nuffy

Monday, December 31, 2012

Masih Sembunyi (ms 73,74 &75)


‘suka hati engkau lah.. kalau kau rasa apa yang engkau buat ini betul…’
‘memanglah betul kalau dah kena tangkap khalwat nikahkan aje..’
“betul – betul kita nikahkan mereka..” sahut orang kampung dengan gempita, hancur luluh lagi perasaan Rohani apatah lagi hati Armila yang mendengarnya.
‘tutup mulut kau Murad…’ Rohani sudah mengalirkan airmata perasaannya sebak tak tentu arah bercampur malu yang membuak – buak, ikutkan hatinya mahu sahaja dia memukul Armila depan orang kampung supaya semua orang tahu bahawa dia bukan tak pandai mengajar anak.
Tetapi dia masih rasional sepanjang 3 tahun berjauhan dengan Armila belum pernah sekalipun anaknya itu mencontengkan arang dimukanya malah anaknya itu sangat utuh pendirian dan tahu menjaga tatasusilanya.
‘sudahlah kak Ani.. janganlah menangis lagi.. benda dah jadi..’ pujuk Ijjah disisinya.
‘tuan Haji memang elok kita nikahkan mereka ni malam ini jugak tak payah tunggu – tunggu lagi..’ Pakcik Murad bersuara kepada pegawai pencegah maksiat itu.
‘ya.., ya…!! kami tahu jalankan tangung jawab kami, kamu tak perlu risau… ya En Murad..!! kita bukan nak bergaduh disini.., sila jangan buat bising, kita mahu selesaikan masalah..’sindir pegawai dan Pakcik Murad tersengih kelat.
‘selepas ini bolehlah kamu keluar dari kampung ni Ani.. malu kalau kau terus tinggal disini..’ kata Murad sinis kepada Rohani. Rohani hanya diam sebaliknya dia terus memeluk anaknya yang terusan menangis. Kalau diturutkan hatinya mahu sahaja dicilikan mulut Murad perangai dia sama sahaja dengan isterinya itu.
Di dalam bilik Hazri berteleku di tikar sejadah berdoa memohon keberkatan.
“ya.. Allah.., aku redha jika ini ketentuanmu, jika ini jodohku yang telah engkau permudahkan, walaupun dengan cara begini hanya engkau yang maha mengetahui, aku bermohon jika inilah ketentuan darimu aku memohon keampunan dan keredhaan dalam penyatuan hati kami, limpahkan rahmat dalam pernikahan ini utuhkan kasih sayang dan cinta antara kami, amin ya rabbal alamin..”
Hazri akur pada paksaan ini, walaupun dia sedar dia sukakan Armila, tetapi baginya masih terlalu awal untuk membuat keputusan sebegini drastik, dia tidak mahu mama dan papanya terkejut, dan pernikahan ini berlangsung tanpa pengetahuan kedua orang tuanya.
Tanpa banyak berfikir sesudah membuat solat sunat hatinya tenang menerima pernikahan itu biarpun dalam keadaan begini dia rela dirinya dinikahkan dengan Armila Eryna hanya kerana menjaga maruah gadis itu selain bibit cinta sudah mula membara dalam hatinya.
Dengan sekali lafaz Armila Eryna Binti Abbas sah menjadi isteri kepada Hazri Iskandar Bin Hj Rosli pada detik dan saat malam yang bersejarah itu mereka telah sah menjadi suami isteri. Pernikahan ini berlangsung hanya dengan kain pelikat dan sehelai t shirt berkolar berwarna krim berserta kopiah putih manakala Armila memakai kurung pink dengan tudung berwarna putih pakaian yang dipakai untuk ke rumah makciknya, tiada sekeping pun gambar kenangan di hari pernikahan mereka.
Armila menerima pernikahan ini dengan linangan airmata hanya sedu sedan yang kedengaran dihari bersejarah mereka, dan jauh disudut hati Hazri mesti sukar untuk Armila menerima dirinya, dia tahu dan dia juga tidak akan memaksa andai aku bukan lelaki yang dia cintai.
Sebaik akad nikah selesai, Hazri membayar wang mas kahwin RM250 serta sebentuk cincin di jari, yang dikeluarkan dari jari kelingkingnya, cincin pewter kepunyaannya di sarungkan ke jari Armila sebagai tanda pernikahan mereka.
Armila mencium tangan Hazri seperti dalam keterpaksaan, dia tidak langsung mahu menatap wajah Hazri Iskandar ketika itu, perasaannya berkecamuk segala –galanya sepantas kilat berlaku apa yang bakal terjadi kelak adalah sukar untuk dia gambarkan persoalan dimindanya “akan kekalkah hubungan ini..?”.
Manakala Hazri juga hanya bersalam tanpa menciumnya, perasaannya sebak dan gembira akhirnya dia bertemu jodoh dengan gadis yang menjadi igauannya, singkat masa terakhir ini, tetapi dia tidak pasti dalam hati gadis itu “adakah rasa cinta dihatinya untukku..?”. Persoalan yang masih tiada jawapan.
Bila majlis selesai dan semuanya bersurai, Makcik Ijjah membancuh kopi di dapur, Armila ke biliknya mengambil seutas tasbih kayu kokka yang menjadi kesayangannya ketika di belinya semasa mengerjakan umrah dahulu, dia keluar bilik mendapatkan Hazri duduk di buaian yang masih termenung di luar memerhati ikan di dalam kolam, sejak datang ke mari disitulah menjadi tempat kegemarannya sering sahaja Armila melihatnya bermenung disitu selain membelek kameranya dan mengambil gambar – gambar ros kepunyaan ibu, Armila duduk di bangku sebelah. Malam semakin larut, tetapi rumah itu yang riuh tadinya kembali sepi yang kedengaran adalah bunyi tv dan tiada siapa pun yang menontonnya.
‘Is…’ suaranya serak kerana terlalu banyak menangis. ‘maafkan Mila.. Is, ini semuanya salah Mila.., maafkan Mila kita difitnah Is…’
‘bukan fitnah Mila.. ini jodoh kita… kita kena redha... Allah yang maha mengetahui..’
‘tapi Is...’
‘tak ada tapi lagi Mila… sudahlah…, kita dah sah sebagai suami dan isteri..’ Hazri senyum tenang memandang wajah isterinya itu.
‘Mila tiada hadiah untuk Is, terimalah ini pemberian ikhlas dari Mila sempena hari ini, Mila harap Is dapat menerimanya’ dengan penuh harapan supaya Iskandar menerima pemberiannya yang tidak seberapa itu, dengan penerimaan itu dia beranggapan Iskandar sudah pun menerima dirinya sebagai isteri.
‘terima kasih… maaf juga Is tak sempat belikan apa-apa untuk Mila, insyaAllah ada rezeki nanti Is gantikan cincin yang Mila pakai tu dengan yang baru…’ Armila menekup mulutnya dia kembali sebak, airmatanya tumpah lagi tidak mampu dibendung lagi perasaan ini, dia berlari ke biliknya.
Hazri membiarkan malah dia juga perlu memujuk hatinya sendiri, biarlah Armila redakan dahulu perasaannya, sedangkan dirinya juga perlu bersendirian perlahan – lahan menerima keadaan yang telah berlaku ini.
Hazri menghirup kopi suam sambil berbual dengan ibu dan makcik Ijjah. Ibu banyak kali meminta maaf kepada Hazri atas apa yang telah terjadi dan amat berharap supaya Hazri tidak mensia – siakan hidup Armila, jika Hazri ingin terus sudi menjadi suami Armila dan jika sebaliknya Ibu berharap Hazri dapat selesaikannya dengan cara paling berhemah.

2 comments:

Amie said...

Dia Masih Sembunyi ye.... 2013 dah tiba! Selamat tahun baru Aienio...

aeinio said...

seronok men sembunyi2 hehehe selamat tahun baru 2013 utk amie juga... sayang selalu... ;))