Tuesday, January 31, 2012

Keajaiban PENATTT...


sentuhan kepenatan... kalau dah namanya penat takdenyer ajaib.. penat tetap penat... ubatnya rehat dan lapangkan minda dan dada... itulah yang terjadi pada diriku dan keluarga ku semuanya 90% bad mood!! sebab PENAT!!


rentetan dari simboliknya penatttt.. sebetulnya ada peristiwa sedih yang berlaku sepanjang akhir bulan ni... bermulanya kisah melawat suami sepupu hubby, yang sakit di hospital kuala lipis tempohhari.. kami dikejutkan dengan panggilan seawal 1 pagi arwah meninggal.. di awal pagi itu memang agak terpana yerlaa nak gerak dah malam tunggulaa esok baru bergerak dari kerteh ke raub pahang..., mujurlah cuti tahun baru cina semua ada kat rumah 7jam perjalanan termasuk makan, solat dan sebagainya... nak kata terkejut taklaa sangat sebab semasa melawat, arwah sudahpun terlantar baring sahaja... dan kami telah sedia maklum akan penyakitnya.., alfatihah untuknya... siapa sangka sebulan lebih selepas kami melawat..., beliau pergi mengadap illahi... kami sekeluarga ucapkan takziah buat kaklong sekeluarga.. terpaksa balik hari yang sama sebab esoknya kena hantar along balik asrama..

selang beberapa hari kemudian dikejutkan pula dengan sepupu perempuan hubby meninggal juga.., kalini di melaka 3am terima panggilan.. termenung gak kejap.. terkejut juga sebenarnya ..., yerlaa arwah baru jerr berusia 20thn... dah sampai masa sebetulnya dia dah sakit selama sebulan, akan tetapi kami tak tahu, mak yah dah berulang alik hospital selama sebulan tetapi dokter tak dapat kesan apa penyakitnya.. akhirnya arwah sesak nafas dan pergi mengadap illahi... ;( memang sedih kerana dia terlalu muda. takziah juga buat mak yah n keluarga, aku balik kg lg... tanpa along.. sebab dia kat asrama.. rushing jugak sebab anak2 ahad tu dah exam... hmm mana tak penat yertak?? itupon mak sendiri dah kecik hati sebab tak singgah balik seremban... hehehe.. faktor masa.. memang tak sempat.. alhamdulillah penat2 pon kami tiba di kerteh dengan selamat aminnnn....

bercerita pengalaman semasa dalam perjalanan tempoh hari, ianya berlaku di hway pantai timur, masa tu malam hubby dah rasa amat mengantuk so dia amik keputusan berhenti untuk rehat sekejap... kami berhenti di hentian lanchang.. aku takleh tido yerlaa tak selesa tidur2 ayam jerr... yang hairannya ramainya india dok stop kat situ.., mula2 1 bus pastu adalaa kereta beberapa biji pastu chinese.. yerlah masa tu chinese new year memanglaa depa dok beraya kan... malas nak pk kita kat mesia ni semua bangsa pon ada so tak kisahlaa... masih lagi disitu... sehinggalah dini n icha bangun nak ke toilet.. masa tu memang takde org so aku benarkan dia pergi akulak dok dalam kereta dok tengok2 sekeliling... lepas jerr mereka selesai dan balik semula ke kereta, aku try kejutkan hubby mana tau kot dia dah puas tido kerr lehlaa sambung jalan... 
alih2 ada sebiji kereta park betul2 kat tepi kami sorang india kuar dari kereta... dalam hati aku terdetik ramainya pulak india memalam nih herann betul... dia cakap2 kat hphone dan tak lama lepas tu ada ford ranger sampai park pulak kat sebelah.. aku dah tutup pintu kereta kunci segera kejutkan hubby selalunya kalau dia letih camtu tak 2jam tido jgn harap dia bangun.. ni dia terus sedar 'kenapa..? entahlaa rasa tak selesa'... hubby start enjin kereta... betulkan seat 'eh apa derang buat borak kat belakang keter kiter lak ek..?' pelik dah nih...' kami undur kereta 2 india ni tadi pon beredar maknanya kita jalan depa pon jalan... dalam keadaan mabuk2 nak tido tuh aku terpkkan akan kejadian yang dah banyak menimpa pemandu2 terutama sekali kat h'way... kereta di rosakkan dan kena charge tak masuk akal dengan bengkel berhampiran... apa pon yang cuba dilakukan oleh 2 orang ni tadi ataupon hanya aku yang syak wasangka alhamdulillahlaa Allah dah melindungi kami... tapi pelik tak cara depa park kereta pon seperti cuba melindungi sesuatu pastu cam borak kat belakang kereta kami bersentuhan dengan kereta lagi apa kes...? tak pelik ker?? syukurlaaa.. kami selamat. 



Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Sirin berkata: 'Berkata Ummu 'Utiayah: 'Adapun aku dilarang dari mengikuti jenazah dan tidak ditetapkan (tegahan atau larangan tersebut) atas aku sahaja.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
hadith diatas itu menyebutkan bahawa Ummu 'Utiyah telah dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) mengiringi jenazah yg diusung ke kubur dan beliau memberitahu larangan kpdnya itu bukan dikhususkan kpdnya semata-mata, maksudnya kpd semua wanita. Dalam hadith berikut ketetapan yg sama juga dimaklumkan:
Diriwayatkan hadith dari Omar b Abi salamah hadith dari bapanya (yakni, Anu salamah) hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) (melaknat) wanita yg menziarahi kubur.' [Hadith at-termidzi, Kitab Jenazah]
Hadith ini menyebut larangan keras Rasulallah (s.a.w) terhadap perempuan dalam perkara menziarahi kubur. Dalam sabda tersebut ada kalimah 'lu'ina' (= melaknat).Rasulallah (s.a.w) melarang keras perempuan menziarahi kubur.
[Nota: Lelaki dibenarkan oleh islam menziarahi atau melawat, malah memasuki kawasan perkuburan, tapi di dalam hadith lain disebutkan bahawa ketika berada dalam kawasan kubur lelaki itu ditegah memakai kasut atau selipar. Kasut atau selipar hendaklah ditinggalkan di luar kawasan kubur. Wanita sama-sekali tidak dibenarkan menziarahi, apatah lagi memasuki, kawasan perkuburan. Mereka boleh duduk di pinggi luar pagar kawasan perkuburan sahaja. Malangnya hari ini jelas umat Islam, termasuklah orang-orang kenamaan kelihatan berada di atas kubur. malah menaburkan bunga dan menyiram air mawar di atas kubur si mati, terutama simati itu adalah ahli keluarga wanita tersebut.]
Dalam hadith berikut pula disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) memberi keringanan dalam perkara melawati kubur sebagai rukhsah (= kemurahan Islam),tetapi kemurahan itu adalah terpakai bagi lelaki sahaja, dan tidak bagi perempuan.
Diriwayatkan hadith dari Sulaiman ibni Buraidah hadith dari bapanya (Buraidah) yg berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sungguh-sungguh ada aku (Nabi) melarang kamu sekelian menziarahi kubur, maka sungguh-sungguh telah memberi izin aku (Nabi) kpd Muhammad (iaitu Muhammad b Basyar, seorang perawi dalam isnad hadith ini) d dalam perkara menziarahi kubur ibunya. Maka ziarahilah kubur maka sesungguhnya menziarahi kubur itu mengingatkan kpd akhirat.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Jenazah]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu menyebutkan bahawa beliau telah mengizinkan Muhammad b Basyar menziarahi kubur ibunya. Kemudian Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya (lelaki sahaja) menziarahi kubur kerana dgn itu yg menziarahinya akan mengingati bahawa adanya akhirat.
Saudara, rumusannya adalah hanya lelaki diberi kemurahan melawat kubur, namun kaum wanita kekal tidak dibenarkan menziarahi kubur.

Jazakallahu khairah

Thursday, January 19, 2012

Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol

Hari ini dengan rasminya berjaya memasak nasi dagang tapi guna periuk nasi tanpa mengukusnya... teringat dedulu masa tu mengandungkan anak yang sulung suruh hubby belikan nasi lemak sambal kerang tapi bila dia balik dia bawak nasi dagang terbalut indah berbentuk kun dengan daun pisang, bila bukak jerr ada bau halba aku menangis..... sehari merajuk tanak kawan dgn hubby... sakitnyaaa hatiii tuhan jerr yang tahu...,  kita nak lain dia beli lain... puas gak dia pujuk katanya sedap... itu citer 14thn dulu... skang ni dah leh terima dah...
sebenarnya dah 2 kali cuba masak nasi dagang ni.. tapi 1st time dulu terlembek sket tapi kali ini memang berjaya... sementara masih ingat lagik nih jom layan resepi...


sesiapa yang tahu pembuatan nasi dagang ni agak leceh sebenarnya.. perlu di kukus beberapa kali bila tengok cara memasak tradisional aku angkat bendera putih lerr lecehh... n tak kuasa woo nak duduk dapur lama2.

nasi dagang
3 cawan beras wangi
1 sudu teh halba
2 biji bawang merah - hiris nipis
1 cm halia muda - hiris nipis
garam & gula
1/2 cawan santan pekat


cara2nya
gunakan periuk nasi letrik tanak nasi sukat beras dan air sama rata (beras  dan air sama paras) dan masak seperti biasa hingga masak, jangan panik sekiranya nasi nampak seperti tak masak atau keras. satukan garam, gula, halba, santan, bawang dan halia hiris, masukkan ke dalam nasi tadi kacau rata, tutup tudung periuk dan tekan lagi 'cook' biarkan sehingga naik sendiri. kacau lagi dan tekan sekali lagi. (buat 2 atau 3 kali)



ok... kalau sesiapa yang tak kenal rempah rose tuhaa dalam gambar aku google jerr asyik tak hengat nak snap gambar kalau tengok kat gambar tu ada watermark inaku79.blogspot... thnx ada gak gambo ni.. minta izin share kat sini...
kalau diperhatikan ada 2 jenis rempah 1 rempah gulai dan satu lagi rempah masak.. ok jom tengok resepi yang telah diolah untuk kesesuaian selera keluarga.


bahan2nya
1 ekor ikan tongkol
(masukkan dalam periuk ikan yang telah di basuh bersih dengan 1/2 cawan air masukkan garam dan sekeping asam kecilkan api biarkan hingga ikan masak dan air agak kering)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
4 sudu rempah gulai bunga rose
1 sudu rempah masak bunga rose
garam
gula melaka / gula merah / nisang terengganu / gula pasir (ikutlaa mana yang ada)
3 sudu pes cili
1 keping asam keping
beberapa biji cili padi
minyak masak untuk menumis


bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit lengkuas - di ketuk
1 batang serai - di ketuk
hirisan bawang merah dan bawang putih


bahan kisar / tumbuk
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit halia



cara2nya
satukan rempah gulai dan rempah masak dengan sedikit air ketepikan, panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis bila dah naik aroma masukkan pula bahan kisar dan pes cili kacau hingga mesra masukkan pula sebatian rempah kacau hingga pecah minyak.
masukkan santan cair didihkan masukkan ikan, masukkan santan pekat, asam keping, garam dan gula secukup rasa biarkan kuah mendidih dan sekata kecilkan api biarkan dalam 3 atau 4 minit.
akhir sekali bila semua dah mesra masukkan cili padi dan bolehlah matikan api...




acar mentah ni senang jerr hirisan lobak merah, cili merah, bawang besar, timun dan nenas gaulkan dengan gula, garam dan sedikit cuka.

Sunday, January 15, 2012

Mee Hoon goreng kunyit


aiseyyyy... dah lama sebenarnya masak mee hoon nih tapi lupa nak tepek dalam blog nih... tua dah akak nih... hehehe

mee hoon goreng ni kejadiannya sebab rasa teringin sangat nak makan mee hoon yang terbau sawi dan ikan bilis maka terjadilaa resepi ni.. jom layan..

bahan2nya
1 bungkus mee hoon - rendam hingga lembut
10 biji bebola ayam - belah 2
sayur sawi secukupnya
sedikit serbuk kunyit - untuk warna
minyak masak
2 sudu sos tiram
garam & gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis


bahan tumbuk / kisar
4 biji cili padi
1 biji cili merah
setengah cawan ikan bilis
6 ulas bawang merah


cara2nya
panaskan minyak dan goreng sebentar bebola ayam (guna bebola ikan pon ok) angkat dan ketepikan, kurangkan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak masukkan sos tiram, kiub ikan bilis dan perasakan dengan garam serta gula masukkan sedikit air dan mee hoon beserta serbuk kunyit kacau rata hingga mee hoon lembut  masukkan pula sayur sawi siap untuk hidangan.

Saturday, January 14, 2012

special request....;))


salam sayang semua.. salam 2012.. masih belum terlewat lagi kiranya mengucapkan selamat menyambut tahun baru untuk semua... biasalah.. bila dah masuk tahun baru yang peningnya di awal2 begini kesibukan dengan perancangan masa setelah sebulan bercuti.. dah mula naik sekolah... tinggallah omak sorang2 kat rumah...


ok ini order pertama untuk tahun ini... ianya adalah coklat moist cake dengan rich coklat kastard..  dari teman blog yang bertegur sapa hanya di blog dan fb.. huhuhu bila laa agaknya dapat berjumpa... tq nana... dan amat senang sekali deal dgnnya..


mulanya nak buat surprise cake.. tapi kesudahannya penerima dan penghantar dua2 yang surprise.. hehheh sbb tak kenal... husband yg jadi mangsa... selepas akak sakit around June 2011 temphhari memang dah lama stop dari mengambil sebarang order... tahun ni baru nak active balik...
oklah.. berbalik pada cake.. it's a birthday cake untuk seseorang yang amat istimewa dihati nana.. became part of her life... "separuh nyawa"...  sudah tentulah tunangnya.. n thanx alot sebab nana sudi order cake ni... insyaAllah kalau ada di kerteh bolehlaa kita jumpa...


lastly.. hepi new year.. maaf jika banyak tersasul kata sepanjang saya berblog dan harap masih ada yang sudi menjadikan blog saya teman setia anda semua.. tq again....