nuffy

Friday, December 28, 2012

Masih Sembunyi (ms 71 & 72)


Hazri membasuh tangannya di dapur Armila ke ruang tamu pintu utama yang memang sejak tadi terbuka, suasana dalam rumah juga terang benderang.
Alangkah terkejut mereka berdua apabila melihat ada ramai orang di muka pintu dengan wajah bengis dan bising di halaman rumah.
‘Minta ic, kami terima laporan kamu berkhalwat, masuk dan periksa rumah ni..’ Arah seorang pegawai kepada dua orang bawahannya.
‘Astargfirullahhalazimmm….. kami tak bersalah..’ Armila terkejut, tetapi dia segera mengeluarkan kad pengenalan lalu diserahkan kepada pegawai yang bertugas begitu juga dengan Hazri Iskandar.
Terdengar suara – suara sumbang dalam kekecohan itu. “anak dan bapak sama aje, yang seorang lagi tu entah jadi polis, entah jadi penyangak, menyamar jadi polis agaknya, menyundal tak sudah – sudah.., anak beranak sama aje..” Armila terpempan! Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Ini semua sangat memalukan.., maruah keluarganya sudah tercemar.
Pemeriksaan yang dibuat memang membuktikan hanya Hazri dan Armila berada didalam rumah itu. Hazri juga turut terkejut dia gagal melakukan apa sahaja sebaliknya dia hanya diam tidak berganjak dari situ.
‘kamu sedar tak apa hukumnya berdua –duaan sedangkan kamu berdua bukan muhrim..?’ Hazri Iskandar terduduk di sofa, Armila mula menangis.
‘kami tak buat apa-apa…, tolonglah jangan malukan kami, kami memang tak buat apa-apa..’ Armila merayu supaya mereka dilepaskan.
‘kamu boleh kata kamu tak buat apa – apa.. kamu berdua didapati bersalah dan boleh dituduh atas kesalahan berkhalwat..’
‘macammana ni Is… apa yang patut kita buat…??’ Armila memandang Iskandar yang lebih banyak mendiamkan diri.
‘sudahlah.. Mila… pergi telefon ibu.., kita minta pandangan ibu macam mana..’ Akhirnya Hazri Iskandar memberikan cadangan dia sendiri buntu masih terkejut dan tidak tahu jika masih ada jalan penyelesaiannya.
Armila mendail semula ke rumah makcik Ijjah menceritakan apa yang berlaku dia menunggu ibu dan makcik Ijjah tiba, Armila masih menangis selebihnya dia terasa amat bersalah membabitkan Hazri dalam situasi ini, mereka hanya kenalan baru, dalam banyak – banyak yang datang ke rumahnya malam ini dia terpandangkan pakcik Murad.
Pakcik Murad adalah jiran sebelah rumahnya, hubungan isterinya dengan ibu memang tidak pernah aman, ada sahaja dia memfitnah ibu, Armila mula syak salah sangka ini sengaja di adakan oleh pakcik Murad. Ianya seakan dirancang.
Hazri pula bingung dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan, saat itu dia terbayangkan wajah mama dan papa. Bagaimana kalau mereka tahu akan hal ini, sedangkan Armila juga belum lagi di bawa berjumpa keluarganya.
Keluarga Armila segera dihubungi oleh pegawai yang bertugas pada malam itu dan mereka di paksa menikah malam itu juga, ayah Armila turut dihubungi bagi menyelesaikan urusan wali dan sebagainya.
Manakala masyarakat disini sudah pun mengenali ayah Armila, seorang yang pemabuk dan kaki perempuan, malah sebenarnya pakcik Murad sudah lama mahu menghalau mereka sekeluarga keluar dari kampung ini, kerana dia sendiri mahu membeli rumah yang ibu duduki itu, tetapi Ibu berkeras mempertahankan haknya, setelah menghubungi ayah Armila, dengan keizinan ayahnya Armila dinikahkan berwakil wali.
Hazri kelu tidak berkata apa – apa sebaliknya sebelum dia dinikahkah dia meminta izin untuk menunaikan solat sunat 2 rakaat. Ibu dan makcik Ijjah juga sampai diperkarangan rumah, Armila menangis memeluk ibu, mulutnya tidak berhenti menyebut ‘ini fitnah ibu, kami tak bersalah..’
‘sudahlah Armila.. kamu dah buat salah tapi masih tak mahu mengaku.., Ani… anak kamu ni memalukan keluarga kamu tahu tak..?’
‘tak.., ibu ini fitnah..’ Armila masih menangis.
‘sudahlah Murad tak payahlah kau suka – suka nak menuduh..’
‘aku tak tuduh semua orang kampung pun nampak anak engkau berzina… apa yang kau nak cakap lagi haaa…??’

2 comments:

MamaFaMi said...

Lepokkkkk Pakcik Murad ni karang...baru tau. HEMPHHHH...

aeinio said...

seperti yg diduga... huhuhuhu