlah dia bercerita sendiri.
Kelebihan
di Ulu Bendul dengan bentuk batu –batunya, pada masa inilah Hazri mengeluarkan
Nikkon DSLR 7000 dan mengabadikan keindahan ciptaan Allah selain banyak gambar
curi Armila diambil tanpa pengetahuannya, dengan menggunakan lensa kamera
begitu banyak gelagat dan raut wajah Armila dirakam jarak dekat dan jauh, dalam
hatinya dia senyum sendiri, bolehlah dia melepaskan rindu bila dapat merenung
gambar-gambar ini nanti. Armila nampak ceria sambil bermain – main air terjun
dengan kakinya dicelah – celah batu itu.
Katanya
sambil bercerita ‘masa zaman Mila sekolah rendah dulukan Is.., Mila selalu
kesini dengan ayah dan ibu, dulu rumah kami selalu sahaja terputus bekalan air
selalu sangat paip pecah selain catuan air, kami mandi dekat sini dah
sejuk-sejuk mandi kami balik ke rumah hehehe’ ceritanya girang.
Hazri
menghampiri Armila, ‘Mila jangan lipat tinggi sangat seluar tu...’ apabila
tersirap darahnya melihat betis Armila yang putih melepak.
‘nanti
semua orang tengok…’ tersekat – sekat suara Hazri menasihat.
‘oppss…
Mila ingat Mila masih kecil lagi…’ cepat sahaja dia melurutkan lipatan jeansnya
itu.
‘aurat
kena jaga Mila…’ nasihat Hazri lagi.
‘Terima
Kasih Is… sebab tolong ingatkan Mila...’ Dia berasa lega dan senang dengan
teguran itu, terasa ada seseorang yang mengambil berat akan dirinya.
.jpg)
4 comments:
Wah! Makin rancak dia menulis ye.... teruskan usaha...
Huwaa...kenapa 3 hari cuti? Mama ikut tau citer ni dari awal. Tak tinggal satu pun....
Huwaa...kenapa 3 hari cuti? Mama ikut tau citer ni dari awal. Tak tinggal satu pun....
amie .. masih setia menulis walaupon masih banyak yg kurang...
mamafami soriii ada problem skit dgn blog nih...
Post a Comment