Tuesday, February 28, 2012

LAGU TEMA ARIANA MIKHAIL TV9 setiap isnin dan selasa 8.30mlm dah 14 episod dah.. ;))



hmmm.. baru jerr habih layan citer nih.. dah 14 episod nilerr yang dok hadap untuk thn 2012 nih antara gandingan yang aku suka.. nora danish dgn sein.. takdelaa nak kata lakonan mereka ni superb tapi aku suka... tu jerr.. nora danish yang cool, dlm drama ni dia sedikit cubby, manakala sein pulak nampak cam kekoklerr dgn nora danish ni tak mcm drama adamaya... lakonan dia dgan lisa surihani panten baru tu...

Sunday, February 26, 2012

RAHSIA SURAH AL – KAUTHSAR

RAHSIA SURAH AL – KAUTHSAR


Surah ini paling pendek, hanya
mengandungi 3 ayat diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di
syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu
dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita
amalkan:- 



1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga. 


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar
yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.



 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah- mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 


5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.


 6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan
khusyuk ketika menunaikan solat. 



7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. SELAMAT BERAMAL

Gulai Lomak Siput dengan Keladi


terperam lama gambo ni.. kenapa laa skang mood berblog sgt slow... sebenarnya aku tenngah cari mood berangan sbb dah lama benor tak verangan.. masalah eh.. mood verangan aku dah lari entah kemana2 hilanngnya so.. takde laa nak berangan.. so sad..:( kalau berangan kan best sebab free...


siput sedut aku tak pasti sejak bila aku jadi penggemar lauk siput nih.. yang ni kiranya dah second time sepanjang berbelas tahun kawen nih selalunya kalau makan pon bila mak masak kat kampung rumah sendiri haremm tak buat... balik cuti sekolah dec lalu mak ada masak gulai lomak siput sedut nih... tak sangka naqiuddin sangat mengemarinya malahan dia sangatlaa pandai menyedut benda nih.. so dalam pala otak den.. next time bolehlaa beli dan masak...


ehem.. jom layan resepi... gulai lomak siput bersama keladi...


bahan2nya
1 bungkus siput cuci bersih siang kerat bahagian belakang
1 biji keladi - rebus hingga empuk dengan sedikit garam
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 batang serai - di ketuk
garam
asam keping


bahan kisar / tumbuk
10 biji cili padi
2cm kunyit hidup
sedikit ikan bilis


cara2nya
satukan santan cair, serai dengan bahan kisar renehkan sebentar kemudian masukkan siput, santan pekat dengan keladi yang telah ditoskan, kacau hingga mendidih masukkan pula bahan perasa garam dan asam keping .

Monday, February 13, 2012

Nasi Minyak Hujan Panas dan Ayam Masak Merah


nasi minyak hujan panas... jom layan resepi.. teringat kat along gambar2 ni dia yang tolonggg snapkan termasuklah menghidangnya.. fuhhh lebih teliti dari ibunya...
kalau mak dia yang amik gambo main bedal jerrr pehtu malas pulak nak edit buh watermark segala heheh jangan tiru ehhh..


Normally bila makan nasi minyak dalam keluarga aku ni.. kami memang suka begini ada acar mentah dan lauknya ayam masak merah jarang sekali dikombinasi dengan gulai... kadang2 aderlahh jugak tapi bila nasi minyak ayam masak merahlaa yang ditanya anak2... selain papadom yang dimasak dlm microwave..

bahan2 nasi
4 pot beras basmathi basuh bersih dan toskan
1 tin susu cair
2 sudu besar pati oren sunquick
1 sudu besar tomato sos
garam & gula
jagung, buah badam, kismis dan gajus
pewarna masakan

bahan tumisan
A
4 sudu minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 inci halia - di ketuk
B
1 labu bawang besar - di dadu
1 ulas bawang putih - di dadu
2 helai daun pandan - disimpul

cara2nya
panaskan minyak sapi gunakan bekas periuk elektrik tetapi di masak atas dapur gas, supaya mudah dipindahkan nanti, tumiskan bahan tumisan A, sehingga naik aroma kemudian masukkan bahan B kacau hingga layu masukkan pula oren sunquick, tomato sos dan beras kacau sekata selama lebih kurang seminit, masukkan susu cair mengikut paras air yang sesuai jika kurang tambahkan air. perasakan dengan garam dan gula, pada masa ini bolehlan alihkan periuk nasi dan masak secara masak nasi biasa dalam periuk elektrik, bila nasi dah hampir kering masukkan jagung, badam, gajus dan kismis, kacau sedikit, bila nasi dah kering titiskan pewarna tanak hingga masak, kacau apabila nasi sudah betul2 masak.


rasa2nya dah ada resepi ayam masak merah sebelum ni tapi takperlahh mood tengah rajin menaip nih... 

1 ekor ayam basuh bersih gaulkan dengan garam dan kunyit goreng dalam minyak penuh hingga masak, tumbuk lumat 10 ulas bawang putih dan 2cm halia tumiskan hingga wangi, masukkan 3 atau 4 sudu besar cili kering kisar tumis hingga pecah minyak, masukkan anggaran 1 cawan sos cili dan 1 cawan sos tomato tambah perasa garam jika perlu masukkan ayam goreng tadi dengan hirisan bawang besar kacau mesra dan sudah boleh dimakan...

Sunday, February 12, 2012

spaghetti alfredo cendawan dgn bebola ayam


askm... layan western laa lagi tapi versi aeinio memang yang senang2 ajerrr... jom layan mengahabihkan stock pasta yang ada sebelum memborong yang lain pulak...


bilalaaaaa gambo nak santek2 ek..!! kdg2 gelap kadang2 kelabu jambu batu.... heheh! i need new camera plzzz....... rajin kerr cik abg aku tu baca blog... hmmm jgn araplerr.. so kalau nak ngumpat dia kat sini pon dia tak tau hihihihi...


bahan2nya
half paket spaghetti - rebus dgn sedikit minyak zaitun hingga lembut.


bahan kuahnya
2 cawan daging cincang - saya selalu guna ramly
1 tin kecil sos prego traditional
1 tin kecil alfredo cendawan - creamy sos dgn rasa dan aroma cendawan
15 - 20 biji bebola ayam..
1 labu bawang besar - dadu
1 ulas bawang putih - cincang
1 biji capsicum - dadu
2 cawan air
minyak untuk menumis - minyak zaitun atau minyak masak


cara2nya
tumiskan bawang putih sebentar, masukkan bawang besar kacau tumisan hingga layu, masukkan capsicum yang didadu beserta daging cincang biarkan sekejap kacau sebati dan masukkan semua sos prego, bebola ayam dan 2 cawan air didihkan, masak hingga daging lembut, perasakan dengan garam, gula dan lada hitam, curahkan atas spaghetti dan taburan parmesan cheese... sedia untuk di makan...


Saturday, February 11, 2012

Pasta siput goreng bolognaise


Hmm bila along ada bagilaa apa2 jenis pasta memang lerr dia suka kemain... kalini dalam stok ada pasta bentuk sipot camnih... adoiii sib baik budak2 nih makan.., aku jerr yang cam tak tertelan tapi rasa sama jerr rasa pasta...
tapi yang ni simple dan senang.. jom layan resepi..


bahan2nya
setengah paket pasta san remo - rebus dgn sedikit minyak atau butter hingga lembut
1 biji bawang besar - dadu
1 biji bawang putih - cincang
minyak zaitun
1 1/2 cawan daging cincang
1 tin prego traditional
garam n gula lada hitam
1/2 sudu teh oregano


cara2nya
tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga layu, masukkan daging kacau mesra sehingga daging warna sekata, masukkan 1 tin prego serta 1 tin air beserta garam, gula dan herba oregano didihkan akhir sekali masukkan pasta yang telah direbus taburkan lada hitam atau lada sulah kalini parmesan cheese dah takdo so takde cheese..... rasa..??? not bad trylerrr...

Talapia 5rasa


Jom makan ikan talapia, kebiasaannya bila menu camni goreng garing memang bestlerr.. hmm dah jadi pekasam dah blogni amatlaa jarang mengupdate sibuk kesana kemari lagipun sejak along dah duduk asrama since last year memang jaranglaa post apa2 makanan pon kalau dia takde sama.. bukannnya apa sebab dialaa yang rajin tengok blog dan gambar2 hati ibu manalaa tak terasa kalau dia bunyi "ooo yang ni along tak rasa ponnn.." that's y..???
makanya... blog pon taklerr berupdate... ini pon masakan last week masa cuti maulidur rasul tempohhari... dia ada balik bercuti... 


ok yang ni resepi campak2 jerr apa yang ada dalam drawer sayur tuh hmmm edisi menghentam pon bermula...


bahan2nya
5 ekor ikan talapia merah - basuh bersih kelar lumurkan garam dan kunyit goreng garing angkat dan ketepikan


kuahnya
1 kuntum bunga kantan - hiris (kalau kecil guna 2 kuntum)
1 cawan sos tiram
5 ~ 8 biji cili padi - cincang
2 biji - tomato cincang
5 ulas bawang putih - hiris
2 labu - bawang besar - dadu
2 inci halia - dadu
2 atau 3 sudu sos cili
1 tin kecil kacang pea
2 cawan air
3 biji limau kasturi - ambil jusnya - boleh juga digantikan dengan sos tomato
sedikit minyak untuk menumis dan garam dan gula secukup rasa



cara2nya
tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau masukkan bawang besar dadu kacau hingga lembut masukkan tomato dadu dan hirisan bunga kantan. masukkan sos tiram dan air, jus limau, sos cili didihkan. perasakan dengan garam dan gula kalau tak perlu tak payah letak pon ok, sebab sos tiram dan ada rasa lemak masin, masukkan cili padi dan kacang pea kecilkan api biarkan anggaran 2 hingga 3 minit dah siap dan boleh curahkan atas ikan..