Saturday, March 17, 2012

Hari Bahagia itu.....

 Balik Johor di majlis perkahwinan Fiza..., gambar kat atas tu door gift..


 bila kat johor sudah pastilah ada marhaban malam tu...


 lepas jerr marhaban dan berzanzi... ada small surprise untuk birthday napee..


 makan n makan lagik.. huhuhu bila laaa nak start diet balik nih ramai betul yang tegur badanku membesar bagai johan.. huhuhu


 anak sulung mereka Nur Alisha Aleyaa...


 Fiza tengah bersiap... untuk majlis akad nikah..



selepas sah menjadi suami isteri...

 di hari persandingan...

 di atas pelamin... besar dah anak dara den tu terpaksa jadi pengapit...

 banyak cameraman... 

 malam tu acara membuka hadiah...

makan makan 

 adik dan abang..

 sempat merendek malam tu ke jaya jusco tebrau city..

 makan marshmelow bersalut coklat dengan strawberry dan anggur bercoklat..




 camera di tangan along syahmi... hapa2 jerlaa dia snap... suka2 ati..

Wednesday, March 7, 2012

Spaghetti seafood carbonara bercili


Hmm jumaat ni nak balik Johor, adik ipar kawen... dua tiga hari ni sibuk menjahit, dini pulak upsr tahun ni petang dan  malam ada kelas tambahan camtulaa aku jadi supir budak2 nih... so terkejar2 kuar masuk rumah setiap hari pagi2 jogging dapat dalam sejam jerr cuaca pon sekarang ni panas...


tengahhari tadi masak spaghetti jerr yang senang.., dah ubah2 resepi nak bagi tekak melayu makan huhuhu
jom layannnn


bahan2nya
1 bungkus spaghetti (san remo - rebus hingga lembut)
1 tin kecil prego carbonara cendawan
2 tangkai cili hijau - hiris
setengah capsicum kuning dan merah - potong dadu
1 labu bawang besar - di dadu
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar pes cili kering / cili serbuk
setengah tin prego traditional
2 biji buah zaitun hitam
minyak cannola
garam. lada sulah serta gula
1 tin kecil air

1/2 cawan sotong - hiris
1/2 cawan udang
1 batang fish cake
1/2 cawan fish ball
1/2 cawan scallop
* seafood ni agak2 jerlah yer.. nak banyak letaklaa banyak

cara2nya
panaskan minyak, tumiskan bawang putih sebentar masukkan pula bawang besar kacau sekejap masukkan lada hijau hiris biarkan layu masukkan pes cili biarkan pecah minyak, masukkan pula prego traditional dan prego cendawan carbonara, dengan air didihkan, bila sudah mendidih masukkan semua seafood sekali dengan bahan perasa (garam, lada sulah dan gula) bila makanan laut dah masak masukkan spaghetti, hirisan buah zaitun hitam serta hirisan capsicum gaul rata sedia dihidangkan. kalau suka boleh taburkan parmesan cheese...

PIZZA


LAYAN JERLAAA GAMBO EK.... nurdini yang snap gambo2 neh...


2kpg TUNA PIZZA tuk ayu TQ AYU...


SOSEJ N TUNA PIZZA BLOM BAKAR..


Menyiapkan 8 keping pizza... tq kak na, ani, ayu dan kak da.. :))



yang gambo last dan second last biasalerr tuk kiter2 ajerr..

Sunday, March 4, 2012

Hantaran Fiza


dah tak lama dahh adik ipar yang bertunang dulu tu nak melangsungkan perkahwinannya.. kalini dia nak simple jerr 2 bekas jerr tak mo banyak2 satu bekas untuk isi coklat dan satu lagi untuk isi kain pelikat dan sejadah..


dia nak simple jerr... peach colour.. aku pon bukan ada banyak idea buat sekadar yang mampu inilah ajer hasilnya.. puas mencarik peach colour agak susah sebenarnya sebab di terengganu masih kurang pilihan kedai2 sebegini  yang ada pon masih banyak barang yang tidak terkini macam stock lama dan tak memenuhi citarasa dan kehendak aku, ada banyak benda yang takde payah nak match... bila tak banyak pilihan harga pon takde pilihan gak lerr...


ini ajerlaa hasilnya yang dapat ku buat... tapi ni bekas kosong jeerr isinya tunggu hari langsung ek... cuci mata dulu....

Pari Bakar Harum recipe DJ dayang jack



dah beberapa kali tengok ikan ikan pari bakar harum  DJ Dayang yang cun melecun tuh, dah lama teringin mencuba.., akhirnya berkesempatan juga mencubanya memang sedap dan memang berbaloi - baloi...
selain itu rempah ikan bakar ni tahan lama jika di simpan dalam peti sejuk, bolehlaa digunakan pula bakar udang atau sotong..


Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : 

  • 2-3 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
  • setengah cawan pati santan (aeinio tambah)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas (Guna daun pisang pun boleh). Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit, tuangkan pati santan sebelum bakar.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...

Saturday, March 3, 2012

Nasi Dagang


ehem - ehem.. dah berjaya lagi buat nasi dagang for the second time guna rice cooker jerr.. nak resepi meh tengok kat http://aeinisugar.blogspot.com/2012/01/nasi-dagang-gulai-ikan-tongkol.html



ini pon along yang mengambek gambo masa dia balik cuti last week.. kalau tak memang tak bergambarlerr jawabnya... layannnnnn ek...

Chocolate Cake special date 29 feb 2012


Terima order last minute.. huhuhu sebenarnya minat dalam pembuatan cake ni dah merundum sesangat sejak sakit tempoh hari dah stop sebarang order ditambah pula dengan keadaan dapur yang sekarang ni pada aku amat tak selesa just selesa untuk masak sendiri jerr.. aku acap kali menolak rezeki.. bila dah lama takde order diri semakin selesa yelah tak letih nak carik stock barang2 kalau dah habis... relax jerr...


gambar pon adeiii pehal tah, tangan gegel atau camera tu yg gegar teknik pon takde... aku tak tawlaa kena ayat apa dengan pengorder nih.. aku terima dengan senang hati jerr... sekali bila nak buat barulaa pasan coco powder pon dah habeh... ayoyo..


Actually terima order ni on 28hb kononnya nak buat beday cake untuk hubbynya yang tersayang yang memang special sebab lahir pada 29 feb, 4 tahun sekali woo sambut beday... yang ke 4 series lak tuh...


anyway tq so much dear a'h.... harap berpuas hati dengan rasa cake tu... tq again...