nuffy

Wednesday, December 26, 2012

Masih Sembunyi (ms 69 & 70)


makanan.., Ibu tunggu ya…’ Ibu angguk dia berbaring dengan telekung di kepalanya, terus mahu menunggu untuk solat isyak katanya.
Hazri menunggu dalam kereta, Armila keluar mengunci pintu utama, dia berlari anak masuk kedalam kereta.
‘Is kita balik cepat ya… Mila risau tinggalkan ibu sendirian...’
‘Ok... kita beli makanan ajelah dan kita balik, pergi Giant Senawang ajelah itu yang paling dekat..’ Iskandar merancang.
‘Mila minta maaf Is, tak sangka akhirnya Is tahu masalah kami, tak sepatutnya Is sebagai tetamu terjebak dalam kesedihan kami, Mila malu sebenarnya..., kekasih ayah tu namanya Najwa kawan sekolej Mila...’
“dia memang gedik perwatakannya macam gadis seberang yang seksi dan mesra, sebiji macam perempuan jahat yang tak nampak jahat dalam sinetron Indonesia.” Sungut Armila dalam hatinya.
‘tak ada apa-apalah Mila, Mila temankanlah Ibu esok tak payahlah kita balik cuti Is pun sampai minggu depan kebetulan memang Is ambil cuti.. kalau kerja pun ada latihan di stimulator sahaja..’ Iskandar perjelaskan.
‘kalau Is nak balik pun Mila tak kisah, tidak menahan dan tidak juga menghalau... Mila dah banyak kali pujuk Ibu tinggal dengan Mila, tapi Ibu sayangkan rumah ni.. sebab itu Ibu masih bertahan…, Mila kasihan melihat tekanan yang ibu hadapi Is...’ dia seperti ingin menangis lagi tetapi segera dia kesat airmatanya yang hampir tumpah.
Hazri sempat membeli pakaiannya, sama seperti sebelum ini di dalam hypermarket Giant dan kami bungkus roti telur sahaja buat santapan makan malam kami, tambahan pula baki kuih petang tadi masih ada, lauk tengahari pun masih ada. Masih boleh dipanaskan untuk dimakan.
Sampai dirumah, Armila mengidang makanan dia jenguk ke dalam bilik Ibu, Ibu tiada.. Armila cemas, dia segera hubungi telefon bimbit Ibu, kereta ibu turut tiada.
“kenapalah semasa parking kereta tadi tak perasan langsung kereta Ibu tak ada..”
‘Is… Ibu tak ada Is…’ Armila hubungi makciknya di kampung sebelah, jarak kampung sebelah hanya memakan masa 10 minit sahaja untuk sampai, memang jika bersedih Ibu selalu ke rumah makcik Ijjah, makcik Ijjah seorang Ibu tunggal adik kepada Ibu bekerja di kantin sekolah agama, mereka sering bersama, hubungan dua beradik yang erat.
‘Alhamdulillah Ibu ada kat sana…, cemas Mila makcik…’
‘ada baru aje sekejap tadi dia sampai.. dia pun terlupakan kamu Mila.., ini kamu telefon barulah dia ingat kamu ada balik…, bercelaru fikiran ibu ni Mila.., hmm.. ayah kau buat hal lagi… biarlah Ibu kat sini Mila… nanti kamu datanglah kesini, bawa kawan kamu tu sekali dah malam ni acik tunggu..’
‘baiklah.. Mila kemas baju sekejap lagipun Mila ada belikan makanan malam.., lepas solat isyak nanti Mila ke sana, nanti Mila bawakan makanan tu.., ibu dari tadi belum makan lagi tu acik...’
‘ok.., janganlah kamu risau.. cepat ya kamu datang ke sini..’
‘iyalah…’
 Armila terpandangkan Hazri yang duduk dimeja makan, matanya ralit memerhati siaran di tv yang tidak bertutup oleh ibu.., sambil makan roti canai. Armila berasa kasihan melihatnya, “barangkali lapar sangat dia..!” Armila membancuh Milo suam untuk Hazri Iskandar.
Dia ke bilik mangambil sepasang baju serta berus gigi untuk kegunaannya, memang dia mesti segera ke rumah makcik, dia tidak jadi bersolat, mereka perlu segera ke rumah makciknya. “Solat di rumah Makcik Ijjah sahaja nanti” fikirnya sendiri, Armila mula merasakan tidak sedap hati kerana hanya mereka berdua didalam rumah.
Sebaik sahaja dia keluar dari biliknya dilihatnya Hazri Iskandar menghirup milo, Armila menjinjit beg kecil, katanya nak ke rumah makcik Ijjah.
‘kita kerumah makcik Mila ya Is.., jom nanti terlambat pulak.. tak payahlah basuh pinggan tu biarkan aje..’
‘hmm oklah…’ Hazri sudah maklum semasa mendengar perbualan di telefon tadi, mereka di kejutkan dengan suara orang memberi salam. 

1 comment:

MamaFaMi said...

Alaaaa janganlah hendak hendaknya yang bagi salam tu..orang pejabat agama. JANGANNN!!! Shian Mila...huwaaa...suspennya. Cepat ler sambung. Hmmm ni yg malas ikut online...SIKSA! Ahahaha... Terlebey sudaaaa....