Tuesday, June 26, 2012

Sekadar Renungan bersama


  1. Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan.
  2. sempurna iman seseorang mukminin ialah yang paling baik kelakuannya dan yang paling lembut terhadap isterinya.
  3. selalu selalulah berpuasa untuk menundukkan nafsumu, tetapi janganlah sampai meletihkan badan sehingga merosakkan sembahyangmu kerana sembahyang lebih utama dari puasa.
  4. Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan supaya berpuasa 3 hari awal Syaaban, 3 hari dari pertengahannya dan 3 hari pada akhirnya. Dengan melakukan tersebut. Allah mencatat pahala 70 Nabi.
  5. Islam itu adalah agama nasihat, kami bertanya untuk siapa? Untuk Allah, Kitab- Nya dan Rasul -Nya dan untuk umat Islam seluruhnya.

Monday, June 25, 2012

Islam Itu Indah..


  1. Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda - tanda (Kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirlan.
  2. Bunuhlah ular dan kala jengking, walaupun kamu berada dalam solat.
  3. Bagi manusia ada malaikat yang selalu megikutnya bergiliran, di muka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.
  4. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
  5. Luruskan saf - saf dalam solat, kerana sesunguhnya saf adalah termasuk kebaikan solat.

Sunday, June 24, 2012

Kisah Benar.... Jadikan Teladan....

Untuk iktibar diri sendiri dan kepada yang sudi membaca blog saya...

Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma,beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat  sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya kalaupun dia mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Saturday, June 23, 2012

Panduan memotong kuku / pemakaian cincin cara islam


Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala..... Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari ...

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
 
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian 
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

Tuesday, June 19, 2012

Kesedaran Ilmu


  1. Ksihanilah, kamu akan dikasihani. Ampunilah, kamu akan diampuni. celakalah mulut - mulut yang membocorkan rahsia. celakalah orang - orang yang berterusan membuat dosa padahal mereka tahu.
  2. Cintailah kerana Allah dan bencilah kerana Allah. Sesungguhnya hal itu adalah merupakan ikatan iman yang paling kuat.
  3. Rasulullah s.a.w melarang (mengharamkan memakan semua binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku mencengkam.
  4. Cara memakai kain bagi laki -laki mukmin adalah (sampai) ke pertengahan kedua betisnya (atas dari buku lali).
  5. Apabila salah seorang kamu mengantuk sedang dia berada di masjid, maka hendaklah is berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat lainnya.

Monday, June 18, 2012

Cucur Cendawan - Fish Manhattan



huhuhu perasan...!!! tengok rupa pon takde kui kui kui...


tapi rasa not bad aku berani kata sedap kepada yang suka makan cendawan dan lagi isinya lembut garing diluar..


buat cucur ni takde sukatan tepat sebenarnya, ikut agak dan pepandai sendiri sebaiknya adunan jangan terlampau cair dan jangan terlampau pekat.



bahan yang diperlukan


sepeket cendawan enoki
5 ketul cendawan shitake
1 tin cendawan butang - buang airnya
1 biji bawang holand
1 biji cili merah
garam
lada sulah
serbuk kunyit
minyak masak
 500gram Tepung gandum
stok ayam / air.

* kisar bawang dan cili merah kemudian masukkan semua cendawan dan kisar kasar. masukkan garam, lada sulah, serbuk kunyit, tepung gandum dan stok ayam atau air biasa gorengkan dalam minyak panas.



sedap untuk sarapan pagi atau minum petang dengan thousand island sos atau sos cili biasa.

Sunday, June 17, 2012

Lomak Cili Padi Udang dengan Kacang Buncis


Berlomak cili padi lerr... jumpa udang di pasaraya TMC, murahlaa pada aku sekilo 12hengget... saiz taklah kecik sgt.. selalunya kalau ke pasar tani atau pasar malam tak jumpa udang rege camnih kempunan lerr... rata2 paling murah 19 hengget sekilo dan yg biasa 21 hengget atau 22 hengget sekilo saiz besar siket dari saiz nih.. melampaukannn... tapi kalau dah teringin beli jugak.. elok gaklah mahal makan udang ni tinggi kolestrol...


jangan tak tahu barang kat kerteh ni agak mahal sebenarnya, walaupun tepi laut nak murah g cari sendiri mancing ke menjala ke kannn... rajin dgn tak rajin aje.. kalau dah namanya kena beli semuanya perlukan rm yang tebal... harap maklum...
lauk ni sebetulnya digandingkan dengan sambal sotong kembang tadi.. aku tawlah cik abang aku tu tak suka itu sotong... so dia leh makan udang ni... sian gak kat dia.. kita suka dia tak suka...


ok layannnn..

udang, santan pekat, cili padi, kunyit hidup, garam, asam keping dan kacang buncis.
tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup, campurkan kesemua bahan kecuali udang dan kacang buncis kacau  selalu supaya santan tak pecah minyak bila dah mula mendidih masukkan udang dan kacang buncis masak sebentar hingga udang masak.

Sambal Sotong Kembang


Bestkan.. sambal sotong aku suka jer sambal sotong.. bila bgtau hubby masak sambal sotong dia tersengih.. bila aku cakap sotong yang kembang tu.. dia tepuk dahi aku... wakaka aku tau dia tak suka... tepuk sayang hokeyyy... kalau tepuk kuattt jaga rrrr..

dia cakap dengan aku 'tengok rupa sotong tu dia terbayang tiub tayar basikal...'
hehehe kang aku betul2 rebus basikal dia kang! haaaa haruuuu


ok jom kasik layan resepi....

kalau dah folow resepi sambal aku.., sama jerrr... blend cili kering yang telah dibuang biji dan direbus atau rendam dengan air panas bersama sedikit bawang merah, serta belacan tumiskan hingga pecah minyak, masukkan sotong yang telah dibasuh dan disiang toskan sebab sotong ni memang berair kalau perlu lapkan dengan kitchen towel. masukkan juga hirisan bawang besar, gula, garam dan pes asam jawa rasa..., renehkan dengan api kecil hingga sotong lembut.


dah siap sesuai gak makan dengan nasi lemak... 'kalau boleh.. jangan masak lagi sotong ni ek...' 
' budak2 suka daaa.. masak time abang outsation lerr.. huh!'
'bila dia outstation tuh! manjang ada aje.. hiks..'

Saturday, June 16, 2012

Brokoli Telur Dadar


Anak2 memang susah nak makan sayur... tapi bila dah campur macam ni laju aje dia makan.. kalau ada anak yang masih kecil bolehlah cincang halus2 sayur brokoli tu..


sebenarnya dan macam jenis telur dadar yang saya buat, campur tomato ceri diatasnya, atau taburan ikan bilis goreng yang rangup tetapi dalam banyak yang saya buat hanya brokoli dan cendawan enoki yang menjadi pilihan anak - anak.


ok.. 3 biji telur, garam, lada sulah dan sedikit sayur brokoli yang dipotong nipis, kacar kesemua bahan dengan sedikit sos tiram dan dadarkan dalam kuali siap untuk hidangan.

Thursday, June 14, 2012

Selayang Goreng Tepung

Assalammualaikum...
hari ini rasa taknak makan nasi sebaliknya ratah ikan goreng tepunng ni aje... beli ikan dekat pasar nampak gayanya kena masak cepat ikan dah kena ais dah tak berapa nak segar..


guna tepung goreng cendawan baki semalam... encik husband sempat menghabiskan 3 ekor sebelum ke latihan takraw..


best makan panas dengan sos keropk lekor...


dekat Terengganu ni.. ikan goreng tepung ni makanan biasa yang di makan di pantai...


Vadey

Assalammualaikum... selamat pagi... jom layan sarapan pagi ini...


Lapar.. hari2 mau makan... jom kita buat vadey... senang sebenarnya nak buat vadey ni.. kuih tradisi india yang menjadi kegemaran, takde sukatan sebenarnya hanya perlukan kacang dhall, bawang besar, cili kering, garam, sedikit rempah kari dan daun kari, serta sedikit jintan manis dan jintan putih.

kalau ada food processor lebih senang boleh kisar tanpa gunakan air tapi den guno blender kenalah tambahkan air sedikit asal boleh pusing jangan letak air banyak sangat, kalau  kisar kasar adalah lebih baik tapi den punya tuh terhalus dan terlembek sket.


Rendam kacang Dhall semalaman masuk peti sejuk, esoknya kisar dengan semua bahan yang ada, dah rasa garamnya boleh lah goreng macam goreng cucur tu sebab lembik...,  tak dapatlah nak bentukkan.


makan dengan cili hijau segar kalau nak pedas atau makan dengan sos cili, pekena pulak dengan nescafe panas.. hmmm trylorrr

Enoki rangup bersalut tepung



Assalammualaikum....

petang tadi mengoreng cendawan enoki ni sekejap aje habih... memang agak leceh sebenarnya kalau nak goreng sehelai demi sehelai pepandai lah ek...



takde resepi khusus sebenarnya.... secawan tepung gandum dan secawan tepung beras, satu sudu serbuk oregano, sedikit serbuk kunyit sedikit serbuk lada sulah, garam secukup rasa dan air agak - agak ajerlah macam kita nak goreng pisang... dan gorenglah dalam minyak panas pastikan selepas membasuh cendawan keringkan dengan tuala bersih atau tisu dapur takdelah meletup nanti..




makan dengan sos thousand island atau mayonise atau sos cili... hmmmm 

Tuesday, June 12, 2012

Sedang mabuk dengan cerita Korea..



gambar gambar sumber En Goggle... sebenarnya banyak citer Korea yang aku layan sejak akhir - akhir ni... tapi sekarang ni memang tengah mabuk tengok citer nih... miss ajumma.. 393 S one...




jalan cerita kelakar tapi kelakar sedih... 

Sunday, June 10, 2012

Seremban ~ I-city ~ Johor Bahru ~ Kuantan ~ Kerteh



Oleh kerana cuti yang singkat, terpaksalah membahagikan masa nak balik dua kampung, memandangkan percutian terancang terpaksa ditunda kami habiskanlah masa berjalan semasa otw ke kampung masing- masing, cadangnya nak ke petrosains KLCC aje tapi langkah kiri tiket habis.. so sebelum ke Icity kami solat lerr kat masjid shah alam ni.. besauu.. terhengeh2 cari tempat solat.. siap leh shopping lagik..




berjalanlah ke IKEA teringin nak makan meatball ikea tukan... tapi punyalah ramai... aku surelah sesak otak bila dah begesel2 nih so larikan diri ke the curve.. nampaklahh kedai Dynas pelakon tu... dan aku ke DAISO.. carik hapa carik chopstik aje heh!! makan di The Curve pening lagik mau makan apa..??? banyaknyer kedai makan...



elok lak.. panda tu 4 inilah cinta hatiku... muka penat tu round klcc dgn the curve, ikano dan ikea tapi tak masuk pon Kidzania... budget!!...




yeayyy saya pun nak interprem... 




naklaa naik bende nikan... dulu pernahlah naik eye on mesia masa benda tu ada kat titiwangsa tapi husband aku pening.. so ajak naik ni pun dia kata dia takut pening kang takleh drive balik seremban lak kang!! so.. aku pun jadi taknak naik gaklah.. buatnya dia suruh aku yang drive kang aduiii aku dah sakit kaki berjalan nih haruu...












nice viewkan...




seharian berjalan masa balik tu hubby ajak singgah pulak makan sate kat kajang aku takmo takmo.. nak balik... takut jammed pon ye gak... tak sanggup kalau dah meredah KL nih... tak kuasa..!!




dua keping gambar last nih adalah percutian terakhir sebelum memulakan persekolahan.. hotel grand continental Kuantan masa otw balik ke Kerteh dari Johor, mula - mula rasa nak lepak tidur kat Lanjut tapi call takde bilik kosong jadi Kuantan ajerlaahh seharian pula di Kuantan sempat tengok wayang men in black 3 dan citer Prometheus dekat east cost mall.




kiranya seronoklah budak - budak ni... dapat balik kampung jumpa nenek dan dapat pula berjalan sakan.. mak dia yang urut dada duit dah banyak habih... adeiii... di Johor mereka sempat buat part time dekat kedai Atok dan warung burger mak jah... saper - saper yang duduk Ulu Tiram jom try burger best dekat stesen bas dan teksi.




selepas cuti dua minggu mamat nilaa yang sedihhh teramat... semalam dah hantar dia balik asrama.. sedih aje dia.., tapi ibu tahu along kuat..., belajar rajin - rajin ibu sentiasa doakan rezeki along murah, sebab peluang along lebih cerah. aminn...

Setelah lama memeram...

Alhamdulillah.. saya masih wujud.. cuba lamaaaaanyaaaa tak bersiaran... sibuk yang tidak terungkap... insyaAllah jika semua masalah selesai... dan kerja yang ada sendiri letakkan due date tu khatam.... saya akan bersiaran seperti biasa...., nantilah jika ada umur dan waktunya saya akan share kenapa saya terlalu sibuk..., rindunya berblog.. blogspot ni pun dah berubah gaya.. terkial - kial lerr pulak...

ok kali ini saya just nak share gambar - gambar semasa cuti sekolah yang lalu, cadangnya nak berjalan jauh.. tetapi last minute Nur Dini bawa surat ada kelas tambahan wajib seminggu pertama langsung rancangan tergendala.. nak kemana - mana tu terpaksalah dilupakan.. tengoklah pula hujung tahun nanti.. kalau ada rezeki atau sibuk benda lain pulak... jadi yang sangat utama cuti sekolah ni.., kena balik N9 dan Johor.. melawat ibu dan bapa itulah yang lebih utama kan....




kali ini ayah aku ajak ke museum pusat latihan tentera darat yang terletak di Port Dickson Negeri Sembilan, masa tu dah petang.., sebenarnya ayah seorang pesara tentera so bila diajaknya kesini bolehlah dia mengimbas kembali nostalgia ketika dia bekerja dengan tentera darat dulu.




aku pun teringat juga zaman sekolah dulu.. selalu ke kem jika ada famili day.., menghadiri bakat jika ayah ke hutan dengan mak kebanyakan isteri perajurit belajar memasak dan menghias, menjahit sewaktu suami bertugas, kali ini peluang cucu pulak meredah segala meriam yang ada.. habis dipanjatnya.. aku rasa nak pergi lagilaa.. sebab museum dalam bangunan telah ditutup masa ni dibuka hanya waktu pejabat sob sob..



gambar kereta kebal yang ditembak musuh semua pesakit dan comander meninggal ditempat kejadian... ayah sedih ketika bercerita tentang sejarah ini.



wajah kesayanganku.. yang menghidupkan aku di muka bumi Allah ini.
i love u mak dan ayah...





anak - anak ku dengan sepupu eh.. depan keretapi..





deretan kereta kebal, menurut ayah kesemua kereta ni zaman lama ada sebahagiannya yang dia sendiri tak merasa naik kenderaan tu.. sebab yerrr sebab dah lama... 






antara kapal terbang yang terbesar terpamer disini... nak naik pun boleh tapi half way jerr.. sebab besi dia dah uzur dah.. bahayo..!!



tugu peringatan semua nama - nama yang tumpas tercatat disini...